Ahad, 25 November 2012

Bertahanlah!

Ok macam ni.


Awak ada barang yang awak suka. Punyalah gila haiwan najis berat awak kumpul duit untuk beli barang berkenaan. Namun apabila awak dah dapat barang tu tiba-tiba ianya rosak. Rosak pun sikit-sikit lah. Macam rosak komponen. Tercalar sikit. Taklah hancur secara total. Dalam pada masa yang sama tiba-tiba ada lah pulak barang lebih cool dan trendy dari barang awak yang rosak tadi.

Nah.

Awak sudah goyang. Hati tak keruan.Kena pulak ada kawan-kawan yang sembur racun makhlok perosak. Tukar baru je bro. Dia nak tukar yang baru tu. Pergh keluaran baru ni lagi style siak!

Amacam? 

Dalam hal ini, perkara macam ni biasa berlaku bila kenderaan, telefon bimbit atau laptop rosak. Kaki racun ni lah yang merosakkan mood dan perasaan untuk terus berbelanja besar untuk kali kedua!

Aku percaya ramai yang tak tahan. Terus tukar kepada yang baru. Usaha penat lelah mendapatkan barang yang rosak tadi terus dilupakan. Kenangan-kenangan manis bersama jasa-jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh barang berkenaan dilontar ke dalam tong sampah yang paling busuk dalam abad ini. Walhal baru rosak sikit-sikit dan kos repair tak lah sampai menyebabkan awak buat personal loan.

Jadi, kenapa awak goyang.

Saya di sini sentiasa mendoakan agar awak semua tak goyang apabila disembur racun kawan-kawan ni tadi. Bila awak beli baru dia pakat-pakat puji. Bukan dorang tolong bayarkan pon. Binatang korang semua!


Kejengkelan Keng Kang

Sebenarnya aku tak puas hati dengan brader-brader yang cuba memandang rendah terhadap budak-budak yang naik fixed gear (budak?). Macam aku. Macam Obey. Memang lah kitorang ni dah berusia. Obey sendiri dah anak 3. Pergi jahanam lah kalau kitorang nak naik basikal macam ni. Ada aku susahkan abah ko nak buang air besar bila ride beskal macam gini? Gi jahanam korang!

Ada satu hari aku tengah ride santai-santai dengan Obey. Dari Pekan Senggarang menuju Pantai Punggor. Tiba-tiba ada sorang abang naik basikal mountain bike potong aku dengan Obey. Memang syial lah. Terkejut siak. Bunyi dah lah bising kreeak kreoook... Waktu dia potong aku dia siap pandang muka aku dengan kerek. Ye. Aku tau aku tak ada jersi macam abang. Pakai tshirt, kasut sneakers dengan seluar potong. Budak tak ada disiplin memang macam ni. Air pun tak bawak. Brader ni air botol dia kat belakang tempat duduk.

Part yang tak tahan bila tengok brader ni mengayuh. Kengkang ke kanan kengkang ke kiri. Siap handle terikut rentak kayuhan. Kayuh kanan basikal ke kanan. Kayuh ke kiri basikal ke kiri wakakakkaka.. Lepas dia potong je. Aku kejar balik. Niat dalam hati nak langgar tayar belakang dia lepas tu mintak maaf, "sorry-sorry brader...tak sengaja. Slow sangat!" Tapi sebab ada Obey aku tak beriya sangat. Kena hormat orang yang lebih tua. Tak boleh tunjuk agas sangat.

Lepas dia potong, aku toleh Obey. Aku buat semula gaya dia kayuh. Tapi kali ni dengan effect khas dalam bentuk kayuhan zig-zag sambil kepala dongak ke langit.

 Fuh. Nikmat dia lain macam. Macam dalam dunia ana sorang ada vasikalll lahh syeikh!

Majam Jilaka

Tulis kat dalam blog ni sebenarnya macam budak-budak baru nak up main lagu grindcore. Bedal. Menggunakan kederat yang ada untuk ketuk deram dan hentak pedal deram.Yang main gitar tonyoh bagai nak rak tali gitar. Yang menyanyi selagi boleh jerit akan jerit sampai tahap yang termampu.

Sama jugak kat sini.

Aku bedal je. Bila baca balik tulisan-tulisan aku, tatabahasa stail macam khinzir melintas. Tak ada toleh-toleh dan tak pernah peduli dengan ancaman kenderaan bermotor. Padahal benda-benda asas tentang ejaan dan tatabahasa sememangnya aku tahu. Sebagai aku ajar budak. Corak gaya bahasa seharusnya formal. Samada verbal ataupun tulisan.

Tapi mampuslah. Ini belog aku. Aku punya pasal. Isi dan luahan hati adalah tunjang utama. Penyampaian dan mesej harus sampai. Tatabahasa tu ibarat aksesori je kat sini. Sama macam grindcore. Menceceh tentang mesej dalam lagu punya panjang. Sekali main lagu wargh-wargh-wargh. Abis!

Majam jilaka.

Sabtu, 24 November 2012

Kita kawan awak. Tapi tak taulah awak kawan kita ke tak.

Aku pun tak tau lah. Dah berapa kali aku buat entri pasal kawan. Memang tak cool. Tapi aku peduli apa. Ini adalah blog. Ini adalah tempat menulis. Dan apa yang pasti blog Bayu Senja Di Selatan adalah blog yang tiada pendapatan. Sama ada secara elektronik mahupun yang diulang cetak dalam bentuk makalah. Tiada unsur keuntungan. Hanya perkongsian pendapat sahaja. Yang baik jadikan tauladan. Yang jahat, kalau okey boleh praktiskan.

Ada brader-brader yang tulis kat FB menyatakan bahawa ada kawan yang dulu okey sekarang macam macibai. Buat tak kenal. Buat lupa. Tak ingat langsung. Otak tercicir.

Itu biasa. Lumrah manusia. Itu proses evolusi. Masing-masing membina prinsip. Untuk mencapai matlamat masing-masing yang mana aku percaya dari 10 orang, daripadanya bermatlamat dalam bentuk materialistik semata-mata. Nak kaya dalam tempoh 5 tahun. Nak jadi jutawan dalam tempoh 20 tahun. Nak pakai kereta Inspira tahun depan dan sebagainya. Itu lumrah.

Dalam usaha mencapai matlamat itulah penambah-baikan dilakukan. Mana yang tak perlu, diletakkan dibelakang. Apa yang penting matlamat tercapai. Impian untuk menikmati gaya hidup tersendiri tampak lebih berjaya dari manusia-manusia biasa. Macam kita. Macam saya. Macam awak.

Yelah. Nak kecik-kecik hati tak dah tak guna. Dah besar-besar. Dah dewasa. Mana yang baya-baya aku dah ada anak dua. Ada komitmen. Takkan lah nak berkawan dengan kita yang masih terkinja-kinja. Kenyataan. Ada jugak kenalan-kenalan aku yang selamba hantar mesej dalam inbox mengatakan aku macam beruk. Gaya berpakaian macam bangla. Biasak ah tu. Orang jeles.

Ada tu pulak kawan baik aku. Bila dah ada makwe, kita ni dia buat tak nampak je. Bila dah bertunang, buat-buat bizi. Dah tak nampak nak datang rumah. Bila kahwin langsung tak jemput. Memang kelas kau Jah! Siap tayang-tayang anak lagi. Okey lah tu. Awak dah berjaya. Kerja bagus. Bini cantik. Anak sihat wal-afiat. Kita ni apa lah yang ada. Teringat lagi orang yang aku cakap ni. Dia pernah tergelak tengok aku balik turun bas ekspress. Dia tunggu abang dia jemput kalau tak silap.

Yelah. Dia smart. Kerja kat pejabat kompeni kerajaan. Kita ni apalah sangat. Masa tu pelatih guru. Beli pun baju bundle. Aku ingat lagi dia pandang aku atas bawah. Dengan topi aku tak tentu hala. Seluar jeans koyak aku pakai je sebab malas nak kotorkan seluar lain. Bandana ikat kat leher-sebenarnya buat lap mulut. Baju tengkorak jahanam. Kasut pun rabak-rabak. Tak pe. Memang selekeh. Nak buat macam mana. Aku makan burger dalam bas ekspress.

Lepas dia jumpa aku tu. Dia tak jemput aku dalam majlis apa-apa pun. Tapi tak pe lah. Aku sentiasa fikir positif. Mungkin orang macam aku buat kecah je dalam hidup dia.Kerja pun biasa-biasa aje. Pernah mak dia cakap kat mak aku, kerja macam aku ni otak tak berkembang. Hmm mungkin jugak. Sebab tu lah aku dengar muzik hardcore dari dulu sampai sekarang. Patutnya usia-usia aku ni dah dengar SM Salim.

Ada jugak geng-geng yang lain buat tak nampak walaupun nak terlanggar batang hidung. Yelah aku rabun. Dia tak rabun. Bergaya pakai cermin mata hitam. Kalau aku pakai cermin mata hitam mungkin batang hidung aku yang hitam pasal asyik terlanggar tiang stesen bas.

Hmm...takpe lah. Hidup masing-masing. Cara masing-masing. Kita buat steady sudah. Kalau kita ikhlas dalam apa-apa jugak perbuatan yang baik, tetap nampak cool di mata orang. Tak semestinya kau pakai MYVI nombor plat tempah kau nampak hebat dan ekslusif. Pakai kereta keluaran terhad dan menyumpah-nyumpah bila susah nak cari sparepart pun nampak cool jugak sebenarnya!!!


Khamis, 22 November 2012

Tenang




Kali terakhir meniup didgereedo adalah pada tahun 2007. Lepas tu jadi mat skima. Balik kampung.

Rabu, 21 November 2012

Pengutus Keji

Bagi manusia bekerja. Kesempatan untuk membaca adakalanya terhad. Waktu kerja yang panjang, beban kerja yang berat menyebabkan diantara kita yang sukar meluaskan pengetahuan dan minda. Apa yang terkumpul dari zaman sekolah-yang diperolehi dari buku teks, disampul elok-elok dalam minda. Dipegang dengan betul-betul rapi. Agar tidak berciciran.

Malang sekali, manusia yang begini gagal mencabar minda. Lebih teruk lagi, mereka enggan membuat pembaharuan dan engggan berubah. Jadilah mereka golongan yang kental dan perpendirian teguh dengan prinsip lapuk.

Oleh yang demikian, aku merasakan untuk mengatakan sikap malas membaca itu hadir semulajadi dari dalam masyarakat kita itu adalah kurang tepat. Mungkin, tetapi perlu dilihat pada sudut-sudut yang berbeza. Apabila penat bekerja, balik rumah dah tentulah kau terkangkang tidur. Esok pagi-pagi kau dah bangun jadi hamba abdi kuli batak sampai urat kau bersimpul-simpul.


Walaubagaimanapun, sifat inkuiri atau ingin tahu masih menebal dalam masyarakat. Namun, aku sedar. Ada diantara kita yang tak punya masa untuk mengkaji dan mengimbangi apa yang kita baca sehari-hari. Kita amat terdedah dengan media arus perdana. Mudah dicapai dek tangan dan mudah diakses bagi dalam bentuk audio visual.

Orang kita memang mudah percaya dan mempunyai minat terutama hal-hal sensasi yang diperbesarkan di akhbar mahupun di layar televisyen. Artis itu begini begitu, anak Pak Seman ikut orang Lombok, Pelacur kelas atasan berpendapatan tinggi, GRO tanah besar China ditahan dan macam-macam lagi. Hal-hal begini memang menarik. Kena pulak si penulis tambah tokok garam dan ajinomoto dalam penulisan. Memang terbaik. Mungkin juga ini adalah faktor yang boleh digunapakai untuk menarik minat masyarakat untuk terus membaca. Bila dah tajuk power, mestilah brader-brader ni beli. Letak pulak tajuk panas muka depan.

Hari ini kalau kita tengok setiap akhbar ada identiti mereka tersendiri. Stail penulisan, susun atur grafik dan lain-lain lagi. Baguslah. Tidak menjemu. Lagi banyak variasi produksi, lagi banyak pilihan boleh rakyat buat dengan citarasa masing-masing. Mana yang suka kisah seksual sensasi, mungkin boleh pilih akhbar A, mana yang suka bercerita tentang aspirasi kepimpinan mungkin boleh pilih akhbar B. Manakala yang suka akhbar yang melaporkan peristiwa setempat boleh pilih akhbar C.

Kita faham, wartawan-wartawan ni cari rezeki. Niat pun nak cari rezeki yang halal. Nak bantu mak bapak kat kampung. Nak bagi anak bini makan pakai. Nak bayar duit ansuran Myvi. Nak beli motosikal motard. Nak beli basikal Giant. Tapi tolonglah insafi diri. Kalau tulisan-tulisan kamu penuh dengan fitnah kamu fikir kamu akan senang dalam hidup apabila kamu menggunakan hasil dari tulisan fitnah kamu dalam akhbar-akhbar kamu?

Kalau dulu boleh aku layan baca sebiji-sebiji. Tapi sekarang bila buka je akhbar kepala terus berdenyut. Boleh. Tak kisah kamu nak menceritakan penyelewangan mana-mana individu. Tapi aku tak nampak langsung individu yang dikatakan menyeleweng itu diberikan peluang untuk membela diri di dalam media yang kamu gunakan. Berita televisyen pun sama. Hari-hari asyik sembang pasal salah orang itu ini. Tapi orang yang dipersalahkan langsung tak ada "chance" nak bela diri di tempat yang sama.

Apa lagi yang tinggal dalam ruang media setempat?

Ini semua benda-benda kelakar yang semakin hari semakin muak untuk dicerna. Sememangnya aku dah lama tak tercongok dengan niat yang tulus dan ikhlas mengadap apa-apa berita  setiap kali mereka terpacul di waktu perdana.

Hari ini aku lihat apa-apa saja media arus perdana tak ubah seperti usaha doktrinisasi yang disuntik perlahan-lahan ke dalam minda dan hati manusia.

Belum Vintaj Lagi

Kali terakhir aku menulis di sini pada bulan Julai. Sekarang sudah November. Bulan depan sudah Disember untuk 2012. Aku harap, pada tahun 2013, Bayu Senja Di Selatan akan berlari dengan konsisten. Dulu blog ini dinamakan sebegitu sebenarnya berikutan kerinduan terhadap angin selatan.

Apabila penulisnya sudah kembali dan bermaharajalela di Selatan, blog ini jadi longlai. Aku ingin mengucapkan "hai" kepada yang kembali menjenguk blog ini. Kirim salam pada kawan-kawan kamu yang pernah blog ini. Doakan tangan dan kepala hotak aku terus mengganas di ruangan ini. Walaupun dunia blogging sudah tidak hip macam dulu, tapi ini adalah masa yang terbaik untuk terus menulis.

Untuk menulis di media cetak(fotostat) mungkin sudah tidak punya masa yang begitu luas. Kesibukan tugas aku yang merangkumi tugas perkeranian, perkebunan dan hal-hal sosial lagi menyebabkan dunia DIY Punk/Hardcore agak terumbang ambing. Apatah lagi kini sudah berteman (ahaaaaaaai~).

Ya. Aku masih di sini.
Masih macam dulu. Walaupun dah pakai kereta dan berbasikal fixed gear.