Khamis, 21 Januari 2010

Hanya di radio bisa memberukkan keadaan

Aku sebenarnya bukan tahu sangat pasal muzik-muzik ni. Mana sempat aku capai. Kadang-kadang minat aku tidak begitu spesifik terhadap sesuatu genre. Ikut mood. Kadang-kadang ingin dengar metal. Kadang-kadang ingin dengar punk. Kalau time aku sewel, 2pac Shakur pun aku sebat.


Bila diingat balik, antara faktor penyumbang minat aku kepada jenisan muzik ekstrim adalah adanya satu rancangan radio yang aku pun tak tahu berpengaruh ataupun tidak. Kalau sesiapa yang pernah membesar sekitar tahun 1997 hingga 1999 (aku tak berapa ingat), mesti pernah mendengar rancangan Alternative Rock Show di Time Highway Radio yang pernah dihoskan oleh Pak Kamil atau Kamil Othman. Aku pun tak berapa ingat tahun bila rancangan radio ini dihentikan. Mungkin sekitar 1999 atau 2000. Aku tak pasti. Apa yang pasti, pada masa tu aku dah ada email, Hotmail. Aku guna email ni bersembang dengan Pak Kamil, tanya band apa yang akan diundang minggu hadapan. Email ini juga aku gunakan untuk desak Pak Kamil hidupkan kembali rancangan radio ini. Kalau tak silap, rancangan radio ini akan ke udara setiap malam Jumaat dari jam 10 hingga jam 12 tengah malam.


Aku tak matang lagi masa tu. Budak-budak. Memang suka benda bukan-bukan macam ni. Bapak cool dowh. Aku tak buang masa. Pergi beli kaset kosong dan sentiasa bersedia pada butang 'record' apabila Dj mengumumkan lagu yang bakal diudarakan. Menariknya, jarang sekali Pak Kamil 'mengacau' lagu yang sedang ke udara. Maksudnya, jarang sekali dia bercakap di tengah-tengah lagu yang dimainkan... macam sesetengah DJ. Ada yang suka cakap lepas tu perlahankan lagu, lepas cakap kuatkan lagu balik. Bengong. Potong stim sial. Tapi benda ini jarang terjadi dalam set Pak Kamil. Terbaik. Aku rakam bulat-bulat dan sangat solid bunyinya. Nasib baik tak pandai bisnes. Kalau tak aku pergi copy banyak-banyak buat album kompilasi jual kat pasar malam. Mesti aku dah pakai Yamaha LC 135 sekarang ni.



Banyak kugiran-kugiran yang datang ditemuramah. Terutamanya kugiran tempatan. Aku tak ingat pulak kalau ada kugiran-kugiran luar selain Singapura (Rudra, Assahar, etc) yang pernah diundang ke konti. Aku rasa tak pernah lagi ada budak hip hop dijemput untuk ditemuramah. Kebanyakkannya budak kugiran metal, hardcore dan punk lah. Sedikit sebanyak minda aku yang tengah lemau-lemau masa tu sedikit terbuka lantas menjadi manusia paling jakun dan paling beruk sampai sekarang bila nampak instrumen muzik terutama dram. Bila lah aku nak berubah perangai jadi ala abang-abang kerja kerajaan hutang bank keliling pinggang lepas tu ada kereta Toyota Caldina dan main MLM ni?



Antara kugiran yang aku ingat pernah datang ialah The Pilgrims, Silkhannaz, Suffercation, Cryptic Malediction, Langsuyr, Projekt AK (rasanya lah) dan entah hapa kejadah lagi lah. Serabut aku nak ingat satu-satu. Apa ke haram nak ingat memori usang ni? Hujan tak berhenti pulak gua nak balik Johor nih. Haduh.



Tapi setiap kali rancangan radio ini berkumandang aku berhadapan dengan masalah. Antaranya mak aku. Membebel. Ye lah malam-malam buta main lagu mengamuk-mengamuk apa hal kan? Lalok ubi racun rumpai ke apa? Jadi, aku tak puas nak pasang radio pada kadar normal seperti di siang hari. Volume perlu diturunkan. Lagipun rumah aku masa tu rapat dengan jiran sebelah. Haram betul. Jiran gua dah tua-tua pun ada anak kecik. Gatal, sial.


Justify Full
Lagi satu masalah adalah-ia clash dengan drama bersiri kegemaran aku Silk Stalking yang keudara pada jam yang sama di siaran TV Singapura. Siapa pernah tengok cerita ni? Terbaikkkk dowh.. Aksi-aksi dia memang membuat jiwa luka lebih-lebih lagi untuk budak baru nak naik seperti aku. Kat tv Malaysia banyak kena tapis. Boring unta seh. Nak tau pergi tengok sendiri ah kat Youtube, pemalas macam dhob semua orang nak suap apahal? Lempang kang?!

10 ulasan:

faqhrule berkata...

gua pernah beli project ak punya kaset dulu, gua ingat kaler pink pony canyon punya edaran. tingkatan 4 ke tingkatan 3 dulu. mana ntah kaset tu skarang. nostalgia seh suma tu

Rahimin Idris berkata...

Ada juga aku layan. Abang Ben pun mesti layan juga. Haha

FAZ berkata...

Gua terjebak sebab ayah gua tapi sekarang dia karaoke lagu lagu allecycat dengan jamal abdillah, mungkin dia dah bosan dengan jerit jerit hiruk pikuk letup sana sini.

Gua dah beralih ke Korean Pop pulak sekarang. Pernah dengar Girl Generation?

l.i.f.e berkata...

mak aihhh..macam2 cerita kamu sumbat dlm satu entry ni :))

Rajuna berkata...

faqhrule-sekarang projekt ak dah macam funk-funk sikit. dah tak rapcore tepu macam dulu. kerana projekt ak lah aku boleh rap sikit-sikit hahah..oh, aku beli tape projekt ak tahun 1997, kompilasi visonville hardcore pun masih ada kat kuala lumpur.

rahimin-abang ben mesti layan rasanya. orang2 penting kot. ha ha ha.


faz-kau ni betul-betul tak senonoh. lagu nobody tu ke? cis.


life-ah aku belasah je apa yang ada dalam hati aku muntahkan kat sini.

yoshz berkata...

weh kaset tu dubbing satu kasik aku! kalau berhabuk tiup dulu.

kecik berkata...

la bangjuna. ingatkan kasi link. saya bukan pemalas macam dhob. iskkkk

Rajuna berkata...

kecik-mengada ko.

love and shit berkata...

salam. sori kalau mencelah. cuma nak kongsi sesuatu yg bermain di fikiran..sebenarnya aku salah sorg pendengar setia ARS ni..tiap2 sabtu malam aku mesti layan..zaman budak2 dulu (form 1 & 2) mane ade internet mcm skrg..so entertainment masa tu nak dengar benda2 mcmni jela..best sgt dah rasenye..mmg mengimbau kisah2 zaman bebudak baru2 nak up dulu..tapi tu bukan yg nak dipersoalkan..aku cuma dok teringat dan mencari sampai arini ape tajuk lagu opening ARS ni..yang aku pasti band Jethro Tull..tapi aku xjupe2 ape ke title lagu ni..kalau sape2 tau bule la share..rindu nak dengar..sori la mengarut ngarut je..tapi ini luahan aku..tolonglahhh!!

love and shit berkata...

salam. sori kalau mencelah. cuma nak kongsi sesuatu yg bermain di fikiran..sebenarnya aku salah sorg pendengar setia ARS ni..tiap2 sabtu malam aku mesti layan..zaman budak2 dulu (form 1 & 2) mane ade internet mcm skrg..so entertainment masa tu nak dengar benda2 mcmni jela..best sgt dah rasenye..mmg mengimbau kisah2 zaman bebudak baru2 nak up dulu..tapi tu bukan yg nak dipersoalkan..aku cuma dok teringat dan mencari sampai arini ape tajuk lagu opening ARS ni..yang aku pasti band Jethro Tull..tapi aku xjupe2 ape ke title lagu ni..kalau sape2 tau bule la share..rindu nak dengar..sori la mengarut ngarut je..tapi ini luahan aku..tolonglahhh!!