I. Inspirasi (1)
Suara gemersik yang diiringi petikan gitar. Asyik. Di hujung pentas sana. Cahaya suram menghangatkan mood malam minggu. Di sebelah kanan, senior di kampus sedang bermesra dengan teman wanita. Sang gadis hanyut dalam pelukan hangat si teruna. Asap rokok berkepul-kepul disekeliling aku. Bau minuman beralkohol menyusup tajam ke dalam rongga hidung. Masam. Tempat begini. Memang itulah penyerinya. Tetapi tidak bagi aku. Tersandar malas di atas sofa lembut. Itu aku. Mata tertumpu pada gerak gemalai sang empunya suara gemersik. Seksi. Sayup di belakang. Tukang pukul. Er...bukan kaki pukul. Maksudnya, si pemain gendang. Lincah.
"Someday, you will be like him," bisik seorang rakan. Dari Johor. Sambil matanya tertumpu pada si pemukul tadi.
"Ah. Aku bukan profesional. Main suka-suka. Orang kampung. Takkan nak main macam tu. Kau gila." Kata aku separa menengking.
"Go get him. Salam dia. Ambik berkat."
"Hahaha. Macam tu ke petua dia?"
Macam biasa. Lepas habis show. Akan ada adegan salam-salam. Puji-puji. Aku? Terjelepak malas di atas sofa. Malu. Segan. Kurang berkeyakinan untuk bergaul dengan mereka yang baru aku jumpa. Walau pun pernah bersua. Barang sekali dua.
Di lain malam. Di warung mamak. Sekitar Petaling Jaya. Aku dengan si junior kampus. Menikmati makan malam yang ala kadar.
"Abang Juna. Kau keras hati sangat," kata si junior. "Sampai bila nak macam ni? Kau tak boleh macam ni bang. Jangan cuba nafikan perasaan. Kadang-kadang kita kena buang ego untuk dapatkan sesuatu yang kita mau. Teruk perasaan kau nanti."
Aku terus menikmati makanan. Sambil tersenyum.
"Apa sangatlah yang ada pada aku. Aku tau sapa aku. Aku tak rasa aku ego. Cuma ini adalah prinsip hidup. Aku tak mau hilang kehormatan. Biarlah berpijak pada bumi yang nyata."
Dia meletakkan sudu nasi lemaknya. "Kalau suka, cakap ajelah. Kalau nak, katakan. Berusaha. Hehehe.. Boleh tahan ke macam ni? Sampai bila?"
Aku senyum sambil menghancurkan butiran nasi menggunakan gigi geraham kanan.
Dan
Hati kecil berbisik,"di kampung sana, ada dua orang tua yang perlu di bela nasibnya."
Ke-tidak-yakin-an?
Suku dari perasaan itu. Entah.
Kecil sangat rasanya kalau nak dibandingkan dengan kamu. Umpama sebutir pasir di kaki. Mungkin. Apa sandarannya?
Aku
Perlu
Inspirasi
Tetapi
Bukan dari kamu. Yang bermegah diri.
II. Inspirasi (2)Anak remaja zaman sekarang bukan macam dulu. Zaman aku. Cukup sukar menggali muzik dan latar patah perkataan di balik irama yang terhidang. Aku cukup terinspirasi apabila ada bait-bait kata dalam lirik lagu yang mampu memberikan satu suntikan dalam diri. Membuatkan aku lebih bermotivasi. Rasa ingin tahu, rasa ingin belajar sentiasa membuak-buak.
Jarang sekali aku dapat menghadirkan diri dalam acara-acara bunyi-bunyian. Maklumlah. Bersekolah. Belajar. Kewangan tidak menentu. Ada tak ada, duduk di rumah dan menulis untuk mendapatkan koleksi kegemaran. Sama ada dalam bentuk bunyian atau bahan bacaan. Setem pun aku kitar semula. Bubuh gam kat atas. Myspace jauh sekali. Paling maju pun, ada email. Bersua muka dengan koresponden, apatah lagi.
Anak-anak remaja sekarang beruntung. Internet dah meluas. Senang. Dengan sekali pelayaran, segala-galanya boleh berubah. Tak hairanlah kalau di acara gig kebelakangan ini dipenuhi anak-anak sekolah atau lepasan sekolah.
Aku tidak pernah memandang sinis kepada mereka. Budak-budak biasalah. Macam-macam la perangai dia. Over pun ye jugak, haha. Dulu kita pun macam tu kan? Aku seronok tengok budak-budak ni. Tak kira la di majlis marhaban atau apa. Tanpa budak-budak majlis itu akan hilang serinya. Bayangkan kalau di satu majlis, hanya ada orang yang sebaya atau dewasa. Pasti membosankan kan?
Bermula dari titik itu lah, aku tidak pernah kisah bergaul dengan anak-anak sekolah, lepasan sekolah atau yang lebih muda dari aku. Ada yang mengatakan aku tak sedar diri. Bercampur gaul dengan budak-budak. Jadi kau mahu aku jadi dewasa? Buang masa terhegeh-hegeh cari isteri? Terhempap-hempap memikirkan hutang? Fikir tentang duit, duit, duit, duit? Masa hilang, badan letih, duit ke mana?
Tanpa mereka yang muda, jadi tiadalah penerus tradisi. Mereka penyeri. Penuh semangat dan sangat bererti. Kalau betul cara dan didikannya, anak-anak ini akan jadi jauh lebih kreatif dari kita. Keupayaan mereka usah kita pertikaikan. Senioriti bukan segala-galanya bagi aku.
Aku bosan. Sekiranya asyik bercampur dengan mereka yang sebaya. Pemikiran jadi tepu. Tak bergerak. Kalau di usia aku. Tak ada benda lain yang nak di cerita. Kerja, gaji, pangkat, eksekutif sana, eksekutif sini, awek, kawin dan kereta. Bosan. Bosan tau? Otak tak berkembang. Kepala jadi pening. Rambut jadi gugur. Dahi berkedut. Jadi tak seronok.
Kehadiran budak-budak menceriakan hidup aku. Mewarna-warnikan hidup aku. Kisah-kisah yang mereka ceritakan kepada aku, kerapkali mampu mengukir senyuman di bibir aku. Gelak tawa bersama umpama penawar kekosongan yang menyapa.
Macam kat blog ni. Ada yang tanya masa "Hari Bertemu Pelanggan" di warung char kue teow Kerinchi tempoh hari(beberapa minggu lepas). "Apsal budak-budak ramai komen kat blog kau?" Tanya salah seorang pelanggan. "Biarlah diorang. Diorang cool." Aku jawab.
Budak-budak semua, biar apa diorang cakap. Korang lepak sini sudah. Dengan aku takde hal punya. Kita boleh sembang punya. Lepak, minum-minum pun takde hal. Jangan ajak aku hisap rokok dan minum tuak sudahlah.
Lagipun, korang macam camouflage bagi aku.
Sebab,
aku akan nampak lebih muda.
Budak-budak sekalian. Aku suka korang. Inspirasi aku.
Kalau ada masa. Ajak aku lepak dengan korang. Boleh? Baru gerek macam ni.
Haha.