Selasa, 4 Disember 2012

Hak Untuk Memilih adalah Hak Seorang Manusia Untuk Hidup

Manusia. Tak pernah lekang dari dikuasai. Maklum tahu, Tuhan maha kuasa. Tapi adat dunia. Manusia akan dikuasai manusia yang lain. Semuanya untuk survival. Untuk meneruskan kehidupan. Perlu untuk setiap manusia tahu akan batas dan garis sempadan hak masing-masing yang sebenarnya tidak sesiapa pun boleh mencampuri.

Menyentuh soal pentadbiran negara. Pada hari ini, sepatutnya minda masyarakat kita lebih matang. Lebih maju kehadapan. Sudah tiba masanya minda kita semua berubah untuk berfikiran lebih kritis berlandaskan fakta numerik, catatan sejarah atau bagi yang Islam; berlandaskan al-Quran dan hadis. Untuk itu bagi saya, proses pemilihan untuk menentukan pentadbiran satu-satu negara itu seharusnya dinilai pada hasil kerja dan kecekapan pengurusan pentadbiran itu sendiri. Selain dari itu, kita juga harus melihat kalau-kalau ada pihak yang cuba menawarkan satu bentuk pengurusan pentadbiran yang lebih baik. Kenapa tidak kita bertukar dan memilih sesuatu yang lebih baik untuk masa depan yang lebih cerah.

Berbuih mulut pung-pang-pung-pang bercerita mengenai peribadi seseorang dalam hal pengurusan dan pentadbiran dalam mana-mana organisasi adalah sesuatu yang membuang masa. Harus dipegang oleh semua peringkat masyarakat, tiada kunci lain selain dari sikap JUJUR dan AMANAH dalam menjalankan tugas.

Dua kunci ini, jika digenggam erat-erat, nescaya ianya akan mencambahkan nilai-nilai murni yang lain dalam pengurusan organisasi.

Tidak perlu unsur ugutan. Tidak perlu unsur hasutan. Tidak perlu retorik menakut-nakutkan. Ini semua akan membuatkan minda bertambah sempit. Hidup dalam kesengsaraan dan akhirnya akan terus-menerus hidup dalam sistem perhambaan. Brader, bekerja itu bukanlah perhambaan. Sebaliknya satu bentuk pengorganisasian secara kolektif dalam mencapai matlamat organisasi. Masa, tenaga, keupayaan dan kemahiran yang digunakan itulah ditukar ganti kepada bentuk gaji. Asasnya sama. Semua mahu meneruskan kehidupan.


Dan, saya amat pasti. Hidup bukanlah suatu paksaan.


Ahad, 25 November 2012

Bertahanlah!

Ok macam ni.


Awak ada barang yang awak suka. Punyalah gila haiwan najis berat awak kumpul duit untuk beli barang berkenaan. Namun apabila awak dah dapat barang tu tiba-tiba ianya rosak. Rosak pun sikit-sikit lah. Macam rosak komponen. Tercalar sikit. Taklah hancur secara total. Dalam pada masa yang sama tiba-tiba ada lah pulak barang lebih cool dan trendy dari barang awak yang rosak tadi.

Nah.

Awak sudah goyang. Hati tak keruan.Kena pulak ada kawan-kawan yang sembur racun makhlok perosak. Tukar baru je bro. Dia nak tukar yang baru tu. Pergh keluaran baru ni lagi style siak!

Amacam? 

Dalam hal ini, perkara macam ni biasa berlaku bila kenderaan, telefon bimbit atau laptop rosak. Kaki racun ni lah yang merosakkan mood dan perasaan untuk terus berbelanja besar untuk kali kedua!

Aku percaya ramai yang tak tahan. Terus tukar kepada yang baru. Usaha penat lelah mendapatkan barang yang rosak tadi terus dilupakan. Kenangan-kenangan manis bersama jasa-jasa dan bakti yang telah ditaburkan oleh barang berkenaan dilontar ke dalam tong sampah yang paling busuk dalam abad ini. Walhal baru rosak sikit-sikit dan kos repair tak lah sampai menyebabkan awak buat personal loan.

Jadi, kenapa awak goyang.

Saya di sini sentiasa mendoakan agar awak semua tak goyang apabila disembur racun kawan-kawan ni tadi. Bila awak beli baru dia pakat-pakat puji. Bukan dorang tolong bayarkan pon. Binatang korang semua!


Kejengkelan Keng Kang

Sebenarnya aku tak puas hati dengan brader-brader yang cuba memandang rendah terhadap budak-budak yang naik fixed gear (budak?). Macam aku. Macam Obey. Memang lah kitorang ni dah berusia. Obey sendiri dah anak 3. Pergi jahanam lah kalau kitorang nak naik basikal macam ni. Ada aku susahkan abah ko nak buang air besar bila ride beskal macam gini? Gi jahanam korang!

Ada satu hari aku tengah ride santai-santai dengan Obey. Dari Pekan Senggarang menuju Pantai Punggor. Tiba-tiba ada sorang abang naik basikal mountain bike potong aku dengan Obey. Memang syial lah. Terkejut siak. Bunyi dah lah bising kreeak kreoook... Waktu dia potong aku dia siap pandang muka aku dengan kerek. Ye. Aku tau aku tak ada jersi macam abang. Pakai tshirt, kasut sneakers dengan seluar potong. Budak tak ada disiplin memang macam ni. Air pun tak bawak. Brader ni air botol dia kat belakang tempat duduk.

Part yang tak tahan bila tengok brader ni mengayuh. Kengkang ke kanan kengkang ke kiri. Siap handle terikut rentak kayuhan. Kayuh kanan basikal ke kanan. Kayuh ke kiri basikal ke kiri wakakakkaka.. Lepas dia potong je. Aku kejar balik. Niat dalam hati nak langgar tayar belakang dia lepas tu mintak maaf, "sorry-sorry brader...tak sengaja. Slow sangat!" Tapi sebab ada Obey aku tak beriya sangat. Kena hormat orang yang lebih tua. Tak boleh tunjuk agas sangat.

Lepas dia potong, aku toleh Obey. Aku buat semula gaya dia kayuh. Tapi kali ni dengan effect khas dalam bentuk kayuhan zig-zag sambil kepala dongak ke langit.

 Fuh. Nikmat dia lain macam. Macam dalam dunia ana sorang ada vasikalll lahh syeikh!

Majam Jilaka

Tulis kat dalam blog ni sebenarnya macam budak-budak baru nak up main lagu grindcore. Bedal. Menggunakan kederat yang ada untuk ketuk deram dan hentak pedal deram.Yang main gitar tonyoh bagai nak rak tali gitar. Yang menyanyi selagi boleh jerit akan jerit sampai tahap yang termampu.

Sama jugak kat sini.

Aku bedal je. Bila baca balik tulisan-tulisan aku, tatabahasa stail macam khinzir melintas. Tak ada toleh-toleh dan tak pernah peduli dengan ancaman kenderaan bermotor. Padahal benda-benda asas tentang ejaan dan tatabahasa sememangnya aku tahu. Sebagai aku ajar budak. Corak gaya bahasa seharusnya formal. Samada verbal ataupun tulisan.

Tapi mampuslah. Ini belog aku. Aku punya pasal. Isi dan luahan hati adalah tunjang utama. Penyampaian dan mesej harus sampai. Tatabahasa tu ibarat aksesori je kat sini. Sama macam grindcore. Menceceh tentang mesej dalam lagu punya panjang. Sekali main lagu wargh-wargh-wargh. Abis!

Majam jilaka.

Sabtu, 24 November 2012

Kita kawan awak. Tapi tak taulah awak kawan kita ke tak.

Aku pun tak tau lah. Dah berapa kali aku buat entri pasal kawan. Memang tak cool. Tapi aku peduli apa. Ini adalah blog. Ini adalah tempat menulis. Dan apa yang pasti blog Bayu Senja Di Selatan adalah blog yang tiada pendapatan. Sama ada secara elektronik mahupun yang diulang cetak dalam bentuk makalah. Tiada unsur keuntungan. Hanya perkongsian pendapat sahaja. Yang baik jadikan tauladan. Yang jahat, kalau okey boleh praktiskan.

Ada brader-brader yang tulis kat FB menyatakan bahawa ada kawan yang dulu okey sekarang macam macibai. Buat tak kenal. Buat lupa. Tak ingat langsung. Otak tercicir.

Itu biasa. Lumrah manusia. Itu proses evolusi. Masing-masing membina prinsip. Untuk mencapai matlamat masing-masing yang mana aku percaya dari 10 orang, daripadanya bermatlamat dalam bentuk materialistik semata-mata. Nak kaya dalam tempoh 5 tahun. Nak jadi jutawan dalam tempoh 20 tahun. Nak pakai kereta Inspira tahun depan dan sebagainya. Itu lumrah.

Dalam usaha mencapai matlamat itulah penambah-baikan dilakukan. Mana yang tak perlu, diletakkan dibelakang. Apa yang penting matlamat tercapai. Impian untuk menikmati gaya hidup tersendiri tampak lebih berjaya dari manusia-manusia biasa. Macam kita. Macam saya. Macam awak.

Yelah. Nak kecik-kecik hati tak dah tak guna. Dah besar-besar. Dah dewasa. Mana yang baya-baya aku dah ada anak dua. Ada komitmen. Takkan lah nak berkawan dengan kita yang masih terkinja-kinja. Kenyataan. Ada jugak kenalan-kenalan aku yang selamba hantar mesej dalam inbox mengatakan aku macam beruk. Gaya berpakaian macam bangla. Biasak ah tu. Orang jeles.

Ada tu pulak kawan baik aku. Bila dah ada makwe, kita ni dia buat tak nampak je. Bila dah bertunang, buat-buat bizi. Dah tak nampak nak datang rumah. Bila kahwin langsung tak jemput. Memang kelas kau Jah! Siap tayang-tayang anak lagi. Okey lah tu. Awak dah berjaya. Kerja bagus. Bini cantik. Anak sihat wal-afiat. Kita ni apa lah yang ada. Teringat lagi orang yang aku cakap ni. Dia pernah tergelak tengok aku balik turun bas ekspress. Dia tunggu abang dia jemput kalau tak silap.

Yelah. Dia smart. Kerja kat pejabat kompeni kerajaan. Kita ni apalah sangat. Masa tu pelatih guru. Beli pun baju bundle. Aku ingat lagi dia pandang aku atas bawah. Dengan topi aku tak tentu hala. Seluar jeans koyak aku pakai je sebab malas nak kotorkan seluar lain. Bandana ikat kat leher-sebenarnya buat lap mulut. Baju tengkorak jahanam. Kasut pun rabak-rabak. Tak pe. Memang selekeh. Nak buat macam mana. Aku makan burger dalam bas ekspress.

Lepas dia jumpa aku tu. Dia tak jemput aku dalam majlis apa-apa pun. Tapi tak pe lah. Aku sentiasa fikir positif. Mungkin orang macam aku buat kecah je dalam hidup dia.Kerja pun biasa-biasa aje. Pernah mak dia cakap kat mak aku, kerja macam aku ni otak tak berkembang. Hmm mungkin jugak. Sebab tu lah aku dengar muzik hardcore dari dulu sampai sekarang. Patutnya usia-usia aku ni dah dengar SM Salim.

Ada jugak geng-geng yang lain buat tak nampak walaupun nak terlanggar batang hidung. Yelah aku rabun. Dia tak rabun. Bergaya pakai cermin mata hitam. Kalau aku pakai cermin mata hitam mungkin batang hidung aku yang hitam pasal asyik terlanggar tiang stesen bas.

Hmm...takpe lah. Hidup masing-masing. Cara masing-masing. Kita buat steady sudah. Kalau kita ikhlas dalam apa-apa jugak perbuatan yang baik, tetap nampak cool di mata orang. Tak semestinya kau pakai MYVI nombor plat tempah kau nampak hebat dan ekslusif. Pakai kereta keluaran terhad dan menyumpah-nyumpah bila susah nak cari sparepart pun nampak cool jugak sebenarnya!!!


Khamis, 22 November 2012

Tenang




Kali terakhir meniup didgereedo adalah pada tahun 2007. Lepas tu jadi mat skima. Balik kampung.

Rabu, 21 November 2012

Pengutus Keji

Bagi manusia bekerja. Kesempatan untuk membaca adakalanya terhad. Waktu kerja yang panjang, beban kerja yang berat menyebabkan diantara kita yang sukar meluaskan pengetahuan dan minda. Apa yang terkumpul dari zaman sekolah-yang diperolehi dari buku teks, disampul elok-elok dalam minda. Dipegang dengan betul-betul rapi. Agar tidak berciciran.

Malang sekali, manusia yang begini gagal mencabar minda. Lebih teruk lagi, mereka enggan membuat pembaharuan dan engggan berubah. Jadilah mereka golongan yang kental dan perpendirian teguh dengan prinsip lapuk.

Oleh yang demikian, aku merasakan untuk mengatakan sikap malas membaca itu hadir semulajadi dari dalam masyarakat kita itu adalah kurang tepat. Mungkin, tetapi perlu dilihat pada sudut-sudut yang berbeza. Apabila penat bekerja, balik rumah dah tentulah kau terkangkang tidur. Esok pagi-pagi kau dah bangun jadi hamba abdi kuli batak sampai urat kau bersimpul-simpul.


Walaubagaimanapun, sifat inkuiri atau ingin tahu masih menebal dalam masyarakat. Namun, aku sedar. Ada diantara kita yang tak punya masa untuk mengkaji dan mengimbangi apa yang kita baca sehari-hari. Kita amat terdedah dengan media arus perdana. Mudah dicapai dek tangan dan mudah diakses bagi dalam bentuk audio visual.

Orang kita memang mudah percaya dan mempunyai minat terutama hal-hal sensasi yang diperbesarkan di akhbar mahupun di layar televisyen. Artis itu begini begitu, anak Pak Seman ikut orang Lombok, Pelacur kelas atasan berpendapatan tinggi, GRO tanah besar China ditahan dan macam-macam lagi. Hal-hal begini memang menarik. Kena pulak si penulis tambah tokok garam dan ajinomoto dalam penulisan. Memang terbaik. Mungkin juga ini adalah faktor yang boleh digunapakai untuk menarik minat masyarakat untuk terus membaca. Bila dah tajuk power, mestilah brader-brader ni beli. Letak pulak tajuk panas muka depan.

Hari ini kalau kita tengok setiap akhbar ada identiti mereka tersendiri. Stail penulisan, susun atur grafik dan lain-lain lagi. Baguslah. Tidak menjemu. Lagi banyak variasi produksi, lagi banyak pilihan boleh rakyat buat dengan citarasa masing-masing. Mana yang suka kisah seksual sensasi, mungkin boleh pilih akhbar A, mana yang suka bercerita tentang aspirasi kepimpinan mungkin boleh pilih akhbar B. Manakala yang suka akhbar yang melaporkan peristiwa setempat boleh pilih akhbar C.

Kita faham, wartawan-wartawan ni cari rezeki. Niat pun nak cari rezeki yang halal. Nak bantu mak bapak kat kampung. Nak bagi anak bini makan pakai. Nak bayar duit ansuran Myvi. Nak beli motosikal motard. Nak beli basikal Giant. Tapi tolonglah insafi diri. Kalau tulisan-tulisan kamu penuh dengan fitnah kamu fikir kamu akan senang dalam hidup apabila kamu menggunakan hasil dari tulisan fitnah kamu dalam akhbar-akhbar kamu?

Kalau dulu boleh aku layan baca sebiji-sebiji. Tapi sekarang bila buka je akhbar kepala terus berdenyut. Boleh. Tak kisah kamu nak menceritakan penyelewangan mana-mana individu. Tapi aku tak nampak langsung individu yang dikatakan menyeleweng itu diberikan peluang untuk membela diri di dalam media yang kamu gunakan. Berita televisyen pun sama. Hari-hari asyik sembang pasal salah orang itu ini. Tapi orang yang dipersalahkan langsung tak ada "chance" nak bela diri di tempat yang sama.

Apa lagi yang tinggal dalam ruang media setempat?

Ini semua benda-benda kelakar yang semakin hari semakin muak untuk dicerna. Sememangnya aku dah lama tak tercongok dengan niat yang tulus dan ikhlas mengadap apa-apa berita  setiap kali mereka terpacul di waktu perdana.

Hari ini aku lihat apa-apa saja media arus perdana tak ubah seperti usaha doktrinisasi yang disuntik perlahan-lahan ke dalam minda dan hati manusia.

Belum Vintaj Lagi

Kali terakhir aku menulis di sini pada bulan Julai. Sekarang sudah November. Bulan depan sudah Disember untuk 2012. Aku harap, pada tahun 2013, Bayu Senja Di Selatan akan berlari dengan konsisten. Dulu blog ini dinamakan sebegitu sebenarnya berikutan kerinduan terhadap angin selatan.

Apabila penulisnya sudah kembali dan bermaharajalela di Selatan, blog ini jadi longlai. Aku ingin mengucapkan "hai" kepada yang kembali menjenguk blog ini. Kirim salam pada kawan-kawan kamu yang pernah blog ini. Doakan tangan dan kepala hotak aku terus mengganas di ruangan ini. Walaupun dunia blogging sudah tidak hip macam dulu, tapi ini adalah masa yang terbaik untuk terus menulis.

Untuk menulis di media cetak(fotostat) mungkin sudah tidak punya masa yang begitu luas. Kesibukan tugas aku yang merangkumi tugas perkeranian, perkebunan dan hal-hal sosial lagi menyebabkan dunia DIY Punk/Hardcore agak terumbang ambing. Apatah lagi kini sudah berteman (ahaaaaaaai~).

Ya. Aku masih di sini.
Masih macam dulu. Walaupun dah pakai kereta dan berbasikal fixed gear.

Ahad, 8 Julai 2012

Nate beghuk demo!

Aku dengan ini memaklumkan bahawa ......
aku tulis pakai tablet ni. Payah gop nok tulih nim.....

Jumaat, 11 Mei 2012

Ulasan gig- Persembahan Akhir Nostalgia

Dah lama dalam kepala otak aku terfikir tentang acara ni. Nostalgia bukan nama baru dalam arena hardcore punk. Lirik dalam Bahasa Melayu. Pendek, ringkas, bermesej dan irama yang catchy sentiasa bermain dalam fikiran. Lirik-lirik positif berbentuk kesedaran dan motivasi menyebabkan ramai remaja seusia aku ketika itu ingin terus berada dalam scene hardcore punk. Kita rebel tetapi kita positif. Kita bukan anak jalanan yang kosong fikirannya. Begitulah agaknya waktu jiwa muda aku memberontak keras haha. Untuk show kali ini aku datang awal. Beranggapan akan ramai orang dan tak nak susah cari parking aku layankan je Padil untuk datang seawal pukul 3 dekat pukul 4. Sampai The Wall terus melepak di sofa dengan Uda-individu yang menguruskan The Wall. Bercerita isu-isu semasa, keganasan dan ketamakan dan macam-macam lagi sambil diiringi alunan lagu-lagu punkrock malar segar.Borak-punya borak punya borak sampai dekat pukul 6 masih tak start lagi. Sempat aku meround cari minuman dengan Padil. Sapik dari Tampin pula sibuk bercerita Recover dari Singapura tak dapat hadir. Hmmm..kecewa jugak. Baru nak tunjuk belang.

Kali ni show memang terbaik. Start lepas maghrib. Memang power dan SANGAT awal. Bermula dengan Hurricane. Sebuah band yang macam Converge. Berat, teknikal dan tak berapa nak laju sangat. Vokal dan dram dari bekas kumpulan Devilica. Ada dua tiga kerat je yang cuba buat onar. Selebihnya berdiri memerhati. Ada juga yang bawak isteri dengan anak sekali. Tapi aku rasa macam kurang sesuai untuk anak kecil hadir ke majlis berdesibel tinggi. Untuk mat gelabah macam aku sesekali lambat nak masuk stail macam tapi band ini memang tight. Kredit untuk drummer. Komitmen yang tinggi.

 Band kedua Langgar Lari. Aku tak berapa familiar dengan band thrash core ini dan tak pernah memiliki rilisan band ini. Tapi ini kali kedua aku melihat band ini beraksi. Thrash hardcore terus tepat ke muka. Dengan lagu hits Ku Pujuk-Pujuk Ku Bawa Lari yang pernah jadi anthem rumah sewa sewaktu ketika dahulu. Namun aku naik syeikh bila band ini membawakan lagu dari Makhlok Perosak bertajuk Hardcore Sudah mati. Lagu ini memang berhantu. Part sing a long memang rakus. Pada masa ini barulah terjengol muka-muka hardcore era lama. Dalam pada masa yang sama penulis zine Roots dan blog Redup Pemikiran tiba-tiba meluru melompat ke atas hadirin. Lengkap berjaket crust-punk dan rambut sikat tepi, malang sekali tengkok terkena stage ahaha. Adik-adik yang lahir pada tahun 90an terpaku sahaja dan tak dapat merasakan vibe ini. Cewah.

Selepas itu Second Combat mengambil alih pentas. Macam biasa, Ein dengan penerangan padat tentang band yang diraikan, Nostalgia. Menceritakan apa yang terkandung dalam lagu. Memang kita dahagakan persembahan begini. Bukan hanya memberikan satu hidangan muzik yang bertenaga tapi sarat dengan mesej serta penerangan. Ini sekali membuktikan scene hardcore punk itu juga merupakan satu lagi lapangan pendidikan yang tidak formal jauh dari apa yang tercatat dalam buku teks anda. Kali ini aku tak nampak dua band members. Arwith tak ada pergi Indonesia haha.

Habis persembahan Second Combat, Nostalgia ambil alih pentas. Ini persembahan akhir band yang memang Nostalgik. Boleh dikatakan aku membesar dengan muzik punk mereka. Aku berkenalan dengan Fadil pun sebab aku ternampak Fadil balik sekolah sambil pegang kaset Nostalgia-Teguh Berdiri. Sudah beberapa kali aku melihat kugiran ini beraksi. Vibe-nya tetap sama. Enerjinnya tetap menerjah. 19 buah lagu disampaikan dengan tanpa segan silu. Penerangan lagu, perkongsian pendapat dan pelbagai cerita disampaikan pada malam itu. Bahagian menyanyi beramai-ramai tak pernah gagal sejak dahulu lagi. Pernah aku terbaca di zine mana aku tak ingat, "Nostalgia memang band market. Letaklah Nostalgia, pasti full-house." lebih kurang begitu bunyinya. Memang penuh. Dan aku ada nampak rakan-rakan cina turut hadir. Tidak tahu sama ada mereka memang minat, sekadar memantau atau ada kepentingan lain. Lapang sikit kepala aku yang senak. Aku pulang sebelum persembahan tamat. Badan mula melekit, mata pun dah mengantuk. Drive sorang-sorang sejauh 35 kilometer untuk pulang ke rumah pada waktu malam bukanlah sesuatu yang fun.

sekian.







Rabu, 21 Mac 2012

Fiksyen Kurang Hajar

Gua dah ready.

Kalau nenek gua tanya, "bila nak tunang/kahwin?"

Gua jawab,


"Bak geran tanah dulu, baru gua boleh bukak mulut Nek, amacam?!"

Selasa, 20 Mac 2012

Cool itu sejenis binatang

Weh.
Ko tau macam mana nak jadi cool sekarang?


Senang je.
Ko ada gaji kan? Ko simpan duit sikit beli talipon tablet macam Galaxy Note tuh. Peh bapak dia. RM2K lebih. Kalau orang jenis cuai dan pendapatan ala kadar macam aku jatuh kat lantai memang berkaca mata berlendir hidung, mat!

Tapi pada aku lah.
Cool ni terpulang kepada definisi ko sendiri lah.
Ko ada duit tapi tak berapa lebat? Rileks one corner. Fikir macam mana dengan apa yang ko ada untuk puaskan hati ko. Buat dengan ikhlas sudey. Bila tenang dan istiqomah dengan apa yang ko buat lama-lama orang cakap ko cool..dan ko akan cakap,


"aku tak hot tapi cooooool.."


puih.

Ahad, 18 Mac 2012

fannaz al-baroni

Soalan yang biasa gua dapat adalah seperti berikut;

1. Ni kereta apa Bang?
2. Dah lama Abang pakai kereta ni?
3. Boleh saya tengok dalam kereta abang?
4. Cikgu, hari ni cikgu tak bagi kerja ke?
5. Sihat?
6. Pekabo ko?
7. Pe cer, Juna?
8. Nego boh. Pm boh? Bare molek nim..
9. Mana ko beli barang ni? Ada lebih?
10. Ko dah pegi kantin belum?

Soalan ni gua akan jawab dengan tenang dan menjaga lenggok bahasa pada tahap piawaian yang paling sopan dan tidak melepasi garisan riak dan taqbur. Gua sedaya upaya mengambil jalan sederhana untuk menjawab persoalan demikian. Tapi bila orang tanya gua;

"Brader, bila nak makan 'nasi minyak'?
"Brader, bila nak makan 'nasi minyak'?
"Brader, bila nak makan 'nasi minyak'?

Gua macam nak tendang hidung orang yang tanya. Kalau dia tanya gua waktu gua tengah makan nasi minyak gua akan jawab,

"Lu buta ka pe? Dah lama tak kena tuam kat hidung ka pe? Binatang!"


Nak-nak pulak yang tanya gua tu kahwin pun pakai hembus. Memang gua menyirap! Semua orang sediakan duit hantaran pun orang bagi lagi nak berlagak. Pergi jahanam la lu. Tak payah sibuk-sibuk hal orang, binatang. Hidup gua, gua punya pasal apa gua mau bikin. Kalau lu nak melabur dalam perkahwinan gua dipersilakan. Gua tak ada hal. Balik-balik jumpa gua tanya soalan yang sama. Gua cukup stress hingga kadang-kadang timbul hasrat untuk membunuh secara kejam. Gua terpekik-pekik panas-panas pakai tali leher ada lu tau? Gua tak tidur malam nak siapkan kerja ada lu tolong? Tak ada kan? Kalau tak ada pegi mampus lah.


Kali ini gua nekad. Kalau gua jumpa budak ni tanya soalan yang sama gua tak teragak-agak humban jag air teh panas kat muka dia!

Selasa, 13 Mac 2012

Kalaulah bapak gua pak m*****i....

Kalau lah bapak gua ni pak m*****i.
Mesti gua dah senang lenang. Katalah gua ni kepala kutu dan belajar bangang piang mesti gua akan belajar di luar negara. Apa yang pasti gua tidak dibelenggu hutang melanjutkan pelajaran biarpun result gua macam cilaka ketika itu. Mungkin gua punya ramai makwe mat salleh dan mungkin gua akan bertunang dengan anak mat salleh dan majlis pertunangan gua tidak pakai duit bapak gua. Duit gua? Jangan harap. Gua guna duit opis bapak gua lah, bodoh!

Kalau lah bapak gua pak m*****i,
Gua tak susah nak beli kereta untuk ke tempat kerja. Itu pun kalau ada kerjalah..setau gua set-set gua mana ada kerja. Jadi bos...lagipun dalam akaun gua ada juta-juta. Duit opis bapak gua. Gua mungkin pergi show room dan order seperti mana gua order nasi goreng cendawan dan telor mata. Walaupun negara ini bikin kereta, mungkin waktu tu gua tak sekuku hitam pun nak sentuh kereta buatan tempatan. Leceh. Balik nak kena samak lagi! Gua nak kereta yang stailo lagi mailo. Kalau capai tahap rare itu sudey bagus, bhai! Makwe tengok terus meroyan menyodok jalan tar berbuih mulut mata juling silap hari bulan boleh parkinson tengok kereta gua! Perghh!

Kalau bapak gua pak m*****i,
takkan gua nak makan gaji? Lu dah hilang akal? Ada gua hentak dengan berus jamban karang! Mesti lah gua ada perniagaan sendiri. Perniagaan apa sajalah janji ada duit masyuk. Ya janji masyuk. Lain hal gua malas pikir itu jam. Gua pikir ada masyuk weekend boleh clubbing. Itu jam gua bos lah. Gua punya share saja sudah juta-juta. Itu jam gua sudah jadi ahli korporat berjaya dalam usia muda. Peh, masa tu lah majalah sibuk interview gua beb sebab gua usahawan berjaya. Padahal gua bukan tau apa pun! Kah kah kah kah.. Saja lah placing kata budak-budak
rempit tu..

Kalau bapak gua pak m*****i,
gua takdenya nak pakai barang bundle lowwww classs jahanam barai terkangkang! Lu nak tengok gua beli baju kat Pasific atau The Store? Boleh, lu lari kengkang keliling KLCC baru gua tergamak dan beli baju jenama Cheetah kat situ. Itupun gua buat lap tayar superbike 1900 cc gua tu. Lepas sekali lap, gua terus tanam baju tu. Najis el-mughalazah laknatullah! Gua sebagai usahawan mestilah beli baju-baju yang hi-end! Mak gua je dah pakai handbeg RM 5, 6 juta, takkan gua nak pakai pakai baju murah-murah. Itu jam gua punya stokin sebelah kanan je dah RM 16K.. tu baru sebelah. Kalau sepasang?! Pajak kebun durian ayah awak pun belum tentu boleh beli sepasang stokin saya, tau.

Kalau bapak gua m*****i,
takkan gua nak layan muzik kelas ketiga macam band-band tempatan? Lu dah sasau ke apa? Lu ingat gua ada tekanan sebab tak bayar pinjaman pelajaran ke sampai dengar lagu-lagu jahanam bingit macam ni?! Tak cool untuk seorang usahawan dengar band macam Devilica, Blood On Wedding Dress. Apatah lagi band grindcore barai macam Dosa. Macam Parkinson? Agathocles? Eiii lu ni dah mereng ka peeee? Gua mestilah layan kumpulan macam apa ke nama kumpulan tu adui..lupa..ala LEMAUFAU tu..


Berjimat cermat abah kamu!

Peh..

Bila gua terbaca ada member tu belanja anak tunang sampai 400k gua punya panas macam mencanak-canak. Binatang apa sampai macam tu? Kah kah kah.. Gila la makan mutiara emas berlian ke? hahahaa.. Peh member tu kalau bercakap soal kesederhanaan memang A. Menitis air mata ibu mengandung lah kalau mendengar ucapan berapi-api ibarat api yang menyambar di syurga!

Itu belum seruan-seruan yang menggalakan kawan-kawan lain supaya berjimat tatkala berlaku pelarasan harga barang asas atau petrol. Gua ingat lagi ada set sosial terdekat dia cakap suruh ganti beras dengan makanan lain sewaktu harga beras menendang. Abah dia! Makan ubi hari-hari boleh angin sial! Hahaha.. Bab suruh berjimat, tanam sayur memang terbaik punya saranan siap buat watak animasi lagi. Peh, A+! Kalau dah kerja macam lembu keluar pagi balik malam bila masa nak tanam sayur? Waktu subuh ke? Abah dia! Kah kah kah kah..

Jumaat, 17 Februari 2012

Punk Rock: Di Sebalik Fesyen Dan Muzik Bising (satu ulasan ringkas)

Aku baru terima buku dari Nizang dengan hasilan terbarunya. Punkrock: Disebalik Fesyen dan Muzik Bising. Buku yang padat dengan pendapat dan pengalaman individu yang pernah menjerumuskan diri dalam lembah punk ini.

Apa pun, aku ingin ucapkan tahniah pada yang yang menulis dan yang menerbitkan. Penghasilan ini merupakan satu lagi cara bagaimana mendokumentasikan penulisan-penulisan yang ikhlas dalam bentuk yang dihormati masyarakat umum. Mungkin bagi seorang pembaca zine, sudah memadai dengan kualiti fotostat yang bagus. Tetapi dengan terhasilnya buku sebegini, ia adalah sesuatu yang amat membanggakan.

Mungkin kita boleh sebut ini adalah buku rasmi punk tanpa prejudis dan campur tangan wartawan makan gaji!


Paling tak tahan dengan tulisan Din Akar;

"Baru nak buat zine tak agak-agak pergi interview Earth Crisis!"


KAH KAH KAH KAH berdekah siak!

Ahad, 15 Januari 2012

Bukan lu sorang mahasiswa

Dulu gua pun pernah jadi mahasiswa. Lu jangan ingat dah bagus sangat kalau masuk U ni. Biasa saja. Walaubagaimanapun gua tetap bersyukur diberi kesempatan keluar masuk sebanyak 3 buah kampus sepanjang kehidupan gua. Bagi gua menjerumuskan diri dalam universiti adalah salah satu tapak meneruskan kehidupan. Dari gua terumbang ambing meneruskan kehidupan bukan-bukan lebih baik gua belajar apa yang patut dan menimba pengalaman.

Dulu.

Mendapatkan pengajian tinggi bagi gua adalah opsyen kedua. Dulu gua lebih cenderung untuk jadi kerani gred N17. Masa tu gua ingat lagi. Gua cabut Uitm. Gua masuk tingkatan 6. Masa di tingkatan 6 gua pernah beberapa kali ponteng untuk menghadiri temuduga jadi kerani. Penemuduga tanya gua, apa gua bikin sekarang. Gua jawab.


Gua kerja warung. Ya. Gua tipu dan dorang tak percaya.


"Keputusan macam ni kerja warung? Awak biar betul?"

Gua diam je. Gua layan. Sampai masa gua ambil STPM gua tak dapat jadi kerani. Tapi gua tak putus asa gua mohon jawatan N27 pulak ketika gua di universiti. Entah apa gua nih. Melalui pengalaman rakan-rakan senior, gua jadi risau kalau lepas grad tak dapat kerja. Tahun pertama gua di U, sunyi tak ada interview. Tahun kedua, tak silap gua, gua ada 8 temuduga! Gua sudah goyang. Gua mahu cabut U untuk kali kedua masa tu. Nak pulak, gua ada dua paper kena repeat! Jadah!

Tapi bapak gua halang. Satu temuduga pun gua tak layan itu jam walaupun gua dah rasa down sangat nak study. Bapak gua cakap, lu jalan terus dengan lu punya study. Kasi habis dulu baru kerja. Gua tetap layan. Steady study sambil buat muka monyok.


Itu jam gua tak ada mood langsung nak buat kerja lain selain dari habiskan kerja-kerja belajar gua. Untuk jalan selamat tidak menyewa rumah (di KL masa tu sewa rumah cecah 1k sekarang mungkin lagi kow-kow kot?) gua main band untuk kolej kediaman. Pentadbiran kolej pun tak boleh buang gua sebab tak ramai mat skima boleh main muzik. Gua sental je apa dorang nak main gua layan walaupun jiwa gua langsung tak ada dalam lagu-lagu diorang.


Oleh itu gua hanya tau study, training main band dan pergi gig saja. Dating sikit-sikit.


Kesedaran politik? Memang ada. Gua nampak macam-macam lah member gua ni buat. Ada yang ke kanan ada yang ke kiri. Ada yang sibuk pung pang pung pang. Gua ada jugak ambil tahu dan mengambil berat. Itu jam, siap ada buat boikot pilihanraya kampus dan konvoi bagai. Gua peduli apa semua tu. Masalah kelaparan lebih hebat dari masalah politik kampus. Leceh dan buang masa. Gua tau hak gua di mana itu sudah memadai. Kita steady one corner. Tak suka, kita terajang. Tak payah tunggu geng bagai. Tak suka lecturer mengarut gua bla. Kedatangan suruh member tandatangan. Haha. Janji assignment gua settled sudah. Buku tak payah pinjam library dan gua langsung tak pernah pinjam buku selama 3 tahun lebih sikit di kampus haha. Lewat pulang kena denda, duit gua bukan muai pun masa tu. Dah la buku tak banyak. Nak kena berebut. Leceh. Gua tunggu depan pintu library. Siapa pinjam, gua photocopy!


Apa pun, gua respect jugak pada yang melawan akta itu dan ini. Ada keberanian. Ye lah. Ada orang cakap jangan bercakap soal perjuangan kalau tiada keberanian. Gua memang tak berani nak pung pang lebih-lebih. Bapak gua bukan orang senang. Mak gua sikit-sikit nak berair mata. Nak jadi revolusioner? Kirim salam. Baik gua belajar steady asal lulus sudah itu jam. Malas gua nak serabut-serabut. Siapa pun diatas dengan istilah memerintah(er..kalau dia perintah kita hamba ke?) korup tetap ada. Kalau ada yang janji ketelusan kita tengok je lah. Ada betul ke tak.


Tak suka ganti baru.
Tak suka lagi ganti lain.
Tak suka lagi sekali ganti lain lagi.
Tak suka buat sekian lagi tukar untuk sekali lagi.


kan?
Tapi tu semua memerlukan pengorbanan dan keberanian. Yelah nama pun perjuangan. Ada misi ada visi. Gua malas. Lu ada berani?

Selasa, 10 Januari 2012

Catitan

Okey untuk tahun 2012.

Aku bikin satu perubahan untuk diri aku. Biarpun perubahan tu cuma berharga RM 1. 50 tapi aku rasa ia satu permulaan yang bagus untuk orang yang serabut macam aku. Banyak benda kena ingat. Banyak benda kena buat. Bila tumpukan pada satu perkara, tercicir perkara yang lain.

Untuk mengatasi masalah serabut otak disebabkan kerjaya aku yang penuh keserabutan ini, aku mewujudkan satu buku kecil muat poket baju untuk aku catat apa saja yang aku nak.


Hehe. Harap buku kecil ini dapat menjalankan peranannya dengan cekap, bersih dan amanah.

Isnin, 2 Januari 2012

Terjerumus ke lembah pemberontakan

Dulu.

Waktu zaman sekolah. Gua memang suka memendam perasaan. Gua bukan macam budak lain. Ada tape game Sega. Ada Playstation. Gua tak ada. Memang gua tak hip dan trendy. Gua pernah jugak try main Playstation 1 secara haram setengah jam RM 6 kat sebuah banglo Cina. Tapi gua just try tekan-tekan punat nak merasa. Tapi entah apa-apa gua tekan. Gua kena gelakkan. Dan gua give up nak main video game. Video game pertama dan terakhir dalam hidup gua ada Block Game ada 8 level. Sampai hari ini gua tak pernah ada konsol permainan digital pukimak haram jadah lancau. Rambut gua pun tak trendy. Sikat belah tepi dari dulu sampai la tua-tua ni. Pernah jugak gua cutting macam mat-mat emo hardcore New Jersey tapi last-last jadi trend. Budak-budak sekolah pun buat cutting rambut macam tu apahal?! Memang laknat. Gua sikat tepi macam biasa. Habis skima dan belia 4B. Kalau gua cakap kat Pak Daeng Malibok gua pemuda UMNO pun dia percaya.

Mak gua bising kalau gua merayau jauh. Main badminton dengan buruh Indonesia contohnya. Jadi gua penat dengar mak gua berleter dan gua berhibur dengan cara paling murah iaitu memesan zine punk dan membeli demo tape/kaset punk secara pos, yang rata-rata pada era tahun 1999/2000 sekitar RM2+50 sen setem untuk zine, dan kaset RM 5+ 50 sen setem. Setem tu pun kadang-kadang budak-budak ni (owner record label/penjual zine/editor zine) bubuh gam. Jadi gua boleh recycle balik. Guna sampai lunyai. Ini je la hiburan gua. Hiburan paling cikai tapi paling cool dalam hidup gua dari tahun 1999 gua mengenal scene Do It Yourself Hardcore/Punk ni. Dan inilah jugak bagaimana cara gua dapat mengharmonikan kehidupan gua dengan apa seadanya yang mampu gua miliki.

Hardcore/Punk pada hemat gua tak perlukan uniform. Tak perlukan patches bertompok-tompok. Tak perlukan jaket paku. Rambut terpacak 24 jam 7 hari seminggu. Tak perlukan dos kemabukan untuk sebuah revolusi. Perubahan apa yang dapat dilakukan apabila kepala dipenuhi khayalan dan ketidakseimbangan? Cool apa macam ni? Mengarut. Boleh lu keluarkan hujah-hujah berapi dengan fakta statistik dengan betul ketika kepala sarat dengan kemabukan? Jangan nak kencing la brader. Lu nak pegang gitar pun tak larat. Hardcore/punk pada hemat gua terletak pada cara berfikir. Pada cara lu mengadaptasikan persekitaran lu orang dengan apa yang lu orang ada. Kesedaran mengenai sistem yang cuba memusnahkan norma kemanusiaan. Atau sesuatu yang merobek kepercayaan lu pada satu-satu perkara. Itu punk/hardcore. Kesedaran tentang adanya penindasan disekeliling kita.


Muzik, tulisan dan corak berpakaian itu sasteranya. Itu budayanya. Dari budaya itulah akhirnya melahirkan idea. Kreativiti. Untuk mengharmonikan lagi kehidupan dengan prinsip-prinsip yang dipercayai.

Jadi. Untuk seusia ini. Gua tak ada apa-apa sumbangan pun dalam scene ni. Kah kah kah. Cakap berdegar-degar habuk pun tak ada. Tak apa. Idea-idea sepanjang perjalanan hidup inilah yang akan kita kutip untuk jadi pelajaran di masa hadapan. Bukanlah menjadi kesalahan bagi gua untuk hadir di acara muzik. Bezanya gua tak lagi terkinja-kinja macam budak-budak lain. Duduk di pojok yang gelap seorang diri atau bersama teman-teman. Memerhati tingkah anak-anak gua. Ya, anak didik gua di sekolah!

Semoga tahun masehi 2012 ini menjanji kebahagiaan kepada kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tak payah trendy-trendy sangat. Leceh.