Rabu, 28 Mei 2008

Siri Cerita Dalam Cerita 1

1) Kuasa Nama

Tengah hari beberapa minggu lepas memang mengundang kelemasan. Suhu panas menyebabkan aku rimas. Tekak mula cepat kering. Ini tak boleh jadi. Kalau tunggu lama-lama boleh menyebabkan aku menghempok monitor lusuh di pejabat.

Turun mencari kedai mamak. Keadaan sesak di kedai mamak menambahkan lagi perit di hati. Tapi mata aku terpana pada satu pemandangan indah. Sebiji cawan berisi cecair putih diserikan dengan lingkaran cecair coklat di dalamnya. Berais! Aku jadi tak keruan.


"Oi, mamak. Apa benda ni?"


"Mana? Ini ka? Kopi ais vanilla dangdut!!!!"


"Mak aiiii!!!"


Ini baru sepadan. Nama dan rupa seiring menawan. Sesiapa pun gagal dengan teruk sekali untuk menolak godaan kopi ini. Sayang. Aku tak minum kopi. Ini kalau muka cantik nama elok perangai hodoh hati busuk macam bangkai biawak Sungai Rengit, kau ingat aku peduli?


2) Bukan Tak Sudi


Image Hosted by ImageShack.us

Undangan bermain di satu persembahan di Pulau Pinang terpaksa aku tolak mentah-mentah. Terasa juga kasihan kepada mereka yang berhempas pulas dalam kugiran ini. Biarpun tugas aku sekadar pemain jemputan, aku sangat tidak bersedia untuk mengadakan persembahan dengan mereka. Baru dua tiga kali sesi latihan. Mana kan aku nak bersedia? Peluang yang baik sememangnya tak harus dilepaskan. Apatah lagi dikhabarkan persembahan kali ini bakal mendapat ole-ole.


Bagi aku bukanlah nilai ole-ole yang aku tekankan. Ia bergantung kepada kepuasan aku semata-mata. Sebenarnya aku belum boleh menyesuaikan diri pada kugiran yang baru aku sertai ini. Susunan muzik yang ringkas tapi sukar untuk aku tangkap. Aku sekurang-kurangnya memerlukan masa sebulan untuk satu bentuk permainan yang benar-benar memuaskan hati aku. Masih terdapat tempang dan kosong dalam beberapa ketukan aku.

Pada sesi yang lepas aku dibantu Am UTM. Latarbelakang asas rock yang kuat melegakan aku untuk penstrukturan lagu kali ini. Aku harap dalam sesi akan datang akan ada improvasi dalam permainan kami. Untuk satu pasukan muzikal yang 'layan' persefahaman amatlah penting. Semua harus yakin di hadapan khalayak nanti. Kegoyahan di beberapa bahagian yang dihadapi individu dalam skuad kugiran sememangnya mencemaskan. Apatah lagi memainkan lagu yang biasa didengari khalayak.

Ini sememangnya amat potong stim bagi aku. Aku sendiri biasanya tak dapat menyorokkan wajah ekspresi cuak ini bila membuat persembahan gara-gara malas buat homework. Muka akan jadi seperti mahu berhadapan pegawai agama semasa temuduga nak kahwin.

Kadang-kadang persediaan yang rapi pun belum tentu menjamin persembahan yang menarik. Dari pengalaman aku, kilauan cahaya kamera dan jeritan nama adalah perkara yang melemahkan semangat aku. Adakalanya aku kasihan dengan sang penyanyi ketika kami membuat persembahan. Terjerit-jerit sampai pecah kerongkong. Tapi kenapa lensa kamera asyik dihalakan kepada sang pengetuk gendang ini? Apa maknanya semua ini? Sila jawab dengan tepat atau aku merajuk lagi.


3) Salah ke?

Dalam sebuah bilik temuduga terdapat dua orang panel wanita yang memandang tepat ke arah aku. Seperti biasa, hati mana yang tak bergetar apabila dipandang sebegitu. Terasa diri seperti ditelanjangkan oleh mata mereka. Aww.

Soalan temuduga adakalanya tak sesusah mana. Tapi tak boleh dijangka. Tapi bagi seorang yang mempunyai suara yang lembut disamping susunan tatabahasa yang teratur dan indah, itu semua tak jadi masalah(poyo). Cuma riak wajah cuak yang aku tak boleh sembunyikan. Bila teringat peribahasa mat saleh yang mengatakan "semakin tinggi harapan kamu, semakin sakit kamu jatuh" aku jadi lebih relaks. Peluh kurang bercucuran.

Soalan lancar sekali aku jawab. Ada yang aku kelentong. Itu biasa. Aku dibenarkan keluar dari bilik temuduga beberapa minit selepas itu. Aku terus melangkah keluar.

"Er... nanti sekejap," tiba-tiba ahli panel menghalang aku keluar.

"Ya, Puan."

"Lain kali jangan bawak beg perempuan datang ke temuduga ya?"

Haram. Apa, tak cukup stylo ke beg aku ni?

Image Hosted by ImageShack.us





25 ulasan:

Head Shot berkata...

awak tak faham ya islam hadhari..achvment dia nak 'cari damai abadi' lah...awk leh tgk cni:

http://sujudterakhir.blogspot.com/2008/02/dah-jumpa-dah-damai-abadi.html

taking care!salam ukhwah..

areleaf berkata...

hmmm..saya x suke sgt siri cerita dlm cerita ni..tp sbb kamu senior sy amat sy kagumi sy akan beri pendpt jugak..

cerita 1:kdg2 kite kene telan ape yg kte x suke..
cerita 2:sy faham situasi pengetuk gendang yg hot seperti kamu..hahaha..
cerita 3:sy slalu lihat bdk pompuan form 3 yg slalu berkeliaran di emporium mengendong beg spt kamu..

Unknown berkata...

hahaha

stylo giler beg tuu..

bg kat aku la..

FAZ berkata...

cis!!!jiwa kental mne bole minum air kopi dangdut tu.


*dorg xfhm mksd 'unisex' itu hahahaha

dugongsenyum berkata...

bapak besar beg, apa barang bawak beg besar hahahaha

Rajuna berkata...

hazim-hahaha.. tak sangka kau pandai berlawak ya? Hahaha.

alipbata-1)standard. Tapi aku menyampah. 2) bagus. Esk jumpa saya di starbucks.3)Saya memang selalu tampil muda dan bergaya. Apa barang gaya ala dewasa?! Nah hambik jari tengah. Hahah.

Kimie- Oi. Made in Singapore tuh.Haha

xfazx-budak grindcore bandung pun layan dangdut koplo kau tau?

gong-payung, buku cerita, charger telefon, gula2, horlick instant, vico 3 in 1 dan buah epal. Amacam? Selesa tak?

ka-ii berkata...

pergh..beg ko. *angguk2* stylo gle..(bagi can)

Rajuna berkata...

kaii- ceh, jealous la tu.

azie berkata...

bro, lawa giler bag..beli katne?

tasekM berkata...

bro suh la mamak tu tukor milo dangdut ke... bole gitu?

stylo beg tu.... macam2 boleh masuk tu....

Huzai Mansor berkata...

Perggh. Beg yang sgt lawa..

baru baca beberapa entri. Nice blog!

Rajuna berkata...

tasikmerah- akan diusulkan? tapi rasanya mamak ni apa aje resepi dia boleh adjust kan?
beg? isi payung, buku cerita, charger telefon, gula2, horlick instant, vico 3 in 1 dan buah epal la, haha

azie- rahsia. Yang pasti, dari Singapura.. auuww. I love singaporean sluts.

huzz-amacam? nak pinjam? haha.. Apa cerita Kulai? Hahah

Huzai Mansor berkata...

haha. maafkan aku kerana mengutuk dan menghakimi sesuatu tempat itu dengan terlalu awal.. sebenarnya Kulai is not all that bad.. lebih tenang sebenarnya, tetapi cuma perjalanan ke sesuatu tempat ke tempat yang lain itu terlalu jauh...

Rajuna berkata...

Huzz-selalu lalu ke Kulai kalau nak ke Kota Tinggi. Not bad la Kulai. Aku pun bukan asal dari urban area. Nu..ceruk hujung Batu Pahat. Kalau tak, aku dah jadi hiphop kental sekarang ni, haha.. Ini mesti geng2 Nobeat ni..kan?

Danielle_Corleone berkata...

hahaha! tapi apa2 pun lu rockk! :-) bendera kuning!

Rajuna berkata...

danial-mana gua rock. Gua ghazal,bley?

Airinar anastasia berkata...

oi faq..ko tak terhibur ke dgn lagu kat blog aku tu?haha..lg satu..jgn risau beb..akak tu jeles tu..aku bwk laki..gagah bergaye je aku jalan..haha

A t i Q a h berkata...

Beg macam tu ramai je budak laki bawak gi sekolah. kat jepun pun ramai. interviewer tu je yang out-dated. ha ha ha.

Rajuna berkata...

syore-bila masa lah pulak aku ni pendengar setia lagu-lagu macam tu?
arkhh.. Sengsara. Aku cadangkan kau cari player NEEM ke apa ntah nama dia.

Atiqah- u have a good fashion sense. Esok kita jumpa kat karaoke times square. boleh? haha

Tanpa Nama berkata...

salam brkenalan!
;P

A t i Q a h berkata...

U ajak i dating ke?
Wahahaha!

Rajuna berkata...

kulalalala-hai!

atiqah-ajak nyanyidaaaa..

LADesign berkata...

weh ak ade beg tu versi kecik...ko nk x..ak da x gune da...he3

Yana Ismail berkata...

cantik pe bag tu.uhhuhu..jeans tu:)

Rajuna berkata...

liza-yeke? meh tgk!

liyana-i ada taste, occay! haha