Jumaat, 26 September 2008

Kisah Dari Desa : Jiran Bang Juna 2

Aku jadi takut. Entah mengapa dia bersikap sedemikian. Sekitar awal tahun 2004 hingga pertengahan 2008 aku tak pernah sunyi dari surat dan pesanan teks ringkasnya. Kediamannya selang sebuah rumah dari rumah aku.


Sedikit masa dulu, ketika aku pulang dari surau aku sering terkejut. Helaian-helaian tebal terselit-selit di celah-celah motosikal dan skuter aku. Bait-bait rindu, keluh, kesah, tangis dan sayang tak pernah lekang dari tulisan tangan hodohnya itu. Pada mulanya, aku sangsi. Barang siapakah yang menulis warkah cinta sebegini. Lama-kelamaan, aku sudah mula mengesyaki. Bila pandangan matanya agak berbeza bila kami bertentangan mata.


Keadaan jadi semakin merimaskan ketika aku menginjak kaki ke kampus. Ada sahaja pesanan teks ringkas yang panjang berjela dikirimkan. Tak lain tak bukan menyatakan perasaan rindu dan kasihnya kepada aku. Persis orang yang bercinta Namun, percayalah sahabat. Aku tak pernah memaki dan membalasnya. Melainkan ketika telefon genggam aku dirampok tempoh hari. Maka aku terpaksa bertanya milik siapakah setiap pesanan ringkas dan panggilan yang diterima.


Beberapa ketika aku mendiamkan diri. Aku tak mengadu kepad emak. Aku tak mengadu kepada ayah. Aku kira aku boleh menyelesaikan sendiri. Aku pernah menunjukkan kepada Danial isi warkah kirimannya. Aku menjadi semakin tak keruan bila pulang ke kampung. Telefon aku dihujani mesej-mesej rindu dari dia. Betapa girangnya dia bila aku ada di kampung. Aku sering diintai ketika sedang bertelefon dengan teman wanita di halaman rumah. Mungkin cuba-cuba mendengar pebualan aku. Bayangkan, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku menerima mesej terus-terusan dari Batu Pahat sehingga ke Melaka. Gelodak jiwa aku tak dapat ditahan lagi. Tertekan.


Aku mengadu kepada Pak Itam. Bapa saudara aku. Seorang guru. Imam di surau. Berkahwin. Punya sepasang cahaya mata yang petah. Pak Itam hanya tertawa. “Engkau pun kena jugak? Aku fikir aku sorang yang kena!”


Aku mengadu pada Chunk. Adik lelaki aku. Lepasan SPM. Bakal menjadi jururawat. “ Engkau pun kena jugak?! Enn pun kena siak!” Jeritnya lagi. Enn dua pupu aku. Berkahwin. Punya seorang cahaya mata. Wajah persis Pasha vokalis Ungu. “Kau tahu sampai jam telefon Enn sebab mesej si badigol tu.” Jelas Chunk lagi.


Perbuatan Samsol menyebabkan aku takut kalau-kalau pesanan teks ringkasnya dibaca tiba-tiba oleh bakal pacar aku (ceh!). Mana la tau tak sempat padam. Pasti hatinya hancur. Harus bagaimana nanti aku akan menceritakan segalanya. Persepsi sang kekasih pasti berubah.


Aku mengerti. Mungkin keturunan aku ramai yang persis selebriti. Aku sendiri ramai yang mengatakan aku seperti Arash Mohamad. Hai. Entahlah. Namun, percayalah. Hati aku hanya untuk wanita.


Kerana.


Aku memang pencinta wanita (frasa ini hendaklah dibaca dengan sengau dan berlagu. Ah sendiri mau ingatlah lagu apa…).

Isnin, 22 September 2008

Kisah Dari Desa: Jiran Bang Juna 1

Ada sebuah keluarga baru mengisi kekosongan rumah sebelah. Jarak hanya kurang 3 meter dari rumah aku. Mereka sepasang suami isteri serta seorang anak. Kanak-kanak yang dikatakan berumur 9 tahun itu tak bersekolah. Tetapi,dari susuk tubuhnya aku beranggapan dia berumur 11 tahun. Budak ini tempang. Kasihan. Dia tak tau membaca. Tak tau mengira. Tak pernah dengar mengaji. Lagi aku kasihan.


Aku tak tau pekerjaan sang suami. Aku agak kerjanya tak menentu. Kadangkala dia lebih kerap tidur di rumah. Aku dikhabarkan juga dia seorang kaki judi. Dia jarang berkomunikasi dengan keluarga aku. Lagipun dia tak pernah ke surau. Sekalipun tak pernah. Sembahyang Jumaat pun jarang-jarang.


Anak kecilnya itu aku gelarkan Ayie. Anak ini amat aneh. Dia berani menceroboh rumah aku. Dia berani menggeledah rak makanan dan peti ais kami. Tetapi tidak lagi kini. Setelah langkah-langkah pencegahan diambil oleh kedua orang tua aku.


Aku kira anak ini sentiasa kelaparan. Lepas bangun tidur, dia akan mengelilingi rumah aku. Mencari pisang atau apa-apa yang ada untuk ditelan. Kasihan. Pernah juga dia meminta pisang dari aku dan ayah. Malangnya. Hati kami sekeluarga sudah terluka untuk memenuhi permintaannya.


Saban hari dia memusnahkan tanaman orang tua aku. Ubi baru nak bercambah dah tinggal batas. Dedaun hijau yang disiram dan dijaga bertebaran di atas jalan. Putik-putik nenas dihumban ke dalam dalam parit.


Lagi. Apa pula perasaan kamu bila melihat anak seusia 9-11 tahun kencing dari tingkap? Kulit buah duku di baling ke jendela aku? Mengintai kamar aku? Cuba ‘hijack’ basikal nenek aku? Aku rasa orang tua Ayie terlalu sayangkannya. Orang kata, sayang anak tapak, sepak, terajang-terajangkan atau cucuh-cucuhkan api rokok. Tetapi itu semua tak pernah terjadi kepada Ayie.


Hari ini. Tengah hari. Bulan Ramadan. Ayah dengar orang sedang menyukat beras ke dalam periuk. Bunyi dapur gas di petik. Tak jauh dari rumah. Sebelah je. Kami sekeluarga tak hairan.


Sebelum ini pun. Di pagi Ramadan. Remang-remang tengah hari. Hidung kami selalu terhidu bau rokok. Kami sekeluarga tak hairan.


Semalam. Tengah hari. Bulan Ramadan. Dia merayu meminta pisang dari aku dan ayah. Setelah beberapa percubaannya untuk mencuri sesisir pisang mengkal di pondok kereta gagal. Tak diendahkan ayah. Akhirnya. Bungkusan sisa makanan sahur yang siap untuk dibuang di luar rumah hilang.

Burrrp. Ayie kenyang. Tak tau lah mak dan ayahnya kenyang atau tidak.


Ini baru hairan.

Selasa, 16 September 2008

Catatan Di Bulan Ramadan

Suasana di kampung memang nyaman. Udaranya segar. Tak seperti di kota. Pagi-pagi naik motor di KL tak payah pakai jacket pun tak apa. Pengalaman aku sewaktu mula-mula datang ke Kuala Lumpur sudah cukup mengajar aku betapa panasnya udara di Kuala Lumpur biarpun pada dinihari. Kau bayangkan minah-minah rempit boleh pakai tube pukul 3-4 pagi naik motor? Sedangkan aku dengan Iskandar Muar siap menggigil-gigil naik motor pergi Uptown di Damansara. Dah la plat Johor. Ini sangat mengaibkan bagi aku ketika itu. Tapi, tak kisahlah. Minah-minah rempit tu pun asal dari kampung jugak macam aku. Mana taknya, speaking Kelantan lagi. Aku rasa aku ok lagi kot. Boleh sorok kejawaan aku. Cuma slanga aku je kantoi sikit-sikit.


Tetapi, suasana nyaman dan sunyi bukanlah suatu gandingan yang mantap bagi aku. Kesepian yang mencengkam keadaan di sini menyebabkan diri aku meronta-ronta mencari keriuhan. Kawan-kawan di kampung hanya tinggal beberapa kerat. Yang lain semua sibuk bekerja. Yang tinggal ini pun kadang-kadang menyakitkan hati. Balik-balik cerita MLM. Ceh! Ini yang potong stim nih. Semua sembang pakat-pakat nak tarik aku.


Argh…saat-saat begini aku memerlukan seseorang untuk bersembang, berbincang dan bertekak tentang hal-hal politik, ekonomi dan sosial. Tak lupa juga pasal awek.


Antara lain aktiviti di kampung bulan-bulan puasa ni adalah pergi ke surau. Jarak surau dan rumah aku tak jauh. Setapak dua dah sampai. Tapi aku cuak kalau-kalau ada ular melintas di waktu malam. Jadi, aku akan naik motor. Lampu ada terang sikit. Boleh Nampak benda melintas. Tapi apa yang kurang menarik bagi aku adalah kadar jemaah yang tak ramai. Ini sudah tak meriah. Budak muda bukan tak ada sebelah-sebelah ni. Tapi semua tak nak bertarawikh. Penat la kot kerja kan.. Tapi, apalah erti Ramadan tanpa solat tarawikh? Sudah tak feel la kan? Sekali sekala mesti mau buat beb. Peduli apa orang mau kata kita wak-wak ke, abah-abah ke, pakcik-pakcik punya line ke..


Namun begitu, kampung aku adalah kampung tipikal seperti yang engkau lihat di dalam majalah lawak-lawak tempatan(gambaran bagi yang tak pernah jejak kampung atau urban sejati). Budak-budak remaja atau kanak-kanak akan bermain meriam buluh atau tanah bila bulan puasa. Ini yang aku paling menyampah. Memekak. Entah hapa benda faedah main binatang ni pun aku tak tau. Siapa tau, apa faedah main meriam ni?


Aktiviti eksplorasi bazaar Ramadan pun semacam kurang tarikan. Makanan yang sepesen dan kemeningkatan harga sesetengah produk makanan menyebabkan aku hilang semangat nak menerjah bazaar-bazaar yang ada di sekitar Batu Pahat. Murtabak RM 3 di Rengit dan tauhu bakar saiz S berharga RM 2 di Parit Raja bukanlah sesuatu perkembangan yang menarik. Ini menyebabkan aku membara!


Apapun aku harap Ramadan kali ini lebih sedikit pengisiannya berbanding tahun-tahun lepas. Bila sudah habis belajar, sudah tidak bekerja jadi kuranglah sikit maki hamun aku. Mata aku pun tak ada lah asik nak notty-notty je. Kat kampung, awek di bazaar Ramadan tak daring sangat. Kalau engkau pergi Bangsar atau SS14 PJ, aku rasa macam tak puasa je. Mak ai. Rileks-rileks sudah. Aku biasanya buat-buat cool je. Godaan dan cobaan je tu sebenarnya.

Aku belum survey sangat apa yang menjadi kegilaan di gedung-gedung pakaian. Terutamanya pakaian perempuan. Nama kain aneh-aneh. Sedikit masa dulu, ada musim Mawi la, Siti la. Tahun ni tak tau apa. Engkau rasa, ada ke bahan baju nama Aizat?

Isnin, 8 September 2008

Selembar Kasih untuk Kekasih

Percayalah Kasih.
Telah aku ciptakan satu sudut yang paling manis di hujung hati.
Khas untuk diri mu tidak yang lain. Untuk melengkapkan runtunan jiwa yang bergelodak. Ruang yang suci untuk sepasang hati dibelai dan disemai dengan rasa rindu. Benih rindu membibitkan rasa kasih. Lantaran budi jadi junjungan. Keterlanjuran perhatian jadi ukuran. Konsekuensi itu akhirnya menjadi erti seorang manusiawi.


Dan percayalah Kasih.
Aku terlalu gentar memulakan dan goyah pula akan menanti akhirnya.
Sebuah perhubungan.


Kasih.
Aku tak mampu lagi menanggung siksa. Beban rasa jiwa yang menyala. Membakar naluri dan merana. Lalu, ku titipkan kata. Kususunkan ayat. Biar indah bicara. Agar hati mu terbuka. Menerima ku seadanya.



Dan minggu lepas, Kasih.
Telah ku layangkan selembar tinta. Dialun melodi ceria. Lengkap dengan rona. Pasti bercambah ria. Biar hanya sekeping kad raya.


Kini sudah lapan hari, Kasih.
Aku menunggu dan menanti. Setiap hari di penjuru titi.
Mengharap balasan si kekasih hati. Sampai hari ni tak de lagi.
Memang kau nak kena maki.

Rabu, 3 September 2008

Sekadar Fiksyen Tak Mungkin Merosakkan Pahala Puasa Kamu: "Turun, Aku Cakap?!"

Di Kedai Razak. Hari Sabtu. Sebelum Ramadhan.


Aku banting wang syiling 50 sen di atas lantai. Lagi seringgit nak cukup RM1.50 bagi senaskhah sebuah akhbar inggeris. Tertera harga minyak diturunkan di akhbar. Mengikut kadar semasa. Mungkin situasi semasa. Aku Cuma mengagak.


“Kalau anak jantan turunkan harga beras, sayur, lada hijau, tomato dan ayam bersih !!!” Spontan. Suara itu menerjah dari kotak suara aku. Keras. Garau. Ton rendah. Berterabur akhbar di udara. Menjadi khabar-khabar angin. Guruh berdentum. Petir sabung menyabung. Mood musik death metal 90’an California.


Semua orang di warung Mat Botak di sebelah Kedai Razak terkasima. Air tumpah. Kuah roti canai bersepah. Di sana ada yang muntah. Ada pula yang jalan berpapah.


Skuter Suzuki vs 125 dihidupkan. Membelah sejuk 8.15 pagi. Membawa aku pergi. Hingga tercicir demokrasi.


Di Kedai Razak. Hari-hari.


Orang memang malas nak layan aku. Helah nak baca suratkhabar dan majalah free lah tu.Cari modal sembang sambil selak-selak surat khabar dan majalah.