Isnin, 2 Januari 2012

Terjerumus ke lembah pemberontakan

Dulu.

Waktu zaman sekolah. Gua memang suka memendam perasaan. Gua bukan macam budak lain. Ada tape game Sega. Ada Playstation. Gua tak ada. Memang gua tak hip dan trendy. Gua pernah jugak try main Playstation 1 secara haram setengah jam RM 6 kat sebuah banglo Cina. Tapi gua just try tekan-tekan punat nak merasa. Tapi entah apa-apa gua tekan. Gua kena gelakkan. Dan gua give up nak main video game. Video game pertama dan terakhir dalam hidup gua ada Block Game ada 8 level. Sampai hari ini gua tak pernah ada konsol permainan digital pukimak haram jadah lancau. Rambut gua pun tak trendy. Sikat belah tepi dari dulu sampai la tua-tua ni. Pernah jugak gua cutting macam mat-mat emo hardcore New Jersey tapi last-last jadi trend. Budak-budak sekolah pun buat cutting rambut macam tu apahal?! Memang laknat. Gua sikat tepi macam biasa. Habis skima dan belia 4B. Kalau gua cakap kat Pak Daeng Malibok gua pemuda UMNO pun dia percaya.

Mak gua bising kalau gua merayau jauh. Main badminton dengan buruh Indonesia contohnya. Jadi gua penat dengar mak gua berleter dan gua berhibur dengan cara paling murah iaitu memesan zine punk dan membeli demo tape/kaset punk secara pos, yang rata-rata pada era tahun 1999/2000 sekitar RM2+50 sen setem untuk zine, dan kaset RM 5+ 50 sen setem. Setem tu pun kadang-kadang budak-budak ni (owner record label/penjual zine/editor zine) bubuh gam. Jadi gua boleh recycle balik. Guna sampai lunyai. Ini je la hiburan gua. Hiburan paling cikai tapi paling cool dalam hidup gua dari tahun 1999 gua mengenal scene Do It Yourself Hardcore/Punk ni. Dan inilah jugak bagaimana cara gua dapat mengharmonikan kehidupan gua dengan apa seadanya yang mampu gua miliki.

Hardcore/Punk pada hemat gua tak perlukan uniform. Tak perlukan patches bertompok-tompok. Tak perlukan jaket paku. Rambut terpacak 24 jam 7 hari seminggu. Tak perlukan dos kemabukan untuk sebuah revolusi. Perubahan apa yang dapat dilakukan apabila kepala dipenuhi khayalan dan ketidakseimbangan? Cool apa macam ni? Mengarut. Boleh lu keluarkan hujah-hujah berapi dengan fakta statistik dengan betul ketika kepala sarat dengan kemabukan? Jangan nak kencing la brader. Lu nak pegang gitar pun tak larat. Hardcore/punk pada hemat gua terletak pada cara berfikir. Pada cara lu mengadaptasikan persekitaran lu orang dengan apa yang lu orang ada. Kesedaran mengenai sistem yang cuba memusnahkan norma kemanusiaan. Atau sesuatu yang merobek kepercayaan lu pada satu-satu perkara. Itu punk/hardcore. Kesedaran tentang adanya penindasan disekeliling kita.


Muzik, tulisan dan corak berpakaian itu sasteranya. Itu budayanya. Dari budaya itulah akhirnya melahirkan idea. Kreativiti. Untuk mengharmonikan lagi kehidupan dengan prinsip-prinsip yang dipercayai.

Jadi. Untuk seusia ini. Gua tak ada apa-apa sumbangan pun dalam scene ni. Kah kah kah. Cakap berdegar-degar habuk pun tak ada. Tak apa. Idea-idea sepanjang perjalanan hidup inilah yang akan kita kutip untuk jadi pelajaran di masa hadapan. Bukanlah menjadi kesalahan bagi gua untuk hadir di acara muzik. Bezanya gua tak lagi terkinja-kinja macam budak-budak lain. Duduk di pojok yang gelap seorang diri atau bersama teman-teman. Memerhati tingkah anak-anak gua. Ya, anak didik gua di sekolah!

Semoga tahun masehi 2012 ini menjanji kebahagiaan kepada kita. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Tak payah trendy-trendy sangat. Leceh.

4 ulasan:

cimon berkata...

Lu awasi anak murid lu kat gig ke Faq...gilerr arr...cikgu mithali.

Tabikk spring gua kat lu.

hehehe(^v^)

Rajuna berkata...

cikgu mithali?
binatang!


kah kah kah

FastRi berkata...

menulis di sini pun 1 sumbangan apa. dan berkawan dgn pelajar2 lu tu pun sumbangan juga supaya mereka tidak tersilap tingkah. :)

Rajuna berkata...

betul jugak kan.