Ahad, 26 Oktober 2008

Kadang-kadang senyum juga menggambarkan amarah

"Happy Deepavali to you and your Family. God bless"- sms dari seorang muslim kepada seorang muslim

Apa benda mesej yang aku terima ni? Sejak bila aku dan famili aku menganut agama Hindu ni? Apa yang lebih menyedihkan, mesej ini aku terima dari mereka yang beragama Islam. Nak kata mesej berbau penulisan kreatif tak juga. Mana hiperbola? Mana personafikasi? Depersonifikasi? Alusi? Simile? Tak ada.

Engkau boleh kata aku sampah. Engkau boleh kata aku jahanam. Engkau boleh kata Azwan Ali. Tapi bila sampai bab agama, aku cukup tersentuh. Ini suatu bentuk penghinaan kepada aku dan keluarga aku.

Aku masih seorang muslim. Mungkin sedikit lalai. Tapi aku sedaya upaya untuk sujud menyembah kepada Nya lima kali sehari. Jangan kita sebegitu mudah menafsirkan dan menilai pegangan seseorang. Perkara begini bukan boleh dibawa main-main.

Kalau main-main, boleh kena gantung dari persidangan. ADA TAU KA KAWAN? SAYA TAK MAIN-MAIN.

Khamis, 23 Oktober 2008

Lantak ko!

Aku nyaris merehat blog ini selama dua bulan. Gara-gara tak tahan dengan gosip-gosip liar yang melanda diri aku kebelakangan ini. Ada silent reader yang buat cerita bukan-bukan tentang aku. Hingga aku ingin mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan di sebuah pusat peranginan di Indonesia. Atas perbincangan yang mendalam dengan saudara Tempe. Aku bertahan.

Ya. Aku hanya sekadar dengan anak tokoh korporat yang sering terpampang di televisyen itu. Hanya sekadar kawan dalam usaha menerbitkan satu portfolio seni aku. Mungkin dalam bentuk tulisan. Mungkin dalam bentuk audio. Biarkan masa yang menentukan. Tidak lagi sampai perbincangan pelamin dan baju pengantin. Mengarut. Kami hanya kawan. Kalau ada jodoh, ada lah.


Ada yang mengugut aku untuk menyebarkan gambar-gambar aksi aku dan dia di kelab hiburan terkemuka di Kuala Lumpur. Ada pula yang cuba mengugut menghantar gambar kami di hotel kepada ibu bapa kami. Apa ni? Apa yang engkau mahu? Ah, manusia memang begitu. Selalu cemburu.



Aku tak peduli dengan semua itu. Sebab ini semua cerita tipu.

Isnin, 20 Oktober 2008

Kuala Lumpur di basahi hujan dan aku terus kesepian

Aku dah cakap awal-awal. Baik rakan taulan mahupun kenalan gadis-gadis seksi berambut perang. Bila aku datang sediakan apa yang patut. Duit minyak. Makanan. Tenaga. Sekarang apa dah jadi? Malam gua di Kuala Lumpur jadi pilu.

Bila gua datang KL lu orang buat-buat sibuk. Aku balik ke rumah sewa. Sunyi. Sorang pun takde. Tempe menghilang. Katanya ke kampus. Dem.

Ini tak boleh jadi. Aku hantar pesanan teks satu persatu kepada setiap gadis. Semua seolah-olah sudah tawar hati dengan aku. Termasuklah si dia dari Kelana Jaya. Hujan la. Sibuk la. Kerja banyak la. Pergi klinik la. Akhir sekali, suruh aku datang ke rumahnya. Apakah dia tak tau pinggang aku macam nak patah nak bas tadi?

Lagi satu. Kalau kena tangkap khalwat siapa yang senang? Aku jugak. Dapat kahwin percuma.
Haha.

Khamis, 16 Oktober 2008

Aku Punya Pasal lah!

“ Rentikanlah perbuatan blogging kau tu. Tak mendatangkan hasil. Lebih baik kau jual kuih.” – Mamat berkarier dan aktif berpolitik kental sampai tegang urat merih.


Manusia. Bila wang dan pangkat menjadi ukuran, segala-galanya yang indah akan menjadi bodoh. Bagi mereka, tiada apa yang lebih menggiurkan selain dari wang dan harta. Silap hari bulan nampak gadis seksi pun tak akan ada selera lagi. Macam pernyataan di atas. Biasanya ayat begini adalah mereka yang melihat setiap sisi kehidupan perlu diisi dengan wang semata-mata. Sangat kasihan. 45 ekor siamang laut untuk mereka yang pernah mengeluarkan pernyataan sebegini.


Ada perasaan jangan dibelakangkan. Nanti, sampai satu peringkat kau tak ada perasaan baru tau. Hidup ini bukan sekadar nak mencari harta. Mencari kebahagiaan bukan atas nama wang semata-mata. Sebenarnya kita silap. Kesilapan pada hari ini kalau tak diperbetulkan malah diturunkan kepada generasi seterusnya, akan menjadi luka yang tak sembuh-sembuh. Bukan macam luka bercinta. Senang sembuh kalau jumpa orang pandai bergaya dan berbahasa. Warna bumbung rumah awek/pakwe lama pun boleh lupa beb.


Tamak, mementingkan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan atas orang lain. Semua ini adalah hadir akibat sikap dari dalam diri yang ingin terus menerus menjadi sekeping kertas yang bermaruah. Ini kerana, hanya dengan sekeping kertas yang bermaruah itulah harga diri akan lebih dihargai. Terus terang aku katakan ini adalah kesilapan yang besar dalam menilai ertikata kehidupan. Malah lebih besar dari perut abang yang cuba memperkenalkan kau skim cepat kaya baru yang mendakwa berpendapatan 6 angka walaupun hanya berkereta Kancil turbo. Makan di warung sendiri-sendiri bayar. Ok la tu. Nak jadi kaya kena berkira. Kau jangan banyak komplen. Dengan awek kau tak berkira pulak.


Piawaian kehidupan yang berpandukan ukuran kewangan dan harta semata-mata sebenarnya menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam kehidupan. Akibat ledakan tarikan harta, ada yang sanggup membelakangi agama. Kita kena terima. Masyarakat hari ini sememangnya mahu menjadikan kuantiti aset sebagai satu pencapaian kehidupan. Sebaliknya, prinsip diri, maruah, kasih sayang dan nilai murni tiada lagi dalam kamus pencapaian kehidupan yang sempurna. Itu semua dah tak stailo. Sekali lagi, ini satu kesilapan yang amat menarik seperti menjadi ahli kumpulan kongsi gelap berasaskan kaum. Eh, ada ke macam tu? Entah lah. Aku dengar orang cakap je.


Menjadi seorang yang berilmu itu, pada hari ini diukur kepada tahap pencapaian kariernya. Pendapatannya. Kemewahan gaya hidupnya. Tetapi bukanlah tindak tanduk pemikiran. Moral. Mahupun sumbangannya kepada masyarakat. Kali ketiga, ia adalah satu kesilapan yang amat bergaya seperti menjadi abang trendy berbaju nombor di lengan kiri jenama Polo dan berhelmet Appolo pulak tu. Tambah pulak dengan Levi’s Siam. Kasut Timberland Uptown. Peh. Hensem abis dan cukup rabak.


Medium siber pada hari ini yang kita gunakan sehari-hari. Pada aku bukanlah semata-mata diaplikasikan untuk membuat duit 365 hari 24 jam 7 hari seminggu. Aplikasinya adalah pelbagai. Untuk berkongsi pendapat, pemikiran, meluahkan perasaan mahupun info, malah lebih dari itu. Kalau nak cari video budak-budak melayu bertudung buat aksi, itu kau punya pasal. Lantak kau dan aku-aku sekali. Duit hantaran sendiri-sendiri cari.


Bangangnya, ada yang melihat kegiatan menulis blog ini adalah satu yang sia-sia. Man, u had no fun in yer fucking life. Peh mencarut dalam bahasa inggeris. Ya. Pada mereka yang memandang hidup adalah tentang duit, blogging memang bodoh. Mengarut. Untuk para pecundang. Tapi bagi seseorang yang minat berkomunikasi, berkawan dan berkongsi, ia bukan satu masalah yang besar. Malah, pada satu tahap mungkin ia terapi yang bagus bagi mereka yang memerlukan satu platform untuk minda yang tertekan. Daripada merancang nak pukul orang sana nak pukul orang sini, duduk diam-diam depan skrin komputer lagi bagus. Bukan dapat apa pun tunjuk hero ni. Kalau dapat jadi pelakon lagak ngeri tak pe jugak. Boleh bergambar dalam kolam renang bersama selebriti perempuan yang baru nak naik sambil bercerita tentang makanan kegemaran.


Aku menyampah bercakap dengan orang terlalu komited dengan duit, duit dan duit. Sampai apa yang orang lain buat pun akan dinilai berdasarkan harta. Gila tak seronok. Aku ingat orang macam ni bila sebiji butir nasi yang jatuh di atas lantai pun akan membawa kepada gejala insomnia sampai tertonggeng-tonggeng. Biasanya aku akan sengaja menumpahkan air dari dalam gelas apabila berkongsi meja makan di warung dengan golongan ini. Buang masa. Orang begini tak usah dilayan. Skema dan langsung tak hardcore. Mungkin mereka lebih suka mendengar lagu dari Adam iaitu Robot kalau tak silap aku. Atau lebih afdal lagi, mereka mungkin budak shuffle.


Hidup ini seperti mendaki gunung. Saban hari kita akan mendaki gunung. Memang sukar untuk mencapai puncak kesempurnaan kehidupan. Oleh itu, jadikanlah ekspedisi pendakian kamu lebih bermakna dengan menghidu haruman bunga-bunga yang ada disekeliling kamu itu. Jangan jadi bodoh. Memikirkan benda yang bukan-bukan. Itu lagi bosan. Kamu adalah diri kamu. Kamu yang tentukan. Usah menjadi orang lain untuk mencapai nikmat bahagia. Siapa dah join bulu*ma^ angkat tangan? Bagus. Teruskan cari skim yang lain. Anda memang usahawan glokal.


Ahad, 12 Oktober 2008

Sekali Aku Mengetik Papan Kekunci Memang Susah Nak Berenti

“You. I dengar hisap rokok boleh kawal berat badan. Betul ke?” Tanya Ana kepada aku dalam sebuah restoran makanan segera.


Aku terus sibuk mengetik butang-butang telefon bimbit, “ Ah? Yeke? Entah. Ye kot.” Tanpa melihat anak matanya. Mata aku tertumpu pada skrin telefon. Mencari akal membalas mesej dari Sarah.


Bukan aku tak tau. Dia nak pancing. Nak bagi pembayang. Beritahu aku bahawa dia kini perokok. Helah. Aku malas nak layan.


Dia ingat bila dia dah hisap rokok, aku nak kucup bibir dia lama-lama? Kirim salam!


**


Aku tak ada masalah untuk muncul di majlis-majlis makan malam, rumah terbuka atau aktiviti marhaban. Biarpun hanya sebilangan kecil yang menegur aku, itu bukan perkara yang mustahak bagi aku. Hidangan makanan jauh lebih menarik perhatian aku berbanding tamu yang hadir. Kalau ada anak dara, barulah aku cuba mengawal tahap ketampanan aku. Tetapi, terdapat satu gangguan bila berada di majlis-majlis sosial sebegini.


Aku kurang selesa dengan mereka yang menghembus asap rokok sesuka hati. Biasanya para perokok akan menyalakan rokok selepas acara makan. Tanpa peduli akan kecenderungan orang lain terus hembus suka hati kepala bapak dia ke muka-muka orang. Ini perbuatan kurang ajar. Tak hormat langsung kepada individu yang tak merokok seperti aku. Kalau nak hisap rokok jugak sila jangan hembus ke muka orang. Jangan lupa kawal asap rokok yang keluar dari puntung. Jangan sampai terarah ke muka orang. Kena maki, sia-sia hidup ko.


Lagi satu bila di moshpit (tempat berjoget lambak sepak menyepak di hadapan pentas) di gig-gig. Ada jugak malaun jahanam macam haram menyalakan rokok kat tempat berasak-asak macam tu. Ini bengong ke apa? Kalau tercucuh t-shirt aku mampu nak ganti ke? Tau ke baju aku banyak yang rare? Kalau tercucuh dahi aku apa nak jadi? Nak kena sepak ke apa diorang ni? Dah la sesak. Asap rokok ko lagi. Sesak napas bodoh!Aku jadi panas hati. Rasa nak tumbuk si penghisap rokok. Rasa nak rampas puntung rokok dan cucuh ke pipi diorang. Nasib baik kat moshpit. Boleh pukul curi dari belakang. Aku mensasarkan bahu kanan sebagai tempat serangan. Nak isap rokok pergi belakang, bangang. Jangan menyibuk kat sini.


Aku sangat menghargai beberapa personal yang ada disekeliling aku yang cukup menghormati mereka yang tak merokok. Perbuatan meminta kebenaran untuk merokok adalah sesuatu yang digalakkan di sini. Di rumah sewa aku sendiri, tiada yang menyalakan rokok di dalam rumah. Kalau berani cubalah. Itu pun kalau nak tengok gusi berdarah dan kepala tersiat. Kalau nak hisap rokok, sila ke balkoni.


Bukan aku tak pernah hisap rokok dulu. Jangan ingat aku tak tau istilah ‘kapal selam’. Jangan ingat aku tak tau istilah‘chai’. Jangan ingat aku tak tau istilah ‘gulung’. Engkau di luar sana. Jangan ingat aku tak hisap rokok aku budak nerd.


***

18 tahun tinggal di kawasan pekan menyebabkan aku sukar menyesuaikan diri di kampung. Dalam masa enam tahun sejak aku tinggal di kampung, hanya tahun pertama yang lengkap 365 hari aku lekat di rumah. Bila aku melanjutkan pelajaran hanya beberapa hari sahaja aku kat rumah. Paling kuat sebulan lebih.itu pun waktu cuti semester. Lepas tu balik semula di kampus untuk latihan muzik dan aktiviti lain.


Aku sebenarnya tak ada masalah duduk dengan orang tua malah sangat senang sekali sebab makan minum sakit pening terjaga. Tapi yang menjadi masalahnya adalah tahap kesunyiannya yang di tahap maksimum menyebabkan aku tak keruan di rumah. Aku jenis manusia yang tak boleh kesunyian. Aku ingat kalau aku kahwin aku mahu isteri (?) dan anak yang ramai biar riuh rendah rumah aku, ha ha ha.


Untuk melepakkan diri di pekan, aku perlu berkenderaan 5 atau 6 kilometer mencari rakan-rakan. Ini satu lagi kerja yang aku paling malas sekali nak buat. Aku sangat malas memandu/menunggang. Bukan tak ada budak-budak kat sini, masalahnya nak sembang apa? Ikan? Memancing? Rempit? Awek sekolah? Ganja?


Pada awalnya, sewaktu aku mula-mula tinggal di kampung aku mengalami tekanan yang teruk. Ini menyebabkan aku mengalami kemurungan. Setelah dikaunseling oleh pak haji-haji dan Pak Long barulah aku Ok. Kalau di pekan kawan-kawan aku sentiasa mengetuk pintu dan datang berbondong-bondong dengan gitar tong. Sebaliknya, bila di sini aku langsung sunyi. Hilang sorak sorai kawan-kawan. Hilang segala aktiviti petang. Malam aku jadi sepi. Nak tengok awek berpeha gebu jauh sekali. Kalau ada pun awek di sini banyak yang sudah ‘dicop’ orang.


Kini, sekali lagi aku berhadapan dengan satu tempoh jangka masa yang lama di rumah. Badan aku mula sakit-sakit sebab otot-otot jarang digunakan. Otak pun jarang berkerja. Aku syak pemikiran aku pun jadi lembap. Nak bercucuk tanam berkebun, aku tak pandai. Malah aku sangat ngeri bila berjalan sorang-sorang di kebun. Kalau kena rogol siapa yang susah? Asyik baca buku, novel, majalah kepala jadi pening. Ada tak ada, aku berbasikal sambil dengar lagu.
Bukan aku malas kerja atau tak hingin cari kerja. Asal aku mintak kerja asik dapat sales dan marketing. Aku mintak lain dapat lain. Gomen pulak, asik panggil exam je. Encik, saya dah lulus periksa, apa cerita asik panggil periksa je ni? Bila nak panggil temuduga? Apa? Keputusan periksa ni valid sampai 8 tahun? Dush! Kepala otak kau berjambul. Kau nak suruh aku tunggu 8 tahun? Dush! Dush! Dush!


Ya. Memang aku memilih. Disebabkan pengalaman yang lepas kawan-kawan, aku jadi berhati-hati dengan tawaran-tawaran kerja ni. Aku tak kuat berhadapan dengan situasi stress melampau. Stress sikit-sikit sudahlah. Kalau stress banyak sangat, aku maki tak renti-renti engkau juga yang boring. Saham aku pun pasti jatuh. Mana ada awek suka boifren membebel macam makcik konduktor bas?


Budak-budak rumah sewa sekalian, sila recommend aku kerja di tempat korang. Kepala otak aku dah naik kusut kat rumah. Tak kisah gaji kecik. Janji ada life. Ikutkan hati aku, mau je aku cungkil tapak rumah aku dan tempat kerja bapak aku ni ke Kuala Lumpur. Senang. Abis cerita. Nak pilih menantu pun tak susah. Banyak pilihan.


Tapi orang bilang, gadis (yang diragui kegadisannya) di KL ini sombong dan jual mahal. Entah. Aku pun tak tau. Aku tengok murah je. Boleh bawak ke mana-mana. Ke hotel pun senang. Buat rakaman pun boleh. Cuma wang hantaran je yang mahal. Apa sebab wang hantaran itu mahal pun aku tak tau. Mungkin ikut harga lot tanah kot. Di sini bukan takde gadis. Cuma ia seolah-olah sudah hampir pupus. Ia mungkin dah dimilik orang. Ia mungkin menyorok. Mungkin juga berpunca sama ada sudah bermastautin di bandar atau disebabkan kesedaran orang kampung tentang alat pencegah kehamilan atau kontraseptif. Maklumlah, inikan zaman teknologi. Dah ramai orang berilmu. Pandai merancang keluarga mengikut keperluan semasa. Haha..pandai-pandai je aku ni. Lantak ko!