Selasa, 29 Disember 2009

Oh, sudah hampir 2010 ya?

2010?

Biar lah. Pada malam tahun baru, pada aku ia cuma sambutan pesta-pesta keriangan orang-orang muda. Orang macam aku mana fikir tentang azam, misi dan visi. Pergi mampus lah dengan semua tu.



Tapi dulu aku pernah ada azam tahun baru. Aku pernah bercita-cita nak kahwin pada tahun itu. Iaitu ketika genap usia aku 25 tahun. Rupa-rupanya azam itu macam haram. Ia menyerupai sepinggan bihun yang terlungkup di atas lantai dan tak sempat makan dimakan.


25 tahun dan masih tercari-cari kehidupan. Itu memang terbaik. Ini baru rare. Ini baru cool. Ini baru wild. Aku memang ditakdirkan begini. Moga tiada halangan dan kesusahan yang melanda dalam menjalani hari-hari aku yang mendatang.


Jadi aku hanya aku mengambil peluang yang ada di depan mata. Andai tak ada rezeki aku redha sahaja. Nak mengejar? Jangan harap.



Malas.


Kehidupan hardcore separuh masak ini perlu diteruskan!


Jumaat, 25 Disember 2009

Batu Pahat-Kuala Lumpur-Batu Pahat-Tanjung Malim (perjalanan paling post rock si dia)


(piston skuter aku terbarai. Aku sedih macam sms tak berbalas)



Orang selalu sindir aku. Mengenai motosikal yang aku pakai. Outdated lah. Macam budak-budak lah. Macam pondan lah (sebab tak ada gear). Kos selenggaraan yang tak munasabah lah. Tapi. Aku masih pakai skuter yang ayah belikan dengan duit tunainya. Ya, keputusan aku untuk menukar cover-set menyebabkan orang tua aku tak sentuh skuter ini untuk beberapa tahun. Sanggup diorang naik motor buruk kalaupun mereka terdesak ketika itu.


Kalau nak diikutkan. Memang banyak aku dah berhabis untuk skuter ni. Aku akui, kos untuk penyelenggaraan skuter sememangnya amat memeningkan. Sebab itu aku sentiasa bersedia dengan wang simpanan. Jarang aku bikin skuter kat KL ni. Sebab harganya 'menggiurkan'. Jadi, setahun sekali, aku akan bawak pulang ke kampung. Untuk diselenggara. Tahun lalu, sewaktu aku menjadi penganggur. Piston skuter aku berlubang. Ayah tahu. Aku mesti sedih bila perkara ni berlaku. Memandangkan dia tak nak aku menjadi emo-rabak, dia dengan sendirinya memanggil pomen datang rumah ambil skuter aku bawa ke bengkel. Aku? Termenung depan kandang kucing sambil bertuala dan hanya akan mandi ketika bilal sedang adjust mikrofon untuk azan Zuhur.



Ramai yang berpendapat aku harus menukar motosikal lain. Atau beralih arah kepada penggunaan kereta. Tapi hati aku masih belum terdetik untuk berkereta. Walaupun mat-mat yang ikut aturan norma masyarakat tipikal melayu-mengatakan usia lelaki seperti aku sekurang-kurangnya ada Myvi baru awek mau mari. Mana ada wanita terpikat dengan lelaki berskuter conteng-conteng lagi? Its so awal tahun 2000 You know? Ini bukan zaman hip hop Bangsar. Lagipun nampak tak matang. Tak ada gaya eksekutif (memetik sumber seorang rakan) . Tak ada penampilan eksklusif.


Tapi. Aku tak peduli dot kom dot mai. Skuter ini masih gagah bermain-main dengan aksi nakalnya di sepanjang jalan Pekan Tanjung Malim-Proton City.


Memandang keupayaan kewangan aku belum kukuh. Aku buang jauh-jauh hasrat nak pakai kereta. Aku tak peduli sangat jenis-jenis kereta ni. Asal murah. Jalan sedap, layan je. Kadang-kadang pilu jugak, meredah hujan dalam mengejar waktu. Baju basah. Seluar basah. Kasut basah. Tak apa lah. Rileks sudah.


Beberapa bulan lalu. Aku terdetik mahu menukar skuter ini kepada model yang lebih ranggi. Lebih laju. Antaranya adalah skuter jenama tempatan. 180 cc. Peh. Kerangkanya cukup seksi. Kira, kalau bawak awek rambut karat pun tak segan lah. Tapi bila jurujual cakap, "Bang, baik angkat Nouvo LC," aku terus lemah semangat. "Sparepart susah carik, Bang...."


Setelah difikir masak-masak. Aku rasa. Aku pakai je lah skuter ni. Banyak kenangan pahit manis dengan dia. Dengan skuter ni jugak lah, aku berjaya siapkan ijazah aku. Dengan skuter ni jugaklah dia bawak aku ke mana-mana mengubat kesunyian aku. Kalau boring-boring, sekali sekali aku bual-bual dengan skuter ni. Dia pun boring. Tak ada awek jugak. So bila aku ajak sembang-sembang, tak lah dia emo-hardcore sangat.


Aku tak mahu jual skuter ni. Aku pakai sampai bila-bila. Buruk pun buruk lah. Hodoh pun hodoh lah. Gadis-gadis di luar kalau nak benci, ludah lah aku. Kalau kau nak tolak lamaran aku, tolak lah. Aku akan pinang awek Singapore. Aku akan merisik awek Batam dan aku akan terus pakai skuter ni.


Kerana.


Skuter ini adalah lambang kasih seorang ayah kepada anaknya yang kuat memberontak. Nilai post rock ini amat sukar dibuang dalam dada seorang aku.

Selasa, 22 Disember 2009

Mungkin ada benarnya...

Dia. Peragawati jelita. Terhangguk-hangguk kecil. Menikmati muzik yang dialunkan. Sesekali meneguk air anggur peram. Mata tertumpu pada pemuzik-pemuzik di hujung sana.


Aku. Terjelepuk. Tersandar di bangku bar. Dengan tangan menahan dahi. Mata terasa kelat. Cawan coklat panas aku sudah kering.



"I rasa I tau kenapa You tak ada girlfriend sampai sekarang," tiba-tiba dia berkata. Sambil mengecilkan matanya. Merenung aku.



Aku perbetulkan posisi aku. Agar tampil lebih meyakinkan. Juga agar lebih selesa. Pantas memotong penyataannya, "Ok, I tak handsome. Tak kaya. Puas?"



"Memang. You tak kaya. Yang penting sekali You memang tak handsome pun."



"Fine."



"Tapi You cute, seh."






auwh.

Rabu, 16 Disember 2009

Apa lagi mahu mu setelah semua kau robek dan koyakkan?

Menelusuri kehidupan ini dengan apa cara sekalipun adalah hak setiap manusia. Cumanya. Kita sesama manusia, boleh mengutarakan pandangan. Mungkin mencadangkan. Apa yang terbaik untuk manusia lain. Selebihnya. Biarkan yang empunya diri menilai apa yang terbaik untuk kehidupannya sendiri.


Senario pada hari ini memperlihatkan kita semakin terikat. Atas manusia yang berkonsepkan tuan. Atas kepada tuan. Kepada tuan yang lain. Dikuasai tuan. Apabila di situ ada tuan. Pastinya ada hamba.


Ringkasnya.


Yang empunya kuasa. Akan terus beraja. Yang tak punya apa. Kalau duduk diam bersahaja. Mungkin akan merana. Atau terus menjadi sang derhaka. Dari mata yang mempunyai kuasa. Alah. Kuasa duniawi. Apa sangat? Boleh dia menolak takdir? Kalau katakan dia tau dia akan terseliuh, panggil bomoh yang paling banyak iklan di Hairan Metru pun tak boleh elak insiden terseliuh itu.


Mari kita lihat diri kita yang tak punya apa ini.


Kasihan kan? Tunduk. Ikut. Bagai mesin aturan. Membiarkan privasi dirogol. Tenaga dikuras. Untuk secebis kehidupan. Andai melawan, kita kan binasa. Tak bersuara, kita juga yang bakal tersiksa. Persoalan di sini. Bukanlah kita ini dahagakan kuasa. Cuma terkadang sangsi.



Adakah mereka di sana itu punya perasaan


dan


pernah berbelanja seminggu sekali di pasar basah?!!!!!






Selasa, 15 Disember 2009

Susunan blok-blok ayat dengan penuh pengaruh emosional rock era 90 an

Mungkin aku akan memandu. Tanpa arah tujuan. Hanya perlu ikut gerak hati. Sambil mendengar lagu-lagu dari Bryan Adams. Dengan pendingin hawa separa sejuk. Cukup mendamaikan. Hanya akan berhenti apabila mata terasa berat. Atau dipanggil mak untuk makan malam.


Atau mungkin aku akan berjalan di dalam kompleks membeli-belah. Di hari di mana orang lain bekerja di pejabat. Suasana di kompleks membeli-belah tidak akan terlalu sesak pada ketika itu. Barisan di restoran makanan segera juga tidak panjang. Aku boleh menatap benda-benda yang aku suka dengan selesa. Aku boleh duduk bersila di kedai buku untuk membelek-belek buku yang tidak munasabah harganya. Atau sekadar menyelak-nyelak sidaian pakaian yang mempunyai potongan yang cukup bodoh dengan harga yang paling menjengkelkan. Dari helai ke helai. Mulut terkumat-kamit memaki dalam senyap bila menatap tag harga. Cukup menenangkan.



Mungkin duduk di bawah pohon kelapa. Bermalasan. Menghadap lautan luas terbentang. Melihat ombak-ombak pantai memutih. Menghempaskan dirinya. Aku bentangkan tikar. Baring. Bila haus, aku minum air yang mak bawakkan. Tengoklah, kalau ada rezeki lebih mesti mak gorengkan bihun. Aku suka bihun goreng. Tapi jangan bubuh daging lembu. Hanya akan memotong puncak khayal aku ketika mengunyah bihun. Uh, nyaman rasanya. Biarpun aku hangus di bawah terik mentari ketika itu.



Kalau aku ditakdirkan sekali lagi bertemu jodoh dengan kota Kuala Lumpur . Mungkin aku akan menjengah bar-bar yang pernah aku kunjungi dengan senior kampus atau rakan-rakan sewaktu menuntut di sana dulu. Sekadar duduk. Mengimbas kenangan-kenangan lalu. Menghirup jus buah-buahan. Menghabiskan sisa malam. Menikmati alunan muzik langsung yang dipersembahkan. Tapi, tolong. Aku hanya akan angkat punggung kalau mereka tergamak memainkan irama trance dan techno. Itu mengganggu. Konsentrasi aku untuk mencari ilham meneruskan kehidupan.


Kalau punya waktu yang terluang pada petang hujung minggu. Macam biasa. Berseorangan menuju ke pesta muzik orang-orang muda. Bersama kamera yang berfungsi sekadar untuk merakam peristiwa. Melihat-lihat hasil kerja bunyian dan hasil tangan anak-anak muda misalnya. Hanya akan pulang bila muzik brit-pop dimainkan. Aku alergi dengan muzik ini. Tak tau kenapa. Maaf, ya?


Semua ini adalah perancangan kehidupan waktu senggang aku yang telah aku susun dengan penuh teliti. Andai kamu rakan-rakan aku sudah menemui kehidupan berpasangan dengan penuh tanggungjawab.


Dan.


Meninggalkan aku keseorangan.

Sabtu, 12 Disember 2009

"Ah....dangdutan yuk Mas......"- Banyuwangi Sodono

Karena lirikan
kau jatuh cinta
karena senyuman
kau tiada berdaya

sehingga membuat
ku tak percaya

begitu cepatnya
hatimu tergoda

sedangkan aku
tiada merasa

sayang sungguh sayang
ku ada yang punya
baiklah cari

yang lain saja....


Lagu disko-dut nyanyi asal Elvy Sukasih berkumandang. Bersama deruan angin malam. Petanda hujan mahu turun. Dihiasi kepulan asap rokok dari beberapa individu di studio persendirian Wak Sarno. Satu lokasi yang sudah lama aku tak kunjungi. Kali terakhir aku ke sini kira-kira enam atau tujuh tahun lalu. Jadi aku dan kawan-kawan mengambil peluang untuk bercerita isu-isu semasa di sekitar kampung selepas hampir dua jam kami berkurung dalam bilik kecil dengan memainkan lagu-lagu rock kangkang yang secara spontan masih melekat dalam kepala.


"Iya.. Wak ada kenal lah orang tu.." kata Wak Sarno sambil meninggikan sedikit volum suaranya ketika menjalankan soal siasat kalau-kalau ada diantara kami yang masih belum berumahtangga. Telo Jawanya masih pekat. Sama dengan kami. Jauh mana pun keturunan Jawa ini pergi. Pasti lidah akan sekali sekali tergeliat loghat jawa.


"Ini Wak nak pesan. Jangan lah engko seronok-seronok lah nak 'celup-celup'," Wak berhenti seketika. Menyedut asap rokoknya. Dalam-dalam. "Luar memang cantik. Dalam kita mana tahu?"


"Kenapa, Wak?" Aku mula tertanya-tanya. Yang lain senyap. Setia menanti kisah Wak.


"Wak tengok sendiri. Anunya teruk!"


"Euuuuuww,"ramai-ramai.


"Anunya gatal!"


"Warkkhhhhhhhhhh," ramai-ramai.



"Bila dia kencing, dia pegang pokok kat luar rumah. Kencing dia dah bersepah! Bergegar pokok tu!!"


"Workkkhhhh.......!"Ramai-ramai. Siak betul. Malam-malam macam ni lah Wak nak cerita gore.


"Kalau dah ingin sangat kau kahwin aje lah. Tak payah lah kau 'celup-celup' ni. Dia ni terkena lepas dia buat 'kerja' dengan budak Pontian. Dari luar dia kata budak tu nampak okey-okey aja. Tapi...hish. Ha..main-mainlah engko ye? Berani buat lah.. Ha, buat. Buat lah.."


"Oh, celup........!" Ramai-ramai.





Lagu dalam playlist untuk seminggu dua ni. Rambo jangan nak eksen. Gua tau lu suka lagu ni. Yok, dangdutan yok!

Rabu, 9 Disember 2009

Aku jentik hati mereka dengan pisau pemotong daging

Sewaktu aku mengajar dulu, aku suka berbual dengan pelajar-pelajar aku di waktu senggang. Bagi aku, guru tidak sepatutnya bercakap tentang hal-hal akademik sahaja. Walaupun, realitinya itu yang kita kejar dan bangga-banggakan. Aku terpaksa menafikan dengan cara aku sendiri.



Aku melihat akademik itu hanya sekadar wadah bekalan yang menyokong kehidupan. Untuk diaplikasikan. Selebihnya, terpulang kepada anak-anak itu memandu kehidupannya melalui pemikiran, pandangan dan pengalaman.



Ini yang kadang-kadang kita terlupa. Kita terlepas pandang. Pengisian itu telah kita cicirkan entah di mana.



Kita merengek. Mendengus. Membebel tentang perangai anak-anak sekarang yang kerap menimbulkan masalah kepada kita semua. Tanpa menyedari mana silapnya. Tuding jari. Salahkan ibu. Salahkan bapa. Salahkan guru. Salahkan sekolah. Semua salah. Salah. Salah.



Kejayaan yang tercatat di atas kertas. Bukan penentu mutlak kejayaan seseorang dalam memandu kehidupan hari mukanya. Pernah kau jumpa orang yang bijak. Kaya raya. Terkenal. Tetapi, punya satu sisi kehidupan yang cukup memualkan? Andai, kekayaan. Yang dikeranakan oleh kebijakan menjadi indikator satu tahap kehidupan yang paling sempurna. Bagaimana pula letaknya prinsip dan pegangan hidup?



Aku memandang anak-anak yang rebel pada sudut yang lain. Aku faham benar. Kerana aku juga membesar dalam jiwa yang amat memberontak. Hingga hari ini pun aku rasa semangat memberontak itu masih mekar dalam hati aku. Jadi, aku rasa anak-anak yang memberontak jiwanya ini umpama api. Ada sesuatu yang dalam hati mereka yang mampu menyalakan api ketidakpuasan hati mereka yang dicernakan dengan perbuatan bukan-bukan. Maka dengan itu, aku merasakan pendekatan cikgu seperti minyak tanah bukanlah satu cara yang bijak. Memaki. Menghina. Mencerca. Merotan. Itu hanya akan memarakkan lagi api dendam dalam diri budak-budak ni.


Jangan. Jiwa mereka terlalu halus. Dekati mereka. Berkatalah dengan lembut.



Beberapa bulan lepas. Dalam kelas Tingakatan Empat Bestari. Sewaktu azan dilaungkan. Ada sekumpulan pelajar lelaki melayu yang beragama Islam. Rancak berborak. Ketawa terbahak-bahak. Sedangkan aku dan yang lain. Membisu seketika menghormati seruan tersebut. Jadi aku bertanya dengan lembut sesudah tamat laugan azan.



"Tak ada agama ke? Orang tak beragama pun hormat orang yang beragama."


Sambil tersenyum manis.
Kelas kembali menjadi tenang setenang malam yang dicurah gerimis.

Selasa, 8 Disember 2009

Menghitung Rintik Hujan Yang Berguguran Dari Syurga

Sambil mendengar alunan hardcore moden dari Black My Heart seorang diri di dalam bilik, aku terfikir.



Andaikan ada diantara rakan yang menemui pasangan hidup dan bersumpah untuk sehidup semati dengannya, adakah mereka akan terus bersama aku? Aku sangat pasti, pola kehidupan mereka akan turut berubah.




Datang ke kota berita yang sama. Mudik ke desa juga berita yang sama. Berita tentang perkahwinan. Atau rancangan untuk berkahwin. Sedang aku. Masih kosong. Tiada apa. Hidup masih sama pada jalan yang aku cipta sejak umur 16 tahun. Kalau ada lari dari landasan itu, hanya sedikit. Sekadar untuk meneruskan kehidupan dan menutup mulut-mulut orang yang aku hargai. Itu sahaja.




Ada beberapa kemungkinan apabila rakan-rakan aku mengambil keputusan untuk berkeluarga. Maka dengan itu masa untuk bersama aku akan kurang. Atau senang cerita sudah tiada lagi masa untuk aku. Jadi, aku akan berhadapan dengan saat kesunyian melampau pada masa akan datang. Aku belum bersedia untuk saat kesunyian itu. Oh, Tuhan.




Sebagai langkah permulaan. Aku mengambil langkah drastik. Mula membina pengaruh. Secara senyap-senyap dan taktikal. Menyusup perlahan-lahan. Ke dalam pembuluh darah. Terus ke bahagian otak. Tanpa sebarang bunyi. Supaya dapat memastikan keadaan fizikal dan mental aku masih berada trek yang sama. Kekal segar. Bertenaga. Muda. Hardcore!



Log In Myspace-friends-browse people
.
.
.

Miss^Gewdiqs^Indie~Rock Darlinks<<3(18,Kl,MY).
.
.
.
Add as friend-Send message




"Hai! Leh kenal? Katne n watpe tuew?"

Kapak Tajam Berkarat Sikit




Ok. Aku orang kampung. Secara sosiologinya, orang kampung sering dikaitkan dengan citarasa muzik yang agak terkebelakang. Kampungan, istilah paling tepat sekali. Biarpun se-RnB mana pun engkau, kalau dah datang dari kampung, memang dalam kepala engkau ada terselit-selit melodi rock kapak atau irama 60an.


Aku sendiri tak segan kalau dikatakan mat kampung. Memang kampung pun. Apa ada hal. Suka lagu rock kapak. Tak ada masalah pun. Memang kolot. Tapi apa guna shake ass sana. Shake booty sini. Pussy ass everywhere. Habis lagu, kau pun melopong. Tak ada sentuhan kat jiwa tu. Jiwa-jiwa kau yang kosong tu lah.


Jadi, bila kau dengar lagu-lagu rock lama ni. Kadang-kadang dia ada sentuhan. Tepat kat jiwa kau. Secara tak langsung. Dia jadi macam satu suntikan emosi kau. Paling tidak pun dia akan membelai jiwa-jiwa kau asyik nak mengamuk. Marah-marah. Maki hamun. Macam aku lah.. (hmmmmmmm..*).


Macam lagu di atas. Masa dulu-dulu, aku buat tak endah je dengan lagu ni. Tapi bila lagu melintas kat sebuah stesyen radio telinga aku dapat menangkap beberapa bait liriknya yang 'makan dalam'. Ya, 'makan dalam' beb. Kena pulak bila suara Abang Ijam tarik. Memang A. Mana pergi maruah rock kalau tak ada bahagian vokal yang 'menarik'?


Medicine boleh lah dikatakan antara grup rock yang hebat dulu. Walaupun tak dapat bersaing dengan Wings atau Search sampai hari ini, tapi ada dua atau tiga lagunya yang aku rasa masih relevan untuk dilayan pada pukul 11.00 pagi di beranda rumah (waktu aku bangun semasa tak bekerja dulu. Melayan lagu rock dan duduk di beranda.)


Apapun, aku tak berapa selera dengan Search. Aku pun tak tau kenapa. Aku lebih berat kat Wings. Mungkin aku tak pernah tengok Search main depan mata kot? Atau kurang heavy macam Wings? Tak tau lah. Selera masing-masing kan? Teringat dulu zaman-zaman sekolah rendah. Mak bapak aku selalu jugak ajak aku layan konsert rock kat funfair. Jadi, rock itu sudah sinonim dalam rumah aku.


Dah. Cukup. Aku pening ni. Aku dengar Wings dengan Search nak main kat Stadium Merdeka 26 haribulan ni. Clash dengan Rock The World ke? Aku tak pernah pun pergi Rock The World ni. Baru cadang nak jenguk-jenguk, apa yang bestnya kat sana tu. Tapi sekali Wings dengan Search kat tempat lain pada hari yang sama aku jadi berbelah bagi.


Haish.

Isnin, 7 Disember 2009

Rantai Berat

Memang aku boring di Tanjung Malim. Aku balik ke Batu Pahat hampir setiap minggu. Kalau tidak pulang ke Batu Pahat, aku akan tersadai di Kuala Lumpur menyaksikan persembahan-persembahan muzik misalnya.


Kekerapan aku balik kampung menimbulkan pelbagai persoalan kepada ramai orang. Ada yang ingat aku homesick. Ada yang ingat aku mengalami masalah emosi kacau bilau seperti tak lama dulu. Tapi sebenarnya tidak. Aku tak boleh hidup sunyi. Itu saja.


Jadi, Arep teman lama aku di kampung bertanyakan kepada aku ketika sesi mengeteh malam kelmarin, "Kenapa kau selalu balik?"


"Aku boring duduk rumah sorang-sorang."


"Ke kau tak ada hala tuju kehidupan?"


"Memang lah. Anarki."


Pffttt....

Jumaat, 4 Disember 2009

Aku punya kebencian yang berkualiti : Budak Skima

Mempunyai rambut yang tersusun. Sikat belah tepi. Belum lagi dikategorikan budak skima. Berkawan dengan budak skima adalah episod paling ngeri dalam hidup aku. Berpakaian sopan belum dapat menentukan tahap ke-skima-an seseorang. Banyak ciri lain.


Aku juga pernah dituduh, "Kau ni budak skima ke?" oleh seorang cikgu senior sewaktu aku jadi cikgu sedikit masa dulu. Aku hanya senyum. Sekurang-kurangnya aku melawan, biarpun aku mengawal imej aku ketika sedang bertugas. Ngok.


Aku ada kebencian yang berkualiti. Aku ada sebab mengapa aku perlu membenci. Lantas memberontak. Kita harus mengetahui salah satu ciri dari sifat budak skima adalah mereka yang hanya tahu menurut perintah membabi buta. Tiada langsung inisiatif untuk melawan. Cukup bosan berkawan dengan manusia sebegini.


Biar diri sengsara. Biar diri dipijak-pijak. Terlalu mudah menyerah diri. Memandang orang atasan sebagai superior. Berkawan dengan orang begini amat leceh. Segala hujah-hujah berapi kau akan dicantas dengan kata-kata seperti,"kita ni kerdil aje. Ikut aje lah orang yang di atas tu."


Budak skima biasanya kurang daya kreativiti yang tinggi. Segala peraturan atau garis panduan akan diikuti secara membuta tuli. Tanpa berfikir panjang tentang kesan dan logik, budak-budak skima akan terus mengikut garis panduan dan peraturan biarpun menyedari diri sedang ditindas, diinjak-injak seperti haiwan. Jadi, kalau anda bekerja dengan budak skima dalam usaha menyudahkan sesuatu yang berbentuk kesenian bersedialah dengan hasil seni yang amat mendatar dan sumpah bosan nak mampus.



Budak skima biasanya takutkan pembaharuan yang radikal. Jangan cuba buka atau ketengahkan idea yang radikal. Kalau seorang budak skima jadi ketua kumpulan atau organisasi, idea-idea radikal akan ditolak dengan mentah. Pemikiran kolot macam orang tua. Akhirnya, aku pun jadi skima! Cilaka betul.



Budak skima pantang dengar orang mencarut. Muka jadi biru. Atau dia sound je kau. Rileks la brader.


Jadi, apa lagi engkau rasa ciri budak skima ni?

Rabu, 2 Disember 2009

Saya Bergaduh Dengan Telefon

Awak ni Telefon, harap muka je handsome. Tapi pemalas. Cuba la berjasa sikit pada tuan awak ni. Awak ni dah kira menentang ketuanan melayu tau. Tiap minggu saya bagi awak makan kad prabayar RM10 tapi awak buat tak tau je ye? Asyik telefon Mak je yang awak tau. Boring jugak tau?


Telefon, awak tak boring ke kita hari-hari macam ni?


Saya tenung awak. Awak tenung saya.
Saya tenung awak. Awak tenung saya.
Saya tenung awak. Awak tenung saya.



Dah tu, apa tercegat lagi? Tak reti-reti dail 122? Dah sah-sah bakal isteri aku akan jawab punya, bodoh!


"Hello. Selamat datang ke Hotling..."


Peh. Lembutnya suara!

Selasa, 1 Disember 2009

Sudah Sudahlah Tu

Potong stim betul.



Sepatutnya kenal diri sebelum lu orang meluahkan perasaan kamu terhadap gua. Gua tak larat lah nak layan luahan perasaan dari orang yang tak sepatutnya. Macam lah gua ni romeo sangat. Gua buat baik salah. Gua buat samseng tak manis pulak. Kalau gua buat baik susun ayat manis punya ada lah pulak yang salah tafsir.


Aduh. Pening la.



Kalau jadi apa-apa, gua juga yang menjawab.
Kenapa lah lu orang ni suka mengikut kata hati tanpa melihat realiti?



Tolonglah. Tahan air mata lu. Gua tak tahan la macam ni.



Tapi, dari menanggung dosa. Gua rela menanggung rasa bersalah. Gua pikir gua kena tukar nombor telefon sekali dengan telefon-telefon. Dengan sisa akaun gua, gua fikir nak sambar telefon murah-murah je macam Blackberry atau Iphone.



Amacam?

Isnin, 30 November 2009

Coretan Jejaka Meletops~ <3

Hobi gua adalah berjalan-jalan. Tak dapat berjalan-jalan dengan awek yang gua idamkan, gua begitu fleksibel untuk berjalan-jalan dengan teman-teman gua yang pada lahiriahnya sukar berfikiran secara siuman apabila ternampak gadis-gadis manis. Tak dapat berjalan-jalan dengan teman-teman se-mereng-an, gua mempertaruhkan kesempurnaan fizikal ini untuk berjalan-jalan seorang diri.


Aktiviti berjalan-jalan atau merayau-rayau tanpa tujuan sememangnya menjadi papadom dalam kehidupan gua. Kanan. Kiri. Kanan. Kiri. Gua suka merayau di kompleks membeli belah. Sejuk. Ada pendingin hawa. Lagipun gua bebas bereksperimen dengan pelbagai ragam fesyen. Sama ada berjeans koyak bertampal perca-perca anarki atau berlabuci persis Azwan Ali. Adakalanya seperti Jaafar Onn-berbunga matahari.


Bila merayau-rayau, kita akan dapat berjumpa dengan ramai orang. Tinggi. Pendek. Rendah. Kurus. Gemuk kedempol. Pongkes plastik. Sekeping papan terbang. Mahupun ketua tar jalan. Semua mempunyai potensi untuk kita temui.


Ada juga yang gua jumpa mereka itu berpasang-pasangan. Itu sangat menarik. Mereka menjadi inspirasi gua untuk hidup bahagia di masa depan. Itu juga menyebabkan diri gua berusaha untuk menjadi manusia diyakini mampu bertanggungjawab terhadap seorang makhluk yang dinamakan perempuan.


Setiap pasangan yang gua jumpa kelihatan amat mengasihi antara satu sama lain. Biar berlainan kaum. Biar berlainan agama. Biar si gemok kedempol babat lembu si lelaki. Biar selebar pongkes punggung si perempuan. Biar sekelabu arang si gadis. Biar sehitam ketua pasukan mengetar jalan raya. Mereka tetap menerima pasangan mereka seadanya. Oh, indahnya tika bercinta.


Gua biarkan mereka. Terbang dan hanyut lemas di dalam karam bercinta bersama kekasih masing-masing dan gua terus begini. Kemas. Tersisir rapi. Tampan. Anggun. Berkilau. Ayu. Berkeyakinan. Menawan. Langsung jelita. Yang penting, GLAM! Okey?!


Bila dah step-step glam ni noks, faham-faham je lah. Ramai yang memerhati setiap inci tubuh I yang meletops ni. Ha, I pun apa lagi lah noks, kontrol steps la..hawau! Ahaks.


I pun melangkah dengan seksinya. Left. Right. Left. Right. And, one more thing. Ada jantan-jantan. Macam cilaka. Sudah jeling-jeling...No.... No....No...... No.....



First, dia tak jeling I, okay? Teka dia jeling siapa?



Dia jeling aweks dia lah uols! Wakakakakaw! Tak cukup jeling, dia terus kepit aweks diorang kuat-kuat tau. Hello, takut aweks uols lari berganti-ganti 400 meter ke? Eiii..so sweet la korang ni. But, but, but (sambil tunjuk jari telunjuk)... Tau tak sebab apa jantan-jantan cilanats ni buat macam tu?


Sebab.

Aweks dia telah memandang Bang Juna dengan pandangan yang menghairahkan. Auw. Dari atas. Sampai ke bawah. Hey... uols know what, dey all tenung lama kat abdomen Bang Juna.. Ups... terbuncit skit. Ahaks... Sorry okay?


Well.


Siapa suruh you pakai jersi bola sepak bila dating? Lagi-lagi Manchester United. Dah macam jembalang gurkha I tengok. Very-very de meluats okey? Wakakakakaw. Eiiii please lah..Kena pulak dengan rambut terkumpul kat tengah tu, euuuww....berminyak melekit...Hello? Pakai Tancho ke? Wakakakakaw.



I malas nak cakap banyak dengan jantan-jantan cemburu celik ni. Nanti ada orang kata I menyanyah bukan-bukan macam Eric Kasa Impian pulak. Oh, please......lah. Tak kuasa okey?


Cuma,

Bang Juna nak beri amaran. Jauhkan teman wanita kamu dari terserempak Bang Juna sebelum uols berputih mata. Ahaks. Dan. Kalau rasa diri tak jambu. Jangan cuba ada teman wanita. Faham?


Yeyeh!!

Sabtu, 28 November 2009

Cara Mengeluarkan Usus Manusia dengan Menggunakan Teknik Silang Pangkah

Bukan mahu mengadu domba. Cuma ingin bercerita. Bahawa ada satu tahap kita perlu berseorangan. Sama ada melalui rutin kehidupan. Atau menentang sebarang keputusan dan keadaan.


Kenapa tidak berseorangan? Kenapa perlu mengikut telunjuk bicara akal seseorang sedangkan kita punya pemikiran logik sendiri?


Keberanian. Kecekalan. Ego yang tinggi. Kemampuan untuk berfikir. Itu kunci untuk bergerak berseorangan. Memang adakalanya kita memerlukan seseorang dalam kehidupan kita. Tapi pada sudut yang lain, kita perlu berdiri dengan prinsip kita untuk menidakkan sebarang perkara yang kita tidak persetujui.


Pergi mampus dengan kata-kata orang.
Pergi mampus rutin yang membosankan.
Aku angkat jari tengah dan julang ke atas kepada manusia-manusia yang fikir aku tidak boleh hidup tanpa dirinya. Kamu ibarat sampah yang tidak sengaja aku pijak!-Tak punya masa untuk menjaga hati-hati kamu sedang hati aku tak siapa peduli.


Hidup ini tidak perlu mengikut sistem manusia yang lepas-lepas.
Adakalanya perkongsian itu menyakitkan. Adakalanya kebersamaan itu menjengkelkan. Tunaikan tanggungjawab dan selebihnya ikut diri kamu.


Kegembiraan pasti ada dalam genggaman, binatang!

Khamis, 26 November 2009

3 setengah jam dan satu perdebatan

Adalah menjadi impian aku sebelum menjejakkan kaki ke dalam bas ekspress untuk duduk di sebelah si jelita.


Tak perlu solekan berat. Hanya perlu beberapa ulas rambut yang diwarna terang. Beberapa lakaran tatu di lengan. Atau tindikan di beberapa bahagian di sekitar muka. Berkaca mata. Lengkap dengan t-shirt kugiran kegemarannya bersama seluar jeans separas lutut. Cukup. Simple, kan?


Tapi ini memang tak pernah berlaku andainya kau naik bas dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat. Maknanya, lupakan. Kalau ke Singapura. Itu mungkin.


Kebarangkalian untuk duduk sebelah mat skima adalah sangat besar. Berbaju jersi bola sepak yang menjelikkan dan menghisap rokok di hentian rehat serta membawa bersama bau rokok di dalam bas. Itu disgusting. Kenapa tak minum arak terus? Atau layan barang khayal? Mabuk. Buat perangai sial. Senang aku terajang-terajang perut dia.


Jadi, semalam aku duduk di sebelah di sebelah ahli akademik. Yang kononnya cuba merahsiakan identitinya. Tapi kantoi. Setelah aku twist soalan-soalan perangkap aku. Itu bukan masalah major.


Cuma aku jadi bengang bila aku lihat dia sukar menerima idea orang-orang muda. Caranya bercakap terlalu berat ke kanan. Hingga menafikan fakta-fakta logik akal yang mudah. Baginya semua laporan media adalah tepat. Orang yang belajar agama semata-mata disyaki militan. Apa ni? Suka hati lah orang nak belajar agama. Hak masing-masing. Kenapa perlu ada syak wasangka dengan orang-orang yang berkopiah dan berjubah? Kenapa perlu ada rasa curiga pada mereka yang belajar agama? Pedulilah. Cara hidup masing-masing, bodoh.


Aku pasangkan mp3. Dia angkat punggung ke kerusi lain.


Good luck, orang tua.


Boleh jalan.

Selasa, 24 November 2009

terima kasih cinta bahagian 3 (karangan surat tak rasmi)

Kepada awak.


Tahniah kerana bakal menjadi milik mutlak seorang lelaki hari Sabtu ini. Saya disini sentiasa mendoakan kebahagian awak. Memang la berbeza. Saya kutu. Dia orang persekutuan. Tapi saya harap awak buat keputusan yang tepat. Apapun saya memang terkejut. Seolah semalam baru awak kata sayang pada saya.


Oleh yang demikian, adalah besar hati di pihak saya agar awak jangan lagi ada perkataan sayang kepada saya sama ada dalam bentuk teks atau vokal. Ini amat merbahaya. Sudahlah sebelum ini kita banyak redah garis-garis merah. Tak mengapa. Saya rasa penghujungnya di sini.


Jangan. Saya tak pernah buang awak dalam hati saya. Permintaan awak tak akan saya hampakan. Kita memang buat silap. Tapi pengakhiran kepada kesilapan ini harus dirayakan. Bukan diratapi. Okey?


Pihak saya amat berbahagia andainya awak dapat menjalankan tanggungjawab yang bakal dipikul tanpa ada sisa perasaan terhadap saya. Sememangnya itulah harapan saya. Percayalah tiada tangis atau penyesalan bagi pihak saya atas keputusan awak. Malah amat bersyukur.


Apa yang paling manis sekali, kita mampu meneruskan perjalanan tak berdestinasi itu dengan begitu cekap biarpun hampir dihidu pihak yang tak mempunyai kepentingan dengan kita. Sekarang awak sudah temui destinasi itu. Biarlah saya seorang diri memandu dalam kegelapan malam menyusuri lebuh raya yang penuh ranjau berduri itu.


Tiada lagi iringan lagu cinta dalam perjalanan sekarang ini. Tiada lagi rintik hujan mendinginkan perasaan ini. Tiada lagi tutur kata membara jiwa agar saya tidak mengantuk sepanjang perjalanan ini.


Semoga berbahagia. Tak larat nak menaip. Nak pitam sekejap.



Dari saya,
Bang Juna





Soundtrack:

Success-Aku Cinta Pada Mu
Success-Kerana Cinta Aku Turutkan
Kristal-Cinta 3 Segi

terima kasih cinta bahagian 2

Umpama burung-burung
terbang berkicau
bebas di angkasa
aku kini meraikan
satu lagi kemenangan
pada satu sudut kegagalan


memadamkan
satu
daripada
ratusan
titik
hitam
di
hati
itu
kan
manis?

terima kasih cinta

cinta itu sesuatu yang suci
bisa aja menjadi keji
gara-gara gejolak nafsu berbunga di hati
meracuni minda membuta jiwa
indah segala rasa
sesat semanis gula
biar terlarang tetapi selera menghalalkan segala


untuk apa berpadu janji
andai hanya menyulam dosa?

Isnin, 23 November 2009

Tika fajar menyinsing.....

Ini kisah yang terjadi dalam sebuah episod cinta. Aku terpaksa meluahkan disini kerana tak sanggup menanggung beban senak di dada. Sungguh. Memori kisah ini akan terus bermain di benakku.


Zarina. Kawan perempuan aku. Kekasih pada Shahrul Nizam. Pada suatu hari telah pergi ke luar rumah untuk membeli pisang goreng. Pada masa yang sama aku di kedai perabut. Bertanyakan akan hal reka bentuk perabut yang paling sesuai untuk kamar aku dengan penjual perabut. Shahrul Nizam pula masih terperap di pejabat menyudahkan kerja-kerja pejabatnya. Shahrul Nizam suka makan nasi goreng pattaya. Ini yang paling Zarina tak berkenan. Hari-hari nasi goreng pattaya. Tapi bila ditanya siapa pencipta nasi goreng pattaya Idrus membisu seribu bahasa. Zarina pernah cakap dengan aku, dia belum pernah jumpa lelaki sebebal Shahrul Nizam sebab tak mahu cuba resepi masakan lain.


Sewaktu aku berurusan dengan peniaga perabut. Aku didatangi panggilan telefon. Ya, dari Solehan. Budak Keramat yang aku kenal ketika sama-sama beradu kekuatan skuter 4 tahun dahulu di Federal Highway pada malam merdeka. Katanya, teman wanitanya sudah tidak datang bulan selama 2 bulan. Dia panik. Aku tenang. Aku kata kepadanya, buatlah pemeriksaan doktor. Mungkin si Farah ada komplikasi kesihatan. Solehan bertegas untuk bertanyakan pendapat Shahrul Nizam. Aku katakan kepadanya, "terpulang."


Setelah selesai perbincangan dengan peniaga perabot, aku terus menghidupkan motosikal dan bergerak menuju sebuah pusat dobi. Aku saja parkir motor betul-betul depan kedai dobi. Bukan apa, saja nak menjeling anak Mak Nah yang baru lepas SPM tu. Dia punya cantik ya rabbi............. Dah la tu pandai berdandan. Rambut tersisir rapi. Kening tercukur halus. Pakaian kemas dan wangi. Hati mana tak berbelah bagi? Ah, aku jatuh cinta lagi. Aku tiada pakaian untuk dihantar ke dobi. Kebetulan, di depan kedai dobi ada kedai burger. Aku order burger ayam. Jadi, masa aku untuk menjeling dan senyum kepada anak Mak Nah Dobi dapat dilengahkan.

Lalu bunga pun mekar, burung berkicau dan awan mendung pun berlalu.


Yay!


(p/s: apahal? abstrak tu........................................!)

Jumaat, 20 November 2009

Sekali Aku Hentak Pinggang Kau Dengan Penyapu Baru Kau Tau!




Aku naik lucu dengan perangai sesetengah cikgu. Tangkap budak merokok. Marah-marah. Maki hamun. Hina.


Tapi sendiri hisap rokok.


Agak-agak tak membazir ke air liur dia?


Ini namanya sampah. Orang macam ni, aku bagi jari tengah je. Macam bagus. Sekali dengan dia aku lempang dengan pongkes plastik. Bukan budak-budak tak tau dia pun hisap rokok kat sekolah dengan kat luar. Lagipun, berbau. Bodoh!


Biasanya. Orang macam ni. Datang dengan satu set lengkap. Contoh. Tau tengok silap orang. Silap sendiri tak nampak. Bab hina menghina kita bagi markah A+. Selalunya terdiri dari golongan pengikut politik haluan kanan. Gila duit. Gila kebendaan. Settled.


Kalau tak dapat sabar dek dendam tak sudah. Tak dapat orang. Benda lain pun jadilah. Mungkin aku akan lempar buku persediaan dia ke longkang. Mungkin aku akan sorokkan kunci stor sukan. Atau pura-pura tak sengaja tercurah kuah mee bandung pada baju dia.



Tak tau ke, aku dulu pernah pegang King Of Sabotage?

Rabu, 18 November 2009

Aq Pown Penah Adew BESKAL la weh. Poyo ah korunk!!

Aku tengok kegiatan berbasikal sekarang macam nak jadi musim. Iyan pun nampaknya aktif berbasikal. Aku jeles. Sangat jeles. Jeles itu sama level dengan jeles aku apabila jiran sebelah beli set meja makan kayu jati atau kasut Adidas Samba.

Aku juga berbasikal. Tapi aku tak mampu beli basikal mahal macam Iyan dan geng-gengnya pakai. Dulu boleh lah aku mengendeng basikal mountain bike Nurul. Tapi bila Nurul dah pindah, sekarang ni aku naik basikal Maktok je (yang ada bakul kat depan).

Pernah juga mak ayah aku belikan basikal import dari Singapura. Tapi tak adalah mahal sebab basikal tu terpakai. Mak ayah beli sebab melayan karenah aku yang konon seoarang revolusioner tak nak naik bas pergi tiusyen. Sanggup pakai basikal mak aku yang ada bakul kat depan untuk pergi ke mana-mana. Ini baru punk. Selamba berbasikal sambil telinga disumbat walkman berisi lagu-lagu crust/grind yang rendah kualiti rakamannya. Tapi kalau pergi jauh-jauh naik bas jugak! Gila kau nak naik basikal 140 kilometer? Lenguh! Ada yang cakap boleh mandul. Bengong, cuak sial.


Pada aku ketika itu, nampak tidak punk kalau naik bas. Dan kerana punk itu lah mak aku nangis selalu mengenangkan aku asyik dengar lagu bising jerit-jerit, banyak pulak perca-perca punk ditampal pada beg sekolah disamping perangai aku yang huru hara.


Punk tak punk lah masa tu. Sekurang-kurangnya aku melakukan revolusi atas diri aku sendiri. Boikot bas dan syarikat petrol sekalipun tambang bas tetap naik. Revolusi dah tak berguna lagi. Buat demo kat jalan pun nampaknya tak ‘jalan’! Macam cilaka.


Naik basikal memang best. Peluh keluar. Badan slim. Boleh ramah tamah dengan orang. Masa aku pakai basikal dulu, orang selalu bertanyakan tentang basikal aku untuk dijadikan modal bersembang sebab basikal aku memang unik. Dulu, mountain bike ada spring kat tengah dah kira rare. Belum masuk Malaysia lagi masa tu. Tayar basikal aku pun warna kuning berbelang biru. Sama dengan frame basikal aku. Aku rasa aku paling stailo kat pekan. Paling penting, aku rasa aku punk. Atau kata lainnya, aku punk yang peramah dan mesra masyarakat. Bukan macam YB. Bila nak mengundi baru nampak batang hidung. Ini bermakna punk lagi prihatin dengan masyarakat berbanding YB. Mampus lah YB. Kau buat rumah terbuka aku makan je. Alah, duit kitorang jugak. Kerajaan bagi peruntukan apa. Kitorang bayar cukai. Sikit-sikit cukai, cukai cukai…akhirnya mencarut-cibai.


Pernah juga terfikir, alangkah seronoknya andai berbasikal menjadi budaya di Malaysia. Seronok juga kalau ada basikal pun boleh pinang anak dara orang tanpa segan silu. Seronok juga kalau ada ijazah naik basikal dan orang kanan kiri tak mengata, “si Punai tu ada ijazah kerja baik tapi hampas, kereta pun tak mampu beli ke? Kedekut asam janggut punya budak!” Kita kena ingat kita berada di Malaysia dan kita dikelilingi manusia tidak cool.


Selain dikelilingi manusia tidak cool, keadaan jalan raya kita juga tidak mengizinkan kita berbasikal secara sepah-sepah. Walaupun boleh berbasikal tetapi pada aku ada kawasan yang berisiko macam kat highway. Tapi kalau engkau gamble, lantak kau lah. Tapi kalau aku sendiri pun cuak sial nak naik basikal kat kawasan jalan Bandar atau highway ni. Kenderaan laju-laju. Laluan kecemasan pun diorang sesah buat memotong kenderaan lain. Gila qalbun (anjing) agaknya driver-driver kat Malaysia nih!


Jalan tak ada masalah. Tetapi sikap pemandu kat Malaysia menyebabkan aku naik menyampah macam sampah masyarakat nak berbasikal. Mana ada tolak ansur? Lagi kereta besar, lagi kereta mewah lagi besar ‘kepala anjing’ aku tengok. Orang nak lintas pun tak bagi chance. Basikal/motor ke kalau dorang lalu kat sebelah tak ada nak mengelak! Ini gua panas. Bila dah panas, apalagi? Mencarut lah. Dah..tambah dosa. Tak guna!


Aku tengok blog brader MM hari tu. Ada cerita pasal kegilaan dia terhadap basikal prewel mati. Gila lah kalau kat tengah-tengah KL bawak basikal prewel mati ni. Cuak sial. Aku pernah juga merasa basikal kawan aku yang pakai prewel mati ni masa budak-budak dulu. Tak sedap lah. Berat. Laju tu memang laju lah, bila part nak naik bukit tu parah. Dah la tu tak ada brek eh? Gila ah budak-budak sekarang ni. Kau ingat kalau jatuh naik basikal ni sikit-sikit punya luka ke? Parut aku jatuh basikal masa darjah lima pun masih ada sampai hari ni. Masa aku lepas jatuh tu, mak aku siap sebat pakai hanger marah sebab aku naik basikal laju-laju. Nak jadi Wayne Rainey ke? Mak gua tanya.


Alah, pakai prewel hidup pun ok jugak. Basikal jugak apa. Kalau kau pakai smart-smart. Naik basikal sopan santun, aku yakin. Satu hari nanti akan ada jiwa-jiwa yang ingin mendekati mu (sial, ayat majalah Remaja). Selamat berbasikal dengan rilekssss ah bai!

Selasa, 17 November 2009

Aku tau dah terlambat, tapi aku punya suka la, binatang!

Siapa pun punya kesukaan.Kesukaan biasanya berkaitan dengan benda yang kita suka la kan cilaka? Haha (suka suki je panggil orang cilaka haha). Macam aku sendiri, ada beberapa benda yang aku suka tapi aku rasa aku dah terlambat sangat nak merealisasikan kesukaan aku. Mungkin ada diantara engkau yang akan bagi komen seperti,”cukup-cukuplah. Kamu dah tua.”


Tapi ya, aku tau. Sepatutnya aku kental berhadapan dengan kehidupan realiti aku. Okey, aku tak akan peduli dengan kutukan engkau dan engkau bebas nak mencarut marut kutuk aku yang bukan-bukan kat blog ni. Lantak kau.


First, aku nak ada band sendiri. Memang dah terlambat rasanya. Dengan profesyen aku yang perlu mendukung imej bersih, moralis, amat bertentangan dengan impian aku nak ada kugiran sendiri. Lagipun, aku bukan pandai sangat main instrumen ni. Main by ears je. Pastinya kugiran muzik-muzik yang pantas, berat atau tersengguk-sengguk macam metalcore musim-musim sekarang ni menjadi pilihan, aku tak peduli. Janji nafsu aku bermain muzik dapat dilunaskan. Tak kisah di posisi gendang atau vokal. Lain-lain aku tak reti main. Pernah ada orang offer main bass. Apa jadahnya? Satu haram chord aku tak tau. Sekadar nampak aku gentel-gentel bass tak bermakna aku pandai main bass. Kalau dah band ala-ala ganas imej pun mesti seiring. Ini namanya pakej. Baru band boleh ‘pergi’. Kalau dah jadi cikgu, macam mana nak ada imej yang ganas macam bersubang dengan rambut panjang kaler-kaler? Cih. Nanti budak-budak ikut, aku yang kena jawab. Lagipun, aku dah berusia kot nak start balik main muzik macam ni. Hmm..lupakan jelah nak main muzik hardcore/punk atau metal ni. Datang tengok gig sudah. Itupun kena hati-hati kot terserempak dengan anak murid.


Kedua. Aku nak main semula skateboard. Aku pernah main skateboard masa aku remaja-remaja dulu. Tu pun pinjam-pinjam orang punya. Teringin sangat nak main semula. Tapi tak ada kawan dah. Lagipun aku dah boroi dan susah nak ollie (lompat) lagi. Walaupun ada yang celupar kata aku ni nampak macam pondan, bapuk, lembut, pengkid, lesbian atau anak emak, aku sebenarnya cenderung kepada sukan lasak. Aku suka jugak dengan sukan basikal bmx stunt dengan flatland. Malang sekali aku masih tak ada geng main basikal mahupun tenaga pengajar. Apa aku boleh buat ialah tengok orang main kat competition atau youtube. Gila tak puas. Takpun aku main basikal nenek aku. Kehulu-kehilir tanpa arah tujuan. Sekali lagi, aku rasa aku dah tua nak main sukan yang macam ni. Takut retak tulang, tergeliat dan terseliuh. Pastinya, aku benci bola sepak! Kalau main aku selalu tak dapat bola.Memang cibai. Main dengan sportstar adalah perkara paling bangsat sekali dalam hidup aku. Macam orang gila rasanya lari-lari tengah padang tapi tak dapat bola.


Ketiga. Nak buat zine sendiri. Ini lagilah impossible. Mana ada masa? Aku ni pemalas. Lepas tu moody. Banyak pulak kerja lain kena buat. Tambah pulak emo. Nak buat zine punk kental jadi zine emo hardcore jiwang-jiwang pulak. Dah la tu. Kurang pulak orang buat zine sekarang. Band pulak sekarang malas nak jawab interview. Maklumlah terlalu banyak undangan persembahan hingga meleceh nak jawab soalan. Lagipun, penulisan aku teruk. Tak ikut tatabahasa pun. Tonggang langgang. Buat puisi pun hancur. Apatah lagi buat lirik. Banyak maki hamun je. Ok, tau. Aku tak ada nilai art.


Aku suka masak. Rasa macam nak bukak warung atau restoran sendiri. Tapi tak ada modal dan masa. Lagipun aku cepat letih. Penat sikit mula mencarut. Penat mencarut, aku tidur pulak. Bila mak aku beli ketuhar baru, aku excited. Macam-macam masakan aku nak try. Masalahnya aku akan frust bila masakan aku berupa hodoh dan tak sedap. Ini menyebabkan aku rasa nak hentak ketuhar dengan tukul besi dan lempar kuali ke kandang kucing. Kalau macam ni gaya, macam mana nak bukak warung? Kalau pelanggan komplen tak sedap, bimbang aku bunuh diorang pulak!



Hah, cukup la tu. Aku nak makan nasik. Doktor cakap makan kena ikut jadual. Kalau tak, nanti kena gastrik. urghh..

Aku bukan beruang kutub cuma manusia tropika

Hahahahaha. Aku private blog. Jadi apa ada hal? Ramai orang private blog. Aku try sepam. Tengok apa feel dia. Orang lain private invite kawan baca, aku satu haram pun tak invite. Tak dinafikan ada rasa sikit nak delete terus blog ini. Tapi nanti aku tak ada tempat nak mendokumentasi kemarahan, kekecewaan dan kebencian pulak. Tak apa. Maintain.


Kadang-kadang meluahkan segala isi hati kat sini menjadikan kita tidak cool. Melanggar pantang yang telah kita laung-laungkan juga tidak cool. Jadi dengan private blog ini aku merasa sedikit cool. Kerana ada beberapa pantang yang pernah aku gariskan dalam diri aku telah aku langgar.


Bila dikelilingi orang yang bukan dikalangan ‘kita’ sebenarnya kita akan lebih terdedah pada ancaman garis-garis larangan yang kita ciptakan. Untuk menolak kehadiran orang lain dalam hidup kita, itu pula adalah mustahil. Kerana walau apa cara sekalipun kita masih memerlukan antara satu sama lain biarpun berlainan etika dan pegangan. Ini kehidupan namanya.


Perlu berani menghadapi kehidupan sebenar. Dan kehidupan sebenar itulah medan ujian prinsip dan pegangan kita selama ini. Anda straight edge, teruskan dengan cara anda. Anda anarkis, biarkan anda dengan cara anda. Anda budak B-T-N, layan sudah. Ha ha. Ini kehidupan. Perlu berfikiran terbuka. Perlu ada toleransi. Perlu ada penerimaan dan pastinya perlu adanya penolakan. Semuanya kerana ada pertimbangan dalam diri untuk sebarang perkara yang baik atau buruk.


Perkara paling penting adalah kebaikan untuk diri anda tanpa meminggirkan hak orang lain. Perlukah anda berubah untuk memuaskan orang lain? Perlukah anda berubah untuk keuntungan orang lain? Perlukah anda berubah hanya kerana cinta yang tak pasti hujung pangkalnya? Sampai bila anda harus membohongi diri menjadi orang lain untuk diterima orang lain?


Well, fuck you.


Aku tak mahu berubah.

Ahad, 15 November 2009

Ini tidak punk dan bukan kesusasteraan

Aku cuba kembali kepada fitrah asal aku. Merepek dan meraban di sini. Kononnya. Untuk mencoretkan sesuatu paling keji dari sudut kehidupan yang lain. Kononnya. Hidup aku penuh misteri. Ekstasi. Untuk tatapan kamu.


Sebenarnya. Hidup aku plain. Macam roti gandum tawar. Makanan kecemasan dikala lapar merentap usus.


Tidak radikal. Tiada unsur seni. Tiada ukiran jiwa. Hanya susunan huruf yang membentuk perkataan yang bisa menjengkelkan. Sama ada kamu. Yang aku kenali ataupun tidak.


Nanti.


Bagi aku menyanyah sekejap lagi.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Tertumpah setempayan rindu di hujung tangga.

Senang cerita. Dah seminggu aku tak menatap wajah suci, lembut dan penuh kewanitaan Maria Ozawa. Masa benar-benar tak mengizinkan. Hingga tidur pun tak cukup. Mata membengkak. Perut sedikit buncit. Kulit muka dan tangan pun sudah tidak sehalus bayi. Kening pun sudah tidak terurus.


"Oh, peperiksaan," memetik kata Rosyam Noor dalam satu adegan dalam Gila-Gila Remaja. Mungkin itu juga yang terpacul dari mulut aku. Selama seminggu lepas. Setiap hari.


Tapi serius. Aku terlalu penat untuk menelaah pelajaran. Cepat letih. Lenguh-lenguh. Mata mengantuk. Ini mungkin petanda aku sudah tua. Biarpun wajah tak dimakan usia.


Jadi, lepas ni. Aku harap aku ada masa untuk terus meluahkan segala kecintaan kepada negara, bangsa dan pemimpin di sini.


Kau ingat aku main-main?


Asyik nak tulis jiwang-jiwang. Emo. Cinta tak kesampaian. Fantasi kasih dari seorang jelitawan. Limpahan kemewahan oleh seorang gadis anak hartawan. Sampai bila? Macam mana revolusi nak tercetus? Perubahan bai. Perubahan.... !!! Aku lelaki kental. Aku bukan lelaki leleh. Aku tak suka kumpulan Scoin. Aku tak suka kumpulan Ukays. Kadang-kadang dengar jugak Jelmol, Kapilla (demo lo ni tak supo mulo) atau Halim Yazid (anok tupa). Itu je. Salah ke? Aku ni teruk sangat ke? Aku ni skema sangat ke? Aku ni mat belia ke? Aku ni rempit ke? Kalau tak suka, cubit lah aku. Aku rela. Demi korang. I rela, Bee.


Jadi blog ini akan jadi blog paling politikal dan kritikal selepas ini. Jaga, tau.


Muah!

Sweet Juna,
I lev yiu.

Jumaat, 9 Oktober 2009

Bok Miah

"Mak rasa dalam badan kau ni ada saka. Sebab tu kau tak ada makwe."

Isnin, 5 Oktober 2009

Pengembaraan Mendebarkan Di Central Market

Makcik Cina : Umur atas 21 tahun?


Aku : Ya.


Makcik Cina : Pengundi?


Aku : Tak.


Makcik Cina : Engko kenapa? Anarkis?


Aku : Ha?


Makcik Cina : Engko tau ke kalau jadi anarkis ni maklumat diri ko senang-senang je kena curi?


Aku: Dulik apa aku. Tapi baju tu cantik lah Makcik (tukar topik).



Aku turun dari bangunan itu meninggalkan Makcik Cina dan menuju kepada seorang pengawal keselamatan, "Bang, surau mana?"


Susah betul nak cari surau kat Central Market.

Selasa, 29 September 2009

Gua memang perasan Romeo dan Lu orang tak boleh nak cakap apa.

I.

Aku tegur dia. Dalam satu keadaan hiruk pikuk. Hujan lebat. Seorang gadis comel yang seolah pernah bermain di mata aku. Tapi aku tak pasti. Ya, berbual panjang. Seperti pernah berjumpa. Begitu mesra.

Rupanya, kami saling mengenali. Kini seakan baru mengenali. Sekali lagi. Tujuh atau lapan tahun dahulu dia masih berhingus. Ketika aku dan kakaknya sedang saling mabuk asmara berahi.

Malu. Rasa pening. Kepala berdenyut. Nak muntah pun ada. Ketika aku mengetahui siapa dia sebenarnya.

Biarpun dia memastikan bahawa kakaknya masih belum berpunya. Keseorangan tercampak di Borneo. Hati aku bagaikan masih terguris untuk membina hubungan itu lagi. Setelah bertahun-tahun aku tidak bertegur sapa dengan saudara perempuannya itu.

Maaf Zee. Abang belum bersedia. Biarpun nombor kontak dia masih cermat Abang simpan di dalam telefon tangan Abang.



II.

Baru menerima pesanan ringkas dari Emak. Katanya, ada seorang gadis. Anak kepada kawan ayah. Yang juga menuntut satu kampus dengan aku. Meminta alamat rumah aku.


Gila.

Nak datang rumah aku? Nak tidur dengan aku? Nak jadi isteri aku? Kemaskan tilam dan bantal aku? Aku tak bagi Emak serahkan alamat rumah aku. Naya.


Biarpun Emak cakap budak perempuan ini baik dan cantik. Namun, gerak hati ini mengatakan tidak. Lain kali mintak la nombor telefon. Boleh kita karaoke kat pekan. Ngok!



III.

Ada seorang kenalan perempuan aku. Juga berada di sekitar aku. Baru menyambung pengajiannya setelah setahun berehat. Sakit.


Sakit bercinta! Huarghh.


Aku bergegas dapatkan nombor telefonnya dari Wan. Mana tahu, aku boleh jadi penawarnya. Er, penawar rindu. Mungkin. Aku faham perasaan orang yang baru pulih dari kecewa.


Tapi.


Takkanlah sampai tak balas mesej gua? Lu pahal? Lek ah. Gua ada sini lu tak nak koling-koling syial?

Rabu, 23 September 2009

Apa khabar agaknya Zaiton Sameon ya?

Kalau I tak nak berubah itu I punya pasal. At least, I masih datang ke sarang-sarang durjana kawan-kawan lama I. I duduk Kerinchi ke. I duduk Tanjung Malim ke. Atau I berkasih dengan anak wakil rakyat yang bergelar peguam sekalipun, I tak rasa diri I banyak berubah.


I adalah I. Kecantikan adalah milik setiap insan. Tak koser.


Orang sibuk kejar duit. Tapi, kenapa I kejar kedamaian? Sebab I rasa I better than you. Lagipun I budak hardcore. I cool. You are not cool. Mi spik No Enklis. English I pun macam You jugak.


Ada aku kesah?


You pakai Iphone dan update Facebook hari-hari. I pakai Expressmusic sorong tarik. You pakai kamera DSLR. I pakai Lumix. I cool and you re not cool muthafuckaz. But remember one thing buddy. I tak sombong occay? I masih lagi ber-sms dengan ex-haiwan peliharaan I yang dah nak kahwin dengan duda anak empat tu. Itu buktinya I lagi cool dari you.


Fuck you.


Kenapa bila you rasa you dah tak macam I you mula jauh dengan I? I tau, sesekali I terbawak-bawak tabiat budak punk yang malas mandi. Baru-baru ni pun I tak mandi dua hari. Saja nak amek feel kerasti punk tengok macam mana feel dulu-dulu. Tapi takkanlah oleh sebab yang langsung tak politikal itu you tak nak kawan dengan I lagi? Kalau you tak nak kawan I because I join putera umno, I tak kisah. But, I nak mengundi pun tak tau macam mana lagu dia, haaaa mai habaq maiii aihhhh....


Come on lah.


I tak ada steady girlfriend doesnt mean I am gay. I am seteret and I tak choosy. Cuma pintu hati I belum terbukak, doh. Kalau you carikan I seorang wanita berkulit cerah dan halus, berketinggian 5 kaki 7 inci, berambut lurus, berat kurang dari 55 kilogram, bermata bundar, kening terurus rapi, berasal dari Johor (Batu Pahat diutamakan, Mersing dan Segamat boleh dipertimbangkan), ini tahun jugak I pinang. Mana ada I memilih. Ini ciri biasa seorang gadis pan-asia yang banyak terdapat di negara kita ni. Tapi you carikan la member yang boleh luluskan personal loan dengan cepat occay?


Well.


Tak apa lah You tak nak kawan dengan I. I bergaya ranggi. I dengar muzik yang cool. I Berkawan dengan orang-orang yang hebat. I selalu ditaja. I bebas bergerak ke sana ke mari. Tanpa gangguan laporan sms yang perlu dibuat secara berkala macam You all. I juga tak pernah mengepit beg tangan teman wanita macam You all. Yang penting, I belum ready pakai baju berkolar tucked in dengan seluar slack ke shopping mall.



Apa-apa lah. Tak nak kawan sudah.


You dengan cara You. I dengan cara I. You dengan Myvi You. I dengan bas berhenti-henti dengan konduktornya sekali.


Hidup kita memang berbeza. Kita seperti Midvalley dan Pasar Pudu.

Jumaat, 18 September 2009

Kriteria Perempuan Idaman 1

Peel dia memang macam saitonirrojim. Tapi hati dia tulus. Tak macam sesetengah awek tudung melayu. Peel sedap mata memandang. Ayat manis kurang gula. Tapi hati macam pusat pelupusan sampah. Apa guna bertudung sakan kalau menipu? Apa guna jual mahal padahal diri macam binatang?

Syukur alhamdulilah dengan berkat doa, kini aku telah berjumpa dengan perempuan idaman. Pertemuan dengan perempuan ini hanya bermula di pasar basah Batu Pahat ketika dia membantu ayahnya memotong ayam sambil melelong ayam-ayam siap ayahnya (dia anak penjual ayam). Kemudiannya, secara tak langsung membibitkan nota-nota cinta. Gua tak pandang belakang lagi. Gua serik dengan awek tudung.




Sorry, mak. Bakal menantu hanya mak seorang vokalis kugiran grindcore yang comel. Bermula dari hobi karaoke jamban satu lagi seringgit, kini dia sudah mengusahakan kugiran grindcore-nya sendiri dengan budak kelas sekolah lamanya di Temenggung Ibrahim Girls School. Rakaman cd pertamanya pun hanya mengguna sisa biasiswa tingkatan enamnya dahulu. Menurutnya, lepas tour Amerika, baru dia memikirkan akan hal melanjutkan pelajaran. Tapi pastinya bukan Uitm Segamat. Bosan. Tengah hutan. Banyak nyamuk dan ramai yang rasis.

Raya tahun depan dia cakap dia akan cuba pakai tudung manik.

saitan, awak.

Awak sangat keji
Awak najis.
Awak najis mughalazah.
Sama macam babi sikit.
Baru saya tau.
Awak skema dan suka menipu.



Apa maaf-maaf?
Lempang kang!

Selasa, 15 September 2009

Resistansi Yang Bebas Berlari

Memang punk itu bukan agama. Pada pandangan personal aku sendiri, ia adalah satu cara resistansi dalam keadaan yang tersendiri. Disokong dengan rona muzik dan literasi yang berwarna-warni.

Kadang-kadang prinsipal punk itu sendiri membuatkan kita menyedari. Adanya satu lagi kehidupan tanpa istilah gagal. Kita belajar menerima realiti. Bahawa diri ini ada limitasi. Kerana adanya masyarakat yang hidup berhierarki. Maka dengan itu punk sebenarnya membuka mata kita untuk meneutralkan segalanya.

Anarki. Kebebasan dan kesamarataan. Hanya satu yang diharapkan. Keharmonian. Demi satu senyuman. Tanpa kezaliman. Tanpa kekejaman. Lengkap dengan penolakan unsur kapitalisme, militarisme dan feudalisme.

Semua punya hak untuk hidup dengan happy mengikut jalan sendiri. Diri yang dipercayai sendiri. Awas, jangan terpijak kaki yang lain ya?

Khamis, 10 September 2009

Mengunyah Kepala Binatang Di Jalan Raya

Dan kerana kita berbeza anutan
Perlukah kita bercakaran

Dan kerana kulit berbeza warna
perlukah kita beradu tenaga

Persetan filasuf hina itu
Bangkit lah ludah ke langit


Kerana liur itu suara jiwa kita
Redhakanlah..........

Rabu, 9 September 2009

Kini, dengar Disgorge pun dah tak berguna lagi.

"Kalau Orang nak bercinta Maya boleh tak?" Aku tanya dia. Si Tunang Orang.


"Tak boleh," dia jawab.


"Kenapa?"


"Kesian kat awak. Nanti awak merana. Bukan kita boleh bersama pun."



Tacing, sial.


Air mata brutal death metal gua hampir bergenang di kelopak mata. Masih ada yang sayang. Aiden sepam, brader!

Isnin, 7 September 2009

You ni lorrhhh WTF WTH OMG LOL!

Aku ni memang serabut. Pakaian serabut. Perasaan pun kadang-kadang serabut. Ada orang cakap aku tak ada gaya sebagai pendidik. Pakaian waktu senggang aku kadang-kadang macam adik-adik baru nak naik. Tapi aku peduli apa. Baru rasa dia punya feel muda-mudi. Ni kalau belum tua, engkau dah pakai macam ala pakcik-pakcik, please lah. Jangan ingat kau dah bertunang kau dah matang habis dan boleh lekehkan aku depan orang ramai.


Tapi bukan isu ini yang aku cuba bangkitkan. Walaupun aku serabut, tapi serabut aku bertempat. Apa yang pasti, aku tak suka tempat aku bergumpal serabut. Setakat tak kemas buku-buku dengan cadar pasal huru hara berkejar nak ke tempat kerja atau belajar biasa lah. Kadang-kadang tu terlupa sauk sisa-sisa makanan dalam sink tu pun pernah jugak. Tapi aku mesti bersih dan kemaskan semula.


Aku sedikit bengang dengan kawasan tempat tinggal aku ni. Rata-rata dah bergelar graduan. Mestilah tak ada yang otak udang, siput sedut atau sotong goreng tepung. Aku sangat yakin, otak mereka juga bukan otak-otak Gelang Patah sekeping 50 sen tu. Otak mereka bagus-bagus. Skema-skema belaka bila mana mereka beraksi di dalam kelas. Tapi perangai macam haram. Suka buang sampah sepah-sepah. Macam sial.

Engkau bayangkan lah. Buka pintu je kat penjuru sana ada selonggok plastik sampah. Turun bawah ada selonggok. Ada sekali tu aku tengok diorang letak plastik sampah depan rumah. Siap set lengkap berulat. Macam sial. Hidung biawak padang pasir pun boleh kena resdung kalau hidu bau sampah hari-hari kau tau?


Lagi satu perangai lepas makan jajan dan minum air, plastik dengan kotak sepah-sepah. Letak kat mana-mana dia suka. Kadang tu siap macam susun pulak. Letak sebelah-sebelah. Binatang! Apa kata engkau buang elok-elok dalam tong sampah?


Please lah, cilaka. Buang sampah kat tempat yang betul. Berjalan sikit apa salahnya. Turun bawah. Letak kat tempat yang disediakan. Ini macam mana kau nak ajar orang lain kalau benda asas macam ni pun kau tak tau nak buat. Tak payah la cakap pasal One Msia ke apa-apa yang berkaitan dengan patriotisme dan nasionalisme. Buang masa. Aspek kebersihan lagi penting untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera. Bersih fizikal, bersihlah hati kau dengan orang dan persekitaran kau nanti. Percaya lah cakap aku.


Pada aku, biar rugged. Biar punk rock. Rambut huru hara. Biar tali pinggang besi. Biar jeans rabak dan baju tengkorak. Asal rumah bersih. Sedap nak tidur. Seronok nak berkaraoke. Lagipun kalau ada lawatan mengejut oleh bakal teman wanita, tak adalah segan sangat.


Kan, Yang?
Muah.

Khamis, 3 September 2009

BUZZ!

Banyak persoalan bila saya buka hati saya tau wak. Ye lah. Saya macam dah penat dah rasa putus harapan lagi. Biar harapan tu jalan terussss je, wak.


Wak,kali ni saya malas nak bikin ayat bunga-bunga lagi. Lantak lah kalau awak nak cakap saya jantan tak tau malu. Tak pandai ayat. Masalahnya, saya letih nak buang masa karang ayat power-power. Kadang tu, ayat tinggal ayat je la. Habuk pun tak ada wak.


Awak, awak nak tau tak? Saya dah lama tak main sms dan 'buzz-buzz' awek Johor kat ym. Kiranya awak ni macam rare lah. Tapi saya tak sanggup la nak samakan awak dengan seluar jeans Edwin bundle yang baru saya angkat hari tu. Itu pun rare jugak bila lepas basuh dia terus rabak. Bagi saya awak tiada bundlenya lagi dalam kehidupan saya. Itu pun kalau awak terima saya sebahagian dari hidup awak la. Kalau tak, saya dengan hidup saya, awak dengan awak punya pasal lah!


Kalau jadi lah, awak kan. Saya pinang awak terus la. Tapi masalahnya wang simpanan saya dah menyusut. Nak beli sireh dan pinang pun tak cukup wak. Tapi tak apa lah, sebab saya guna. Elaun pulak tak masuk-masuk. Bodoh ke apa entah orang-orang atas ni? Apa kebangang lambat sangat masuk duit? Ni ada yang dah dapat duit ada yang belum. Ni macam mana ni? Diorang ni sengal lah, wak. Dorang belum kenal erti lempang ni wak. Kalau kena lempang pun rangup jugak dorang nih. Isy panas tau wak. Tapi kan wak, kalau kita share duit dulu untuk pinang awak tanpa pengetahuan mak ayah awak pun cara jugak ek? keh keh keh keh.


wak.

wak..

BUZZ!

BUZZZ!

BUzzz!

wak..

BUZZ!

BUZZ!

Isnin, 31 Ogos 2009

Engkau tanya, aku jawab lah Binatang.

Berikut adalah soalan-soalan yang pernah diajukan oleh seseorang. Macam biasa. Setiap soalan akan dijawab. Tidak seperti teks asal. Diubah agar menjadi cukup rasa seperti resepi Muniandy untuk juadah berbuka puasa di tengah hari.


Kenapa kau pilih profesyen sekarang? Bukan kau nak jadi penyanyi rock ke? Aku ingat kau dah jadi mat rempit sekarang.
Dah ketentuan Tuhan. Aku sebagai manusia sentiasa mencuba untuk memperbaiki diri aku. Lagipun aku rasa okey dengan profesyen ini. Aku suka berbual dengan budak-budak. Berkongsi pengalaman. Berbincang tentang kehidupan. Aku tak boleh menyanyi. Low key aku teruk, dan bila pergi ke hi key suara aku pecah nyaring. tak sesuai dengan fenomena muzik sekarang. Kalau jadi vokalis band screamo pun tak sesuai. suara aku lebih kepada metal rasanya. Tak hardcore langsung. Rabak. Kadang-kadang terfikir juga nak beli RXZ. Tapi lenguh lah tangan nak tekan clutch. Bawak skuter je senang. Mat rempit? Lagi mulia dari orang yang melakukan rasuah.


Jadi kau ke kelas naik motor kau? Atau kau dah berkereta?

Aku tak naik kenderaan aku sendiri. Aku tak bawak motor-motor aku. Kebetulan tiga buah motor aku tamat tempoh cukai jalan dalam bulan yang sama. Aku dah kering sangat-sangat. Tak larat nak renew roadtax. Lain lah waktu kerja dulu-dulu. Aku tak mampu pakai kereta sekarang ni. Aku dengar harga minyak naik sempena hadiah merdeka. Alhamdulilah Malaysia maju. One Malaysia. Aku tumpang orang je, binatang.


Apa nak jadi dengan kau ni. Kau tak malu mengemis kasih orang?
Kau baru dengar lagu Scoin-Ku Menangis Kehilangan Mu ke apa? Ni ada sikit macam lirik lagu dia lah. Nak malu apa, orang yang kasih aku. Aku terima kasih lah. Lagipun aku bukan naik atau tumpang kenderaan orang free-free, bodoh. Aku hulur duit minyak. Aku belikan la sardin, telur, minyak masak. Hulur-hulur apa yang patut. Ingat aku sengal sangat ke? Binatang.


Kau tak malu ke dengan diri kau? Tak berubah-ubah dari dulu? Anak murid kau mesti benci tengok kau tau tak. Aku tengok gaya kau dah macam Bangla.
Apa siak nak malu? Aku bukan menyusahkan orang. Aku tak kacau orang pun? Apa ada hal? Orang nak benci, aku tak paksa. Nak suka, aku tak halang. Aku tau apa yang aku buat. Apa masalahnya gaya aku macam orang Bangladesh? Aku ok je. Orang Bangladesh pun orang. Macam engkau jugak. Jadi kau fikir orang Bangladesh lebih hina berbanding orang melayu berpendidikan seperti engkau? Perlukah ada perbezaan layanan sedangkan dia juga manusia seperti kamu menumpang atas bumi Tuhan meneruskan kehidupan?Rileks ah. Menggelabah apahal? Rasis siak.


Patutlah kau tak maju-maju.
Maju dari segi apa? Boleh jelaskan? Kira maju ni macam mana sebenarnya? Maaf aku kurang jelas maju yang kau maksudkan dari aspek apa. Bagi aku berkemeja-t 'masuk dalam' dan seluar slack bukan kemajuan. Membela janggut atau misai juga bukan kemajuan. Berkereta dalam keadaan kewangan yang 'cukup-cukup' juga bukan kemajuan. Berkahwin dalam usia muda dan tidak bersedia dari aspek tanggungjawab juga bukan kemajuan. Apa yang pasti, terikut-ikut dengan gaya hidup orang lain tanpa menilai diri terlebih dahulu adalah sebuah kehancuran. Maju dari aspek kehidupan pada tafsiran aku adalah menjadi seseorang yang berguna pada diri sendiri dan masyarakat ke arah kehidupan yang lebih baik. Aku sebagai manusia yang lalai sentiasa berusaha menjadi orang yang lebih baik dan berguna. Aku tak faham maju apa maksud kau. Sila jelaskan lah lain kali. Oh, ya aku pakai jeans rabak lutut di pekan Tanjung Malim. Maju okey?


Ah, kau ni ol-ol kentol lah (ni apa maksud dia?).
Aku pernah dengar muzik old school hardcore. Tapi aku hairan mana pergi band old school thrash metal dari JB, Tandus. Band ni bagus. Dram laju, gitar goreng-goreng kurang minyak. Dulu aku penah kena tarik dengan abang-abang metal masa dorang buat show kat Batu Pahat. Tak pasal-pasal gua kena headbanging. Padahal gua baru 16 tahun masa tu. Rambut pendek. Sakit tengok seh headbanging nih. Dem, abang-abang metal Air Hitam!(Tak menjawab soalan. Sila baiki tulisan)

Jumaat, 28 Ogos 2009

Nyanyian Untuk Diri

Mungkin ada hari-hari yang agak kurang bernasib dan kita akan menuding jari pada orang lain akan perkara yang berlaku. Jangan. Jangan begitu.

Pada aku ia, mungkin pembalasan dari dosa-dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini. Tapi hari ini aku rasa aku lagi okey berbanding tahun-tahun lepas. Sedikit kredit kepada diri sendiri kerana mampu manahan sedikit kemarahan dalam jiwa. Biarpun dikencing oleh sesetengah manusia, maka ikhlaskan sahaja apa yang telah mereka beri kepada kita dan begitulah sebaliknya.


Tak susah juga menahan marah. Pertama sekali, sebelum betul-betul sabar, kita perlu pura-pura sabar. Menegur orang sekeliling dengan senyuman dalam hati yang luka. Paling tidak pun, kemarahan itu hanya dipendam dalam hati. Tidak perlu diluahkan secara oral. Hanya akan menjengkelkan manusia-manusia berhati nasionalis disekeliling engkau.


Seperti tahun-tahun dulu. Mungkin lebih agresif. Maki. Hempas barang. Sepak. Terajang. Mencederakan binatang. Itu blissfulness. Dahulu lah kan?


Tapi, bila bilik air kau tak ada air di waktu puncak. Bila hari tiba-tiba hujan lebat. Bila tiba-tiba kau ditinggalkan bas. Bila hari berkenaan jatuh pada hari kuliah oleh seorang pensyarah angkuh.

Apa yang aku perlu lakukan adalah mengemas beg baju dan bergerak menuju Selatan.

Mungkin di sana ada lebih banyak kebahagiaan.


Barangkali.

Rabu, 26 Ogos 2009

Khutubkhannahz

Ayah bawa aku pusing-pusing pekan Tanjung Malim tempoh hari. sambil memandu matanya berkeliaran ke sana sini.


"Banyak juga perpustakaan kau kat sini. Senang kau nak buat rujukan."


Aku pening. Mula menukar tune suara dari F kepada not G,"Perpustakaan mende?"


"Kedai bundle."


Dan aku terlepas peluang merebut sehelai kemeja Lacoste. Petang tadi. Dalam genggaman, cuma Keith Haring.

Isnin, 24 Ogos 2009

Skrip Masa Depan

Baru sahaja bersembang dengan gadis Tangkak. Dah lama berkenan. Baru sekarang pandai gurau secara kecil-kecilan. Alah, acah-acah ajak berbuka bersama apa salahnya. Mana tahu tahun depan jadi tunang aku. Sikit bulan jadi isteri. Tak jauh mana pun Tangkak dengan Batu Pahat ni. Boring mandi sungai kat Ledang, pergi BP Mall atau Square One layan wayang. Takpun tengok-tengok kedai kain Gulatis atau Prima Moda. Ok apa orang dekat. Senang cerita. Kan?


Lagipun dia ada motor. Senang aku nak ke pekan sepanjang tahun ni dan tahun depan. Kalau dah declare tau lah aku ayat macam mana. Biar motor dia parking kat rumah aku.


"Takpe Yang. Dapat tunggakan gaji, Abang bayar downpayment Satria Neo. Bulan-bulan Sayang bayar."


Ok lah tu. Mungkin dia akan sejuk hati dengan ayat harapan dan kasih sayang yang bakal aku berikan.

Selasa, 18 Ogos 2009

Petang-petang di kejauhan rindu

Dah berhabuk blog ni. Lama dah tak jenguk. Asal aku nak jenguk ada je orang duduk sebelah aku atau belakang aku. Tak selesa. Nanti ramai sangat orang kenal siapa Bang Juna. Mana boleh.

Ye lah. Bukan selalu dapat online secara gangster macam kat rumah. Kalau ada sisa-sisa jalur lebar, barulah aku menikmati jalur internet. Siksa memang siksa kat Tanjung Malim ni. Kalau duduk area pekan boleh handle lagi. Area rumah sewa aku kira-kira 5.6 kilometer dari pekan. Siot betul. Bila dah siksa emosi, fizikal pun terjejas. Tak boleh tidur lah, Demam lah, makan tak hadam lah, gastrik lah.

Agak sukar aku mencari tune keseimbangan emosi akhir-akhir ini. Tak tau lah kenapa. Agaknya dah lama sangat berlemak kat rumah. Mak masak hari-hari kat rumah. Tidur pun selesa atas katil. Turun katil capai internet. balik kerja cepat. Tak pernah lapar. Makanan bersih dan cukup rasa. Sihat rasanya. Kawan-kawan pun meriah. Tak ada awek pun tak terasa sangat sunyi dia. Duit kocek pun tak pernah putus. Memang selesa lah. Duit masa tu boleh lah dikatakan ‘lebat’ jugak lah masa tu. Walaupun dibelenggu hutang PTPTN. Jadi otak tak rungsing pun. Nak makan chiken chop hari-hari pun tak ada hal.

Bila sambung belajar dia punya tune dah lari secara mendadak. Tak ada geng-geng rock. Tak ada geng-geng ketagih jamming atau karaoke. Tak ada geng kaki shopping atau window shopping. Tak ada lagi sembang-sembang Sogo atau Jaya Jusco. Kalau kat kampung kita boleh sembang BP Mall atau Summit Parade. Aku campur budak-budak yang hisap rokok. Disebabkan aku tak hisap rokok aku rasa aku tidak dipandang cool. Aku selalu kena tinggal tak ajak makan malam bersama oleh mereka. Jadi aku makan sorang-sorang. Tak ada pulak awek tegur-tegur aku masa tu. Geram lah pulak. Macam tak hot je aku ni (padahal memang tak hot pun).

Sabar… Bak kata Rambo, pepatah jawa ada menyebut bahawa orang yang sabar biasanya akan mendapat isteri yang cantik. Iya ke ni Bo? Bab-bab falsafah jawa ni aku ingat kena refer kat Abang Jowopinter lah. Dia lagi pro. Bila duduk kampung la baru aku reti cakap jawa dan sikit-sikit budayanya. Aku memang tak sedar diri. Kau nak cakap apa, cakap lah. Aku tak kisah.


Bila kat perantauan ni aku memang jadi sentimental. Dah tak begitu rock sangat. Lain masa duduk kat KL masa muda-muda dulu. Hati panas. Napsu menendang-nendang. Goda awek power-power. Muka tak malu langsung. Jiwa meronta. Rebel lah bak kata mat-mat underground tu. Memang malas lah nak balik kampung sebab hari minggu memang sibuk macam mesin basuh (rujuk: Yoshz) dengan agenda-agenda penting. Gig sana sini ataupun berdating di kolej kediaman ke 7 sampai pukul 4 pagi. Tak pun menggatal di Millenium Court. Lain pulak sekarang rasanya. Feel dia lebih kat kampung lah. KL dah tak begitu kick lagi.


Bila adik aku dah masuk Manjung dan aku tercampak kat Tanjung Malim Kundang ni mak dengan bapak aku dah tentu tinggal berdua kat rumah. Bila bapak aku kerja atau ke kebun dah tentulah mak aku sorang-sorang. Time ni lah aku teringat mak. Lagi pula time mendung-mendung, hujan lebat atau angin kuat. Aku memang kuat bersembang dengan mak. Dia memang jenis mulut tak berhenti. Aku kenakan dia pun dia buat tak tau je. Kadang-kadang letih nak melayan. Tapi suara tu lah yang aku rindu bila kejauhan. Aku memang tak boleh blah bila bab-bab macam ni. Nak menitis air mata pun ada jugak. Lantak lah apa korang nak cakap. Hardcore sendu ke apa ke.


Sebab tu aku cukup marah kalau ada budak-budak yang kurang ajar dengan mak bapak lagi-lagi depan aku. Memang aku dengan tak malunya masuk campur lah. Orang tua mana yang nak anak-anaknya hancur berderai dik? Cuma kadang-kadang dia tak begitu faham dengan situasi semasa. Jadi komunikasi yang baik tu penting agar hubungan dengan mak bapak tu sentiasa ‘cantik’.


Kadang-kadang terfikir lah. Harap dijauhkan lah jodoh dari orang-orang yang tak hormat orang tua ni. Bukan apa, lama-lama nanti kita pun jadi orang tua juga kan? Kalau gitu aku nak cari pasangan hidup yang bertugas sebagai pengetua rumah orang-orang tua lah. Ada tak yang masih single?

Sabtu, 8 Ogos 2009

Tanda Kasih Saya Kepada Penjenayah Kecil Sederhana Di Malaysia

Gua paling malas kat Puduraya. Ramai sangat orang tanya gua nak balik mana. Tak jawab, dia marah. Kalau jawab pun diorang bukan tolong gua carikan tiket.

Panas gua. Ada pulak di suruh gua naik bas JB. Apahal? Gua balik BP. BP ada pride. Hardcore pride macam kata abang Restraint. Ada bus stand. Jadahnya gua naik bas JB? Apa, BP kurang bas ke? Sorry ah ulat. BP bas satu jam sekali mangkuk.

Puduraya sangat panas. Bukan panas hati. Tapi suhunya panas. Ramai samseng. Ramai peminta sedekah yang dalam keadaan gore. Kenapa mat-mat samseng tak lepak Mont Kiara? Kenapa mat-mat pow tak pow orang kat One Utama? Kenapa peminta sedekah gore itu tidak meminta sedekah di Mid Valley atau Times Square? Sana lagi ramai orang senang. Kat Pudu apa ada? Orang-orang yang lebih kurang lu jugak.


Tak banyak duit. Anak ramai. Banyak tanggungan. Sakit pening. Makan pakai. Kerja kena pijak. Ikut cakap bos. Gaji kecik. Harga barang naik pun tak boleh cakap. Benda lain lagi lah, kirim salam la nak bercakap pun tak boleh. Silap sikit, ha sana.. Guantanamo.


Kenapa lu orang suka tambah masalah orang-orang yang dah sedia ada banyak masalah? Ini gua panas. Gua malas la nak pukul orang. Kalau gua dapat lu memang gua 'sekolahkan' je sampai lu menangis.


Lu ragut makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik naik motor. Dorang jatuh tergolek. Apasal lu orang tak pow kakak-kakak bisnes MLM, datin-datin atau perempuan-perempuan simpanan yang naik kereta BMW, Mini Cooper atau Mercedes? Dia lagi banyak duit, pakai barang mahal-mahal. Lu boleh tolak kat bundle apa?



Lu memang bangsat ah.


Cakap banyak bukan lu kesah pun. Lu memang keras kepala. Lu relaks sudah. Kerja la apa-apa. Ni lu nak senang cepat. Lu sabar sikit ah. Ingat lu sorang je nak kawin. Ni gua ni, lu pikir apa? Walaupun gua rock keras di sinar fm, tapi gua pun ada naluri ingin menjadi manusia biasa. Takkan gua nak pergi gig sorang-sorang lagi kot kan? Boring la pulak balik-balik naik kereta Farhan dengan Amirull je. Sesekali nak gak naik kereta awek. Gua tak mampu beli kereta lagi. Kalau dah kerja pun berapa sen sangat lah gaji gua. Orang lain seret awek, gua pun nak jugak. Lu pahal? Hentak kang.


Cuba lu kenang-kenang balik. Kalau adik lu gua pow. Gua tambah lempang dengan tumbuk perut sampai senak. Gua rembat henset dia. Gua rembat duit dia. Satu sen haram tak ada. Macam mana dia nak balik? Kalau rumah dia jauh dari lokasi pengepowan macam mana? Orang sekarnag bukan senang nak tolong orang. Orang dah tak percaya orang. Semua ingat orang nak ambil kesempatan atas orang lain.


Itu la gua cakap lu otak najis penuh babi dalam otak lu ni. Sebabkan orang-orang macam lu la masyarakat jadi kucar-kacir. Lu tak payah cari kedai halal la. Lu pergi makan babi perangai lu pun dah macam haram. Orang yang biasa makan babi pun tak babi macam lu. Muka tak macam babi perangai lagi buruk dari babi. Babi tak pow orang apa. Cuma dia suka buat kecoh, apa ada hal? Babi lu.



Bukan gua tak tau. Lu datang ke KL jauh-jauh tujuh lapan jam dalam bas nak cari kerja. Cakap kat mak bapak. Nak tolong mak bapak la. Nak buktikan kejayaan la. Nak mikat si Milah la. Nak pakai Satria Neo la. Tapi sampai sini lu buat taik. Lu main paipon. Lu lepak Chow Kitt. Campur budak tak senonoh. Kepala dah sumbat lu mula ah cari pasal. Eh, panas pulak gua tengok.


Eh, dah la.

Khamis, 6 Ogos 2009

Gembira lah. Akhirnya Kita Semua SALAMAT!!!!

Aduyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiii...


Gembira lah kita akhirnya terbang bebas
Menikmati keindahan dunia ciptaan Tuhan
Kerana inilah kehidupan tanah air ku
Oh, satu Mesia
pen merah pen biru
you marah I lep yuh
Aku tarsalamat dengan langkah pertiwi ini
menjunjung bakti
tegak berdiri
mematuhi



KATA-KATA SAKHTEE PEMIMPIN AGONGak
AKU TUNDUK MENGIYA KAN KU BIARKAN DIRI KU BINASA!!!
OH!!!!!!!!!!!!
OHHHHHHHHHHH!!!!!
BINATANG ITU BERKEJARAN
BUKAN tenggiling ajaib
Tetapi harimau malaya bukan dari universiti malaya
ayayayayaya!

sekian.



(puisi bersuhu panas-gua nak perform dengan puisi ni kira kasi lawan Danielle Corleone)

Selasa, 4 Ogos 2009

Udara Bersih Minda Pun Segar. Tapi Kejap Lagi Mesti Kusut Semula.



(lagu selingan je. Ok lah, lirik yang baik-baik layan aje lah)


"Engkau hanya tahu apa yang engkau cari apabila usia engkau mencecah 30 tahun," - Seseorang Yang Baru Dikenali 1.

"Orang Gemini seperti kamu adakalanya mempunyai personaliti yang berbeza. Kamu boleh jadi seorang yang tak serius dan pada masa yang sama kamu juga seorang bertanggungjawab," - Seseorang Yang Baru Dikenali 2.


Haha. Aku sebenarnya malas nak ambil pusing cakap-cakap orang atas diri aku. Adakalanya ia melucukan, tidak masuk akal dan apa-apa sajalah. Tapi jauh di sudut hati, aku amat menghargai maklumbalas dari orang-orang disekeliling aku. Ia penting. Bagi aku, orang-orang disekeliling aku juga merupakan refleksi diri aku juga.


Tanpa maklumbalas dan komen yang jujur, aku rasa aku tidak akan berubah. Walaupun hanya sedikit perubahan yang mampu aku lakukan sejak aku akil baligh, namun ia amat bermakna kerana setiap perubahan menuntut pengorbanan.


Mungkin ada diantara mereka melihat aku antara orang yang malas nak menyusun dan merangka hala tuju kehidupan. Mungkin ada diantara mereka melihat aku sebagai seorang yang sentiasa dahagakan keseoronokan duniawi berbanding hal-hal berkaitan masa depan.


Serius, aku tak mahu telan berpapan-papan pil sakit kepala hanya kerana ingin menggapai sebuah kehidupan yang dialas dengan nilai material semata-mata.


Aku mendambakan ketenangan, kebahagian dan kesihatan. Yang datang dari perhubungan sempurna antara kita sesama manusia. Hati yang suci. Kejujuran. Kehormatan. Termasuklah penghargaan kita sendiri terhadap alam sekitar. Satu jalinan yang sangat indah antara manusia, hidupan dan persekitaran.


Tapi dalam usaha aku mencapai sebuah kehidupan yang sempurna dari pandangan mata aku, adakalanya aku sendiri melewati garis-garis yang telah aku tetapkan. Mengambil jalan bacul. Melarikan diri dari konflik. Atas satu nama. Kehormatan. Berdiam diri, mungkin yang terbaik.


Aku rasa ada diantara kamu yang berkongsi keinginan seperti mana aku.


Tapi akhirnya tersepit dengan keadaan. Persekitaran. Yang menekan-nekan dalam keadaan yang tidak sedar. Kita akhirnya akan hanyut bersama pemikiran entah apa-apa orang-orang sekeliling kita.



Jangan ego.
Kita semua masih bereksperimentasi dengan situasi.


Kan? :)

Ahad, 2 Ogos 2009

Sekali Lagi Observasi Dari Batu Pahat

Dari skrin comel ini aku lihat ada anjing berlari-lari disuruh tuan yang entahkan ketuanan apa mengejar apa yang dikatakan 'kita'. aku yang kejauhan, merindui harga sebuah pemberontakan.

Ahad, 26 Julai 2009

Kita sama-sama pakai baju hardcore, tapi engkau buat aku sayu

Ke Pekan Frinjan atas hasutan Danielle. Ditemani Adi Tempe. Lantaran tekanan perasaan yang dihadapi di sempadan Kuala Lumpur sana.

Sungguh. Aku kesunyian di sana. Tiada rakan-rakan yang boleh aku sepak terajang dan ludah sesuka hati. Aku perlukan semua itu untuk inspirasi aku. Jadi aku lari laju-laju ke stesen keretapi. Menyelinap di dalam tren dan lelapkan mata agar perjalanan ke KL Sentral menjadi cepat.

Lega. Salur pernafasan aku bagaikan mengembang di sini.


Ditakdirkan pula bertemu dengan Rambo di sini. Lelaki paling romeo dari Parit Raja. Kalau jumpa Rambo, aku pasti akan bukak cerita-cerita sedih. Cerita-cerita sayu. Cerita hiruk pikuk kampung halaman. Cerita mak ayah. Cerita keluarga. Macam-macam cerita kami cerita di pertemuan singkat itu. Baru aku tau Rambo dan aku punya persamaan. Kami suka mengemas rumah. Berikan kami bunga, dan pasti kami akan gubahnya menjadi gubahan paling romantis untuk kamu. Aku amat percaya tentang itu.


Tak tau kenapa.


Hati aku jadi sayu. Walaupun di badan kami tersalut baju kugiran hardcore jerit. Keadaan menjadi lebih sayu bila Rambo mula berbahasa jawa dengan aku. Siak Rambo. Hati aku terus meronta-ronta nak balik kampung. Baru 2 minggu lepas aku balik kampung. Tapi rindunya dah menjerit-jerit.


"Awak ni anak mak eh?" - Awek Ponytail


Memang ah. Abis tu, aku anak sapa? Rimau? Bodoh punya soalan. Ini amaran. Sekali lagi aku jumpa orang tanya soalan macam ni lagi aku tak teragak-agak cubit peha dia. Buat aku panas. Anak mana yang tak sayang mak ayah.


Di usia 25 tahun aku rasa cool bila berjalan dengan famili. Aku rasa bangga tolong bawakkan ayam dari pasar dengan ayah. Aku rasa cool temankan mak beli tudung bawal 1 di kedai-kedai baju. Aku rasa cool bila aku bonceng nenek ke bank.


Aku peduli apa.


Kau tak nak jadi awek aku sebab aku jalan dengan mak bapak aku? Ok. Kau kata aku manja sebab berkepit dengan mak bapak aku? Ok. Kau kata aku mengada bila aku bergurau senda dengan mak bapak aku di khalayak ramai? Ok.



Kau apasal?
Nak gaduh? Sini lah ajak budak-budak kau datang Kota Malim Prima kalau berani. Kita set tempat. Kalah menang belakang cerita. Gasak tetap gasak.




Jumpa lagi minggu depan. Gua online tengah-tengah malam kat Bangsar South. Pakai selipar jepun seluar pendek t-shirt Tyrant. Tak mandi dari siang. Badan bau hangit. Memang thrash habis.


Aku dengar gadis-gadis urban suka lelaki badan berbau hangit.
Ini mitos atau fakta sebenarnya? I keliru lah.

Isnin, 20 Julai 2009

Siapa Kamu (Semalam di Amcorp Mall)?

Engkau bersama kekasih engkau. Sedang menikmati santapan tengah hari. Kala aku melewati.


Tolong, sayang. Tutupkan pandangan matamu kepada aku dihadapan kekasihmu. Usah kau mengerling kepada ku sedemikian rupa. Kelak dia cemburu engkau yang binasa.


Kerana aku bukan milikmu
senyuman dan jelingan mu
aku buang jauh-jauh dari lubuk hati ku.



Sungguh aku tak kenal kamu. Puas aku ingat-ingat. Tapi tak boleh nak ingat. Dua kali kita terserempak dan bertembung. Lebar mulut mu melemparkan senyuman curi kepada aku. Tajam mata mu menjeling aku.


Iya, betul tak ingat.

Ibukota Telah Memberikan Aku senyuman, semalam.

Baru telan dua biji pil pening kepala.

Semalam Tempe tanya, "Kau kat sana sihat tak? Biasanya bila kalau datang tempat baru mata kau jadi bengkak lah. Muntah-muntah lah."

Ya, tiap kali melewati Tol Sungai Buloh arah ke utara kepala mula berdenyut-denyut. Tekak jadi tak sedap.

Tapi lain pula bila aku melewati Tol Sungai Buloh menghala ke selatan.

Tidak seperti hari Sabtu. Aku ketawa. Aku tersenyum. Terhangguk-hangguk. Menari. Terlonjak-lonjak ketika set Crimescene atau Inquiry Last Scenery.


Hari Isnin memang menyakitkan kepala aku. Layan je lah.

Sabtu, 11 Julai 2009

Sepuloh Fakta Lebih Kurang Enam Puloh Menit Dari Kuala Lumpor

1)Keadaan kucar kacir semasa mendaftar. Seperti pasangan yang disergah ketika berzina di tangga pusat membeli belah. Ada sembilan kaunter pendaftaran. Aku kena pergi satu-satu untuk isi borang. Buang masa. Dari kaunter 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9 dan patah balik ke kaunter 7. Aku berharap dalam keadaan kelam kabut ini aku tak keciciran dokumen penting.


2) Akhirnya salinan surat tawaran dan kad pengenalan tercicir. Hanya menyedari apabila nama aku diumumkan dikhalayak ramai pada sebelah malamnya. Aku jadi terkenal seperti Amy Mastura. Nasib baik aku baru beli kasut Nike. Jadi tak malu sangat jalan depan orang ramai. Ini adalah kali pertama aku pakai kasut Nike dalam hidup aku.


3) Aku dikehendaki berevakuasi setelah 3 hari. Barang aku hampir mencecah 1 tan. Aku pikul sendiri. Naik turun lif dan tangga. Tak ada siapa tolong. Aku cuba berbual dengan pengawal keselamatan kampus mengenai isu pindah randah ini. Malangnya dia mengherdik aku dikhalayak ramai," Engkau merungut lah!! Merungut!!! Lain nanti jadinya! Kau jangan main-main!!!" Aku tidak sangka, ditengah-tengah hutan sebegini manusia berketurunan melayu juga adakalanya hilang kawarasan. Mungkin dia sudah biasa bergaul dengan beruk dan tupai.


4) Aku ditempatkan di kawasan yang amat horror suasananya. Jauh dari pekan. Pokok kering. Rumput panjang. Kilang tinggal. Sunyi. Papan tanda sudah dinaiki tumbuh-tumbuhan menjalar. Bukit-bukit tarah yang ditinggal. Hanya ada dua kedai runcit cekik darah dan satu kedai makan cekik halkum-order hanya akan sampai setelah 3 slot drama televisyen swasta habis. Ini sangat 'binatang'. Jangankan perkhidmatan jalur lebar, cyber cafe adalah mimpi basah yang indah bagi aku ketika ini. Jadi aku tak ada masa nak baca blog engkau semua.


5) Rumah sewa yang disediakan kosong. Tiada langsung perabot. Ini bermakna, kalau tak ada duit dalam akaun aku akan tidur diatas mozek. Mujur ada sedikit duit simpanan dan aku tak buang iklan jual perabot secara pakej. Aku beli tilam, almari dan meja belajar secara pakej dengan harga agak menggerunkan kerandut. Tilam yang aku dapat adalah span basuh pinggan yang disalut kain. Gua panas. Gua maki. Gua panas. Gua maki. Rupanya bilik gua tak disediakan kipas siling. Patut lah panas. Gua naik kereta sapu Gen-2 Abang Rizal untuk ke Pekan membeli kipas hangin. Belakang rumah gua macam ada kuari/kilang simen. Gua tak pasti. Tapi mengeluarkan asap dan bunyi bising. Pencemaran, sial~!


6) Aku duduk dengan Man. Budak Kelantan. Anak dua. Bini kerja cikgu. Budak dah dewasa. Jauh tak jauh sangat beza umur dengan aku. Budak Kelantan memang suka kahwin awal walaupun mendepani saat-saat tragis tak ada kerja. Mereka 'gambel'. Kat bilik dia tak ada tilam, tak ada almari. Lek sudah. Aku duduk bilik lain. Sorang-sorang. Aku tak ada radio, tak ada tv, tak ada komputer riba. Ada telefon bimbit yang mampu bertukar menjadi pemain mp3 dan radio. Balik-balik dengar lagu-lagu Another Side dengan Groundrule. Duduk dalam keadaan begini memang kena betul dengan darkside hardcore ala KL ni. Kalau boring gua dengar Sinar fm. Ucapan Muah Muah membuat gua loya macam pembawakan budak.



7) Gua (dah panas, sebab tu tukar jadi gua pulak) pergi kelas naik bas. Macam haram. Kelas pukul lapan, bas sampai pukul 8.45. Kalau kat KL, gua perah je skuter gua. Tapi gua pikir dua kali nak bawak skuter yang serba boros dengan petrol itu ke sini kerana stesen petrol terletak pada jarak yang agak menyeramkan dengan tempat tinggal gua. Gua hanya harap Bonot Muar (junior di UM) dapat membawa bersama Yamaha Lagenda 11occ nya minggu depan. Gua dengar minyak motor ni jimat. Minyak takdahal. Gua payung. Janji gua ada kawan nak keluar malam karaoke satu lagu singgit dengan pergi bus stand sudah. Gua tak pikir awek di sini mempunyai nafsu berpeleseran dengan gua menaiki skuter gua yang serba warna warni itu. Awek di sini step 'akak-akak'. Boring siak.


8) Gua macam putus harapan lah pulak bila misi kedua gua seakan susah nak direalisasikan. Maksud gua harapan nak mencari awek brand new. Yang cun, yang nampak bijak, yang tinggi lampai, yang bermata galak, yang berbulu mata lentik, yang berkulit mulus. Adalah tunangan orang dan isteri orang. Abis, gua dapat yang sisa-sisa je lah? Ini tak adil. Gua kena atur strategi macam mana nak lepak Bangkok Jazz Jalan Raja Chulan atau Alexis Bistro Jalan Ampang di malam minggu. Pada hemah dan pengalaman gua yang lepas-lepas, awek di situ agak senang diajak berborak.


9) Aku (macam dah cool down sikit bila sampai part yang ni) bukan nak mempersoalkan apa-apa tentang kenegerian. Cuma kadang-kadang ingin tahu. Apakah ada polisi atau kouta tertentu dalam pengambilan pelajar sesetengah negeri ke IPT. Aku cakap begini kerana sepanjang pengalaman tiga kali bertukar-tukar institusi pengajian tinggi aku tengok jumlah pelajar dari negeri Kelantan jauh lebih ramai berbanding dengan negeri lain. Paling rare adalah budak KL, Negeri Sembilan dan Melaka. Apakah budak-budak Kelantan jauh lebih bijak? Apakah budak-budak Kelantan lebih berpesonaliti? Apakah budak Kelantan lebih bagus penguasaannya dalam Bahasa Inggeris dan Matematik? Atau Budak Kelantan memang sedap kalau masak tom yam putih? Itu aku tak pasti. Cuma nak bertanya dan berkongsi pendapat, itu saja. Kalau ada pandangan sila kemukakan.

Tak kan tu pun tak boleh bai? Gua tanya je. Lek ah. Bukan cari pasal bai. Lempang kang. Budak-budak Perak ejek gua jawa ponorogo makan tempe ulam pucuk pegaga kentut berapi senang hati pun gua lek je. Tak ada marah-marah. Gua memang jawa apa. So, lek ah.



10) Blog ini hanya akan ditulis di Batu Pahat sahaja setakat ini. Ini sangat mengharukan. Tiada capaian internet yang baik setakat ini. Malah talian telefon aku juga kurang menarik. Terputus-putus. Adakalanya sms tiba lewat. Maaf kalau aku sukar mendengar suara kamu dihujung talian. Bukan buat-buat tapi real-real punya tak dengar.


Jumpa lagi di lain waktu.

Selasa, 30 Jun 2009

Dari Lubuk Hati Sang Penulis

Ada sesetengah orang yang mempertikaikan status aku sebagai pelajar dalam bidang perguruan kali ini. Ada yang cakap aku guna kabel, mandrem (jampi serapah) dan entah apa benda lagi. Aku faham, aku bukan seorang yang berkualiti dan berkelayakan untuk bidang yang aku pilih ini. Tapi aku redha dengan apa yang telah tertulis. Aku menadah tangan penuh kesyukuran kerana berkat kesabaran (sabar ke? Selalu carut-carut je aku ni) akhirnya aku boleh dikatakan menemui satu jalan yang agak selesa untuk proses peningkatan kematangan diri dan setidak-tidaknya melegakan ahli keluarga aku.


Aku sedar aku seorang yang 'ikut kepala sendiri', keras kepala dan suka memberontak dalam senyum. Tapi seingat aku, aku tak pernah meminta-minta untuk sesuatu kerja atau peluang melalui kabel-kabel politik.


Ibarat ayam bertelur riuh sekampung, kampung aku yang kecil ini akan riuh rendah apabila ada kedengaran orang kampung ini akan menghadiri temuduga. Maka akan ada dua tiga orang yang berhati 'mulia' konon sudi menghulurkan bantuan memudahkan proses temuduga. Seolah-olah menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa.


Sebagai seorang yang malas nak cari pasal, aku iyakan sahaja. Namun apabila keputusan yang diterima mendukacitakan maka orang yang berhati 'mulia' ini akan muncul kembali bertanyakan khabar.


"Keputusan mendukacitakan? Nah, ambil borang ahli PEKEMBAR ni. Memang susah kalau tak jadi ahli PEKEMBAR nak cari kerja."


Terima kasih.



****


Sejak minggu lepas aku nak letak jawatan. Pengetua tak bagi. Habiskan bulan ni. Katanya. Dia tak fikir aku kata apa. Aku kata dem yuh. Aku layankan aja. Aku mintak cuti dia tak layan pulak. Kesannya ada beberapa kelas yang aku tak masuk dan ada pula aksi berdarah bibir di situ. Zas!




Aku hantar surat letak jawatan pada kerani pagi-pagi buta. Serah duit-duit yang aku pegang. Berborak dengan Cikgu Amin yang sama baya dengan bapak aku untuk buat-buat lupa kelas Sivik dan Kenegaraan.




Aku tak beritahu budak-budak kelas yang aku ajar bahawa aku nak chow. Tapi ada dua kelas yang dapat tau. Ada cikgu yang pecah lubang. Paling seronok dalam kelas Tingkatan Dua Bijaksana. Anep tanya kepada aku, "Cikgu, esok bawak kertas lukisan tak?"



Jiwa yang membara untuk terus melakar setelah aku ajar dia cara nak lukis robot itu telah aku bunuh di situ.



"Esok aku tak mengajar lagi, ngok!" <- Ini bukan bahasa yang baik kepada pelajar. Jangan ikut.



Aku tinggalkan kelas itu dalam kebingungan dan mulut terlopong.



Salam empat lima orang rakan guru.


Hidupkan skuter.



Berlalu pergi.



Tiada ucapan terima kasih oleh pihak pentadbiran.



Terima kasih.



*********

Penulisan di blog ini bukan ramai yang baca pun. Aku ingat tak lebih tujuh lapan orang pembaca dalam satu entri. Ini bukan gaya penulisan yang boleh membuat orang ketagihan pun. Tiada unsur seni, jauh sekali nilai moral. Anggap sahaja ini penulisan sampah yang terlepas lalu di mata engkau.



Kepada kawan-kawan, penulisan di sini mungkin berehat seketika kerana si penulis akan berhadapan dengan persekitaran yang baru. Tidak lagi berlenggeng terkangkang di rumah dengan lagu-lagu bising sepanjang zaman.



Aku mungkin berhadapan dengan keadaan peraturan yang ketat, budak skema, budak amno, budak politik, biro tahtahnegarah, pakai baju masuk dalam, sepatu sukan, budak sukan, pengakap, kadet itu ini, berjiwang step nak kahwin, tak boleh balik lewat, tali leher, awek tudung, awek tudung dan awek tudung. Aku tidak banyak pengalaman dalam hal ini sewaktu di kampus UM dahulu. Terlalu bebas menyebabkan jiwa ini sering memberontak dengan peraturan yang remeh temeh. Apatah lagi peraturan yang dikeranakan kepentingan politik. Fak yuh.



Penulis kembali menjadi pelajar untuk satu tempoh yang tidak lama. Jadi, penulis akan riki line dulu tengok mana port baik untuk mencarut di tempat pengajian nanti.



Penulis tak bawak komputer riba ini walaupun dikhabarkan tempat kediaman penulis di kampus ada perkhidmatan jalur lebar. Ini kerana komputer riba penulis sangatlah ol-skool hardcore. Tebal, berat dan skrinnya kecil aja. Malu pulak nak bawak. Dah lah aku tak hensem (tapi comel), tak pandai berbahasa, komputer pun hodoh. Cukup-cukuplah hinaan yang telah penulis terima setakat ini. Janganlah komputer yang berjasa ini menerima tohmahan orang-orang melayu yang bermulut zass! Dia tak salah. Dia tak mintak dilahirkan kedunia dalam keadaan begini. Ini semua telah ditakdirkan Ilahi dia jadi komputer riba yang hodoh. Agak-agak siapalah yang sudi jadi teman hidup komputer riba yang hodoh ini? Hai...nasib, nasib. Okey, ada masa aku taip lagi. Walaupun tak ada yang baca.


*Terima kasih pada yang mendoakan kesejahteraan penulis dan memberikan suntikan semangat. Semoga kalian beroleh keberkatan. Ekstra kredit kepada rakan-rakan yang sentiasa ada di sisi saat jatuh/bangun terutama-Danielle, Tempe, Cimon dan Budak Rumah Sedap Banyak Murah, Bukit Kerinchi (Barang-barang aku, nanti aku clear kan).