Ahad, 7 November 2010

Senarai Harapan Dalam Jangka Masa Terdekat

1) Aku dah tak tahan naik motosikal 60 km lebih tiap hari dengan keadaan jalan yang macam cilaka. Diorang bikin macam mana sekalipun tetap jadi masalah yang sama. Aku rasa ada benda yang tak kena kat sini. Baik dari aspek teknikal dan politikal. Mustahil tak boleh sempurna dari dulu sampai sekarang. Highway Plus tu boleh cantik pulak? Mentang-mentang tak bayar tol keadaan jalan pun macam cilaka. Apa ingat tak bayar cukai jalan ke? Macam sial. Cukai jalan skuter aku dah tamat tempoh. Nak bayar asik terlupa. Jadi aku nak beli kereta. Kereta apa je la. Janji badan aku tak sakit dan tak buang masa tunggu hujan reda. Dah la aku kena kerah bawak laptop sekolah. Ingat badan robot ke?


2) Aku nak baik pulih skuter aku. Nak bikin cover set baru. Aku dah bincang dengan sahabat aku si Samad yang sedang bergiat aktif dalam arena designing dan main cat. Enjin setakat ni tak ada masalah. Cuma gegar bahagian depan. Pomen tak dapat detect dari mana datang gegar tu. Aku ingat brake disc kot? Ah yang penting aku kena tukar minyak hitam sebulan sekali. Motor jalan jauh. Kadang-kadang aku perah throttle abis. Out meter. Tapi rasa macam tak laju. Dah skuter, memang la tak laju, dem! Gila apa nak bawak RXZ. Mana nak bawak buku lesson plan, kalau tak sempat tanda buku budak mana aku nak letak buku-buku dorang? Takkan RXZ tu aku nak tambah bakul?


3) Aku nak beli helmet baru. Aku nak beli helmet macam budak main motor scrambler tu. Tapi kat tempat aku susah nak cari yang ada visor. Tak nak aku pakai goggle. Beriya pulak. Tapi cari-cari jumpa jugak yang ada visor kat Simpang Rengam hari itu. Haram jadah, mahal pulak. Dekat rm300! Kimeks! Ah, bulan depan ah.


4) Basikal. Memang aku nak beli basikal dah lama dan aktiviti berbasikal memang kegemaran aku sebelum musim budak-budak naik fixed bike atau kegilaan basikal mountain bike mahal lagi. Aku bedal je janji basikal. Aku nak kayuh kayuh kayuh sampai kepala aku ringan. Serabut mandang internet je bila ada masa lapang. Beli 2nd hand sudah.


5) Dram. Memang. Memang cilaka idea ni. Dengan keadaan rumah jiran aku yang tak seberapa meter. Dekat pulak dengan surau. Memang susah nak direalisasikan. Tambah pulak rumah aku dah sesak. Bilik aku dah penuh dengan almari baju. Aku dah racun mak aku nak buang katil dua tingkat zaman aku budak-budak dulu. Berjaya tapi mana nak aku lempar? Besar pulak tu. Masalah ketung ketang bising satu lagi hal. Aku ingat beli dram elektronik je senang. Takde feel dan tak dapat skin sounds tu dah tak fikir dah. Janji dapat ketuk. Macam orang gila aku main dram angin apahal?


6) Nak bayar hutang PTPTN. Dah banyak surat dan panggilan ke pengadilan. Yela yela gua bayar. Adui kecoh ah brader. Lu rilek one corner sudah. Gua bayar la. Gua dah ada kerja. Ni gua tengah mengutu lu suruh gua bayar memang tak dapat aaaahh.





5 ulasan:

faqhrule berkata...

budak2 singapore selamber je pakai box dekat rxz

Rajuna berkata...

aku ada perasan gak. aku dulu pakai box kat kriss aku.memang cool. time tu memang tengah in brader!!

cimon berkata...

lu mintak kureng dulu interest (riba) PTPTIPU tuh baru lu bayar bro!

p/s: bile nak turun KL nie...bdk2 gigs kat belakang CM nie da menjerit2 panggil nama lu! Hahaha (^v^)

blackpurple @ jowopinter berkata...

Aku nak tolak skyline buruk aku tu, nak upgrade R34 pulak la, kau berminat tak?

Bozu berkata...

2012, hutang-hutang PTPTN akan dibatalkan dan dihalalkan. sabor kejap..