Sabtu, 30 Mei 2009

Cuma bersimpuh di pinggir pentas, menyaksikan aksi mereka gembira di atas sana.

Apa? Tak ada perempuan nak ajak kau keluar? Gila tak cool. Apa lagi. Ikut Bang Juna lah. Kita pergi gig. Tapi jangan nak celupar cakap budak-budak yang pergi adalah pecundang sebab tak ada teman wanita. Ini kenyataan paling hardcore untuk ditelan.


Bang Juna suka pergi gig. Suka tengok kugiran-kugiran yang main muzik laju-laju. Lepas tu, bising-bising. Baru lah berbaloi. Kita penat bayar masuk gig, diorang penat main muzik. Sama-sama penat.



Kalau dah main muzik laju dan bising-takkan lirik pasal putus kasih kot? Kurang-kurang pun, lirik mesti pasal betapa jijiknya makan di Mac Donald's. Atau pasal bos suruh kerja lebih masa tapi gaji tak ada. Biasa lah. Radikal. Politikal. Ini baru punk. Ini baru hardcore.


Bang Juna paling berderau tengok kugiran yang mempunyai imej yang ganas. Rambut panjang. Baju hitam. Tampal-tampal perca yang mempunyai ayat politikal. Serba serbi lengkap. Imej dan lagu. Biasanya mesti seiring. Baru dengar soundcheck pun dah meremang bulu tengkok. Belum lagi tengok peranti-peranti muzik aneh mereka. Peh. Sekali dia "JREEEEENGGGG", dah mengigil lutut.



Bila dah counting 1, 2, 3 muzik pun masuk. Budak-budak mula rapat depan pentas. Muka masing-masing ketat. Posing berpeluk tubuh. Gaya macho. Mana yang ada kamera DSLR mula beraksi menangkap gambar dengan skill masing-masing.


Vokalis mula rampas mikrofon.


"Okay, we re Kepala Pecah Berderai from pekan Rengit, Batu Pahat. And this is our first song!!! Bluerrghhh!!!" Layan. Muzik laju. Berat. Vokal garau dan rabak. Bang Juna hangguk kepala sikit-sikit je. Dah tua. Nanti pening pulak. Lagu pun habis.



Habis satu lagu vokalis pun berbicara, " This is our next song."


Habis lagu kedua, vokalis pun berbicara lagi," This is our third song. Enjoy." Seminit dua lepas tu, lagu ketiga pun habis.


Dan.
Lagu keempat, " This is our last song for today."



Ok, muzik yang bagus. Permainan yang ketat. Cuma pengisian tiada. Hanya paluan muzik keras bersama jeritan/ngauman garang. Apa salahnya luangkan masa seminit dua untuk terangkan isi lagu dan pendirian mereka. Rasa-rasanya tak lah bazir masa untuk memberikan penerangan kepada para hadirin yang dihormati.


Ya. Bang Juna tau, ada diantara mereka berkobar-kobar nak menyatakan hasrat terpendam di hati untuk berkongsi pendapat. Tapi apakan daya, diri dah dipengaruhi alkohol. Sudahnya, main muzik entah ke mana, etika entah ke mana. Habuk pun tara.


Hapabenda yang nak diubah kalau dah macam gini gayanya?

Khamis, 28 Mei 2009

Catatan emodrama kesekian kalinya- Rabak

Bang Juna rasa dah empat bulan Bang Juna tak berhubung dengan Lin. Biar. Tapi, jauh di hati ini, Bang Juna kasihan juga dengan dia. Call berkali-kali. Bang Juna tak angkat. Mesej jangan harap Bang Juna nak balas.

Akhirnya, bulan ketiga Lin menyerah. Tiada panggilan atau pesanan teks ringkas dari dia.

Memang. Pada mulanya Bang Juna kecik hati. Dia kata gambar Bang Juna teruk. Menjolok mata. Apa kejadahnya. Padahal, gambar Bang Juna tak ada pun yang dedah pangkal buah dada dan lurah punggung. Ini menyebabkan hati Bang Juna terhiris. Amat pedih sekali. Bagaikan luka yang dicurah air limau purut.

Point yang kedua yang menyebabkan hati Bang Juna bagai hancur bak kaca berderai di lantai marmar adalah-bila ajak keluar dia akan ajak adik dia sekali. Tak cool lah. Nak cakap bunga-bunga pun tak sedap lah kan? Aduh...Bang Juna terasa ah kan. Tau ah Bang Juna nampak macam budak jahat, gatal, miang dan hidung belang. Tapi rasa-rasanya Bang Juna bukan jenis macam tu sangat lah. Tak ada niat pun nak ringan-ringan ke apa. Mengarut ah kan? Tapi kan kalau hidung ni belang pun pasal naik motor pergi sekolah. Panas tengah hari menyebabkan hidung Bang Juna berbelang dengan garisan cermin mata.


Sebenarnya. Dah lama Bang Juna memikirkan tindakan 'melarikan diri' ni. Dalam diam-diam sepanjang beberapa tahun Bang Juna berkawan dengan dia ni, ada jugak lah perasaan sikit-sikit. Nak lebih-lebih tak berani lah pulak. Maklumlah, dia tu penjawat awam yang dah pakai Proton Persona. Apa sangat lah nak dibandingkan dengan Bang Juna yang comot ni. Kalau ada comel tu, sikit lah. Tak banyak mana pun. Comel, tapi tak berkereta anak dara mana yang nak pandang?


Pernah jugak Bang Juna acah-acah ajak kahwin (padahal duit dalam akaun masa tu tinggal RM25.58). Dia tak kisah beb. Peh, macam terharu jugak ah kan. Tapi relaks. Bang Juna cakap ah. Takkan ah nak kahwin dengan Bang Juna yang tak ada kerja tetap ni? Takkan nak menjalani kehidupan ala anarkis pulak? Anarkis, anarkis jugak. Sampai masa kang, duit dia jugak aku kikis buat tambang pergi gig. Ish, tak mau ah macam tu kan?



Tapi dia kata dalam nada gurau-gurau serius, bahawa dia sanggup tunggu. Aduh, berat. Bang Juna sentaps la beb. Rasa bersalah pun ada. Kesian pun ada. Tak boleh angkat ah. Lama-lama makin bersalah pulak bila dia macam tak ada budak lelaki lain yang dia layan.


Tak boleh jadi ni. Jadi Bang Juna membuat keputusan yang boleh kata tangkap leleh gak ni-iaitu tak layan dia tanpa sebab musabab yang munasabah langsung.


Takkan ah nak cakap- Lin, cari lah lelaki yang lebih baik dari saya. Peh, tak emo ala drama lepas maghrib kata tv 2 pulak la kan? Ah biar lah.


Sudahnya, Bang Juna menetapkan matlamat untuk menjaga kedua orang tua sampai bila-bila. Belum rela rasanya berkongsi kasih dengan orang lain.

Selasa, 26 Mei 2009

Kehidupan kita pilihan kita: Tak mampu melawan takdir

Bila dikenang-kenang kembali, kehidupan yang diinginkan mungkin sekadar fantasi sebelum tidur. Akhirnya, bila mentari terbit-segala fantasi dan khayalan indah itu terbang dimamah masa dan kesempatan yang kita kejar-kejarkan.



Harus kita sedari, setiap inci kehidupan ada aspirasinya tersendiri. Ingin bahagia. Itu pasti. Tapi cara bagaimanakah untuk mencapai kebahagian? Itu ada dalam tangan kita sendri. Kehidupan kita, pilihan kita.




Membandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain adalah suatu kesilapan bagi diri saya. Ini menyebabkan saya semakin sesak dihimpit perasaan bersalah. Apakah sememangnya nasib kita akan sama dengan orang yang lebih bernasib baik dari kita? Itu satu lagi persoalan yang bisa membuat kita akan berasa rungsing. Mungkin kita boleh berusaha menjadikan diri kita setanding dengan mereka yang terbaik. Namun, sukar sekali untuk menolak takdir yang telah tersurat. Apa yang telah tertulis haruslah diterima dengan hati yang terbuka. Redha.


Saya sekali lagi tertanya-tanya. Apakah piawaian kebahagian itu diukur dari aspek material semata-mata atau sejauh mana individu tersebut memandu dirinya ke satu sudut kehidupan yang lebih baik?


Jawapan yang logik, barangkali ada di dalam minda kalian. Tetapi, jelasnya masyarakat hari ini menilai kejayaan sebuah kehidupan berasaskan unsur material semata-mata. Besar kereta Amat, maka bahagialah Amat. Mahal telefon Joyah, maka hebatlah Joyah di dalam lrt kelak. Besar rumah Abu, maka keluarga Abu serba serbi sempurna cukup makan pakai.



Pernahkah kalian terfikir bahawa pencapaian dari aspek sosial sebenarnya lebih mahal harganya berbanding pencapaian dari aspek ekonomi?


Bahagiakah Amat apabila berkereta besar, tetapi ianya hasil dari duit perjudian? Bahagiakah Joyah bertelefon bimbit walaupun ianya hasil dari rompakan bersenjata Joyah bersama suaminya? Bahagiakah Abu di dalam rumah besar sedangkan keluarga porak peranda?



Beberapa minggu lalu, seorang teman yang juga bakal pengantin memalukan saya dihadapan rakan-rakan. Dia mentertawakan saya kerana masih tidak punya pacar, tidak mempunyai pekerjaan tetap dan masih tidak berubah seperti tujuh atau lapan tahun dahulu. Saya hanya tersenyum sambil meneguk air teh yang sudah sejuk di dalam cawan.


Ya. Saya akui. Mendengar muzik keras, membaca zine dan menghadiri acara muzik kecil-kecilan adalah sebahagian hidup saya. Saya cukup minimal dalam mencari erti sebuah hiburan. Maklumlah, tidak dibesarkan dalam keluarga mewah. Saya hanya mahukan hiburan yang betul-betul mempunyai nilai supaya ia nampak lebih berbaloi. Mungkin attitude ini amat melucukan bagi mereka kerana saya masih lagi sebegini sejak zaman sekolah lagi. Lagi pula, saya masih bermotosikal sedangkan mereka sudah berkereta menjalar biarpun hanya lulusan SPM/STPM. Saya redha dengan semua itu.



Saya biarkan.


Cuma di dalam benak ini, timbul persoalan. Mampukah dia memikul tanggungjawab sebagai seorang suami dalam usia semuda ini? Mampukah dia mengharungi tantangan yang lebih besar apabila menjadi suami, sedangkan tantangan dan godaan kecil pun tidak mampu dilawan? Mampukah dia memberi nilai kehidupan yang sempurna kepada anak-anaknya, sedangkan dirinya diselaputi kebejatan nafsu jahat?


Ah, persetankan. Saya juga masih mencari erti kehidupan.

Sabtu, 23 Mei 2009

Hey bodoh..sini kau. Babi.





Kepada H,

Lancau. Aku nak main lagu ni waktu hari persandingan kau nanti. Wang hantaran murah jangan nak berlagak.

Jumaat, 22 Mei 2009

Babi tu sedap ke Ah Lian?

I.

Aku: Woi taukeh. KPLI lu macam mana?

Ah Lian: Ai yah. Suwey loh. Tak dapat.

Aku: Relax lah taukeh. Gua pun tak dapat.

Ah Lian: Kuatkan semangat. Banyakkan sembahyang.

Ini adalah petikan sms dari dua orang budak yang tak ada kerja tetap dan mencari sesuap nasi dengan merapu depan budak-budak. Ah Lian ada jurutera yang dibuang kerja. Bapa dia selalu bilang dia seorang yang degil kerana suka berhenti kerja. Bapak Ah Lian tak faham masalah sebenar. Ah Lian ni seorang yang boleh diragui kebijakannya. Macam lah dia tahu aku kurang sembahyang. Cit!


Semasa di Tingkatan 4 dan 5, aku selalu tanya dia bila aku tak ada modal nak bersembang.

"Babi tu sedap sangat ke Ah Lian?"




II.

Sekarang Alan dah berhenti kerja. Hampir 4 tahun dia potong rambut aku. Akhirnya dia chow tanpa bagitahu aku. Aku bengang betul bila aku dapat tahu hal ni dari Sing E. Biarpun Alan kerja dengan mak Sing E, Sing E tak tau mana Alan pergi.

Last-last Sing E yang potong rambut aku. Jadi, tune rambut aku sedikit lari berbanding 3 atau 4 tahun dahulu.

Namun, bila Sing E potong rambut aku, aku rasa macam nak jatuh cinta. Lembut betul jari jemari dia bila sentuh cuping telinga aku.

"Euwww...sezuk ah Sing E.... hak hak hak."



"You tiam-tiam loh...."




III.

Ah Hong tak ada mesej aku lagi. Jadi aku nak kepastian. Bila dia nak kahwin dengan awek tudung labuh dari JB tu? Lama aku tunggu ni.

Dia bilang aku pengetua kolej yang pinangkan awek tu.

Ada siapa-siapa tahu cerita pasal mualaf sekor ni?

Khamis, 21 Mei 2009

Blog ini tidak best

Sejak perkhidmatan internet bertalian terus dari rumah gua, gua jadi kurang marah-marah. Cuma sekarang ini badan gua terasa sengal-sengal.

Baru gua tau. Profesyen pilihan gua cukup meletihkan. Sabtu Ahad pun tapau.

Tapi takpa. Gua jenis suka berbual. Gua suka berbual dengan budak-budak. Secara tak langsung aura seri awet muda gua terserlah. Mana tidaknya, budak dengan cikgu pun sama. Dua kali lima borak terbahak-bahak.


Sambil dijeling Penolong Kanan!

Sabtu, 16 Mei 2009

Sejenak di Kuala Lumpur

Terlalu letih dikuras masa dan kesempatan. Hanya foto menjadi tatapan.















Rabu, 13 Mei 2009

Senyum dan hati ini mula mencaci

I.

Ke Kuala Lumpur hujung minggu lepas.
Melepas rindu pada rakan-rakan.

Mendapatkan dos suntikan semangat dari pemuzik bebas tempatan. Hanya irama yang berat. Pantas. Pendek. Tangkas. Bermain-main di minda aku sehingga hari ini.

Itu natijahnya.

Nah, aku sudah kembali bertenaga. Bersemangat. Untuk melawan. Pembudakan ke atas diri aku.

Er.. belum.


Di dalam bas. Keletihan. Menuju semula ke Selatan. Seorang gadis asyik bertanyakan latar belakang aku. Kerana dia duduk bersebelahan dengan aku. Lalu, aku jawab dengan jujur. Satu persatu.


"Awak tak nampak macam cikgu pun?"

* Senyum* (Dalam hati, "babeekow.")



II.

Dengan sisa semangat yang ada aku menghadiri kursus pendidikan jasmani. Atas alasan tiada siapa lagi boleh diharapkan, aku menjadi wira sekolah.

Di kaunter pendaftaran. Urusetia sentiasa tersenyum. Beramah mesra. Sedaya mereka. Untuk menunjukkan etika kerja yang berkualiti barangkali.

"Awak kalau menyamar jadi pelajar pun orang tak tau," sapa si urusetia.

*Senyum dan tidak berkata* ( Hati terdetik,"bapak kau mungkin lambat azan kau ni.")

"Awak mesti tak sangka awak jadi guru kan?"

*Senyum dan berlalu pergi* (Hati berkata, "bapak kau mungkin adalah seekor ayam belanda yang mempunyai kerandut leher yang agak layut.")

Isnin, 4 Mei 2009

Awak, kalau saya dah benci, saya akan terus membenci sampai 400 ratus tahun Lamanya.

Seorang sahabat yang bertindak sebagai penjaga keamanan negara jumpa aku. Dia belanja aku teh o limau panas.


Aku on je. Tak ada hal. Dia buka soalan.

"Aku dengar ada orang cakap. Kau dah hisap rokok (semula)?"





Penabur fitnah.
Aku ingin jumpa kau.
Mahu ucapkan.
Kau anak anjing.
Dari keturunan paling pariah
pernah aku temui.