Ahad, 16 Januari 2011

Kupasan Kenangan


Bila tengok flyer untuk siri gig di The Wall Batu Pahat ni, aku cukup tersentuh. Langsung teringatkan akan kawan-kawan di Kuala Lumpur.

Tahun 2004. Aku mulakan kehidupan aku di Kuala Lumpur. Dari anak kampung berselut yang hanya terikut-ikut dengan trend semasa terus ke ibu kota. Terkejut memang terkejut macam monyet. Macam-macam perkara pelik dan baru aku dapat tau kat sini. Otak aku macam dah separuh mereng masa tu. Macam rasa nak cacat sikit pun ye jugak. Yang penting setiap kali aku tertekan, tekanan aku itu aku buang di luar pagar UM. Keluar pagar je kepala aku berdenyut. Kadang-kadang kebas.


Ini bermakna otak yang tersumbat tadi dah mula berjalan seperti biasa. Cepat je dia recover, haha. Perkenalan aku dengan seorang personil band akhirnya mengubah sedikit persepsi muzik aku. Ya. Jakun tahap ayam belanda. Itu aku.


Sebelum aku datang KL ni, aku hanya kenal Utarid. Pelik sangat bunyinya. Maklumlah dari kampung. Pekejadah main muzik macam ni? Tak boleh masuk. Aku try dengar My Precious. Tak boleh masuk. Langsung tak ambil port. Dengar metalcore kental atau punk hardcore yang straight forward dan tau nak marah aje. Tapi bila berhijrah ke KL, aku aku tengok genre muzik macam gini memang tengah nak in rupanya.


Aku masih ingat pada petang tu di Tunestone studio Klang. Gig kedua aku hadiri sewaktu di sana. Kalau tak silap set hari tu dimulakan dengan Kias Fansuri. Diikuti dengan nama-nama besar lain seperti Killeur Kalkulateur (betul ke ni aku eja? haha), Orbit Cinta Benjamin, Daighila, dan entah apa lagi. Pelik betul genre macam gini. Bunyinya agak lain macam. Mungkin kod octave bersepah-sepah kot? Haha aku bedal je ni bukan tau main gitar pun! Tapi cukup menarik. Pendek. Padat. Energetik. Apa yang penting, budak-budak yang tengo suka tepuk tangan. Pantang ada part yang slow sikit, semua pakat-pakat tepuk tangan. Jakun siot aku nih. Pergh. Dah teruk sangat aku punya jakun masa tu.


Jadi, bila tengok flyer ini, ada kugiran-kugiran yang dah lama aku tak tonton sejak aku cabut dari KL. Ini sudah tentu mengimbau kenangan lalu. Biar. Biar aku sendirian melayan gig ini dengan kamera digital buruk aku.


Sebenarnya, tak kisah la kau nak bedal muzik apa. Janji kau ikhlas. Aku memang layan je.

2 ulasan:

bno.sabakbernam berkata...

salam. minta kebenaran link. tlg link juga blog kami. tk.
# nursyazalina (akudenanz.blogspot ayh saya)

cimon berkata...

bile nak turun KL lg nie? boring lerr...