Hari tu.
Pensyarah aku suruh tulis atas kertas. Azam tahun baru. Memang tak ada sebenarnya. Tulis kerana terpaksa. Dan dia terpaksa buat begitu kerana kami adalah antara orang yang loyal dalam kelas. Tak pernah ponteng. Jadi, siapa yang tulis azam dia pada hari itu. Dia dapat markah bonus. Layankan sahaja.
Antara yang aku tulis. Nak bikin kugiran sendiri. Senang.
Kalau aku ditakdirkan mengajar kat kampung aku besok. Memang aku akan set up band sendiri. Tak dapat kawan-kawan. Aku rekrut anak-anak murid aku. Aku bukan ajar buat benda jahat pun. Ajak main muzik pun salah ke? Main muzik dengan merempit. Mana lagi keji?
Mana Reconstruct? Mana Semerepang? Mana A//Rose? Sekarang ni banyak sangat band metal core joget-joget ganas. Apa barang? Aku nak bikin band crust macam dulu-dulu. Tak payah kental-kental sangat. Rilek-rilek sudah. Asal dapat keluar peluh pun dah okey. Kalau main lagu Spring memang tak lah. Pernah kau nampak drummer Spring berpeluh-peluh main lagu Sampai Hati?
Masalahnya.
Kalau dibuatnya aku posting kat kawasan ceruk tak ada studio jamming macam mana?
Astaghfirullah!!!!!!!!!!!!!!!
9 ulasan:
gua rindu dengan reconstruct, a-rose, semerepang, aghast,kasih sayang, chenta tiada restu, innerfall, parkinson banyak lagi la hadko lama-lama.
bukan ada budak reconstruct dah main band hadko jet jet fames ke?
sekarang tengah trend dark-crust-metal juna!
tengok muka lu gua teringat gitaris xlumbrahx band old school hadko muar. serius!
astaghfirullah...ko jam je suke2 hati
lu kena kreatif.dondang sayang pon boleh hardcore ape!!
kt ceruk masih ada baldi dan kuali kan?
ok la tu.
jahanam. benda ni gua dah se dengan lu dari awal tahun lepas lagi kan??
ko nak jem perisa ape?
strawberi? peanut butter?
heheh (^v^)
mesti ko pegi jamming kat summit tu kan. nyanyi lagu Wali Band. Menyampah betul.
faqhrule-eh yeke? hardcore jejet mana satu?
sue-tengoklah kalau aku selera
xfazx-kau makan minyak ikan banyak sangat nih.
des-jom. i nak ketuk2 dengan you.
rembo-batang hidung lu pun tak nampak.
chimon-jem band.
farhana-mana ko tau? itu tempat legend tau.
Catat Ulasan