"Oi mamak, nasi goreng vegetarian satu."
"Sorry bos, sini vegetarian tada bos, nasi goreng biasa taru ayam, nasi goreng kampung juga ada," katanya sambil membetulkan songkok bersalut bendera Malaysia. Entahkan warganegara entah tidak.
"Bodoh," Aku tengking.
" Nasi goreng biasa la tu. Dalam mana ada isi? Semua sayur saja!"
Bayu Senja Di Selatan
Pantai Barat Semenanjung, Selatan Malaysia
Rabu, 16 September 2015
Rabu, 30 Oktober 2013
Kebangsatan di mana-mana
Nafsu membuak naluri tak terkawal ada dalam diri sesiapa.
Selalunya manusia kelas bawahan yang tidak berpendidikan, yang bekerja bermatian untuk sepingga nasi menjadi perlambangan kebuasan nafsu syaitan. Remaja yang baru mengenal erti kehidupan pula dianggap sebagai penyebar agenda baru kebejatan kehidupan manusia moden. Apa saja kebangsatan pastinya datang dari kelompok ini.
Bilik-bilik hotel murah diketuk. Gaji-gaji sepuluh sen dicukaikan. Poket yang rabak diajar berjimat. Badan yang longlai dikurangkan zat.
Ya.
Kami-kami lah orang itu. Kami-kami lah yang berdosa. Kami-kami yang membuat segala macam anasir jahat . Kami-kami lah yang suka membazir. Puas? Puas?!
Bertali leher. Jaket. Kemeja berlapis-lapis. Berkumis. Membimbit beg. Itu semua imej suci. Imej syurga. Imej tauladan. Biarpun tangan-tangan itulah yang membimbing gadis-gadis ke hotel mewah serba indah bagaikan janah terbentang luas di lapang sasar!

Jumaat, 27 September 2013
Jumaat, 15 Februari 2013
Ni nak habaq mai
Ini betul-betul punk.
Sehingga catatan ini dibuat, saya belum lagi menghadiri mana-mana majlis punk.
Mungkin ini yang dinamakan melawan kebiasaan!
Sehingga catatan ini dibuat, saya belum lagi menghadiri mana-mana majlis punk.
Mungkin ini yang dinamakan melawan kebiasaan!
Selasa, 4 Disember 2012
Hak Untuk Memilih adalah Hak Seorang Manusia Untuk Hidup
Manusia. Tak pernah lekang dari dikuasai. Maklum tahu, Tuhan maha kuasa. Tapi adat dunia. Manusia akan dikuasai manusia yang lain. Semuanya untuk survival. Untuk meneruskan kehidupan. Perlu untuk setiap manusia tahu akan batas dan garis sempadan hak masing-masing yang sebenarnya tidak sesiapa pun boleh mencampuri.
Menyentuh soal pentadbiran negara. Pada hari ini, sepatutnya minda masyarakat kita lebih matang. Lebih maju kehadapan. Sudah tiba masanya minda kita semua berubah untuk berfikiran lebih kritis berlandaskan fakta numerik, catatan sejarah atau bagi yang Islam; berlandaskan al-Quran dan hadis. Untuk itu bagi saya, proses pemilihan untuk menentukan pentadbiran satu-satu negara itu seharusnya dinilai pada hasil kerja dan kecekapan pengurusan pentadbiran itu sendiri. Selain dari itu, kita juga harus melihat kalau-kalau ada pihak yang cuba menawarkan satu bentuk pengurusan pentadbiran yang lebih baik. Kenapa tidak kita bertukar dan memilih sesuatu yang lebih baik untuk masa depan yang lebih cerah.
Berbuih mulut pung-pang-pung-pang bercerita mengenai peribadi seseorang dalam hal pengurusan dan pentadbiran dalam mana-mana organisasi adalah sesuatu yang membuang masa. Harus dipegang oleh semua peringkat masyarakat, tiada kunci lain selain dari sikap JUJUR dan AMANAH dalam menjalankan tugas.
Dua kunci ini, jika digenggam erat-erat, nescaya ianya akan mencambahkan nilai-nilai murni yang lain dalam pengurusan organisasi.
Tidak perlu unsur ugutan. Tidak perlu unsur hasutan. Tidak perlu retorik menakut-nakutkan. Ini semua akan membuatkan minda bertambah sempit. Hidup dalam kesengsaraan dan akhirnya akan terus-menerus hidup dalam sistem perhambaan. Brader, bekerja itu bukanlah perhambaan. Sebaliknya satu bentuk pengorganisasian secara kolektif dalam mencapai matlamat organisasi. Masa, tenaga, keupayaan dan kemahiran yang digunakan itulah ditukar ganti kepada bentuk gaji. Asasnya sama. Semua mahu meneruskan kehidupan.
Dan, saya amat pasti. Hidup bukanlah suatu paksaan.

Ahad, 25 November 2012
Bertahanlah!
Ok macam ni.
Awak ada barang yang awak suka. Punyalah gila haiwan najis berat awak kumpul duit untuk beli barang berkenaan. Namun apabila awak dah dapat barang tu tiba-tiba ianya rosak. Rosak pun sikit-sikit lah. Macam rosak komponen. Tercalar sikit. Taklah hancur secara total. Dalam pada masa yang sama tiba-tiba ada lah pulak barang lebih cool dan trendy dari barang awak yang rosak tadi.
Nah.
Awak sudah goyang. Hati tak keruan.Kena pulak ada kawan-kawan yang sembur racun makhlok perosak. Tukar baru je bro. Dia nak tukar yang baru tu. Pergh keluaran baru ni lagi style siak!
Amacam?
Dalam hal ini, perkara macam ni biasa berlaku bila kenderaan, telefon bimbit atau laptop rosak. Kaki racun ni lah yang merosakkan mood dan perasaan untuk terus berbelanja besar untuk kali kedua!
Aku percaya ramai yang tak tahan. Terus tukar kepada yang baru. Usaha penat lelah mendapatkan barang yang rosak tadi terus dilupakan. Kenangan-kenangan manis bersama jasa-jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh barang berkenaan dilontar ke dalam tong sampah yang paling busuk dalam abad ini. Walhal baru rosak sikit-sikit dan kos repair tak lah sampai menyebabkan awak buat personal loan.
Jadi, kenapa awak goyang.
Saya di sini sentiasa mendoakan agar awak semua tak goyang apabila disembur racun kawan-kawan ni tadi. Bila awak beli baru dia pakat-pakat puji. Bukan dorang tolong bayarkan pon. Binatang korang semua!
Kejengkelan Keng Kang
Sebenarnya aku tak puas hati dengan brader-brader yang cuba memandang rendah terhadap budak-budak yang naik fixed gear (budak?). Macam aku. Macam Obey. Memang lah kitorang ni dah berusia. Obey sendiri dah anak 3. Pergi jahanam lah kalau kitorang nak naik basikal macam ni. Ada aku susahkan abah ko nak buang air besar bila ride beskal macam gini? Gi jahanam korang!
Ada satu hari aku tengah ride santai-santai dengan Obey. Dari Pekan Senggarang menuju Pantai Punggor. Tiba-tiba ada sorang abang naik basikal mountain bike potong aku dengan Obey. Memang syial lah. Terkejut siak. Bunyi dah lah bising kreeak kreoook... Waktu dia potong aku dia siap pandang muka aku dengan kerek. Ye. Aku tau aku tak ada jersi macam abang. Pakai tshirt, kasut sneakers dengan seluar potong. Budak tak ada disiplin memang macam ni. Air pun tak bawak. Brader ni air botol dia kat belakang tempat duduk.
Part yang tak tahan bila tengok brader ni mengayuh. Kengkang ke kanan kengkang ke kiri. Siap handle terikut rentak kayuhan. Kayuh kanan basikal ke kanan. Kayuh ke kiri basikal ke kiri wakakakkaka.. Lepas dia potong je. Aku kejar balik. Niat dalam hati nak langgar tayar belakang dia lepas tu mintak maaf, "sorry-sorry brader...tak sengaja. Slow sangat!" Tapi sebab ada Obey aku tak beriya sangat. Kena hormat orang yang lebih tua. Tak boleh tunjuk agas sangat.
Lepas dia potong, aku toleh Obey. Aku buat semula gaya dia kayuh. Tapi kali ni dengan effect khas dalam bentuk kayuhan zig-zag sambil kepala dongak ke langit.
Fuh. Nikmat dia lain macam. Macam dalam dunia ana sorang ada vasikalll lahh syeikh!
Langgan:
Catatan (Atom)