Isnin, 12 April 2010

Tak mampu lagi menafikan perasaan (ok, sesekali kita layan emo apa salahnya kan?).




Kali ini aku cuba untuk membuka hati ini seluas-luasnya. Aku berikan terbaik dan terluhur dari sanubari aku. Aku sangat yakin. Bahawa kali ini, perasaan ini bukan datang dari cetusan nafsu buta.


Ikhlas. Itu kata kuncinya.


Kerana saat ini aku sedar. Aku tak mampu berdiri seorang diri lagi. Tanpa ada seseorang di sisi. Terlalu lama aku mempertahankan ego aku. Tetapi tidak untuk kini. Aku telah buangkan jauh-jauh angkuh seorang aku.


Hari itu dia bertandang ke tempat teduhan aku. Tatkala aku berseorangan melayan kesunyian. Sebagaimana si dia ikhlas memandu dari Bandar Anggerik, sebegitu jugalah ikhlasnya aku menerima kehadiran dirinya di hadapan pintu rumah.


Melihat dirinya yang kelesuan memandu. Aku menghidangkan dirinya minuman herba yang tersedia dalam peti sejuk. Dia akhirnya terlena di sofa baldu merah rumah ini. Aku biarkan dirinya terlelap di situ. Aku pasangkan kipas berskala kecil milikku dekat dengan dirinya. Agar dia terus selesa. Lena di atas sofa baldu merah melayan empuk bantal-bantal tidurku.


Aku meneruskan rutin mingguan aku. Menyapu. Mengemas. Mengelap.Sambil aku renung sesusuk yang nyenyak lelapnya itu. Hati ini berkata, “ takkan aku khianatimu, Sayang.” Aku usap rambut panjang mengurainya berulang-ulang kali bilamana dia merebahkan dirinya di riba aku untuk aku zahirkan betapa dia sangat aku hargai kehadirannya.


Aku berjanji untuk menemaninya menikmati hempasan ombak pada petang itu.


Usai solat asar kami ke sana. Menanti terbenamnya mentari. Membasahkan betis dengan buih laut. Tautan tangan tak mungin kami lepaskan. Kadang-kadang terasa lucu. Kenapa kebahagian sebegini yang aku nafikan sedikit masa dahulu?


Aku dan dia memilih satu tempat dihujung sana. Jauh dari anak-anak kecil dan famili berenang-renang tertawa riang. Cuma ada satu atau dua pasangan yang di usia emas yang menikmati hempasan ombak. Adakalanya kami bertukar senyuman. Selamat berbahagia, mungkin itu antara dialog hati kami.


Duduk berdua. Bergurau senda. Diselang-seli dengan usikan berbahasa jawa. Menikmati aiskrim bersama. Saling membelai. Menyaksikan mentari hilang dari pandangan. Berpimpin tangan menyusuri gigi air di penghujung senja. Itu pernah jadi fantasi. Namun kini tidak lagi. Semuanya telah ternyata kini.


Dari kedinginan hembusan bayu senja, terus ke ibu kota. Membelah kesibukan warganya. Menikmati santapan malam di Petaling Jaya sebelum kami mengambil haluan masing-masing pada malam ini.


Terlalu singkat waktu berlalu. Sehari bagaikan seminit. Bangsar Selatan menyaksikan genggaman tangan ini tak mau dilepaskan seolah tak mahu pertemuan ini ditamatkan untuk sementara waktu. Tapi kita terpaksa kan, Sayang?


Bertahanlah....dan jangan berhenti berdoa.


Perasaan itu, jangan diikut sangat.

13 ulasan:

Black berkata...

Wah.
Gua salah blog ke ni?

FAZ berkata...

Menangis gua baca!!

ofaghag berkata...

aiceeeeeh

faqhrule berkata...

untungnya ada pasangan. tak adalah entri emo lagi.
aku jugak yang sorang-sorang

Huzai Mansor berkata...

Gua setuju dengan Black.


Gua salah belog kah?


Hahaha, entri yang sangat.... gua tak tau nak describe. Sweet sangat. :)


p/s: usikan Jawa? Babat!! hahaha

Rembo berkata...

laut china selatan ke selat melaka ni?

Rajuna berkata...

black suparjo-tak. engko masih waras.

faz-yang engko mengada sangat apahal? lempang kang. sikit2 nangis.

ofa-dah tu?ha ha

rul- ala rul..perlahan-lahan lah.. insya allah ada la tu nanti.


huzai-cilakiow ko. tau aje bab babat tu..hahahahah


rem-kat area gua. selat melaka. macam tak tau..

ofaghag berkata...

adnan sempit sgt kau ni derrrr

Danielle_Corleone berkata...

makan aiskrim. gila ah. ha ha

Tanpa Nama berkata...

oit!! xde adegan naik skuter ke? oh lupe..naik kete yek..haha!!

Rajuna berkata...

ofa-sempit tak sempit. blog aku, aku punya suka la. ha ha ha


daniyal-dah tu rare lah? ha ha ha

manny-nak skuter? tunggu.

ka-ii berkata...

gua xlarat baca. ini ke faqris yg aku kenal..

Leplep berkata...

lu xdela sekental mane rupenya.