Sabtu, 21 Mac 2009

Semangat 46

Saya baca akhbar. Kalau saya resah gelisah saya akan cepat-cepat ambil akhbar. Tak kiralah akhbar bila. Tapi saya memang gembira bila baca akhbar atau lebih senang dipanggil suratkhabar. Malah lebih gembira dari membaca koleksi-koleksi surat cinta saya yang lepas-asyik tulis ‘pecah kaca pecah gelas’ je bila sampai bahagian penamat. Perkataan lain tak tau nak tulis ke? Bodoh rupanya bekas-bekas makwe saya ni. Patutlah tak pernah kekal. Terpengaruh dengan budaya pop. Tak avant-garde langsung. Bongok macam dhab. Dhab pun berbaloi walaupun rupa dia buruk. Boleh buat ubat tenaga batin. Engkau-engkau ni boleh buat apa? Masak pun tak tau. Mengemas malas. Bilik macam tongkang karam. Solat pulak selalu tinggal. Tutup aurat apatah lagi. Tak guna punya perempuan. Macam hampas kelapa. Nak aku kukur kepala kau? Cakap dengan bapak kau bila cas wang hantaran tu berpada-padalah sikit. Anak-anak sampah macam kau 2-3 ribu pun dah alright(ni aku nak cerita pasal suratkhabar ke pasal awek ni?). Ini sampai belas-belas ribu gila apa bapak kau ni? Nak aku rodok perut bapak kau guna penyapu?

Bila banyak baca akhbar kita akan dapat banyak pengetahuan. Saya percaya proses pendidikan adalah berterusan dan tidak berhenti setakat di universiti sahaja. Sebab itu saya akan terus membaca suratkhabar. Suratkhabar banyak pengetahuan. Malang sekali saya jarang beli suratkhabar nasional dengan duit kocek saya sendiri. Saya selalu pangkah kat perpustakaan sekolah atau bapak saya punya. Kalau sudah terpaksa atau tak ada duit untuk bahan bacaan berkualiti barulah saya beli suratkhabar melayu nasional arus perdana. Apa gila seronok akhbar arus perdana kita ni ialah kita dapat banyak ayat bodek-membodek. Memang elok diaplikasi bila kita di medan kerja kelak. Kita boleh belajar cara bodek mengikut susun atur ayat yang betul untuk bos kita.

Saya sebenarnya baru tahu kandungan akhbar tempatan arus perdana kita sangat berkualiti dan segala laporannya adalah sahih lagi menyahihkan. Saya sangat menyesal menyondol-nyondol pongkes apabila saya berpendapat sebaliknya ketika mengajukan hujah dalam sesi temuduga KPLI (Kursus Perguruan Lepasan Ijazah) tempoh hari. Ini semata-mata dilakukan kerana saya nak tunjuk keintelektualan saya yang tak seberapa ni. Akhirnya saya tak dapat kerja tetap. Apajadahnya tahap intelektual tinggi tapi takda kabel kuat orang dalam? Siapa nak pandang? Siapa nak jawab soalan saya ni? Danielle boleh jawab ke? Atau Danielle pun sama nak kena lempang prata macam penemuduga tu. Dia soal saya lebih kurang macam ni:

“Kamu kata kamu minat membaca. Bagaimana pula dengan akhbar?”

Saya jawab:

“Sumber-sumber yang dipercayai dan sahih hanya akan diperolehi melalui kajian dan pemerhatian yang terperinci. Tanpa fakta yang tepat di dalam kajian dalam bentuk perangkaan dan laporan terperinci, adalah sukar untuk dicerna bagi saya. Fakta di dalam akhbar itu sendiri adakalanya meragukan.”- Oh, teruknya saya. Saya rasa saya macam sampah sarap yang tak boleh kitar semula apabila saya jawab macam gini. Saya nampak macam budak jahat yang malas hafal sifir dan suka makan aiskrim perisa coklat berbanding bihun dawai goreng yang makcik kantin masak. Tapi Danielle lain. Dia tak boleh makan mi goreng. Nanti dia gatal asyik mintak nombor telefon awek kat hentian bas depan Mid Valley.

Beberapa hari lalu, saya terbaca akhbar bahawa ada 46 ribu kerja ditawarkan dalam sektor awam. Hati ini meruntun hiba dengan tangis kesyukuran walaupun saya terkejut macam lotong yang tak dapat mengawan masa itu. Dalam tak sedar, air mata sebening embun pagi sesuci lebaran merembesi pipi saya yang diadun dengan foundation secukupnya. Celak di kelopak mata saya ni pun cair. Akhirnya, muka saya dah macam budak Black Metal. Seram dan sangat keliwon. Nampak garang macam Dr. Puad Zarkashi.

“Ya allah. Syukur kehadrat Mu. Dalam keadaan begini masih ada lagi jawatan kosong,” seru saya dalam hati yang berbunga-bunga umpama ada taman dalam hati saya yang serba hitam dan gelap ini. kalau terang sikit-sikit pun sebab doa mak bapak saya.

Bila ekonomi kita stabil dan banyak pelabur melabur(seperti yang dicanang-canangkan dulu), berasak-asak para graduan nak cari kerja. Semua tolak ke tepi. Gara-gara ingin menjadi seorang berkarier. Soal jodoh, kahwin, MLM sudah tak hip lagi bagi mereka. apa yang penting karier. Carrier fair sana. Carrier fair sini. Gila baboon (yang buntut merah) saya dibuatnya hingga tak menang kaki atlit ni nak pergi carrier fair yang mana satu. Kalau macam gini gayanya, tauke Fair And Lovely pun boleh bankrap habis duit untuk pergi carrier fair, tapi habuk pun tak ada. Bila dah bankrap, siapa nak jawab? Danielle? Mangkuk arkopal tu tak boleh harap. Dia ada bisnes sampingan lain. Dia kata nak jual tali pinggang bergegar anti-buncit pulak lepas bisnes tudung bawal dia tak jalan.

Sekarang, apabila ekonomi dunia huru hara macam gig anarko/crusty/D-beat punk-bertambah banyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak pulak lah kerja kosongnyerrrrrr, Senah oiiiii!! Oh, sesungguhnya kemelesetan ekonomi ini telah memberikan hikmah tidak terhingga pada umat marhaen seperti saya, kamu dan mereka. Danielle lain cerita. Dia dah pergi temuduga terakhir PTD(dia kata dia tengah berfikir-fikir untuk buat sajak patriotik ala jihad ekonomi di era glokal). Yang ada kabel, boleh tolong jauh sikit tak? You macam kopra kelapa tau. Bacin.

Tak dapat saya bayangkan betapa siboooooooooooknya bila saya asyik menjawab panggilan dan menghadirkan diri ke temuduga nanti (nama saya dah masuk tahun kedua dalam senarai lulus ujian bertulis kakitangan awam ni, takjub nak datang temuduga lah pulak sebab belum pernah dipanggil temuduga). Saya tengah berkira-kira ni. Berapa masa yang perlu dihabiskan untuk ke temuduga. Berapa banyak pula duit habis buat tambang. Berapa banyak pula duit habis fotostat resume dan sijil-sijil untuk dibawa ke temuduga kelak. Berapa lama pulak kita semua kena tunggu jawapan hasil dari penat lelah datang temuduga dan akhir sekali berapa biji bakul dan baldi perlu saya sediakan untuk mengisi maki hamun caci maki sumpah seranah taat setia bila temuduga yang saya hadiri langsung tak ada jawapan.

Bagi saya, itu semua sangat indah, manis, asyik dan meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri saya. Malah, lebih diabetik berbanding memori-memori kisah cinta saya yang ditolak mentah-mentah beberapa kali dulu kerana pakai skuter, tak pandai main gitar, tak hisap rokok, tak minum arak, tak cekap berzina, tak hensem, bukan kalangan anak orang politik dan tak ada kerja tetap. Malu saya dibuatnya. Sekarang, saya pulak tolak besar cinta mereka huhu..(intonasi iklan pelekat gigi palsu Mirnawan dengan gaya tangan sekali). Apa punca saya menolak cinta mereka tidaklah pula diketahui kerana suka hati saya lah.

Apapun, saya berharap agar saya akan dapat menjalankan apa yang dikatakan tanggungjawab pada masa akan datang iaitu mengundi agar saya dapat jadi seorang ayah yang baik(itupun kalau ada yang sudi nak mempersuamikan saya). Saya naik hairan dan berbulu perut lebat, apakah mengundi itu tanggungjawab dan kewajipan? Ketika musim mengundi lalu, semua orang kampung sibuk menunaikan kewajipan mereka tetapi tidak bagi saya. Lantas orang kampung tak suka saya. Malah, saya dikatakan pengamal ilmu hitam kerana selalu pakai baju band hantu dan bawak budak-budak luar masuk kampung(mungkin mereka fikir saya seorang pawang dan budak-budak ni datang untuk berubat dengan saya-panggil saya Tok Juna lepas ni. Nak jumpa Tok Dalik cari dia kat Kampung Niyang Rapik).

Apa yang menjadi persoalan, antara solat Jumaat dan mengundi mana satu yang sebenarnya wajib? Dosa mana yang lebih besar? Rasuah atau sedekah? Janji tak ditepati atau maki? Minum arak mahal di hotel sambil ditemani perempuan bukan muhrim atau tak mengundi?

Sehingga hari ini saya masih membiarkan persoalan ini menjadi suatu misteri yang tak terungkap. Bagi saya misteri itu adalah sesuatu yang romantis untuk diungkapkan. Apabila ia romantis pastinya ia sesuatu yang indah. Bila indah ia pastinya mengundang kebahagiaan. Ingatlah, bahagia tidak berbau. Hati busuk pun tak berbau. Apa lagi yang tak berbau? Cuba teka?

Dendam gua lagi lah yang tak berbau tu. Kalau berbau susahlah gua nak tikam lawan gua dengan screw-driver!!!


(Gua rasa inilah entri-paling hardcore politik emosional setakat ni)

Band pilihan minggu ini:

The Psalms- The Long Haul

24 ulasan:

yoshz berkata...

bagus bagus. teruskan penulisan sebegini. ianya mampu menjana mahasiswa berketrampilan unggul

Danielle_Corleone berkata...

Gua jugak yang kena. kah kah kah! Munkee ni jangan nak Lebong!

Unknown berkata...

terbaekkk lah jawapan ko pada penemuduga tuh...mmg terbaekk...hahaha

Yana Ismail berkata...

PECAH KACA PECAH GELAS,
SUDAH BACA HARAP BALAS..

Mana ni bang juna, surat cinta yana tk bbalas lg ni? ;P

leng berkata...

kumpul duit beli leptop canggih..
bak datang aku setting waipai..
pasni ngeteh kat sebelah kedai aku sambil layan waipai..bagitau kengkawan sekali..

dzul berkata...

..karya separa romantis yang tidak disiarkan dalam media arus perdana..

Rajuna berkata...

yoshz-memang siak. sengaja nak carik gaduh. aku nampak kat lrt memang aku himpit ko sampai kaki tersepit kat rel.

danielle-kah kah kah...apa gerombolan nak labon lagi?

tembakau-terima kasih :(

yana-eh ye ke?> bukan dah balas ke? yang tep[i-tepi dia bakar dengan ubat nyamuk tu

leng-pangrok macam aku peduli apa dengan leptop mahal. anti kapitalis huhuhu :(

dzul-romantis zul? kau betul-betul nak kena sepak dengan aku.

Yana Ismail berkata...

ha ha ha..tk boleh blah bab tepi2 bakar dgn ubat nyamuk tu..ahaks!

huhu br je smpai UTM ni suratnyr. nanti yana balas. auww!haha ;P

Sila letak bedak dalam surat kita ek next time ok?..haha

iyan berkata...

panjang gila lu meroyan...
kalah din akar macam nih...

ofaghag berkata...

apekah kau ni? kena sampuk hantu tetek?

apek terror berkata...

dh lu pangkah2 tangan org2 kedai simpang tu mane tau sxe tu semua...

guitarist nie tau panjat drum bile dia naik angin ok..

Mak Su berkata...

keliru jadinya...tapi apa apa pun, maksu suka, sebab maksu boleh cari kerja lagi jika ingin bersara kelak, tentu ada kerja yg seswai utk ku.

Airinar anastasia berkata...

aku memula igt..lu nak kutuk diana danielle tu..rupenye..lu kutuk daniyaalle kadir ke..muakakak

kecik berkata...

wow..
bang juna..
abang patut berucap sebegini di perhimpunan agung umno nanti

cimon berkata...

hahaha (^v^)

btul2..jawatan kosong mmg banyak...

tp kan....

xdsebut pulak...

jawatan akan disikan

kan?

Rajuna berkata...

maksu-lantak mak su la arghhh!!!!


syore-aku cari peluang kutuk ko plak lepas ni arghhh!!!

iyan-aku tak boleh komen pasal din akar nanti leng cipan btau dia arghhh!!!!!

ofa-aku memang suka tetek arghh!!!

apek-gua dengar lu lost edge arghhhhhhhhhhhh!!!xxxx

kecik-siapa lah abang ni di mata mereka sayang arghhhhhh!!!

cimon-tepok perut tanya selera arghhhhh!!!

Op berkata...

fuhh..pnjg bnr entri ni tp padat bro! Bab awek tu..mmg pds sggh. Hehe

hegira berkata...

sarat bro, memang sarat.

:P

H berkata...

panjang btol ni juna...
ingat kan ade gosip hangat tadi.
;))

Bodoh rupanya bekas-bekas makwe saya ni. Patutlah tak pernah kekal. Terpengaruh dengan budaya pop. Tak avant-garde langsung. Bongok macam dhab. Dhab pun berbaloi walaupun rupa dia buruk.

sumpah klaka.
siot je.
=))

Suka Bebel berkata...

gila panjang ko membebel. agak agak aku terkena interbiu keje gomen nanti aku gunakan tips ko ni dengan jayanya.hehe

Danielle_Corleone berkata...

Sila ubah sedikit entri ini mengikut keadaan semasa gua yang sedang sakit ni.

Sang Pencinta berkata...

alooo rajuna lame x nmpak hang?hahah..skg lu bole guna kabel la lu pnye MP jd MT UMNO ape..hahha..gua skg nak guna naib president tgu sok lusa gua jd pengarah la ni

Rajuna berkata...

phikool-terasa? auw. mak tak sengaja nyah!

hegira-berat hati membaca berat lagi marah di jiwa

cikenit-sampai hati engko cakap aku kelakar? aku tengah serius tau. cubit nak?

daniel-untuk lu belanja isap rokok pun boleh

tempe-hah! boleh!

Rajuna berkata...

sukabebel-berharap keje dengan gomen? hahahaha