Isnin, 11 Januari 2010

Salahkah Saya Memperasapkan Dapur Ibu Saya?

Kalau senja-senja (ya, aku suka menulis waktu senja kalau aku keseorangan) macam ni kan, kalau tak berborak kat warung dengan geng-geng Rengit, aku akan duduk sebelah mak.


Tengok televisyen siaran Singapura. Saluran Suria. Kalau petang-petang, biasanya ada rancangan masak-masak. Kalau kat Malaysia, kita ada orang lama macam Chef Wan (yang pernah disamakan dengan aku oleh seorang pensyarah UM). Kalau kat Singapura pulak kita ada brader BJ dengan Mami. Aku lupa nama sebenar Mami. Tapi menurut mak aku, Mami ni orang lama radio Singapura. Sekarang ni brader BJ dah lama tak keluar tv. Selalunya Mami lah dengan rancangannya Dapur Mami.


Seronok tengok rancangan masak-masak ni. Lebih-lebih lagi dengan mak sendiri. Ye lah. Kadang-kadang bukan semua step diorang nak tunjuk kat tv. Bila ada mak kat sebelah bolehlah aku tanya-tanya apa yang patut. Mak aku memang rajin bercerita. Banyak jugak ilmu-ilmu dapur yang aku dapat bila sembang-sembang dengan dia sambil tengok tv ni.



Aku pun tak tau kenapa aku teruja sangat dengan rancangan masak-masak dan aktiviti memasak itu sendiri. Aku pantang kalau dengar ada rumah yang nak buat kerja kahwin masak nasi baryani. Sanggup aku tunggu kat sebelah periuk duduk diam-diam tengok orang masak.



Kerja-kerja memasak ni selalunya dikuasai oleh orang perempuan. Tapi kalau dah sampai tahap profesional, aku tengok orang lelaki pulak yang ramai menguasai. Tak tau lah kenapa. Tapi hati aku terdetik. Ada sesetengah orang perempuan yang tak tahu langsung memasak. Yelah perempuan moden. Zaman sekarang. Mana ada masa nak jengah ke dapur. Sibuk dengan hal akademik. Bila dah besar sikit sibuk pulak dengan kerjaya. Tapi bila bab kahwin, laju pulak. Hantaran itu dia!!!!-terbaik. Bila suruh kupas bawang, dia tak tau. Hmm.. nasib lah.


Aku tak setuju bila ada yang cakap pengetahuan memasak itu tak penting. Ini mengarut. Ini cakap orang-orang yang ego. "Apa susah, kedai kan ada?" Dem. Gua panas.


Bagi aku. Memasak itu adalah satu ilmu bagaimana kita meneruskan kehidupan kita. Memasak itu juga merupakan seni. Dalam menyampai dan meluahkan. Rasa kasih dan sayang kita. Pada mereka yang dekat di hati.


Sekali lagi. Bercakap pasal masak pun nak emo! -aduh.





9 ulasan:

notso_violet : seindah bunga seri pagi berkata...

haha terasa pulak kahkah.
saya kupas bawang berejam haha sila percaya jela

faqhrule berkata...

rindu nak makan masakan mak gua

dEs berkata...

selalu balik kg kan?
apakata pergi rumah i dan belajar masak nasi briyani.
untung2 ada rezeki nanti akan ada "Juna Beryani Gam"
ok apa.

FAZ berkata...

kadang kadang gua nak keluar idea masak maggi style ape pon tak tahu dah.punyalah pro!!

Rajuna berkata...

notso-haha..hamboi bab berjiwang bukan main lagi engko ye? kupas bawang pun sellloww! ha ha

faqhrule-selalulah balik kampung macam gua. hc kampung.

des-eh mak you pandai eh? he he he

xfazx-tak pe gua sapot dari belakang. lu punya megi kari jadi arang pun gua sapooot!!!

Mak Su berkata...

memasak dengn kasihsayang rasanya erat di jiwa, teruskan juna, maksu sokong ko

Dewajiwa berkata...

resepi mak takkan ada yang bleh sama.
mak orang lain pun yang masak, masakan mak tetap dikenang.

ada resepi turun temurun mak kita takkan waris pada kita kalau kita tak bagi signal kita nak waris.

Rajuna berkata...

maksu-aku pun bukan pandai sangat masak-masak ni. pakai belasah je. janji ikhlas cukup rasa sudah.

dewajiwa-betul. sayang la kalau kita tak warisi. asik nak beli kat kedai je tak best. bila tak sedap komplen pulak. ha ha

dEs berkata...

abah i yg pandai.haha.
cepat2. tgh cari bisnes partner ni.