Khamis, 25 Disember 2008

Aksi Kebinatangan 2007 (babak 1)



(klik dan tunggu sebentar-sekadar muzik pengiring)



1)

Kekecewaan dalam beberapa perkara menyebabkan aku sekali lagi menafikan setiap kejayaan bermula dari sebuah impian. Hakikatnya, sebuah impian hanyalah sebuah kesakitan. Usaha dan tawakal belum tentu menjanjikan apa yang diinginkan.

Impian hanyalah babi dalam kehidupan apabila masa depan kita di tangan orang lain.


2)
Menjadi manusia yang tak punya keturunan berpengaruh dan berkepentingan amat menyeksakan. Segala-galanya bergantung kepada nasib. Menjadi yang terbaik dalam satu-satu aspek, belum tentu menjadi individu yang terpilih. Menjadi melayu di sini juga bukanlah tiket kepada mana-mana keistimewaan. Malang sekali, hingga hari ini aku masih tercari-cari apa keistimewaan yang dilaung-laungkan. Apakah keistimewaan itu untuk sesetengah pihak? Mungkin binatang-binatang di night safari ada jawapannya.

Perjuangan yang dilalakkan adakalanya tak ubah seperti komik-komik Hong Kong. Penuh kuasa memukau lantas menguja akan keberadaan kuasa yang mampu menangkis musuh yang nakal. Meletup. Bercakar. Berderai. Terbakar. Apa sahaja dilakukan untuk mempertahankan hak yang sebenarnya retorik belaka.

Aku sekadar menjadikan kaca televisyen sebagai satu wadah gelak ketawa melihat manusia bersongkok hitam berkot dan bertali leher bertegang urat menyembur-nyembur liur menyanyikan lagu-lagu perjuangan ompong kepada rakyat yang masih pekak dan tuli.


3)
Adakalanya aku suka melihat orang-orang yang dikatakan berkepentingan mengambil kesempatan kepada aku. Aku melihat. Aku mengiyakan. Biarpun hati ini terus menghambur kata-kata kesat. Janji tinggal janji. Itu kebiasaanya. Apa sebenar motifnya?

Tidak. Aku tidak akan pernah melutut kepada engkau walau terdesak bagaimana sekalipun.



4)
Semalam sebelum aku ke studio meneruskan latihan ketukan gendang, aku sempat melempar keluar beg yang berisi ijazah dan sijil ke halaman rumah. Perbuatan aku dilihat mak. Lantas dia yang mengutipnya.


Secara simboliknya, mempunyai segulung ijazah bukan penentu kehidupan yang selesa. Tak payah cakap banyak.


5)
Aku bukan sombong. Malah aku amat terbuka berkawan dengan sesiapa dan apa pun prinsip yang engkau pegang. Mak bapak aku tak pernah ajar aku membeza-bezakan orang dengan warna kulit dan agama.

Tetapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini aku perlu menyaring beberapa individu yang aku lihat sukar menerima pendapat orang lain. Suka mengambil kesempatan. Sukar menghormati pegangan orang lain. Mempersenda pegangan orang lain. Memandang sinis pada yang tiada pangkat, harta dan keturunan. Bangga tak kena tempat. Jadi, aku kena bertegas dengan diri aku sendiri.

Mungkin tiada kali kedua untuk mereka yang berbuat silap. Mungkin tersasul pun akan makan penampar. Waspada.


(Beberapa isu semasa yang memualkan akan diperkatakan dalam entri seterusnya.)

Rabu, 24 Disember 2008

Maaf. Emosi kacau bilau.

Maaf. Aku tak dapat membalas semua komen kamu sebelum ini. Emosi kacau bilau. Tak tentu arah. Nasib aku tak berapa baik kebelakangan ini. 98 peratus kemarahan berbanding kegembiraan. Susah nak senyum sekarang ni. Jadi, ini lagu untuk engkau, aku dan sesiapa yang pissed off. Naratu-Pukimak.





Sialan
Gumpalan darah menjadi busuk
Menjadi hasutan syaitan
Sanggup kau menipu aku
Itu satu langkah busuk

Pukimak kau babi anjing
Berani kau menipu aku
Pukimak kau babi anjing
Sampah
Pukimak

Sialan
Sehelai daun terbakar hempas
Termusnah angin malam
Sanggup kau menipu aku
Itu satu langkah busuk
Pukimak kau babi anjing
Berani kau menipu aku
Pukimak kau babi anjing
Sampah
Pukimak!!!

Selasa, 16 Disember 2008

Aku dah tak geng dengan Kirk Hammet Metalika lagi.

Aku jarang sangat berada di depan monitor komputer. Maklumlah, terlalu banyak urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Ulang-alik dari Malaysia ke New Jersey bukanlah sesuatu yang asing bagi aku. Sebab itu aku tak ada jambang. Susah nak masuk Amerika. Nanti orang sana syak aku teroris. Tak pasal-pasal kena baling dengan kasut. Lagipun bukan hensem pun ada jambang ni. Serabai. Nampak tua. Kalau seorang perokok yang berjambang, dalam usia 23 tahun pun orang boleh menganggapnya 45 tahun.

Urusan hartanah keluarga aku di negara pakcik Sam nampaknya hampir selesai. Ini semua titik peluh sendiri. Apa, ingat pak menteri je boleh ada tanah kat luar negara? Kalau dikira-kira luas tanah yang keluarga aku miliki aku ingat penggal depan aku dah boleh dilantik menjadi menteri luar bandar dan wilayah. Lembu, kambing mahupun kibash semua diternak sendiri oleh keluarga di Texas. Ingat aku main-main ke? *buat muka serius macam Shahrudin Thambi sambil menggosok permata di cincin*


Sewaktu aku sibuk mencari ikan bilis untuk dibuat sambal tumis atas arahan mak di sebuah kedai runcit di pekan New Jersey minggu lalu, aku terperasan seorang personil metal. Tak lain tak bukan Kirt Hammet gitaris Metallica. Apahal dia kat sini? Bukan kampung dia kat California ke? Oh, baru aku tau sekarang California tengah dilanda salji tebal. Patut lah dia lepak sini. Orangnya tenang. Seperti sekarang. Dia sedang relaks-relaks sambil hirup kopi. Di tangannya ada senaskhah akhbar Harakah.


"La... Pak Met. Awat datang sini tak habaq? Tak tour sama Pak Pit (vokalis garang) dengan kawan-kawan ka?" Aku debik bahu dia. Kirk Hammet tersedak! Terkeluar serdak kuih keria dari bibir merahnya itu.

"La hang Juna. Macam aram hang ni?!! Terkejut aku. Meh duduk kat Pak Met."

"Takpa la Pak Met. Aku nak pi cari ikan bilis nih. Awat gitaris lepak kat kedai buruk kot? Kurang-kurang lepak la kat Vegas. Marka ramai, makan mahai. Mana gitaq?"

"Gitaq pok hang! Mana ada orang Kodiang sebut gitaq! Kapla jingga hang nih!"

"Dah tu air jadi ayaq? Awat gitar tak bulih jadi gitaq kot?"

BRRRR...Kirt Hammet sembur kopi ke atas lantai. Lantas memanggil mamak Britain mengira bil sarapan paginya itu. Sejak hari itu sms aku kepadanya tak pernah berbalas lagi. Aku tak kisah lah. Bak kata lagu kugiran Portia, "sms my S!"

Khamis, 11 Disember 2008

Setelah Kian Lama Tak Jumpa

Lama jugak aku tak berblog. Bukan apa sangat pun. Bukan ada orang baca sangat pun. Bagi yang nak dapat modal mengutuk dan mengeji aku di meja makan memang suka blog aku. Biasalah tu. Ini belum glamour lagi. Kalau dah glamour, silap-silap kat pagar rumah aku ada orang hantar pakaian dalam perempuan la, gambar perempuan seksi la, nombor telefon terselit celah wiper kereta la. Hmm..orang, orang. Apa nak jadi agaknya. Macam Ofa. Dia ugut aku. Kalau tak jawab tag dia, dia akan cuba menjodohkan aku dengan kenalannya iaitu seorang model remaja di KL. Gila ke? Aku mana ada kerja nak tanggung model makan. Dah la cerewet. Makan memilih. Untuk mengelakkan syak wasangka kawan-kawan serumah bahawa aku seorang yang suka memilih teman wanita dikalangan mereka yang jelita sahaja, aku cuba menjawab juga tag Ofa ini.



1.Anda rasa anda hot?

Mau tak hot. Selagi tak dapat kerja yang cocok jangan harap aku nak berlagak cool. Tapi kalau kau rasa aku cool nasib la. Selalunya aku hot lah. Macam hot plate mee jugak. Lebih-lebih lagi bila ekonomi negara bergerak perlahan, aku merasakan lepasan-lepasan universiti bagi jurusan sains sosial haruslah terus dilupakan. Malah adalah lebih elok sekiranya nisbah pelajar sains dan sastera diubah, seperti 90 peratus sains dan 10 peratus sastera/sains sosial. Kita perlu mementingkan bagaimanakah cara kita untuk mempertahankan atau mencari sumber ekonomi dan kewangan berbanding hal-hal lain. Bagi aku, perkara-perkara seperti impak sosial dan alam sekitar harus terus dilupuskan dari kepala hotak mereka yang berkenaan kerana apa yang penting adalah kewangan dan ekonomi. Apabila timbul bencana alam contohnya, kita peduli apa? Bukan kita yang kena. Siapa suruh tak masuk insurans? Harus kita semat dalam hati bahawa hidup adalah duit duit duit duit. Setiap sumber harus dieksplotasi sehabis-habisnya. Peduli lah generasi akan datang. Pandai-pandai diorang lah.

Bila tak dapat duit perlulah kita menggunakan apa cara sekalipun termasuklah menikam belakang, sogok atau apa-apa sajalah. Ini zaman duit beb. Wang hantaran sekarang pun tak ada main bawah sepuluh ribu ringgit. Macam maruah anak-anak gadis kita lah. Semakin tinggi dan bernilai. Sendiri mau ingat ye ibu-ibu dan ayah-ayah.



2. Upload gambar kegemaran anda.



3.Kenapa anda suka gambar ini?
Kerana ada tiga karektor boleh dijelaskan di dalam gambar yang dirakamkan di hentian rehat Tapah ini. Wajah tawadduk, wajah malu-malu tak bertempat dan wajah tenang tiada masalah mahupun tekanan. Menurut Amirul si tukang gambar, gambar ini seolah-olah mengimbau zaman emorock 90'an. "Peh, Texas abis lah korang ni." Tak boleh blah.


4.Bila kali terakhir kamu makan pizza?
Syial....awal tahun 2008. Mustapha Kamal (budak rumah) belanja. Nak keluar duit sendiri beli pizza? Jangan harap.


5.Lagu terakhir yang kamu dengar?
Dari Crystal Castle bertajuk Crimewave. Entah kenapa aku dengar muzik elektro/rave/dance mengarut-ngarut sekarang pun aku tak tau. Lagu ini paling dibenci Pijan (budak rumah) kerana suara si vokalis yang comel itu porak peranda.


6.Apa yang anda sedang buat sekarang ini selain menyelesaikan tag ini?
Mak aku suruh bukak laman web hapabenda tah. Apa yang pasti, ia adalah web Kementerian Pengajian Tinggi.


7.Selain nama kamu sendiri,apakah lagi nama yang kamu suka orang panggil kamu?
Along - family, sepupu sepapat dan adik-adik karaoke kat Times Square
Rajuna - Kawan-kawan Myspace, kawan-kawan lepak di sekitar KL dan Bukit Antarabangsa (nak jugak.............).


8.Tag Lagi Lima Orang.
Mazlina
Syore
Yoshz
Rambo
Apek


9.Siapa Orang Nombor Satu?
Entah. Aku tak kenal dia sangat sebenarnya. Tapi bila kat YM selalu jugak aku mengadu domba dengan dia. Seronok berbual dengan dia ni. Lurus. Hahaha. Baru lepas lepak minum dan makan-makan dengan dia di Bangsar South minggu lepas.


10.Orang Nombor Tiga Ada Hubungan Dengan Sesiapa?
Yosh pernah ada hubungan dengan Hajimie. Yosh pernah datang bilik aku nak pinjam vcd metal hardcore fest aku sewaktu dia lepak di bilik Hajimie. Aku rasa dia tak ada hubungan mesra lebih sebagai kawan kot dengan Hajimie ni.


11.Kata Sesuatu Berkenaan Orang Nombor Lima.
Kita lepak Parit Raja la Pek. Bundle 501 ada sale tu!!


12.Bagaimana Pula Dengan Orang Nombor Empat?
Dia ni superstar hardcore Batu Pahat. Adik-adik macam aku ni, tengok je lah.


13.Siapakah Orang Nombor Dua?
Syore tinggal sama blok dengan aku. Dia aneh. Sebab dia ada bela nyamuk yang sangat bermasalah. Kadang-kadang bila nyamuk dia ada masalah aku lah yang kena ketuk. Nama nyamuk dia adalah Moskito. Nyamuk ini sangat teruk dan suka merajuk. Tukar baru lah weh!

Ahad, 30 November 2008

Kisah sehari di Ipoh dan sedikit huraian dari kesimpulan rutin harian




Macam aku cakap. Selagi engkau kawan aku, selagi itu kalau ada kesempatan aku akan cari engkau yang cuba melarikan diri. Macam Hidayat. Yang tiba-tiba hilang dari Kuala Lumpur. Jangan ingat aku tak akan sampai Ipoh. Walaupun dalam keadaan tiada punca sara diri yang stabil, itu semua tak jadi halangan.


Perjalanan ke Ipoh tidak terasa lama bila dihiasi gelak tawa teman-teman. Kadangkala, hujan menyerikan lagi perjalanan selama 3 jam itu. Ini adalah kali pertama aku ke Ipoh menyaksikan beberapa aksi kugiran dari Kuala Lumpur, Kajang dan sekitar Perak.


Layanan mesra dari rakan-rakan di Ipoh memang aku tak akan lupakan. Tetapi apa yang lebih tak dapat aku lupakan adalah bilangan golongan 'manusia dua alam pencari rezeki haram' yang ramai di Ipoh dapat dilihat semasa perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Pusing sana ada. Pusing sini ada. Paling aku tak tahan apabila ada seorang dari mereka dengan muka tak bersalah menyelak skirt mereka lalu ditunjukkan isinya kepada rombongan kami. Lu gila apa kalau gua tak terlopong?! Ini aksi ekstrim, ok? Tetapi sekadar melihat, tak salah kan? Melainkan seorang brader cina dari ahli rombongan Kuala Lumpur yang selamba sekadar bertanya. RM50 sekali cas, beb. Ha ha ha.


Namun, sayang sekali. Kamera DSLR Amirul habis bateri. Ini semua gara-gara Farhan. yang suka snap gambar bukan-bukan. Ini menyebabkan aku sangat marah-marah manis. Macam mana aku update gambar kat Myspace nanti? Oh, dem. Nggrr..


Sesekali berkumpul dengan rakan-rakan memang banyak yang disembangkan. Bukan hanya isu muzik atau etika. Malah melewati kisah-kisah kehidupan. Berada dalam lingkungan set sosial yang mempunyai corak pemikiran yang hampir sama, sememangnya memberikan semacam inspirasi dalam kehidupan aku. Kalau boleh, aku ingin terus begini. Bersama terus rakan-rakan. Tapi, harus kita sedari. Kita punya tanggungjawab untuk diselesaikan. Terutama terhadap individu-individu yang telah lama menanggung, mengasuh, menyokong dan berjasa kepada diri kita. Aku tahu, ramai berpendapat pada usia sebegini aku tak harus melakukan rutin kehidupan remaja aku.


Ramai yang juga berpendapat. Di usia sebegini aku sudah harus mempunyai karier yang bagus, mempunyai kereta nasional atau sudah berkira-kira untuk berumah tangga seperti mana rakan-rakan aku di kampung. Mulut tempayan boleh ditutup, tapi adakah mulut manusia boleh disepak? Tentu tidak. Tak faham-faham? Aku belum ada rezeki lah bodoh! Aku dah malas nak jadi kuli-kuli batak handalan ni, celaka. Fak!


Bulan depan ada budak kelas aku kahwin lagi. Aku nak menyorok. Jangan cakap siapa-siapa aku kat kampung pulak, tau? Aku malas pergi kenduri kahwin. Nanti kawan-kawan aku paksa aku pergi kenduri. Aku segan. Sebab aku kuat makan. Itu je sebabnya. Percaya lah, pleaaaasee?


(p/s: Terima kasih kepada mereka yang sudi menghabiskan masa, melayan karenah, menjawab soalan dan mendengar masalah aku Sabtu lepas. Terima kasih)

Jumaat, 28 November 2008

Kita Adalah Abang-Abang Darah(terjemahan terus dari Bahasa Inggeris)

Seorang senior aku. Pernah menyatakan bahawa. Ada segelintir individu di sekeliling yang sentiasa memandang rendah terhadap diri kita sekiranya kita tak mempunyai 'sesuatu' dan menjadi 'seseorang'. Betapa peritnya aku lihat dia menterjemahkan rasa tersisihnya itu. Are we need to be somebody to be accepted? Tak perlu. Kita buat apa sahaja yang dirasakan perlu. Itu sudah memadai. Untuk diterima, seharusnya ada keikhlasan. Keikhlasan itu pula harus datang terus dari hati.


Buruk. Hodoh. Miskin. Melarat. Kaya. Makan Mekdonel hari-hari. Pakai baju Cheetah. Apa sekalipun. Selagi engkau kawan aku. Selagi aku pernah berhutang budi dengan engkau. Nama engkau tak akan aku padam dalam senarai telefon genggam aku. Aku akan mencari engkau sejauh mana pun engkau lari. Usah ada rasa rendah diri dan malu kalaupun engkau merasakan aku lebih baik dari engkau. Percayalah. Itu semua mengarut.


Kita semua sama sahaja.


Ah, syial. Apa benda aku mengarut ni setan?!

Khamis, 27 November 2008

Lemas Dalam Bayangan Cinta Semalam

Bulan lalu. Di Kuala Lumpur. Limpahan cahaya lampu pentas yang menyambar wajah aku membuatkan titik peluh mula kelihatan di dahi, bawah hidung dan leher. Aku jadi lemas. Jantung bergerak laju. Begitu banyak persoalan bermain di kepala ketika ini. Aku seperti kehilangan tumpuan.


Aku terus memutar-mutarkan punat-punat di perkakasan gitar. Tak dapat. Putar lagi. Tak dapat. Putar lagi. Masih tak dapat. Putar. Petik. Putar. Petik. Putar dan petik. Ya, akhirnya. Inilah bunyian yang aku cari. Sesuatu yang pastinya menjadi identiti kugiran ini sejak 4 tahun lalu.


Aku tunjuk isyarat ibu jari kepada yang lain. Semua mengangguk. Semua berpaling kepada sang pemukul gendang pada petang itu. Untuk memulakan langkah. Hadirin terus menanti dengan penuh setia. Ada yang sekadar berpeluk tubuh. Ada yang kaki sebelahnya telah berpijak di atas pentas yang setengah meter itu. Ada pula yang sudah siap sedia dengan kamera DSLR masing-masing.


Aku faham. Penampilan kami memang ditunggu-tunggu. Memandangkan kami adalah kugiran yang paling sibuk. Jadi, penampilan kali ini amat istimewa. Karim menuntut di universiti tempatan. Osman bertugas sebagai eksekutif di sebuah syarikat kewangan. Ismail jurugambar sebuah organisasi antarabangsa. Habib pula sentiasa bertanggungjawab memastikan perusahaan makanan sejuk beku keluarganya berjalan lancar. Aku? Sedang sibuk membuat persiapan untuk pengajian sarjana aku di salah sebuah pusat pengajian di Indonesia bulan hadapan.


Ismail cuba menerangkan apa yang cuba disampaikan dalam lagu pertama kami. Tidak mahu sekadar menjadi kosong tak berisi. Ada sesuatu untuk dikongsi. Politikal, itu sudah pasti. Sebaik sahaja kiraan 1, 2 dan 3 tamat. Alunan mula bergema. Padat. Bergema. Pantas. Garang. Menggila. Baru beberapa saat muzik dialunkan, aksi para hadirin menjadi liar. Ada yang menganggukkan kepala. Ada yang menjulang penumbuk. Ada yang berterbangan melambung-lambung ke kiri dan kanan. Ada pula yang cuba merebut mikrofon Habib. Cahaya dari kamera tak berhenti-henti berkelip. Kadang-kadang mengganggu perhatian aku. Silau. Hura-hara. Tapi, alah bisa tegal biasa. Adat persembahan muzik begini memang mengundang amarah tak bertepi.


Ismail kelihatan bersungguh-sungguh meluahkan isi hatinya. Tiada satu butir perkataan yang dilaungkan dapat difahami. Garau. Diselang selikan dengan jeritan halus dari aku yang pada masa yang sama sibuk menumpukan perhatian terhadap permainan gitar aku. Begitu juga dengan yang lain. Kosentrasi. Harus tinggi untuk muzik sebegini.


Untuk persembahan seperti ini. Tenaga harus dikerah sepenuhnya. Jika tidak, muzik jadi kosong tak berjiwa. Penghayatan harus seiring dengan apa yang cuba disampaikan. Untuk itu, aku sekadar menghayun gitar aku ke atas dan ke bawah mengikut rentak. Apa yang pasti, aku tak pernah lekang dari turut mengibas rambut separas bahu aku ke hadapan dan kebelakang. Terhangguk-hangguk. Asyik.


Dalam kehanyutan irama. Aku rasa ada sesuatu yang tak kena dengan telinga aku. Bagai ditarik-tarik. Aku pandang ke kotak muzik yang mengeluarkan irama gitar aku. Semua ok. Tapi, ah…telinga aku bagaikan ada sesuatu yang..


“Dah, bangun subuh…dari tadi engkau duduk bersila je? Tak bangun-bangun? Terhangguk-hangguk. Nak berapa kali mak kejut? Apa nak jadi kau ni? Dah tua-tua pun sembahyang subuh pun nak kena orang gerak? Pemalas. Macam gini ada hati nak jadi calon suami mithali? Jangan harap!”



“Sakit lah mak. Boleh kejut orang elok-elok tak? Jangan tarik telinga orang boleh? Sakit tau tak?”



Ketika itu, hati aku mula berbunga. Tersenyum walaupun dipiat telinga oleh mak aku. Syok jugak jadi gitaris ni, ramai orang tangkap gambar. Kan? Lepas tu mesti aku dapat tawaran jadi model iklan. Lepas tu pulak mesti aku dapat tawaran berlakon drama. Lepas tu dapat main filem. Lepas tu dapat berkenalan dengan model-model hot. Lepas tu boleh lepak sama-sama. Lepas tu timbul gosip. Lepas tu pulak dapat bergambar dalam kolam renang kat majalah Mempelam. Lepas tu.. Eh, kejap.



Aku

tak

tahu

main

gitar

douh....

l. o. s. e. r/hakikat

Selasa, 25 November 2008

I Suka Gurau, You (dis is pang rok)

Pang!

"Aduh. Apa you ni?" dia kehairanan. Aku geram dengan pipi gebunya. Sungguh. Apa salahnya aku sentuh sedikit?

"I gurau."

"Oh.. I ingat kenapa tadi."

Macam tu la hidup masa berpasangan. Kena lempang pun tak apa. Semua-semua best. Hingga satu hari aku nampak dia berbonceng dengan kawan aku.

Pang!

Pang!

Pang!

"You gurau kan?" air mata dia meleleh.

Jumaat, 21 November 2008

Pam Juna, Pam Sampai Mampat!

Lin tersengih-sengih. Tersenyum simpul. Kalau diibarat senyum itu seperti mee siam murah, pasti susah nak ditelan. Terlalu keras dan seolah berpintal-pintal di tekak. Seperti senyumannya juga yang tak lekang dari wajah licin itu. Sukar untuk aku hadam ke dalam jiwa. Macam tak ikhlas bentuknya. Namun dia tetap tenang. Memandang wajah aku. Seperti menatap poster artis lelaki yang merangsang nafsu wanitanya. Bila sampai bab begini. Biasanya perempuan yang tak tentu arah. Ini sudah terbalik. Aku yang tak tentu hala. Menggelabah. Gelojoh. Mahu cepat habis cerita. Berpeluh-peluh. Jantung berdenyut laju.



Aku henjut. Aku pam. Aku henjut. Aku pam. Huff. Huff. Huff.



Terkangkang-kangkang dibuatnya. Nafas sudah tak tentu arah. Tapi aku yakin dan pasti. Aku tidak pernah dijangkiti asma sepanjang hidup aku. Lin masih tenang. Masih tersenyum melihat telatah aku. Mungkin aku terlalu buas di matanya.



Ya. Memang sudah lama aku tak begini. Satu sudut kehidupan yang telah lama aku tinggalkan. Kini aku kembali melakukannya bila di kampung. Setelah bertahun-aku tenggelam dalam ghairah arus kemodenan kapitalisme kota raya. Tapi aku mulai sedar. Ilmu bukan untuk kekayaan. Cih!



Aku sudah tak peduli. Aku rasa Lin sudah terpaut hati pada aku. Kalau tidak, masakan dia serahkan semua ini kepada aku. Ah, ini mungkin sekadar cetusan naluri lelaki aku. Mungkin juga Lin sekadar ingin menduga iman aku. Aku akui. Sukar mata aku untuk menolak untuk melirik sekujur tubuh yang seksi itu. Auw. Auw. Ih.. Ih..Ih..Akukah makhluk Tuhan….ah, aku sudah mengarut! Menyanyi lah pulak. Ini dah bahaya. Tumpukan perhatian Juna…!



Aku henjut. Aku pam. Aku henjut. Aku pam. Semua untuk Lin. Segalanya! Tapi sayang, engkau sudah bertunang. Arghhh..Ini sebenarnya adalah suatu bentuk tekanan kepada diri aku untuk meneruskan niat aku yang entahkan baik entahkan buruk ini. Aku keliru.



Nah. Saatnya telah tiba.Aku letih. Sudah tak tertahan lagi. Aku harus melepaskan bebanan ini. Aku rasa ia sudah dikemuncaknya. Cukup untuk kali ini. Wajah Lin seakan bertambah ceria. Cis. Dasar perempuan. Aku tamatkan di sini. Aku berjanji tak akan buat lagi. Taubat. Stamina sudah kurang. Mungkin aku sudah tua. Lalu, aku titipkan kata kepada Lin.



“Okeh siap Mem. Dah keras dah tayar tu. Lin, bila nak keluar tu pastikan tayar mempunyai tekanan angin yang mencukupi. Pastikan juga bunga tayar dalam keadaan yang baik. Ukur dulu dengan wang syiling dua puluh sen ya? Taklah bocor nanti. Nasib baik pancit depan rumah aku. Tengok, sekarang siapa jadi mangsa? Aku jugak. Tak tolong pam tayar basikal engkau karang, mak aku bising pulak. Sekarang aku dah letih mengepam tayar basikal kau. Belikan aku ais krim kacang merah bila sampai di baruh nanti ya?” aku memberikan nasihat ala-ala pakar tayar sambil mengelap peluh jantan di dahi yang kemerah-merah jambuan ini.



“Ok, bos!” Lin terus berlalu mengayuh basikal mendaki bukitnya lengkap dengan pakaian sukan meninggalkan aku di beranda rumah termengah-mengah. Peh, baik punya view dari belakang keh keh keh. Aku kemaskan pam tayar manual itu dan simpan di bawah katil. Kalau lah aku mampu membeli sebuah mesin pam tayar macam di kedai motor tu suatu hari nanti…….

Khamis, 20 November 2008

Rumah Terbakar Nampak Asap, Hati Sejuk Nampak Salju

Minggu lalu aku bermalam di rumah rakan lama aku. Rakan yang pernah duduk di sebelah aku sewaktu tingkatan 6 atas. Rakan yang pernah mengherdik bekas teman wanita aku. Rakan yang dulunya tak mahu jadi skuad Tok Misai dan akhirnya dia kini menjadi Tok Misai di ibu kota.


Dulu aku pernah cuba menjauhinya. Kerana semacam ada perasaan curiga kepada dia. Sikapnya seakan berubah suatu ketika mula-mula menjawat jawatan Tok Misai. Aku naik seram. Mana lah tau dia syak aku bukan-bukan. Syak aku ada hubungan dengan Pol Pot ke, Ali Ghufron ke. Tak ke naya namanya tu?


Tapi dia masih macam dulu. Masih ceria. Biarpun banyak sangat kisah luka dia dan teman-teman wanitanya. Yang mana ada diantaranya juga pernah ada dalam list ganggu-gugat aku sewaktu ketika dulu. Aku lihat dia semakin matang dalam membuat keputusan. Bukan macam dulu. Duit biasiswa, dibuatnya membeli radio mini hi-fi. Akhir semesta, duit tinggal seposen. Nasib baik aku ada tinggalkan sikit duit. Aku buat beli tali pinggang besi. Peduli lah mak aku membebel. STPM dah habis. Time ni lah tunjuk belang abang-abang. Baru nampak emo hardcore kental (musim time tu, ceh!) sangkut kunci banyak-banyak kat celah tempat tali pinggang. Tali pinggang tu masih pakai sampai hari ni. Kadang-kadang malu jugak. Mat rempit pun dah pakai sekarang ni. Cis!


Aku ditinggalkan beberapa jam di rumahnya. Dia keluar menjalankan tanggungjawab. Tahu sajalah Tok Misai. Kerja ada shift. Aku menghabiskan masa dengan membaca buku-buku yang aku bawa dari rumah. Keesokan harinya aku ada sesi temuduga dengan sebuah pusat pengajian di Ibu Kota. Mata semakin kelam. Aku sudah muak membaca bahan-bahan ilmiah. Aku mula mengais-ngais zine-zine yang aku baru beli di Rice Cooker. Tak lama kemudian. Dia balik. Dia menyelak langsir bilik. Lihat aku terbaring sambil membaca zine. Aku jeling-jeling jugak dia. Mana tau dia bawak pistol. Boleh jugak aku try-try acu kat cicak. Cuak tak cuak cicak-cicak tu kan? Keh keh keh.


"Kau tak berubah lagi? Masih baca zine?" dia terus membuka uniform kerjanya. Berkata tanpa memandang aku.


"Tak jugak. Cuma aku mesti baca apa-apa sebelum aku tidur. Apa-apalah yang tercapai depan mata. Tenang sikit bila nak tidur nanti," jelas aku.


Dia menyelongkar almarinya, "nah, ambillah..."


Sekeping CD ceramah motivasi keagamaan, "Mencari Ketenangan".


Yay~!

Selasa, 18 November 2008

Bajet Infotainment Presint 7 Sentral Desa Wawasan

Berada di dalam negara kebajikan seperti yang aku pijak sekarang ni, menyebabkan aku rasa berhangtuah. Aku suka memandu kereta tanpa hala tujuan seorang diri. Maklumlah, bila memandu di malam hari hingga awal pagi lalu melewati tol, dapat diskaun seposen. Bapak ah. Sewaktu mendapat berita itu terus sujud ke hadrat Ilahi. Ya Allah, aku bersyukur. Walaubagaimana pun, aku jarang memandu kereta biarpun dipelawa ajak-ajak ayam oleh bapak aku yang mengesyaki aku ada hubungan istimewa dengan Lin.


"Alah, kalau nak ke bando bawak je lah."


Aku malas nak layan sangat.


Biasanya aku akan naik bas. Sebab naik bas bolehlah dikatakan antara 'haiwan' yang paling tak banyak karenah. Ada pemanas udara, pemandu yang suka mencaci penumpang, jadual waktu perjalanan anjal dan macam-macam jenis lagi keistimewaan yang tak terdapat pada kapalterbang. Lagipun bila naik bas boleh sembang-sembang dengan orang yang baru kita kenal. Kenaikan cas tambahan yang dikenakan tak langsung menghalang hobi aku untuk terus menggunakan bas sebagai alat riadah aku. Diorang kata sekejap je. Lepas tu turun balik. Alah, kalau tak turun pun bukan apa sangat pun. Sebab aku tak ada dengar nak turun pun. Rakyat kita ni bagus. Lama-lama nanti bila dah boleh sesuaikan diri dia senyap lah. Aku ni bukan apa. Aku sentiasa menyokong seruan dan langkah yang diambil oleh pihak yang berkenaan. Bak kata pepatah, alang-alang bermain bola sepak, terajang terus kepala bapak kau lah. Ha, macam mana tu? Entah dek, akak pun tak tau la lahanat.


Tetapi bila di kampung aku suka naik basikal. Basikal nenek aku atau basikal Nurul akan jadi mangsa. Aku tak boleh duduk diam bila waktu pagi di kampung. Aku suka bersenam sambil cari surat khabar. Apa lagi kalau tak Hutusan Melaya-ak-aw. Ini punya akhbar memang best dan terbaik. Memang betul-betul satu wadah perjuangan lah.


Muka surat satu-perjuangan bangsa. Muka surat dua-perjuangan bangsa. Muka surat tiga-orang yang tak sama pendapat dengan pemimpin adalah bodoh. Muka surat empat-bangsa lain macam jahat je? Muka surat enam ribu empat belas ratus-politik politik politik politik politik. Oklah tu. Iklan kerja tak payah ada sangat. Tak penting. Yang penting perjuangan bangsa la sangat ini perlu diteruskan hingga tegang urat merih. Budak-budak ni tau la dia usaha sendiri. Internet kan ada. Yang duduk kampung tak ada internet, nasib la. Siapa suruh bapak kau tak belajar betul-betul? Apa orang susah? Sia-sia pak-pak songkok hitam susun strategi untuk you all, bertahun-tahun tau supaya you all maju. Look, apa dah jadi? You jangan cakap hidup susah. Sekarang semua orang-orang kita sudah senang. You je lambat. Slow. Macam siput londang! Bangaaaaaaaaaaaaaaaaaang!!! HO HO HO meri kismes. Ni, harga sawit dah turun. Ha..macam mana tu? Hayoh tak tau mak balik bawak kayu tersepak bontot lembu! Makan rumput la oi.. Oi.. Dengar tak? Siapa suruh beranak banyak-banyak? Tak tau guna alat pencegah kehamilan? Ha? Ha? Ngrr!


Lepas cari sarapan dan belek-belek akhbar kegemaran biasanya aku terus balik melewati makcik-makcik yang sedang sapu sampah dan borak secara jemaah. Melalui gerak tutur mulut mereka seolah mereka mengatakan,


"Muka hensem tapi naik basikal? Jangan harap aku nak bagi anak dara aku senyum dengan budak Juna ni bila dia lalu depan rumah aku. Hapebenda entah dia buat kat unibesti. Kerja pun tak ada. Apa nak jadi entah."


"Makcik, tau ke mana nak cari borang untuk jadi ahli pemuda parti politik Dot Det Dut tu?"- Kalau begini caranya, aku harus menceburkan diri dalam politik berhaluan kanan demi kemadirian diri, keluarga masyarakat, bangsa. Oh, ye ye. Agama sekali. Apa pakcik cakap dan buat akan saya ikut je hi hi hi hi hiburan minggu ini!

Melodi sokongan untuk entri ini ;
XbravefuckingheartX - sehat untuk semua umur

Isnin, 17 November 2008

Boleh aku letak tajuk kali ini ' Hunting For Bitches' ?


Macam anak-anak muda lain. Hari minggu paling ditunggu. Bukan siang hari minggu. Tetapi malam. Sibuk berparti. Sibuk berseronok. Tapi untuk orang macam aku. Kita kena seronok hari-hari. Kalau boleh sampai muntah. Rebah. Esok. Bangun pagi. Dah segar. Seperti minggu lepas. Aku juga berparti. Tetapi bukan di hari minggu. Bila mahu berseronok. Sepatutnya tiada batas. Langgar.


Cimon.

Sekarang aku cerita kat engkau. Apa aku buat malam minggu lepas. Ya. Seperti hint yang aku bagitahu engkau. Ia berkait dengan perempuan dan Damansara. Kau kena sedar realiti di Kuala Lumpur. Kadang-kadang kau tak perlu duit dan rupa yang terlalu maskulin untuk memikat gadis hedonis berskirt mini dan spaghetti strap. Raut wajah neo-remaja macam aku pun dah okey. Kau hanya perlu ada 70 peratus gaya dan 400 peratus keyakinan melampau. Aku tak tau apa yang menyebabkan aku terlampau berani minggu lepas.


Sebelum mengheret tubuh genit itu ke kawasan yang lebih privasi. Sebelum dihiasi muzik elektro. Sebelum berpinar dengan lampu-lampu kelap-kelip menyilaukan. Dan sebelum aku dan dia yang dalam kenikmatan gelap. Atau sebelum hanyut dalam intoksikasi.


Aku mulakannya dengan senyuman. Sapaan. Mungkin sentuhan kecil seperti bersalaman. Itu semua biasa aku lakukan di kawasan awam. Ini dilanjutkan dengan perbualan-perbualan common. Seperti dah makan? Dah minum? Sekarang pukul berapa? Kerja ke? Awak nak gi mane nie? Sorang je ke? Boipren mane? Dan aku cakap kau. Ini adalah ayat ukuran keterampilan engkau pada malam itu. Ayat itu adalah seperti berikut;


"Awak, bley mintak nombor tepon?" Aku yakin kali ini. Cukup yakin. Setelah terperap dalam sesi temubual panjang dengan si gadis.


"Awak bagi awak punye dulu. Nanti kite miskol."


Dan aku tahu. Kalau begini caranya. Sampai kiamat pun dia tak akan call aku. Binatang. Binatang. Binatang. Binatang. Binatang. Binataaaaaaaaaaaaaaaaang.


Malam minggu lalu. Aku sekadar menghirup teh tarik di Damansara. Tak hip langsung!

Jumaat, 14 November 2008

Bara Membara Terbakar Jiwa Merah Menyala

I.
"Mulakan hari kamu dengan senyuman, =)"-Perempuan Beruk

Bapak kau lah. Pergi senyum dengan bapak kau dulu, baru kau suruh aku senyum. Pukimak haram. Jangan harap aku nak balas mesej kau. Pergi mampus. Aku tak ada masa nak senyum. Aku penat. Dah beberapa minggu aku tidur tak cukup. Amarah melampau dengan pelbagai tekanan. Aku mahu berehat. Pergi cari lelaki lain yang sanggup melayan perangai gedik engkau semata-mata untuk sekujur tubuh kering engkau itu.

Binatang.


II.
Perangai paling laknat adalah mengeluarkan borang jawatan kosong untuk posisi yang sama dua atau tiga kali setahun.

Bila berbondong-bondong kutu seperti aku hantar borang dan menghabiskan beringgit untuk fotostat sijil, namun haram tiada jawapan. Malah, beberapa bulan kemudian keluar lagi tawaran permohonan jawatan yang yang sama.

Ini sangat keji. Bapak kau meletup, cilaka! Kau ingat aku mampu beli mesin fotostat sendiri? Bapak kau.


III.
Cuti sekolah memang dikenali sebagai musim yang paling elok untuk mengawan. Hakikatnya, aku tak pernah lagi hadir mana-mana undangan majlis meraikan acara mengawan kawan-kawan aku.

Aku ada dengar beberapa orang kawan aku akan melangsungkan majlis mengawan minggu depan. Ada pula yang menghantar sms minta alamat aku semata-mata nak hantar kad undangan. Jadi, aku menjadikan Kuala Lumpur sebagai tempat perlindungan untuk sementara waktu.

Aku rasa perkara ini bukan sesuatu yang menarik perhatian aku. Aku terikat dengan beberapa komitmen. Menghadiri beberapa pesta-pesta muzik di sini. Adalah lebih menyeronokkan melihat gerombolan manusia hanyut terhoyong hayang dalam kenikmatan dunia dari melihat dua beruk duduk diam di atas pelamin.

Sebenarnya, aku malas nak jumpa para hadirin yang terdiri dari mereka yang pernah duduk di sebelah aku sewaktu di sekolah dulu. Mereka yang kuat tidur. Mereka yang lembab. Mereka yang malas buat kerja rumah. Mereka yang selalu tiru kerja rumah aku. Sekarang mereka sudah berbangga dengan pasangan mengawan mereka dan mungkin ada yang bakal mengawan secara sah beberapa bulan/tahun mendatang lagi.

Biasanya, mereka akan bertanya kepada aku, "Kau masih macam dulu? Bila nak berubah?"

Fak yuh.

Rabu, 12 November 2008

pang ping pong

"Kamu pernah dengar kes di mana seorang guru ditahan kerana berkelakuan tak senonoh di Bachok, Kelantan?"

"Ya."

"Pada pendapat kamu, mengapa ini terjadi?"

"Jika dipandang pada sudut moral, ia bermula dari rumah. Ibu bapa yang bertanggungjawab mencorakkan anak-anaknya. Kesilapan lalu sebenarnya membawa kesan ke atas ketidak seimbangan terhadap pembentukan anak-anak. Tapi, pada pendapat saya perkara ini terus merebak kerana kurangnya sokongan masyarakat. Cemuhan. Sindiran. Makian. Peminggiran. Menyebabkan golongan ini terus dengan dunianya. Bagi beragama Islam sudah tentu menjadi tanggungjawab bagi mereka yang berkenaan membawa golongan ini ke jalan yang benar."


"Apa pun pendapat kamu. Saya menganggap kamu lelaki lembut. Hair style kamu. Pakaian kamu. Cara kamu. Pembawakan kamu. Kami memerlukan seseorang yang boleh membentuk masyarakat yang baik. Contoh yang baik. Teladan yang baik. Kamu lelaki lembut."

"Saya lelaki sejati. Serius. Sila lihat resume dan sijil-sijil saya. Rujuk kepada aktiviti saya. Mana mungkin mak nyah main dram untuk sebuah kugiran di mana-mana festival seni? Mana mungkin mak nyah menyertai aktiviti kadet berpangkat koperal?"

"Apa-apa lah. Lain kali, kamu kena ubah penampilan kamu."

Ini adalah sedutan perbualan di sebuah institusi pengajian di ibu negara. Telah diubah sedikit untuk meredakan situasi marah. Ini kali pertama aku dilabelkan lelaki lembut secara terbuka.
Sebelum keluar, aku sempat memandang ke arah penemu duga.

"Kalau lu, berani kita jumpa di KL bulan depan. One by one. Kita tengok siapa jantan. Lu tengok video ni dulu. Sebab band ini mau datang bulan depan. See you in mosh pitt bebeh. Siap lu!" Aku cakap sambil tunjuk dua jari di leher.

Bedebam. Aku hempas pintu.

Killing Me Inside (Indonesia)

Ahad, 9 November 2008

Tangan Yang Memukul Dram bisa Memperasap Dapur

Kau dari dulu lagi aku dah perasan. Cakap lebih. Aku macam nak menampar je. Tapi tak apa. Aku relaks. Tengok dari jauh. Bab berfalsafah kau memang hero. Sampai berbuih menyembur-nyembur air liur. Kau lah paling punk rock. Kau lah paling DIY. Kau lah paling anarki. Kalau paling anti-kapitalis. Sampai sudah, kau cekik makanan segera berjenama. Pakai seluar mahal-mahal. Hisap rokok berstatus penaja.

Tapi, bila sampai bab di dapur kau hanya pandai menganga. Bab berjuang mulut kau macam naga. Sekarang, apa cerita? Kupas bawang pun kau tanya, "macam mana?"


Dah, ke tepi. Kau duduk sana. Tengok tivi. Ini malam aku punya turn. Tunjuk belang. Tunjuk jantan. Bersila lah engkau diam-diam. Tak tau jangan tanya. Sila catat, kalau terlupa. Ini memang resepi baik punya.


Bagi aku dapur. Bagi aku kuali. Bagi aku sudip. Ah, bawak mari semua apa yang kau ada. Cakap banyak penyepak lah jawapannya. Nah, telan!



Ini resepi total tumbuhan. Tiada unsur haiwan. Hasil air tangan aku yang ke-4 sepanjang di Kuala Lumpur. Pak Choi Sos Tiram. Tiada kena mengena dengan budak-budak Ulu Tiram atau mana-mana perusahaan frozen food bumiputera.


*Kredit: Makcik depan rumah kerana memberikan sebungkus tomato penyeri resepi makan malam kali ini.

Sabtu, 8 November 2008

Sisi Glam seorang Blogger-pergh!!!!!!!!!!!

Aku di tag oleh dua lelaki yang mempunyai kaitan dengan perkembangan Batu pahat secara tak langsung. Endy dan Apek. Secara senyap. Sepi. Sunyi tersendiri. Perlahan-lahan, aku menghalusi setiap butir-butir persoalan yang diketengahkan. Agar tidak memberikan kesan yang mendalam di dalam pembentukan emosi seorang remaja. Ewah!

1. What are you wearing?
t-shirt Makhlok Perosak dan jeans Edwin

2. What did you do last night?
Reading an article by Syed Hussin Ali.

3. Favorite Memory with significant other?
having french kiss with somebaaadehhhh!

4. Last gift received?
Beruang/cawan dari budak rumah (tak ingat)


5. Describe the last picture you were in?
Kat bilik rumah aku. Macam seorang metroseksual yang suka klabing lagu rave syial. Aku tak akan tergamak keluar rumah dengan keadaan begini!

6. Last thing you ate?
Nasi lauk sotong.

7. Last thing you drank?
teh o limau panas.

8. What kind of underwear are you wearing?
Spender Alain Delon sudah..

9. What was your best vacation?
Langkawi. Buat research. 10 hari. Penat dan tak cukup masa nak shopping, ok? Pembentangan, pembentangan dan pembentangan. Survey, survey dan survey! Best. Ngrrr!

10. What are you most looking forward to in the next vacation?
New Jersey. Macam biasa.

11. What is happening around you?
Entah. Aku rasa budak atas rumah aku ada buat parti liar ni. Gedebak gedebuk dish dish!

12. What is your shoe size?
7

13. Last event you dressed up for?
Ha...er. Temuduga kat Kementerian dot dot dot.

14. What is the most cheap thing you bought?
Mee goreng bersambal tauhu 2o sen (tahun 1993).

15. What is the most expensive thing you have on right now?
Suzuki VS 125 lengkap dengan air brush Tazmanian Devil

16. What is your favorite smell?
bau satay.

17. Is there something you really want to buy right now?
Topi pancing.

18. What are your nicknames?
Arash Mohamad (tak seswai, ok? Tak glam. Call me Andrew!).

19. What are your plans for today?
Buat skrip mengadap penemuduga minggu depan. Bapak nebes!

20. Describe your friendster picture.
So hot, sexy and chicky.

21. Describe your myspace picture.
Emotional rock superstar, pergh.

22. Describe your facebook picture.
Dah delete, ok?

23. What did you do last weekend?
berlatih menekan double-pedal buat sekian kalinya di studio Jimmy (hello, uncle. studio ni takleh tutup ke cermin dia? I rimas bila orang tengok I prektis, ok?).

24. Favorite brand of clothes?
Siruba. Eh, ni bukan jenama spender ke?

25. What is your ringtone?
TWKUA-situational song

Jumaat, 7 November 2008

Hey, hari Jumaat lah!

Aku tak ada masalah dengan Joe. Aku tak adalah masalah Chandru. Aku sorang sahaja melayu dalam set sosial itu. Apa ada hal. Aku memang dididik untuk tak menjadi seorang rasis. Kita memang memerlukan satu sama lain. Hormat-menghormati. Engkau rasis ke? Siapa yang mengajar jadi rasis tu? Boleh aku tau?

Pukul 12. Aku pergi makan tengah hari dengan Joe dan Chandru. Makan di restoran daun pisang. Ok. Tak ada masalah. Halal. Ada pernyataan sijil halal lagi. Pukul 1 petang tepat aku masuk semula ke pejabat. Bos suruh. Sambung semula sesi penerangan kerja aku. Tiba-tiba aku rasa tak selesa. Well, hari Jumaat. Biasa lah panas sikit.

Dah. Cukup setakat ini je. Bai Setended Chatet!

Khamis, 6 November 2008

Analisis Kata Kunci

Aku bukak keyword analysis. Antara keyword yang menyebabkan mereka sampai ke blog kampungan aku adalah seperti berikut;

1. Macam mana nak jadi seksi di depan mata lelaki?
Ha ha ha ha...kesian. Nak aku tunjukkan ke? Ha ha ha ha.. Adeh. Adeh. Hahahaha.. Huwarghhhhh haram!!! Hahahahahahahahaha... Engkau ni biar betul weh? Benda macam ni toksah nak gugel kot? Ya rabbi.. Hahahaha.. Yang berkenaan, sila email aku ya?

2. Sekodeng di bilik persalinan wanita
HAHAHAHAHAHA.. Oi, mat. Orang sekarang mana ada sekodeng-sekodeng. Apa barang sekodeng-sekodeng? Semua orang dah buat video 3gp sendiri. Dah tak heran nak sekodeng-sekodeng ni.

3. Kisah cinta luka
Perghhh.....agak-agak blog ni boleh jadi macam novel Karangkraf tak?

4. Kiah.ism
Mana ko ilang Kiah? Ini ada mamat cari ko ni. Siak, dah ada fans sendiri! Kata nak datang rumah aku masa hari raya? Dush. Bang. Bang!!! *tembak tupai*

5. Harapkan kekasih, kekasih pula menyisir
Tak boleh bla syial. Sapa tau mana nak cari lay-out yang ada 'love' gugur-gugur tu kat mana?

Rabu, 5 November 2008

Pandang ke belakang sekejap. Tak salah kan?

I.

Dalam siri-siri gigs yang pernah aku hadiri sepanjang tahun 2008, gig The Ressurection di MCPA Hall, Maharajalela adalah gig yang terbaik dari segi pilihan band dan kualiti bunyi. Segalanya aku rasa amat terkawal. Tak banyak membuang masa. Boleh kata semua on time. Memang menarik. Nampak semua kugiran benar-benar bersedia. Kecuali seorang brader yang tinggal berhampiran blok rumah aku terlalu daring. Pakai jubah hitam, bercelak, berkuku hitam. Ini kalau kena raid, sia-sia kehidupan.

Aku pergi ke gig tersebut dengan seorang kenalan dari Muar. Kebetulan mempunyai kecenderungan muzik yang sama. Lagu kegemaran kitorang jamm tak ada lain. Perjanjian Syaitan dari Dark Nirrajim. Er..bukan Hazim ye. Haru biru sebentar suasana studio kolej kediaman bila kami menguasai studio berkenaan. Walaupun kitorang tak ingat sangat part dan banyak gila silap. Kami maintain poyo macam metal kental.

Salah satu tarikan utama adalah kerana senarai kugiran itu sendiri. Kebanyakannya adalah kugiran di mana aku mula-mula kenal dengan muzik keras. Suffercation, Silkhannaz dan Necrotic Chaos misalnya. Adalah kugiran yang mampu mengimbau kembali zaman aku ketika menginjak remaja.

II.

Aku dulu tak macam kawan-kawan aku yang lain. Boleh kata di zaman itu semua orang dah mula ada komputer. Semua gasak duduk rumah main komputer yang ada game Doom. Siak. Hapebenda entah. Aku tak tau main. Aku tengok je. Sampai pening kepala.

Sebenarnya dulu jangankan komputer, game tape pun aku tak pernah ada. Aku ada Brick Game je. Itu pun hadiah aku periksa dapat nombor dua. Aku dari dulu hanya mengisi masa petang aku dengan merayau-rayau atau lepak di warung kawan aku yang tak bersekolah. Mak bapak aku risau habis. Jiran aku pulak rata-rata terdiri dari kaum hawa. Ini menyebabkan tumbesaran otak aku macam terencat sikit. Gila bosan. Tak ada aktiviti. Aku tak tau memancing. Tak terer main bola. Hapebenda entah aku ni.

Bila tak ada aktiviti, duit belanja sekolah aku pun tak banyak luak. Bila tak banyak luak, aku buat beli kaset.

Pada mulanya aku bukan tau pun metal ka, hardcore ka, apa ka. Tak ada orang pengaruh aku pun. Sorang-sorang syok sendiri. Pakai sauk beli je. Dulu aku suka jugak baca komik. Gambar cantik-cantik. Macam cover kaset band metal dulu-dulu jugak. Banyak lukisan yang cantik-cantik. Atau yang ala ganas-ganas.

Cover dah cantik. Isi dia macam mana? Ehm. Kasi try. Ok gak. Kat radio tak ada main lagu-lagu macam ni. Ok apa. Kalau aku menteri penerangan aku lepas je lagu-lagu macam ni. Jadj aku terus membesar dengan muzik sebegini. Tapi macam-macam jenislah yang aku cuba. Petang-petang tak ada kerja lain. Duduk dalam bilik. Pasang muzik. Baca zine beli pakai pos. Nak beli kat gigs? Jarang sekali. Kalau pergi pun sorang-sorang. Itu pun setelah dihasut oleh seekor dua abang metal Ayer Hitam yang aku dah lost contact hari ini. Dah besar sikit barulah aku pandai cari kawan sekepala. Itu pun pasal aku tuisyen di bandar. Jadi, selalulah aku melepak di spot-spot budak-budak perasan kental ni. Ha ha. Itu pun berapa kerat je aku kenal. Aku pemalu. Kadang-kadang jambu jugak. Keh keh keh.

Sekarang dah tak kisah lah. Dengar je apa yang ada. Bukan semua benda-benda macam ni tak elok. Mak aku pun dah tak tau nak cakap apa. Dulu, mak aku memang tak kering air mata. Risau betul dia dengan aku. Lain dari anak-anak saudara dan jiran-jiran. Jangan risau Mak, aku ok. Asalkan aku boleh menilai mana yang baik dan buruk untuk aku, itu sudah memadai. Eh, aku jadi orang juga apa sekarang kan?

Dah, jangan nak emo pulak. Aku nak print resume. Esok ada temuduga dengan jabatan kerajaan. Bai. Cubit kang!



Selasa, 4 November 2008

Tak AMAHREKA LA?!!!

Kau tau ke ada cerita baru? Budak Yang Jawa? Giler ar weh. Dalam panggung penuh budak-budak Sabak Bernam, Hulu Langat, Sungai Besar. Batu Pahat? Muar? Toksah cakap la weh. KONGKUERRR ABIS!!! Gua goyang dalam panggung, cakap lu. Semua cakap ala-ala Bambang Pamungkas, apahal kan? Ngeri ah gua!


Ini filem realiti budak-budak jawa yang berhijrah ke New York, beb. Barulah aku faham. Kalau tak ada budak-budak keturunan jawa, tak ada New York Hardcore atau singkatnya NYHC. Aku dengar vokalis Madball tu mak dia orang Batam, betul ke?


Bukan setakat babak bunuh, rogol, pow di bas stand je yang ada. Macam-macam ada. Siap ada demonstrasi membuat pecel lele (masak lemak ikan keli). Giler tu....negro kat Bronx pun makan pecel lele. Ohh.....inilah resepi yang diedarkan secara bawah tanah di sana. Khabarnya nak elak cukai publisiti. Biasanya belakang bangunan la diorang akan mengedarkan pecel lele ni. Pengedar pecel lele ni pakai pistol beb. Tak ada masa nak asah-asah pisau ni. Gengster abis!!! Gila kau. Mana sempat. Nak update facebook lagi. Nak edit lay out Myspace lagi. Lagi banyak rama-rama, lagi ngeri lah page diorang. Kau add la. Aku tak berani dengan budak-budak New York.


Kalau tak ada bunga. Tak cara la beb. Mesti ada. Sekali pandang aku tak cam. Pasal dia pakai kain batik lepas siap bersanggul sipot besar. Dua kali pandang, baru gua perasan! Baru gua perasaaaaaaaaaaaaaaan!!!



ALICIA KEYS, douk!!!!!!!!!!!-tak syiiiial la plak kan? Pez....


Ah, aku lupa beritahu hero filem ni. Dalam filem berbahasa jawa ni, hero-hero dia memang getar beb. Penampilan memang ditunggu-tunggu beb. Bak kata orang, diorang memang rare lah! Imej baru serba segar yang ditampilkan memang tepat di saat ekonomi yang kukuh disamping kepesatan pelabur asing di Wilayah Pembangunan Iskandar. Siapa lagi, kalau bukan Abon (watak jahat) dan Herman Tino (watak baik).


Ah, lu tengok sendreee la weh. Gua tak bedek. Lek-lek sua!

Isnin, 3 November 2008

Berada di tengah-tengah pertelingkahan kehidupan



Aku sekali lagi menjengah ibu kota. Mencari sekali lagi beberapa buah siri penghidupan. Mencuba nasib. Tapi, belum sanggup memperjudikannya. Hidup ini bukan perjudian(Engkau, kalau aku bagi peluang. Semua kau nak buat duit eh? Tampar kang).

Esok, aku perlu hadiri temuduga bersama sebuah firma kewangan di PJ. Kali ini aku takkan bersikap choosy seperti yang lepas-lepas. Request itu ini. Banyak songeh. Aku kena telan. Biar pahit. Apa sahaja yang diberikan. Penawar. Mana ada yang manis? Bab angka. Kiraan. Itu nanti dulu.

Minggu depan. Sekali lagi. Sesi uji kemampuan dan temuduga. Untuk menjadi calon tenaga pengajar di sebuah sekolah anak-anak pintar berbangsa melayu (aku sendiri tak pintar macam mana ni? Ha ha ha). Persediaan telah aku persiapkan berminggu-minggu yang lalu. Aku letih. Hingga kadangkala menimbulkan beberapa siri perselisihan faham dengan mak. Aku melepaskan satu peluang lain yang datang bergolek secara tiba-tiba. Gara-gara ingin mencuba nasib menjadi pendidik. Aku sekadar ingin melihat kemampuan aku dalam sesi temuduga kali ini. Ingin lihat sendiri titik peluh usaha aku.

Mungkin mak sudah terlalu jelak melihat kekutuan aku. Ke sana ke mari. Bergelak tawa. Bergelendangan. Tidak seperti riak wajah seorang yang berpendidikan. Dari dulu, sampai sekarang. Inilah cara aku. Aku tak peduli.

Tapi aku nekad. Aku buat apa yang aku minat. Apa yang aku ingin cuba. Mungkin apa yang pernah aku cari selama ini. Setelah beberapa tahun aku tak menetapkan langsung arah tuju hidup aku. Aku langgar. Aku redah. Aku hanya ikut gerak hati.

Andai tak ada rezeki. Itu takdir. Yang penting aku berusaha, untuk ini yang kali kedua. Kadang-kadang orang tua susah nak faham apa yang kita perjuangkan. Perlu kita akui. Situasi dahulu dan kini amat berbeza. Kematangan fikiran dan pengajaran dari pengalaman-pengalaman yang lepas sama ada dari kawan-kawan, pembacaan atau diri sendiri, banyak mengajar aku erti kesabaran dalam mengharungi kehidupan.

Komunikasi. Itu kunci yang sangat penting dalam kita menerangkan kepada individu yang sentiasa berasa curiga dengan hala kehidupan kita. Selepas bergelen-gelen air liur aku mengalir dan bertegang urat barulah si ibu mengerti.

Kehidupan kita, kita yang tentukan. Moga Tuhan permudahkan segalanya. Aku ikhlas.







Berok.

Engkau pernah dengar istilah si rambut perang tapi bodoh? Tak silap aku Paris Hilton adalah golongan tersebut. Kalau perempuan melayu apa kita nak sebut? Si perasan cantik tapi binatang.


Sepuluh engkau soal, satu pun dia tak boleh jawab dengan betul. Ingat dia dah kelakar sangat. Tapi bila dia soal balik, satu engkau tak jawab dengan betul dia akan merajuk macam tenuk padang pasir. Dia ingat dia diva?


Binatang berbangsa melayu begini harus kita singkirkan dari kehidupan masyarakat yang dikatakan berhierarki pada hari ini. Sikap binatang sebegini biasanya akan memudaratkan hidup dia sendiri. Biarkan dia berlegar di dalam zoo ciptaannya sendiri. Biar dia puas bergaya seperti berok yang dipertontonkan kepada warga urban yang jarang-jarang melihat telatah berok kampung di bandar. Aku percaya kalau di layan ia akan menyebabkan kita semua akan mengalami kemerosotan ekonomi pada tahap yang membimbangkan.


Binatang,
aku dah delete nombor engkau. Pergi jalan.

Ahad, 26 Oktober 2008

Kadang-kadang senyum juga menggambarkan amarah

"Happy Deepavali to you and your Family. God bless"- sms dari seorang muslim kepada seorang muslim

Apa benda mesej yang aku terima ni? Sejak bila aku dan famili aku menganut agama Hindu ni? Apa yang lebih menyedihkan, mesej ini aku terima dari mereka yang beragama Islam. Nak kata mesej berbau penulisan kreatif tak juga. Mana hiperbola? Mana personafikasi? Depersonifikasi? Alusi? Simile? Tak ada.

Engkau boleh kata aku sampah. Engkau boleh kata aku jahanam. Engkau boleh kata Azwan Ali. Tapi bila sampai bab agama, aku cukup tersentuh. Ini suatu bentuk penghinaan kepada aku dan keluarga aku.

Aku masih seorang muslim. Mungkin sedikit lalai. Tapi aku sedaya upaya untuk sujud menyembah kepada Nya lima kali sehari. Jangan kita sebegitu mudah menafsirkan dan menilai pegangan seseorang. Perkara begini bukan boleh dibawa main-main.

Kalau main-main, boleh kena gantung dari persidangan. ADA TAU KA KAWAN? SAYA TAK MAIN-MAIN.

Khamis, 23 Oktober 2008

Lantak ko!

Aku nyaris merehat blog ini selama dua bulan. Gara-gara tak tahan dengan gosip-gosip liar yang melanda diri aku kebelakangan ini. Ada silent reader yang buat cerita bukan-bukan tentang aku. Hingga aku ingin mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan di sebuah pusat peranginan di Indonesia. Atas perbincangan yang mendalam dengan saudara Tempe. Aku bertahan.

Ya. Aku hanya sekadar dengan anak tokoh korporat yang sering terpampang di televisyen itu. Hanya sekadar kawan dalam usaha menerbitkan satu portfolio seni aku. Mungkin dalam bentuk tulisan. Mungkin dalam bentuk audio. Biarkan masa yang menentukan. Tidak lagi sampai perbincangan pelamin dan baju pengantin. Mengarut. Kami hanya kawan. Kalau ada jodoh, ada lah.


Ada yang mengugut aku untuk menyebarkan gambar-gambar aksi aku dan dia di kelab hiburan terkemuka di Kuala Lumpur. Ada pula yang cuba mengugut menghantar gambar kami di hotel kepada ibu bapa kami. Apa ni? Apa yang engkau mahu? Ah, manusia memang begitu. Selalu cemburu.



Aku tak peduli dengan semua itu. Sebab ini semua cerita tipu.

Isnin, 20 Oktober 2008

Kuala Lumpur di basahi hujan dan aku terus kesepian

Aku dah cakap awal-awal. Baik rakan taulan mahupun kenalan gadis-gadis seksi berambut perang. Bila aku datang sediakan apa yang patut. Duit minyak. Makanan. Tenaga. Sekarang apa dah jadi? Malam gua di Kuala Lumpur jadi pilu.

Bila gua datang KL lu orang buat-buat sibuk. Aku balik ke rumah sewa. Sunyi. Sorang pun takde. Tempe menghilang. Katanya ke kampus. Dem.

Ini tak boleh jadi. Aku hantar pesanan teks satu persatu kepada setiap gadis. Semua seolah-olah sudah tawar hati dengan aku. Termasuklah si dia dari Kelana Jaya. Hujan la. Sibuk la. Kerja banyak la. Pergi klinik la. Akhir sekali, suruh aku datang ke rumahnya. Apakah dia tak tau pinggang aku macam nak patah nak bas tadi?

Lagi satu. Kalau kena tangkap khalwat siapa yang senang? Aku jugak. Dapat kahwin percuma.
Haha.

Khamis, 16 Oktober 2008

Aku Punya Pasal lah!

“ Rentikanlah perbuatan blogging kau tu. Tak mendatangkan hasil. Lebih baik kau jual kuih.” – Mamat berkarier dan aktif berpolitik kental sampai tegang urat merih.


Manusia. Bila wang dan pangkat menjadi ukuran, segala-galanya yang indah akan menjadi bodoh. Bagi mereka, tiada apa yang lebih menggiurkan selain dari wang dan harta. Silap hari bulan nampak gadis seksi pun tak akan ada selera lagi. Macam pernyataan di atas. Biasanya ayat begini adalah mereka yang melihat setiap sisi kehidupan perlu diisi dengan wang semata-mata. Sangat kasihan. 45 ekor siamang laut untuk mereka yang pernah mengeluarkan pernyataan sebegini.


Ada perasaan jangan dibelakangkan. Nanti, sampai satu peringkat kau tak ada perasaan baru tau. Hidup ini bukan sekadar nak mencari harta. Mencari kebahagiaan bukan atas nama wang semata-mata. Sebenarnya kita silap. Kesilapan pada hari ini kalau tak diperbetulkan malah diturunkan kepada generasi seterusnya, akan menjadi luka yang tak sembuh-sembuh. Bukan macam luka bercinta. Senang sembuh kalau jumpa orang pandai bergaya dan berbahasa. Warna bumbung rumah awek/pakwe lama pun boleh lupa beb.


Tamak, mementingkan diri sendiri dan suka mengambil kesempatan atas orang lain. Semua ini adalah hadir akibat sikap dari dalam diri yang ingin terus menerus menjadi sekeping kertas yang bermaruah. Ini kerana, hanya dengan sekeping kertas yang bermaruah itulah harga diri akan lebih dihargai. Terus terang aku katakan ini adalah kesilapan yang besar dalam menilai ertikata kehidupan. Malah lebih besar dari perut abang yang cuba memperkenalkan kau skim cepat kaya baru yang mendakwa berpendapatan 6 angka walaupun hanya berkereta Kancil turbo. Makan di warung sendiri-sendiri bayar. Ok la tu. Nak jadi kaya kena berkira. Kau jangan banyak komplen. Dengan awek kau tak berkira pulak.


Piawaian kehidupan yang berpandukan ukuran kewangan dan harta semata-mata sebenarnya menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam kehidupan. Akibat ledakan tarikan harta, ada yang sanggup membelakangi agama. Kita kena terima. Masyarakat hari ini sememangnya mahu menjadikan kuantiti aset sebagai satu pencapaian kehidupan. Sebaliknya, prinsip diri, maruah, kasih sayang dan nilai murni tiada lagi dalam kamus pencapaian kehidupan yang sempurna. Itu semua dah tak stailo. Sekali lagi, ini satu kesilapan yang amat menarik seperti menjadi ahli kumpulan kongsi gelap berasaskan kaum. Eh, ada ke macam tu? Entah lah. Aku dengar orang cakap je.


Menjadi seorang yang berilmu itu, pada hari ini diukur kepada tahap pencapaian kariernya. Pendapatannya. Kemewahan gaya hidupnya. Tetapi bukanlah tindak tanduk pemikiran. Moral. Mahupun sumbangannya kepada masyarakat. Kali ketiga, ia adalah satu kesilapan yang amat bergaya seperti menjadi abang trendy berbaju nombor di lengan kiri jenama Polo dan berhelmet Appolo pulak tu. Tambah pulak dengan Levi’s Siam. Kasut Timberland Uptown. Peh. Hensem abis dan cukup rabak.


Medium siber pada hari ini yang kita gunakan sehari-hari. Pada aku bukanlah semata-mata diaplikasikan untuk membuat duit 365 hari 24 jam 7 hari seminggu. Aplikasinya adalah pelbagai. Untuk berkongsi pendapat, pemikiran, meluahkan perasaan mahupun info, malah lebih dari itu. Kalau nak cari video budak-budak melayu bertudung buat aksi, itu kau punya pasal. Lantak kau dan aku-aku sekali. Duit hantaran sendiri-sendiri cari.


Bangangnya, ada yang melihat kegiatan menulis blog ini adalah satu yang sia-sia. Man, u had no fun in yer fucking life. Peh mencarut dalam bahasa inggeris. Ya. Pada mereka yang memandang hidup adalah tentang duit, blogging memang bodoh. Mengarut. Untuk para pecundang. Tapi bagi seseorang yang minat berkomunikasi, berkawan dan berkongsi, ia bukan satu masalah yang besar. Malah, pada satu tahap mungkin ia terapi yang bagus bagi mereka yang memerlukan satu platform untuk minda yang tertekan. Daripada merancang nak pukul orang sana nak pukul orang sini, duduk diam-diam depan skrin komputer lagi bagus. Bukan dapat apa pun tunjuk hero ni. Kalau dapat jadi pelakon lagak ngeri tak pe jugak. Boleh bergambar dalam kolam renang bersama selebriti perempuan yang baru nak naik sambil bercerita tentang makanan kegemaran.


Aku menyampah bercakap dengan orang terlalu komited dengan duit, duit dan duit. Sampai apa yang orang lain buat pun akan dinilai berdasarkan harta. Gila tak seronok. Aku ingat orang macam ni bila sebiji butir nasi yang jatuh di atas lantai pun akan membawa kepada gejala insomnia sampai tertonggeng-tonggeng. Biasanya aku akan sengaja menumpahkan air dari dalam gelas apabila berkongsi meja makan di warung dengan golongan ini. Buang masa. Orang begini tak usah dilayan. Skema dan langsung tak hardcore. Mungkin mereka lebih suka mendengar lagu dari Adam iaitu Robot kalau tak silap aku. Atau lebih afdal lagi, mereka mungkin budak shuffle.


Hidup ini seperti mendaki gunung. Saban hari kita akan mendaki gunung. Memang sukar untuk mencapai puncak kesempurnaan kehidupan. Oleh itu, jadikanlah ekspedisi pendakian kamu lebih bermakna dengan menghidu haruman bunga-bunga yang ada disekeliling kamu itu. Jangan jadi bodoh. Memikirkan benda yang bukan-bukan. Itu lagi bosan. Kamu adalah diri kamu. Kamu yang tentukan. Usah menjadi orang lain untuk mencapai nikmat bahagia. Siapa dah join bulu*ma^ angkat tangan? Bagus. Teruskan cari skim yang lain. Anda memang usahawan glokal.


Ahad, 12 Oktober 2008

Sekali Aku Mengetik Papan Kekunci Memang Susah Nak Berenti

“You. I dengar hisap rokok boleh kawal berat badan. Betul ke?” Tanya Ana kepada aku dalam sebuah restoran makanan segera.


Aku terus sibuk mengetik butang-butang telefon bimbit, “ Ah? Yeke? Entah. Ye kot.” Tanpa melihat anak matanya. Mata aku tertumpu pada skrin telefon. Mencari akal membalas mesej dari Sarah.


Bukan aku tak tau. Dia nak pancing. Nak bagi pembayang. Beritahu aku bahawa dia kini perokok. Helah. Aku malas nak layan.


Dia ingat bila dia dah hisap rokok, aku nak kucup bibir dia lama-lama? Kirim salam!


**


Aku tak ada masalah untuk muncul di majlis-majlis makan malam, rumah terbuka atau aktiviti marhaban. Biarpun hanya sebilangan kecil yang menegur aku, itu bukan perkara yang mustahak bagi aku. Hidangan makanan jauh lebih menarik perhatian aku berbanding tamu yang hadir. Kalau ada anak dara, barulah aku cuba mengawal tahap ketampanan aku. Tetapi, terdapat satu gangguan bila berada di majlis-majlis sosial sebegini.


Aku kurang selesa dengan mereka yang menghembus asap rokok sesuka hati. Biasanya para perokok akan menyalakan rokok selepas acara makan. Tanpa peduli akan kecenderungan orang lain terus hembus suka hati kepala bapak dia ke muka-muka orang. Ini perbuatan kurang ajar. Tak hormat langsung kepada individu yang tak merokok seperti aku. Kalau nak hisap rokok jugak sila jangan hembus ke muka orang. Jangan lupa kawal asap rokok yang keluar dari puntung. Jangan sampai terarah ke muka orang. Kena maki, sia-sia hidup ko.


Lagi satu bila di moshpit (tempat berjoget lambak sepak menyepak di hadapan pentas) di gig-gig. Ada jugak malaun jahanam macam haram menyalakan rokok kat tempat berasak-asak macam tu. Ini bengong ke apa? Kalau tercucuh t-shirt aku mampu nak ganti ke? Tau ke baju aku banyak yang rare? Kalau tercucuh dahi aku apa nak jadi? Nak kena sepak ke apa diorang ni? Dah la sesak. Asap rokok ko lagi. Sesak napas bodoh!Aku jadi panas hati. Rasa nak tumbuk si penghisap rokok. Rasa nak rampas puntung rokok dan cucuh ke pipi diorang. Nasib baik kat moshpit. Boleh pukul curi dari belakang. Aku mensasarkan bahu kanan sebagai tempat serangan. Nak isap rokok pergi belakang, bangang. Jangan menyibuk kat sini.


Aku sangat menghargai beberapa personal yang ada disekeliling aku yang cukup menghormati mereka yang tak merokok. Perbuatan meminta kebenaran untuk merokok adalah sesuatu yang digalakkan di sini. Di rumah sewa aku sendiri, tiada yang menyalakan rokok di dalam rumah. Kalau berani cubalah. Itu pun kalau nak tengok gusi berdarah dan kepala tersiat. Kalau nak hisap rokok, sila ke balkoni.


Bukan aku tak pernah hisap rokok dulu. Jangan ingat aku tak tau istilah ‘kapal selam’. Jangan ingat aku tak tau istilah‘chai’. Jangan ingat aku tak tau istilah ‘gulung’. Engkau di luar sana. Jangan ingat aku tak hisap rokok aku budak nerd.


***

18 tahun tinggal di kawasan pekan menyebabkan aku sukar menyesuaikan diri di kampung. Dalam masa enam tahun sejak aku tinggal di kampung, hanya tahun pertama yang lengkap 365 hari aku lekat di rumah. Bila aku melanjutkan pelajaran hanya beberapa hari sahaja aku kat rumah. Paling kuat sebulan lebih.itu pun waktu cuti semester. Lepas tu balik semula di kampus untuk latihan muzik dan aktiviti lain.


Aku sebenarnya tak ada masalah duduk dengan orang tua malah sangat senang sekali sebab makan minum sakit pening terjaga. Tapi yang menjadi masalahnya adalah tahap kesunyiannya yang di tahap maksimum menyebabkan aku tak keruan di rumah. Aku jenis manusia yang tak boleh kesunyian. Aku ingat kalau aku kahwin aku mahu isteri (?) dan anak yang ramai biar riuh rendah rumah aku, ha ha ha.


Untuk melepakkan diri di pekan, aku perlu berkenderaan 5 atau 6 kilometer mencari rakan-rakan. Ini satu lagi kerja yang aku paling malas sekali nak buat. Aku sangat malas memandu/menunggang. Bukan tak ada budak-budak kat sini, masalahnya nak sembang apa? Ikan? Memancing? Rempit? Awek sekolah? Ganja?


Pada awalnya, sewaktu aku mula-mula tinggal di kampung aku mengalami tekanan yang teruk. Ini menyebabkan aku mengalami kemurungan. Setelah dikaunseling oleh pak haji-haji dan Pak Long barulah aku Ok. Kalau di pekan kawan-kawan aku sentiasa mengetuk pintu dan datang berbondong-bondong dengan gitar tong. Sebaliknya, bila di sini aku langsung sunyi. Hilang sorak sorai kawan-kawan. Hilang segala aktiviti petang. Malam aku jadi sepi. Nak tengok awek berpeha gebu jauh sekali. Kalau ada pun awek di sini banyak yang sudah ‘dicop’ orang.


Kini, sekali lagi aku berhadapan dengan satu tempoh jangka masa yang lama di rumah. Badan aku mula sakit-sakit sebab otot-otot jarang digunakan. Otak pun jarang berkerja. Aku syak pemikiran aku pun jadi lembap. Nak bercucuk tanam berkebun, aku tak pandai. Malah aku sangat ngeri bila berjalan sorang-sorang di kebun. Kalau kena rogol siapa yang susah? Asyik baca buku, novel, majalah kepala jadi pening. Ada tak ada, aku berbasikal sambil dengar lagu.
Bukan aku malas kerja atau tak hingin cari kerja. Asal aku mintak kerja asik dapat sales dan marketing. Aku mintak lain dapat lain. Gomen pulak, asik panggil exam je. Encik, saya dah lulus periksa, apa cerita asik panggil periksa je ni? Bila nak panggil temuduga? Apa? Keputusan periksa ni valid sampai 8 tahun? Dush! Kepala otak kau berjambul. Kau nak suruh aku tunggu 8 tahun? Dush! Dush! Dush!


Ya. Memang aku memilih. Disebabkan pengalaman yang lepas kawan-kawan, aku jadi berhati-hati dengan tawaran-tawaran kerja ni. Aku tak kuat berhadapan dengan situasi stress melampau. Stress sikit-sikit sudahlah. Kalau stress banyak sangat, aku maki tak renti-renti engkau juga yang boring. Saham aku pun pasti jatuh. Mana ada awek suka boifren membebel macam makcik konduktor bas?


Budak-budak rumah sewa sekalian, sila recommend aku kerja di tempat korang. Kepala otak aku dah naik kusut kat rumah. Tak kisah gaji kecik. Janji ada life. Ikutkan hati aku, mau je aku cungkil tapak rumah aku dan tempat kerja bapak aku ni ke Kuala Lumpur. Senang. Abis cerita. Nak pilih menantu pun tak susah. Banyak pilihan.


Tapi orang bilang, gadis (yang diragui kegadisannya) di KL ini sombong dan jual mahal. Entah. Aku pun tak tau. Aku tengok murah je. Boleh bawak ke mana-mana. Ke hotel pun senang. Buat rakaman pun boleh. Cuma wang hantaran je yang mahal. Apa sebab wang hantaran itu mahal pun aku tak tau. Mungkin ikut harga lot tanah kot. Di sini bukan takde gadis. Cuma ia seolah-olah sudah hampir pupus. Ia mungkin dah dimilik orang. Ia mungkin menyorok. Mungkin juga berpunca sama ada sudah bermastautin di bandar atau disebabkan kesedaran orang kampung tentang alat pencegah kehamilan atau kontraseptif. Maklumlah, inikan zaman teknologi. Dah ramai orang berilmu. Pandai merancang keluarga mengikut keperluan semasa. Haha..pandai-pandai je aku ni. Lantak ko!

Jumaat, 26 September 2008

Kisah Dari Desa : Jiran Bang Juna 2

Aku jadi takut. Entah mengapa dia bersikap sedemikian. Sekitar awal tahun 2004 hingga pertengahan 2008 aku tak pernah sunyi dari surat dan pesanan teks ringkasnya. Kediamannya selang sebuah rumah dari rumah aku.


Sedikit masa dulu, ketika aku pulang dari surau aku sering terkejut. Helaian-helaian tebal terselit-selit di celah-celah motosikal dan skuter aku. Bait-bait rindu, keluh, kesah, tangis dan sayang tak pernah lekang dari tulisan tangan hodohnya itu. Pada mulanya, aku sangsi. Barang siapakah yang menulis warkah cinta sebegini. Lama-kelamaan, aku sudah mula mengesyaki. Bila pandangan matanya agak berbeza bila kami bertentangan mata.


Keadaan jadi semakin merimaskan ketika aku menginjak kaki ke kampus. Ada sahaja pesanan teks ringkas yang panjang berjela dikirimkan. Tak lain tak bukan menyatakan perasaan rindu dan kasihnya kepada aku. Persis orang yang bercinta Namun, percayalah sahabat. Aku tak pernah memaki dan membalasnya. Melainkan ketika telefon genggam aku dirampok tempoh hari. Maka aku terpaksa bertanya milik siapakah setiap pesanan ringkas dan panggilan yang diterima.


Beberapa ketika aku mendiamkan diri. Aku tak mengadu kepad emak. Aku tak mengadu kepada ayah. Aku kira aku boleh menyelesaikan sendiri. Aku pernah menunjukkan kepada Danial isi warkah kirimannya. Aku menjadi semakin tak keruan bila pulang ke kampung. Telefon aku dihujani mesej-mesej rindu dari dia. Betapa girangnya dia bila aku ada di kampung. Aku sering diintai ketika sedang bertelefon dengan teman wanita di halaman rumah. Mungkin cuba-cuba mendengar pebualan aku. Bayangkan, dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, aku menerima mesej terus-terusan dari Batu Pahat sehingga ke Melaka. Gelodak jiwa aku tak dapat ditahan lagi. Tertekan.


Aku mengadu kepada Pak Itam. Bapa saudara aku. Seorang guru. Imam di surau. Berkahwin. Punya sepasang cahaya mata yang petah. Pak Itam hanya tertawa. “Engkau pun kena jugak? Aku fikir aku sorang yang kena!”


Aku mengadu pada Chunk. Adik lelaki aku. Lepasan SPM. Bakal menjadi jururawat. “ Engkau pun kena jugak?! Enn pun kena siak!” Jeritnya lagi. Enn dua pupu aku. Berkahwin. Punya seorang cahaya mata. Wajah persis Pasha vokalis Ungu. “Kau tahu sampai jam telefon Enn sebab mesej si badigol tu.” Jelas Chunk lagi.


Perbuatan Samsol menyebabkan aku takut kalau-kalau pesanan teks ringkasnya dibaca tiba-tiba oleh bakal pacar aku (ceh!). Mana la tau tak sempat padam. Pasti hatinya hancur. Harus bagaimana nanti aku akan menceritakan segalanya. Persepsi sang kekasih pasti berubah.


Aku mengerti. Mungkin keturunan aku ramai yang persis selebriti. Aku sendiri ramai yang mengatakan aku seperti Arash Mohamad. Hai. Entahlah. Namun, percayalah. Hati aku hanya untuk wanita.


Kerana.


Aku memang pencinta wanita (frasa ini hendaklah dibaca dengan sengau dan berlagu. Ah sendiri mau ingatlah lagu apa…).

Isnin, 22 September 2008

Kisah Dari Desa: Jiran Bang Juna 1

Ada sebuah keluarga baru mengisi kekosongan rumah sebelah. Jarak hanya kurang 3 meter dari rumah aku. Mereka sepasang suami isteri serta seorang anak. Kanak-kanak yang dikatakan berumur 9 tahun itu tak bersekolah. Tetapi,dari susuk tubuhnya aku beranggapan dia berumur 11 tahun. Budak ini tempang. Kasihan. Dia tak tau membaca. Tak tau mengira. Tak pernah dengar mengaji. Lagi aku kasihan.


Aku tak tau pekerjaan sang suami. Aku agak kerjanya tak menentu. Kadangkala dia lebih kerap tidur di rumah. Aku dikhabarkan juga dia seorang kaki judi. Dia jarang berkomunikasi dengan keluarga aku. Lagipun dia tak pernah ke surau. Sekalipun tak pernah. Sembahyang Jumaat pun jarang-jarang.


Anak kecilnya itu aku gelarkan Ayie. Anak ini amat aneh. Dia berani menceroboh rumah aku. Dia berani menggeledah rak makanan dan peti ais kami. Tetapi tidak lagi kini. Setelah langkah-langkah pencegahan diambil oleh kedua orang tua aku.


Aku kira anak ini sentiasa kelaparan. Lepas bangun tidur, dia akan mengelilingi rumah aku. Mencari pisang atau apa-apa yang ada untuk ditelan. Kasihan. Pernah juga dia meminta pisang dari aku dan ayah. Malangnya. Hati kami sekeluarga sudah terluka untuk memenuhi permintaannya.


Saban hari dia memusnahkan tanaman orang tua aku. Ubi baru nak bercambah dah tinggal batas. Dedaun hijau yang disiram dan dijaga bertebaran di atas jalan. Putik-putik nenas dihumban ke dalam dalam parit.


Lagi. Apa pula perasaan kamu bila melihat anak seusia 9-11 tahun kencing dari tingkap? Kulit buah duku di baling ke jendela aku? Mengintai kamar aku? Cuba ‘hijack’ basikal nenek aku? Aku rasa orang tua Ayie terlalu sayangkannya. Orang kata, sayang anak tapak, sepak, terajang-terajangkan atau cucuh-cucuhkan api rokok. Tetapi itu semua tak pernah terjadi kepada Ayie.


Hari ini. Tengah hari. Bulan Ramadan. Ayah dengar orang sedang menyukat beras ke dalam periuk. Bunyi dapur gas di petik. Tak jauh dari rumah. Sebelah je. Kami sekeluarga tak hairan.


Sebelum ini pun. Di pagi Ramadan. Remang-remang tengah hari. Hidung kami selalu terhidu bau rokok. Kami sekeluarga tak hairan.


Semalam. Tengah hari. Bulan Ramadan. Dia merayu meminta pisang dari aku dan ayah. Setelah beberapa percubaannya untuk mencuri sesisir pisang mengkal di pondok kereta gagal. Tak diendahkan ayah. Akhirnya. Bungkusan sisa makanan sahur yang siap untuk dibuang di luar rumah hilang.

Burrrp. Ayie kenyang. Tak tau lah mak dan ayahnya kenyang atau tidak.


Ini baru hairan.

Selasa, 16 September 2008

Catatan Di Bulan Ramadan

Suasana di kampung memang nyaman. Udaranya segar. Tak seperti di kota. Pagi-pagi naik motor di KL tak payah pakai jacket pun tak apa. Pengalaman aku sewaktu mula-mula datang ke Kuala Lumpur sudah cukup mengajar aku betapa panasnya udara di Kuala Lumpur biarpun pada dinihari. Kau bayangkan minah-minah rempit boleh pakai tube pukul 3-4 pagi naik motor? Sedangkan aku dengan Iskandar Muar siap menggigil-gigil naik motor pergi Uptown di Damansara. Dah la plat Johor. Ini sangat mengaibkan bagi aku ketika itu. Tapi, tak kisahlah. Minah-minah rempit tu pun asal dari kampung jugak macam aku. Mana taknya, speaking Kelantan lagi. Aku rasa aku ok lagi kot. Boleh sorok kejawaan aku. Cuma slanga aku je kantoi sikit-sikit.


Tetapi, suasana nyaman dan sunyi bukanlah suatu gandingan yang mantap bagi aku. Kesepian yang mencengkam keadaan di sini menyebabkan diri aku meronta-ronta mencari keriuhan. Kawan-kawan di kampung hanya tinggal beberapa kerat. Yang lain semua sibuk bekerja. Yang tinggal ini pun kadang-kadang menyakitkan hati. Balik-balik cerita MLM. Ceh! Ini yang potong stim nih. Semua sembang pakat-pakat nak tarik aku.


Argh…saat-saat begini aku memerlukan seseorang untuk bersembang, berbincang dan bertekak tentang hal-hal politik, ekonomi dan sosial. Tak lupa juga pasal awek.


Antara lain aktiviti di kampung bulan-bulan puasa ni adalah pergi ke surau. Jarak surau dan rumah aku tak jauh. Setapak dua dah sampai. Tapi aku cuak kalau-kalau ada ular melintas di waktu malam. Jadi, aku akan naik motor. Lampu ada terang sikit. Boleh Nampak benda melintas. Tapi apa yang kurang menarik bagi aku adalah kadar jemaah yang tak ramai. Ini sudah tak meriah. Budak muda bukan tak ada sebelah-sebelah ni. Tapi semua tak nak bertarawikh. Penat la kot kerja kan.. Tapi, apalah erti Ramadan tanpa solat tarawikh? Sudah tak feel la kan? Sekali sekala mesti mau buat beb. Peduli apa orang mau kata kita wak-wak ke, abah-abah ke, pakcik-pakcik punya line ke..


Namun begitu, kampung aku adalah kampung tipikal seperti yang engkau lihat di dalam majalah lawak-lawak tempatan(gambaran bagi yang tak pernah jejak kampung atau urban sejati). Budak-budak remaja atau kanak-kanak akan bermain meriam buluh atau tanah bila bulan puasa. Ini yang aku paling menyampah. Memekak. Entah hapa benda faedah main binatang ni pun aku tak tau. Siapa tau, apa faedah main meriam ni?


Aktiviti eksplorasi bazaar Ramadan pun semacam kurang tarikan. Makanan yang sepesen dan kemeningkatan harga sesetengah produk makanan menyebabkan aku hilang semangat nak menerjah bazaar-bazaar yang ada di sekitar Batu Pahat. Murtabak RM 3 di Rengit dan tauhu bakar saiz S berharga RM 2 di Parit Raja bukanlah sesuatu perkembangan yang menarik. Ini menyebabkan aku membara!


Apapun aku harap Ramadan kali ini lebih sedikit pengisiannya berbanding tahun-tahun lepas. Bila sudah habis belajar, sudah tidak bekerja jadi kuranglah sikit maki hamun aku. Mata aku pun tak ada lah asik nak notty-notty je. Kat kampung, awek di bazaar Ramadan tak daring sangat. Kalau engkau pergi Bangsar atau SS14 PJ, aku rasa macam tak puasa je. Mak ai. Rileks-rileks sudah. Aku biasanya buat-buat cool je. Godaan dan cobaan je tu sebenarnya.

Aku belum survey sangat apa yang menjadi kegilaan di gedung-gedung pakaian. Terutamanya pakaian perempuan. Nama kain aneh-aneh. Sedikit masa dulu, ada musim Mawi la, Siti la. Tahun ni tak tau apa. Engkau rasa, ada ke bahan baju nama Aizat?

Isnin, 8 September 2008

Selembar Kasih untuk Kekasih

Percayalah Kasih.
Telah aku ciptakan satu sudut yang paling manis di hujung hati.
Khas untuk diri mu tidak yang lain. Untuk melengkapkan runtunan jiwa yang bergelodak. Ruang yang suci untuk sepasang hati dibelai dan disemai dengan rasa rindu. Benih rindu membibitkan rasa kasih. Lantaran budi jadi junjungan. Keterlanjuran perhatian jadi ukuran. Konsekuensi itu akhirnya menjadi erti seorang manusiawi.


Dan percayalah Kasih.
Aku terlalu gentar memulakan dan goyah pula akan menanti akhirnya.
Sebuah perhubungan.


Kasih.
Aku tak mampu lagi menanggung siksa. Beban rasa jiwa yang menyala. Membakar naluri dan merana. Lalu, ku titipkan kata. Kususunkan ayat. Biar indah bicara. Agar hati mu terbuka. Menerima ku seadanya.



Dan minggu lepas, Kasih.
Telah ku layangkan selembar tinta. Dialun melodi ceria. Lengkap dengan rona. Pasti bercambah ria. Biar hanya sekeping kad raya.


Kini sudah lapan hari, Kasih.
Aku menunggu dan menanti. Setiap hari di penjuru titi.
Mengharap balasan si kekasih hati. Sampai hari ni tak de lagi.
Memang kau nak kena maki.

Rabu, 3 September 2008

Sekadar Fiksyen Tak Mungkin Merosakkan Pahala Puasa Kamu: "Turun, Aku Cakap?!"

Di Kedai Razak. Hari Sabtu. Sebelum Ramadhan.


Aku banting wang syiling 50 sen di atas lantai. Lagi seringgit nak cukup RM1.50 bagi senaskhah sebuah akhbar inggeris. Tertera harga minyak diturunkan di akhbar. Mengikut kadar semasa. Mungkin situasi semasa. Aku Cuma mengagak.


“Kalau anak jantan turunkan harga beras, sayur, lada hijau, tomato dan ayam bersih !!!” Spontan. Suara itu menerjah dari kotak suara aku. Keras. Garau. Ton rendah. Berterabur akhbar di udara. Menjadi khabar-khabar angin. Guruh berdentum. Petir sabung menyabung. Mood musik death metal 90’an California.


Semua orang di warung Mat Botak di sebelah Kedai Razak terkasima. Air tumpah. Kuah roti canai bersepah. Di sana ada yang muntah. Ada pula yang jalan berpapah.


Skuter Suzuki vs 125 dihidupkan. Membelah sejuk 8.15 pagi. Membawa aku pergi. Hingga tercicir demokrasi.


Di Kedai Razak. Hari-hari.


Orang memang malas nak layan aku. Helah nak baca suratkhabar dan majalah free lah tu.Cari modal sembang sambil selak-selak surat khabar dan majalah.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Perpaduan Hapebende?

“Juna, hari Khamis ikut lah aku. Kita konvoi. Dari kampung kita. Pergi Senggarang. Pastu. Patah balik. Jangan risau. Duit minyak, baju kitorang bagi. Dapat makan lagi. Esok aku bagi baju. Bagi aku catat nombor motor kau?” Jerkah Pak Tabong kepada aku dengan panjang lebar.


“Ha?” Aku kebingungan. Garu-garu dahi. Rupa aku seperti si rempit kah? Jahanam.


Esok. Pak Tabong datang ke rumah. Bawa t-shirt. Ada lambang parti politik apa entah. Aku tak pasti sangat. Tapi rupanya agak lucu je. Simbol tak sepadan dengan motto perjuangan. Aku ambil. Senyum.


Khamis. Aku tak pergi konvoi. Duduk rumah. Cuba-cuba korek hidung dengan jari tengah. Jumaat, Sabtu, Ahad dan sampai hari ini. Orang kampung pulaukan aku. Bila aku angkat tangan semua buat tak pandang. Dosa kah aku hanya kerna lap skuter aku dengan t-shirt parti politik berkenaan? Nak pakai pergi lepak kat studio jamming Wak Sarno satu jam RM10 pun segan tau.


Itu, cerita empat tahun lepas. Takkan luka sampai hari ni kot? Orang kampung..orang kampung. Bukan aku ngorat puteri-puteri merah jambu kau pun. Aku tak hairanlah gadis perempuan pakai vest di luar baju kurung. Sejuk sangat ke?

Ofa, ini untuk Kamu!

The rules of the game get posted at the begining. Each player answer the question bout themselves. At the end of the post, the player then tags people and their names, then goes their blog and leaves them a comment, letting them know they have been tagged. Let the person who tagged you know when you have posted your answer.



What were you doing 5 years ago?
Saya cuba biarkan kekasih hati saya. Mampus tak layan. Tak cakap putus. Tak cakap nak teruskan perhubungan. Siksa dia. Padan muka.



What were the 5 things on your to do list today?
1. Ada persembahan kugiran live di Batu Pahat. Kalau tak ujan boleh pergi.
2. Semak kerja kosong kat The Star
3. Mesej Lin. Ajak dia keluar. Naik kereta dia. Dan suruh dia bayarkan makanan aku.
4. Bongkar rak CD lama malam nanti.
5. Tengok kuis di tv Indonesia.


What are 5 snacks that you enjoy?
1. Tauhu bakar
2. Tempe goreng
3. Biskut sayur
4. Super Ring
5. Kuaci bunga made in Taiwan


What are 5 jobs you've had?
1. Pembantu kedai Tauke Gemok di Taman Wawasan
2. Pekerja kuli hina di Kmntrian Pbngunan Wanita, Kluarga dan Msyrkt
3. Pemuzik tanpa bayaran
4. Pelaras bunyi pentas/persembahan paksa.
5. Penemu jodoh / Penyelamat rumah tangga orang/ Kaunselor/ Pak Sri Siantan


Orang yang saya mahu tag? 5 orang?
Ah, sapa-sapa baca dan berminat nak buat tag sila buat lah. Aku malas nak paksa-paksa ni. Jadi tak ikhlas.

Selasa, 26 Ogos 2008

Lin: Segaris citra yang merah dan berair pengubat duka

Malam itu, Bang Juna pandu kereta sambil dengar Sinar fm. Dari Kuala Lumpur masuk ke Jasin terus ke Muar sampailah ke Batu Pahat. Dalam kereta penuh dengan famili Bang Juna. Bang Juna fikir, Bang Juna kena cari sesuatu untuk hilangkan penat ini. Sampai rumah dah tengah malam. Orang tua Bang Juna pun turun lalu masuk ke rumah. Bang Juna pura-pura mahu masukkan kereta dalam garaj. Bang Juna tengok jam. Sempat lagi ni, baru pukul 12.43 tengah malam. Bang Juna masuk gear R. kasi undur dan masuk gear 1 dulu sebelum boleh maju ke hadapan. Berdezup dibuatnya. Harap-harap Lin belum tidur.



“Lin, dah tidur ke?” Bang Juna mesej dulu betina ni. Mana tahu si malaun ni dah tidur.



“Belum, jahanam. Apasal mesej aku malam-malam? Aku sorang ni. Datangla umah, Comel!” balas Lin. Cun. Petanda baik. Dah lama sangat Bang Juna mengidam nak ke rumah Lin dalam keadaan tak terkawal. Bersepah dan penuh gerakan suka hati kepala pak menteri.



Selama ni, Bang Juna pergi rumah Lin dengan malu-malu. Sopan santan lemak berlada. Maklumlah, depan orang tua. Mana tau dipelawa jadi menantu. Kan bertuah? Lin pun dah ada kereta Persona. Kira gerek la tu bila dipadankan dengan Bang Juna yang awet muda ni bila di atas pelamin kelak.



“Kau ni macam tau-tau je la Lin. Aku memang nak pergi rumah kau. Tadi, aku tengok kereta bapak kau takde..hi hi hi,” Bang Juna balas sambil memandu. Jangan tiru stail Bang Juna kalau kau baru ada lesen P. Sebelum ni pun, Bang Juna pernah terodok ayam jiran gara-gara bersms semasa memandu. Sudahnya, Bang Juna “disekolahkan” oleh tuan punya ayam di depan Warong Mbah Nab.



“Yeke? Ok. Aku siap-siap. Kau tunggu je depan rumah aku tau, muah muah.” Yes! Yes! Yes! Bang Juna mula terbayang saat-saat nikmat bersama Lin nanti. Bang Juna meneguk air liur beberapa kali sewaktu mula membelok ke perkarangan rumahnya. Gelodak jiwa tak dapat ditahan lagi. Hormon testosteron Bang Juna bagai menendang-nendang.



Bang Juna padamkan lampu kereta dan parkir betul-betul di bawah pokok jambu merah rendang dan berbuah lebat milik Wak Ngol betul-betul terletak di antara rumah Lin. Bang Juna keluar dari kereta dan tutup pintu kereta perlahan-lahan. Takut didengar jiran . Tak lama kemudian, muncul sekujur tubuh wanita berpakaian tidur satin dan nipis. Ya, itu Lin. Bang Juna terus tarik tangan mulus Lin ke bawah pangkin yang terletak di bawah pohon jambu. Kami duduk berdua. Hish, tak sabar rasanya nak memulakan operasi.



“Lin, tak salah ke apa yang kita buat ni?” Bang Juna cuak-cuak juga sebenarnya. Biar se-KL mana pun Bang Juna, goyang di hati pasti ada.



“Ah. Kau relaks sudah. Wak Ngol tak kisah la. Kau yang malu-malu lepas kau rodok ayam dia dengan kereta hari tu kan?,” jawab Lin dengan selamba sambil mengibas rambut perangnya itu. Lagak gadis urban yang lali melakukan dosa-dosa berat seperti zina bersepah-sepah, minum arak murah dan merokok rokok seludup beli di kedai runcit dengan alasan mahu jaga potongan badan. Non-practice muslim, apa katanya.



“Yeke? Lin sendiri bagaimana? Tidakkah Lin berasa bersalah? Abang bukan suami Lin, bukan tunang Lin. Dan yang pasti abang bukan kekasih Lin kan?” Bang Juna masih tak pasti. Keliru. Ah, Bang Juna di dalam dilemma. Benarkah ikhlas di hatinya melakukan ini? Pengorbanan apakah ini? Bukti sumpah setia? Ghairah Bang Juna semakin menjadi-jadi. Meluap-luap. Arghh...biarkan dosa bergentayangan. Nanti Ramadhan mintak keampunan!



“Kau jangan banyak songeh boleh tak monyet? Geli siak, siap berabang-abang bagai.. Dah, pergi petik jambu air tu. Pemalas! Semua nak aku buatkan. Ni, aku dah temankan kau makan jambu air Wak Ngol dah cukup bagus. Siapkan buatkan kau sambal kicap lagi. Cepat!!” Herdik Lin pada Bang Juna bila dia melihat Bang Juna masih tak lepas dari memandang tangan lembutnya.



Menggiurkan. Melopong dibuatnya melihat gerak tari gemalai tangan si Lin ni membancuh sambal kicap di dalam mangkuk kecil transparen itu. Gula, cili, bawang putih dan kicap. Diadun sebaik mungkin bagi mendapat rasa yang benar-benar padu.



Malam itu juga, Bang Juna melantak jambu air cicah sambal kicap dengan tanpa segan silu. Siap porak peranda baju Bang Juna kena titisan dan percikan sambal kicap. Tubuh seksi Lin kini bukan tarikan lagi. Pukul 2.30 pagi baru Bang Juna balik rumah. Ini semua gara-gara makan jambu air sambil mengumpat perihal anak-anak jiran tetangga. Nyum..nyum sedapnya makan jambu air dengan sambal kicap. Ditambah lagi dengan mengumpat. Peh.. Selamat mencuba…

Bai.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Apa? Lagu Punk? Nak kena lempang? Meh sini kita tengok sapa hero?!

Aku betul-betul dilanda kemalasan untuk menulis. Mungkin virus si Yosh dan Rahimin sudah menjangkiti otak sebelah kiri aku. Lagi pula, aku sibuk cari bahan mahu temuduga jadik cikgu. Wis mi lak oke? Ha Ha...Jadi, aku malas layan engkau semua dalam seminggu ni. Settle semua barulah aku layan engkau semua. Faham? Kalau tak faham jugak aku lempang. Nak?


Oleh yang demikian, aku harap engkau semua dapat menghiburkan diri dan menyanyi bersama video yang dirembat dari Youtube. Sebuah kugiran Punk lama dari Kota Tinggi yang amat nostalgik bagi aku dan mungkin anak-anak Punk/Hardcore di Johor amnya. Terimalah Depress dengan lagunya Sejahtera. Lagu yang catchy dan lirik yang elok di dengar oleh mak ayah anda sambil makan tengah hari lauk simple-simple sebab harga barang semua dah naik. Nanti dekat raya lagi la macam sial. Ko tengok je la..Layan..Bedebub bedebab zaaz zius!!








Sejahtera
Manusia di dunia ini
Semuanya sama saja
Hindari persengketaan
Eratkan hidup rukun dan damai

Janganlah sombong sesama
Apakah ada untungnya?
Ganding tangan terus berjuang
Hindari sikap yang merugikan

Terus beringat kita
Hidup sekejap saja
Menjadi hamba harta gila..

Isnin, 18 Ogos 2008

Erotika Senjakala Pembakar Semangat Usahawan Bumiputera Alaf Baru

Satu petang, di salah satu daerah kecil yang berada paling hujung dalam jajahan daerah Batu Pahat. Terdapat beberapa pemuda dari pelbagai variasi peringkat umur sedang menikmati minum senja. Kawan-kawan, jangan ikut perangai mereka tau. Suka balik lewat maghrib. Apa nak jadi tak tau lah. Aku pun ada sekali kat situ. Tak guna.


Duduk berbincang begini bukanlah perkara selalu bagi kami. Semua ada tugasan tersendiri. Termasuk aku [huhu..]. Kami jarang bersua. Perhubungan yang mesra antara kelompok senior dan junior Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon menjadi punca adanya golongan yang melewat-lewat solat maghrib di hujung minggu seperti ini. Termasuk aku sekali. Hampas.


Kisah duka, luka, nestapa dan sengsara. Itu perkara biasa yang diketengahkan dalam forum yang bakal menerima leteran orang tua masing-masing bila balik rumah nanti, termasuk orang tua aku. Argh.


Seperti Supandi. Selalu mengadu domba. Bosan dengan kerjanya. Menyelia tapak binaan di Kuantan. Menurut beliau, kalau tapak semaian ok juga. Boleh selitkan bunga-bunga segar di celah telinga atau di tepi gelas minuman. Nampak elegan dan tampak seperti dalam drama atau lagak Upperline MLM. Tapi usahawan MLM lebih suka bergambar di rumah kosong atau dalam proses pembinaan yang entah siapa-siapa punya.


Senja itu, Supandi mengusulkan cadangan untuk mengubah gaya hidupnya seperti seruan para pemimpin tercinta engkau [bukan pemimpin aku, kerana aku tak mahu dipimpin],
“ kepala gua berpusing mau bikin bisnes bila lalu Jalan Muadzam Shah-Segamat lu tau tak?”



Aku selaku brader-brader yang berada di usia pertengahan antara kami, mencelah tanda tunjuk respon. “Apa lu mau bikin? Sekarang lu bilang gua, boleh?”


“Gua fikir gua mahu bawa jala dan sekaligus menjala tenggiling di sepanjang jalan semasa gua balik kampung. Lu tau, seekor tenggiling boleh jejak ratus-ratus woo?” Aku kaget. Merembes. Menggigil bila terdengar wang ratus-ratus. Sukenyer…Tapi, kalau juta-juta, itu sudah kira tipu bai. Ini dah kira MLM ni. Lu bikin gua panas. Nak kena debik ke apa?


“Ok gak, bai.” Aku setuju. Mana tau, boleh jadi downline. Yang lain cuma angguk-angguk kepala. Tak tau la pasal apa. Tapi ada 2,3 orang yang tunjuk tanda ‘good’.


“Dan gua akan mengiklankannya di laman sesawang yang akan gua bangunkan. Siap dengan info binatang sekali,” aku mula tercengang. Terpana dek bernasnya idea si Supandi ni. Tak sia-sia dia lahir di London. Aku selaku graduan menganggur pun hanya mampu berfikir untuk membuka kedai runcit di KLCC sahaja. Lihatlah betapa cemerlangnya pemikiran anak muda sekarang, selari dengan pesatnya perniagaan MLM dikalangan orang melayu di negara ini. Beliau sungguh multimedia super koridor kan?


Beliau kembali menghisap rokok yang masih di bibir. Disedut dalam-dalam. Sampai kecil matanya menahan pedih di paru-paru. Semua ahli jemaah tahu beliau akan menambah hujahnya lagi selepas beliau menghembuskan kepulan asap di udara.


“ Dan gua akan letakkan tajuk berkelip-kelip di situ HAIWAN EROTIK LENGKAP DENGAN INFO DAN VIDEO BERFORMAT 3GP.”


Serentak dengan itu, beberapa ahli jemaah mula mengalirkan air mata. Tunduk memandang simen restoran. Apakah mereka terharu dengan idea segar ini?!!!! Atau mereka insaf dengan dosa-dosa silam mereka?!!!! Entah lah. Aku cuma harap pihak yang berkenaan dapat memberikan sokongan yang padu kepada Supandi sebagai usahawan melayu baru yang tak menipu dan memijak golongan yang tersepit dengan ayat bekerja dari rumah dan pendapatan mencecah RM4 juta setahun. Beliau ikhlas.


Semoga dia dapat mencari kontek tauke restoran makanan erotik tersebut. Go Supandi, Go..!Aku doakan perniagaan haiwan erotik kau berjaya dan boleh join MAHA kelak. Semoga berjaya, sahabat. Aku sentiasa di sisi mu dan mendoakan yang terbaik hanya untuk mu.




“ Erotik Endas mu* Supandi!”







*Endas mu-Kepala kau