Rabu, 27 Julai 2011

Laporan Bunyi-Comadre live in Batu Pahat (25/7/2011)






Sejak duduk kat kampung ni, antara benda paling rare aku buat adalah pergi gig. Aktiviti DIY hc/punk memang menjadi-jadi di Batu Pahat. Aku respek usaha murni yang dijalankan Uda dan kawan-kawan. Kalau tak ada orang macam ni jangan harap Batu Pahat nak berbunyi. Nak harapkan aku memang tak ah. Dah la pemalas. Sibuk pulak tu. Kalau sibuk betul tak apa. Sibuk dipaksa. Ada je benda kena buat waktu hujung minggu. Siapa cakap kerja mengajar ni tak susah dan banyak cuti? Pala otak dia ah.


Kali ini berlaku di hari bekerja. Isnin. Penat tu. Maghrib aku baru sampai rumah. Tak apalah. Dah lama tak menonton persembahan langsung. Lagipun aku diracun Nasrol budak Pontian tu. Lagipun terbakar juga hati bila dengar Comadre nak datang Batu Pahat. Batu Pahat tu, mat. Bukan One Cafe, bukan MCPA Hall ahaha. Dengan kadar RM 8 engkau boleh layan band dari San Francisco-kalau merungut jugak cakap mahal memang aku tapak situ. Walaubagaimanapun, daya tarikan aku ke sini bukan disebab si Nasrol atau Padel malah bukan jugak sebab tiket RM 8. Band inilah antara band terawal aku mengenali genre post punk/hc/screamo/skramz. Dapat cd burn dari Farhan ILS. Huih.. Budak kampung macam aku memang jakun. Susah nak menerima pembaharuan. Balik-balik dengar Poison The Well, Undying dengan Keepsake. Kalau awek tak balas SMS mula dengar The Get Up Kids. Menyampah. Emo kununs...ahahaha.


Nasrol lepas magrib dah preng-preng Honda EJ convert EK dia depan rumah aku. Namun aku ke bandar dengan Proton Wira sengguk-sengguk tak pernah servis bapak aku tu. Tuan Putra aku masih tersadai kat kedai Gemuk. Tengah repair bumper dengan kasi cat sikit hari tu bedal budak lintas jalan. Lebih kurang lepas isyak dah sampai The Wall. Sampai-sampai tengok ada band yang agak familiar tengah buat soundcheck. Ini lambat lagi. Arwith pun turun bawak budak-budak Comadre ni cari kedai vegetarian. Jadi aku dengan Nasrol jalan kaki ke warung untuk membedal roti canai dan bual kosong. Lama dah tak jumpa. Sejak kitorang quit dari duduk kat KL ini kali kedua sempat jumpa.


Lebih sejam lepas tu baru lah kitorang pergi ke venue. Nampaknya show dah start. Walaupun Isnin malam Selasa, kehadiran crowd amat membanggakan. Sensor! Sensor! band dari Muar. Ini kali kedua atau ketiga aku tengok band ini beraksi. Pendapat aku mengatakan macam ada bunyi Loma Preita tapi tak mungkin. Ah, bagaimanakah itu. Aku bersandiwara lagi. Aku berjalan ke sana ke mari untuk cari posisi amek gambar dengan kamera cikai aku. Kadang-kadang ter-terang sangat kadang-kadang gelap tak nampak apa. Aku adjust dan adjust. Layan saja. Tengok dan dengar. Ok. Drummer agak rockstar sikit. Haha. Steady brader. Tenang. Jangan terlalu beremosional dengan kisah silam. Semua orang ada titik hitam yang tak mungkin dilupakan dalam hidup. Biarlah ianya menjadi sejarah.


Band kedua. Bawak amp sendiri. Gadget canggih. Bawak drumset sendiri. Dulu split. Sekarang reunion balik. Nama pun ada ubah sikit. Dulu screamo ala-ala Eropah sekarang aku tak tau lah nak cakap apa. Ada perubahan ahli di sudut bass, gitar dan dram. Walaubagaimanapun. Aku tak mahu komen. Tak reti. Padel kelihatan sedikit bengang dengan band ini dan mengambil keputusan untuk mengambil orang rumahnya di rumah mertua untuk dibawa ke Muar malam tu jugak. Durasi persembahan yang terlalu lama benar-benar menyebabkan dia kecewa hingga memberi impak kepada orang rumah nampaknya.


Terus ke Comadre. Macam biasa. Aku duduk di belakang drummer. Hal yang biasa aku buat setiap kali persembahan band yang dibawak oleh Arwith. Kali terakhir aku buat perangai duduk belakang drummer adalah sewaktu La Quiete main di Pulau Pinang. Untuk mempersiapkan alatan mereka tak makan masa yang lama atau tidak begitu rockstar. Walaupun sudah dikenali diperingkat global mereka masih setting sendiri alatan mereka. Rileks sudah. Tanpa ada pengurus yang meng-adjust sound mereka. Aku suka tengok band yang setting sound satu-satu macam band ni. Dah siap semua, barulah cuba keseimbangan bunyi kesemua alatan. Kalau tak okey, set balik. Macam ni lagi okey. Ada sesetengah band yang setting syiok masing-masing. Ketung ketang greng greng. Hingaq! Penin..Penin pala chek noh... Set bermula agak pantas dan garang. Dengan lagu-lagu yang familiar menyebabkan crowd Batu Pahat boleh dikatakan sing a long di setiap lagu. Tak sangka budak-budak sini meminati Comadre. Jakun betul aku dengan budak-budak Batu Pahat nih. Permainan terhenti sekejap sebab budak-budak Comadre ni suka main dengan bantuan lampu. Tak suka dorang main dalam suasana ala-ala disko lampu lip-lap-lip-lap gamaknya hahaha..Lepas tu terus bantai main termasuklah lagu Camel Bucks. Dalam 4 atau 5 lagu maka persembahan pun tamat. Damn, dorang tak cover lagu Rather Be Dead atau New Noise dari Refused!


Aku balik dengan sedikit hampa sambil minum 100 plus dan memandu sekaligus.

Sabtu, 23 Julai 2011

Tet tenet nenenet...




Masih terbaik seperti dahulu. CD band ini sentiasa ada dalam dashboard kereta aku tiap kali pergi dan pulang dari tempat kerja. Personaliti akan jadi berubah bila mendengar lagu-lagu sebegini.


Masuk ke pintu kereta. Cabutkan tali leher. Lipat lengan baju sampai ke siku. Hidupkan pemain cd dan tangan mula bermain dram angin sewaktu memandu. Ah, takpe. Cermin agak gelap. Tak ada sapa nampak perangai huduh aku.

Yang pasti.

Jangan pasang lagu ni dengan skala volum yang kuat bila memandu dengan si dia. Nanti kena baling dengan kotak tisu.

Rabu, 20 Julai 2011

Kata Hari Ini bahagian 5

"Assalamualaikum Cikgu!"- Eunice, 13 tahun. Berbangsa Cina.



Dalam kelas dia hafal doa memulakan pelajaran dan dia turut menyumbangkan suara dalam alunan doa itu. Apabila sambutan maulidurrasul, dia minta izin dari rakan aku untuk mendengar ceramah. Sedangkan yang sedang elok beragama islam dari lahir pun malas nak ambil port.


Ini satu tamparan sebenarnya.

Rabu, 6 Julai 2011

Kata Hari Ini bahagian 4

" Takde barang ah. Aku dah carik sampai JB. Diorang dah mula sorok barang baik. Kalau ada pun harga lebih sikit, stok untuk raya. Aku tak boleh nak jual.. Nanti ah minggu depan aku tengok macam mana."- Keluh kesah suplier aku, Ahad lepas.

Selasa, 5 Julai 2011

Kata Hari Ini bahagian 3

Selagi engkau muda. Agresif. Lantang. Maki dan carut bersepah.

Selagi itu kau akan dibenci walaupun kata-kata engkau itu satu kebenaran.- Gua sendiri.

Sabtu, 2 Julai 2011

Kata Hari Ini (tempoh hari) bahagian 2

"Kau dah duduk kat kampung ke sekarang ni? Baguslah. Hey, duduk kat kampung buat cara duduk kat kampung." - Cikgu Abu sekitar tahun 2009, menyindir aku yang sudah penat merantau.



Hari ini.


Dia ditangkap khalwat. Jadi, aku ingin tanya khabar dia.


"Dah kahwin? Dah kahwin buat cara dah kahwin. Lain lah aku masih bujang. Sebab tu liar, bodoh."

Kata Hari Ini bahagian 1

"Wa ingat Ah Lian tak payah kahwin. Cari pelempuan buat anak kalau itu pelempuan mahu hidup sama-sama sudah cukup baik. Tak payah kahwin. Pening kepala."- Towkay Kim Pong, tukang jahit-mengulas tentang sukarnya anak-anak hari ini meneruskan kehidupan.