Rabu, 5 November 2008

Pandang ke belakang sekejap. Tak salah kan?

I.

Dalam siri-siri gigs yang pernah aku hadiri sepanjang tahun 2008, gig The Ressurection di MCPA Hall, Maharajalela adalah gig yang terbaik dari segi pilihan band dan kualiti bunyi. Segalanya aku rasa amat terkawal. Tak banyak membuang masa. Boleh kata semua on time. Memang menarik. Nampak semua kugiran benar-benar bersedia. Kecuali seorang brader yang tinggal berhampiran blok rumah aku terlalu daring. Pakai jubah hitam, bercelak, berkuku hitam. Ini kalau kena raid, sia-sia kehidupan.

Aku pergi ke gig tersebut dengan seorang kenalan dari Muar. Kebetulan mempunyai kecenderungan muzik yang sama. Lagu kegemaran kitorang jamm tak ada lain. Perjanjian Syaitan dari Dark Nirrajim. Er..bukan Hazim ye. Haru biru sebentar suasana studio kolej kediaman bila kami menguasai studio berkenaan. Walaupun kitorang tak ingat sangat part dan banyak gila silap. Kami maintain poyo macam metal kental.

Salah satu tarikan utama adalah kerana senarai kugiran itu sendiri. Kebanyakannya adalah kugiran di mana aku mula-mula kenal dengan muzik keras. Suffercation, Silkhannaz dan Necrotic Chaos misalnya. Adalah kugiran yang mampu mengimbau kembali zaman aku ketika menginjak remaja.

II.

Aku dulu tak macam kawan-kawan aku yang lain. Boleh kata di zaman itu semua orang dah mula ada komputer. Semua gasak duduk rumah main komputer yang ada game Doom. Siak. Hapebenda entah. Aku tak tau main. Aku tengok je. Sampai pening kepala.

Sebenarnya dulu jangankan komputer, game tape pun aku tak pernah ada. Aku ada Brick Game je. Itu pun hadiah aku periksa dapat nombor dua. Aku dari dulu hanya mengisi masa petang aku dengan merayau-rayau atau lepak di warung kawan aku yang tak bersekolah. Mak bapak aku risau habis. Jiran aku pulak rata-rata terdiri dari kaum hawa. Ini menyebabkan tumbesaran otak aku macam terencat sikit. Gila bosan. Tak ada aktiviti. Aku tak tau memancing. Tak terer main bola. Hapebenda entah aku ni.

Bila tak ada aktiviti, duit belanja sekolah aku pun tak banyak luak. Bila tak banyak luak, aku buat beli kaset.

Pada mulanya aku bukan tau pun metal ka, hardcore ka, apa ka. Tak ada orang pengaruh aku pun. Sorang-sorang syok sendiri. Pakai sauk beli je. Dulu aku suka jugak baca komik. Gambar cantik-cantik. Macam cover kaset band metal dulu-dulu jugak. Banyak lukisan yang cantik-cantik. Atau yang ala ganas-ganas.

Cover dah cantik. Isi dia macam mana? Ehm. Kasi try. Ok gak. Kat radio tak ada main lagu-lagu macam ni. Ok apa. Kalau aku menteri penerangan aku lepas je lagu-lagu macam ni. Jadj aku terus membesar dengan muzik sebegini. Tapi macam-macam jenislah yang aku cuba. Petang-petang tak ada kerja lain. Duduk dalam bilik. Pasang muzik. Baca zine beli pakai pos. Nak beli kat gigs? Jarang sekali. Kalau pergi pun sorang-sorang. Itu pun setelah dihasut oleh seekor dua abang metal Ayer Hitam yang aku dah lost contact hari ini. Dah besar sikit barulah aku pandai cari kawan sekepala. Itu pun pasal aku tuisyen di bandar. Jadi, selalulah aku melepak di spot-spot budak-budak perasan kental ni. Ha ha. Itu pun berapa kerat je aku kenal. Aku pemalu. Kadang-kadang jambu jugak. Keh keh keh.

Sekarang dah tak kisah lah. Dengar je apa yang ada. Bukan semua benda-benda macam ni tak elok. Mak aku pun dah tak tau nak cakap apa. Dulu, mak aku memang tak kering air mata. Risau betul dia dengan aku. Lain dari anak-anak saudara dan jiran-jiran. Jangan risau Mak, aku ok. Asalkan aku boleh menilai mana yang baik dan buruk untuk aku, itu sudah memadai. Eh, aku jadi orang juga apa sekarang kan?

Dah, jangan nak emo pulak. Aku nak print resume. Esok ada temuduga dengan jabatan kerajaan. Bai. Cubit kang!



Selasa, 4 November 2008

Tak AMAHREKA LA?!!!

Kau tau ke ada cerita baru? Budak Yang Jawa? Giler ar weh. Dalam panggung penuh budak-budak Sabak Bernam, Hulu Langat, Sungai Besar. Batu Pahat? Muar? Toksah cakap la weh. KONGKUERRR ABIS!!! Gua goyang dalam panggung, cakap lu. Semua cakap ala-ala Bambang Pamungkas, apahal kan? Ngeri ah gua!


Ini filem realiti budak-budak jawa yang berhijrah ke New York, beb. Barulah aku faham. Kalau tak ada budak-budak keturunan jawa, tak ada New York Hardcore atau singkatnya NYHC. Aku dengar vokalis Madball tu mak dia orang Batam, betul ke?


Bukan setakat babak bunuh, rogol, pow di bas stand je yang ada. Macam-macam ada. Siap ada demonstrasi membuat pecel lele (masak lemak ikan keli). Giler tu....negro kat Bronx pun makan pecel lele. Ohh.....inilah resepi yang diedarkan secara bawah tanah di sana. Khabarnya nak elak cukai publisiti. Biasanya belakang bangunan la diorang akan mengedarkan pecel lele ni. Pengedar pecel lele ni pakai pistol beb. Tak ada masa nak asah-asah pisau ni. Gengster abis!!! Gila kau. Mana sempat. Nak update facebook lagi. Nak edit lay out Myspace lagi. Lagi banyak rama-rama, lagi ngeri lah page diorang. Kau add la. Aku tak berani dengan budak-budak New York.


Kalau tak ada bunga. Tak cara la beb. Mesti ada. Sekali pandang aku tak cam. Pasal dia pakai kain batik lepas siap bersanggul sipot besar. Dua kali pandang, baru gua perasan! Baru gua perasaaaaaaaaaaaaaaan!!!



ALICIA KEYS, douk!!!!!!!!!!!-tak syiiiial la plak kan? Pez....


Ah, aku lupa beritahu hero filem ni. Dalam filem berbahasa jawa ni, hero-hero dia memang getar beb. Penampilan memang ditunggu-tunggu beb. Bak kata orang, diorang memang rare lah! Imej baru serba segar yang ditampilkan memang tepat di saat ekonomi yang kukuh disamping kepesatan pelabur asing di Wilayah Pembangunan Iskandar. Siapa lagi, kalau bukan Abon (watak jahat) dan Herman Tino (watak baik).


Ah, lu tengok sendreee la weh. Gua tak bedek. Lek-lek sua!

Isnin, 3 November 2008

Berada di tengah-tengah pertelingkahan kehidupan



Aku sekali lagi menjengah ibu kota. Mencari sekali lagi beberapa buah siri penghidupan. Mencuba nasib. Tapi, belum sanggup memperjudikannya. Hidup ini bukan perjudian(Engkau, kalau aku bagi peluang. Semua kau nak buat duit eh? Tampar kang).

Esok, aku perlu hadiri temuduga bersama sebuah firma kewangan di PJ. Kali ini aku takkan bersikap choosy seperti yang lepas-lepas. Request itu ini. Banyak songeh. Aku kena telan. Biar pahit. Apa sahaja yang diberikan. Penawar. Mana ada yang manis? Bab angka. Kiraan. Itu nanti dulu.

Minggu depan. Sekali lagi. Sesi uji kemampuan dan temuduga. Untuk menjadi calon tenaga pengajar di sebuah sekolah anak-anak pintar berbangsa melayu (aku sendiri tak pintar macam mana ni? Ha ha ha). Persediaan telah aku persiapkan berminggu-minggu yang lalu. Aku letih. Hingga kadangkala menimbulkan beberapa siri perselisihan faham dengan mak. Aku melepaskan satu peluang lain yang datang bergolek secara tiba-tiba. Gara-gara ingin mencuba nasib menjadi pendidik. Aku sekadar ingin melihat kemampuan aku dalam sesi temuduga kali ini. Ingin lihat sendiri titik peluh usaha aku.

Mungkin mak sudah terlalu jelak melihat kekutuan aku. Ke sana ke mari. Bergelak tawa. Bergelendangan. Tidak seperti riak wajah seorang yang berpendidikan. Dari dulu, sampai sekarang. Inilah cara aku. Aku tak peduli.

Tapi aku nekad. Aku buat apa yang aku minat. Apa yang aku ingin cuba. Mungkin apa yang pernah aku cari selama ini. Setelah beberapa tahun aku tak menetapkan langsung arah tuju hidup aku. Aku langgar. Aku redah. Aku hanya ikut gerak hati.

Andai tak ada rezeki. Itu takdir. Yang penting aku berusaha, untuk ini yang kali kedua. Kadang-kadang orang tua susah nak faham apa yang kita perjuangkan. Perlu kita akui. Situasi dahulu dan kini amat berbeza. Kematangan fikiran dan pengajaran dari pengalaman-pengalaman yang lepas sama ada dari kawan-kawan, pembacaan atau diri sendiri, banyak mengajar aku erti kesabaran dalam mengharungi kehidupan.

Komunikasi. Itu kunci yang sangat penting dalam kita menerangkan kepada individu yang sentiasa berasa curiga dengan hala kehidupan kita. Selepas bergelen-gelen air liur aku mengalir dan bertegang urat barulah si ibu mengerti.

Kehidupan kita, kita yang tentukan. Moga Tuhan permudahkan segalanya. Aku ikhlas.







Berok.

Engkau pernah dengar istilah si rambut perang tapi bodoh? Tak silap aku Paris Hilton adalah golongan tersebut. Kalau perempuan melayu apa kita nak sebut? Si perasan cantik tapi binatang.


Sepuluh engkau soal, satu pun dia tak boleh jawab dengan betul. Ingat dia dah kelakar sangat. Tapi bila dia soal balik, satu engkau tak jawab dengan betul dia akan merajuk macam tenuk padang pasir. Dia ingat dia diva?


Binatang berbangsa melayu begini harus kita singkirkan dari kehidupan masyarakat yang dikatakan berhierarki pada hari ini. Sikap binatang sebegini biasanya akan memudaratkan hidup dia sendiri. Biarkan dia berlegar di dalam zoo ciptaannya sendiri. Biar dia puas bergaya seperti berok yang dipertontonkan kepada warga urban yang jarang-jarang melihat telatah berok kampung di bandar. Aku percaya kalau di layan ia akan menyebabkan kita semua akan mengalami kemerosotan ekonomi pada tahap yang membimbangkan.


Binatang,
aku dah delete nombor engkau. Pergi jalan.

Ahad, 26 Oktober 2008

Kadang-kadang senyum juga menggambarkan amarah

"Happy Deepavali to you and your Family. God bless"- sms dari seorang muslim kepada seorang muslim

Apa benda mesej yang aku terima ni? Sejak bila aku dan famili aku menganut agama Hindu ni? Apa yang lebih menyedihkan, mesej ini aku terima dari mereka yang beragama Islam. Nak kata mesej berbau penulisan kreatif tak juga. Mana hiperbola? Mana personafikasi? Depersonifikasi? Alusi? Simile? Tak ada.

Engkau boleh kata aku sampah. Engkau boleh kata aku jahanam. Engkau boleh kata Azwan Ali. Tapi bila sampai bab agama, aku cukup tersentuh. Ini suatu bentuk penghinaan kepada aku dan keluarga aku.

Aku masih seorang muslim. Mungkin sedikit lalai. Tapi aku sedaya upaya untuk sujud menyembah kepada Nya lima kali sehari. Jangan kita sebegitu mudah menafsirkan dan menilai pegangan seseorang. Perkara begini bukan boleh dibawa main-main.

Kalau main-main, boleh kena gantung dari persidangan. ADA TAU KA KAWAN? SAYA TAK MAIN-MAIN.

Khamis, 23 Oktober 2008

Lantak ko!

Aku nyaris merehat blog ini selama dua bulan. Gara-gara tak tahan dengan gosip-gosip liar yang melanda diri aku kebelakangan ini. Ada silent reader yang buat cerita bukan-bukan tentang aku. Hingga aku ingin mengambil keputusan untuk bercuti selama dua bulan di sebuah pusat peranginan di Indonesia. Atas perbincangan yang mendalam dengan saudara Tempe. Aku bertahan.

Ya. Aku hanya sekadar dengan anak tokoh korporat yang sering terpampang di televisyen itu. Hanya sekadar kawan dalam usaha menerbitkan satu portfolio seni aku. Mungkin dalam bentuk tulisan. Mungkin dalam bentuk audio. Biarkan masa yang menentukan. Tidak lagi sampai perbincangan pelamin dan baju pengantin. Mengarut. Kami hanya kawan. Kalau ada jodoh, ada lah.


Ada yang mengugut aku untuk menyebarkan gambar-gambar aksi aku dan dia di kelab hiburan terkemuka di Kuala Lumpur. Ada pula yang cuba mengugut menghantar gambar kami di hotel kepada ibu bapa kami. Apa ni? Apa yang engkau mahu? Ah, manusia memang begitu. Selalu cemburu.



Aku tak peduli dengan semua itu. Sebab ini semua cerita tipu.

Isnin, 20 Oktober 2008

Kuala Lumpur di basahi hujan dan aku terus kesepian

Aku dah cakap awal-awal. Baik rakan taulan mahupun kenalan gadis-gadis seksi berambut perang. Bila aku datang sediakan apa yang patut. Duit minyak. Makanan. Tenaga. Sekarang apa dah jadi? Malam gua di Kuala Lumpur jadi pilu.

Bila gua datang KL lu orang buat-buat sibuk. Aku balik ke rumah sewa. Sunyi. Sorang pun takde. Tempe menghilang. Katanya ke kampus. Dem.

Ini tak boleh jadi. Aku hantar pesanan teks satu persatu kepada setiap gadis. Semua seolah-olah sudah tawar hati dengan aku. Termasuklah si dia dari Kelana Jaya. Hujan la. Sibuk la. Kerja banyak la. Pergi klinik la. Akhir sekali, suruh aku datang ke rumahnya. Apakah dia tak tau pinggang aku macam nak patah nak bas tadi?

Lagi satu. Kalau kena tangkap khalwat siapa yang senang? Aku jugak. Dapat kahwin percuma.
Haha.