Memaparkan catatan dengan label Cerita Dalam Cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cerita Dalam Cerita. Papar semua catatan

Jumaat, 2 Januari 2009

Dari kedinginan desa yang tercemar budayanya

Perubahan

"Kau kena ingat. Kita ni bila bercakap soal umur, umur kita semakin meningkat. Kena fikir positif segala perubahan yang berlaku. Takkan kau nak set pemikiran kau macam umur 18 tahun lagi."

Hmmm..Ok. Boleh terima. Ya, walaupun wajah kita awet muda pemikiran haruslah matang kan?

"Tak usah la difikirkan sangat kawan-kawan kau tu. Terima je lah offer mana-mana kerja. Jangan memilih sangat. Kawan mana-mana pun ada."

Hmmm..Ok. Boleh terima.


"Kawan kau pun ada tanggungjawab. Mana ada diorang nak layan kau setiap masa. Nanti kalau masing-masing dah berkeluarga lagi lah sibuk."


Mak, boleh jangan cakap pasal berkeluarga tak? Bingit.


Frekuensi

Bila aku memandu, aku perlukan tenaga. Dari Ipoh sampai Batu Pahat misalnya. Kadang-kadang neslo panas tidak begitu membantu aku melegakan mengantuk ketika memandu.

Aku perlukan muzik tanpa henti. Sinar Fm misalnya. Ada ketikanya sarat dengan lagu rock kangkang. Terutama dalam segmen Arena Rock Keras. Tapi aku belum pernah lagi terdengar lagu-lagu SYJ yang penuh kata-kata garang itu berkumandang.

Tapi bila bertukar tangan siaran radio akan berubah. Jadi aku ubah ke saluran radio kegemaran aku. Bila bertukar tangan lagi. Berubah lagi.

Xfresh fm.

Apasal bos a.k.a bapak aku suka sangat dengar Xfresh nih?

Wajah

Dalam beberapa temuduga aku untuk menjadi pendidik, nampaknya aku gagal. Jelas aku tidak layak untuk menjadi pendidik. Tapi, aku puas. Ada pengajaran di sebalik kegagalan.

Gred yang selesa. Hujah berapi. Mulut berbuih liur kanan dan kiri. Belum tentu tiket untuk engkau berasa selesa selepas sesi temuduga.

Dari pemerhatian aku. Untuk menjadi pendidik, kita perlulah ada imej yang garang. Muka kasar. Lelaki sejati. Berjambang adalah bonus. Sekurang-kurangnya ada misal sikit dan janggut. Rambut masai. Gunting kedai mamak punya stail. Kalau tak pun sikat belakang. Jangan mengada nak belah tepi rambut tu. Belah tengah tak apa. Macam Badrul Muhayat. Kemeja perlulah lebih besar dari saiz yang biasa kita pakai. Barulah nampak lelaki. Kalau tidak, engkau akan dilabel lembut.

Lagi satu.

Suara kenalah husky. Growl kalau boleh. Cara bercakap mesti kasar sikit. Soft spoken boleh blah. Ini baru lelaki.


faham?

Mak+Nyonya

Aku menuruni tangga kompleks membeli belah di Batu Pahat petang itu. Tangga keluar yang agak sunyi. Aku terpaksa berselisih dengan segerombolan mak nyah. Aku ketepi. Memberikan laluan.

Tiada apa-apa perasaan pun lahir dari hati keci aku.

Usai mereka menaiki tangga. Aku menuruni tangga. Di anak tangga yang terakhir, aku terdengar salah seorang dari mereka menjerit.

"PANTIS BULU KENING?!!!! PONDAN KERRRRRRRRRRRR?!!!!"

Kurang hajar. Bak kata Ofa sentap sundel!

Selasa, 24 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita

I. Inspirasi (1)


Suara gemersik yang diiringi petikan gitar. Asyik. Di hujung pentas sana. Cahaya suram menghangatkan mood malam minggu. Di sebelah kanan, senior di kampus sedang bermesra dengan teman wanita. Sang gadis hanyut dalam pelukan hangat si teruna. Asap rokok berkepul-kepul disekeliling aku. Bau minuman beralkohol menyusup tajam ke dalam rongga hidung. Masam. Tempat begini. Memang itulah penyerinya. Tetapi tidak bagi aku. Tersandar malas di atas sofa lembut. Itu aku. Mata tertumpu pada gerak gemalai sang empunya suara gemersik. Seksi. Sayup di belakang. Tukang pukul. Er...bukan kaki pukul. Maksudnya, si pemain gendang. Lincah.


"Someday, you will be like him," bisik seorang rakan. Dari Johor. Sambil matanya tertumpu pada si pemukul tadi.

"Ah. Aku bukan profesional. Main suka-suka. Orang kampung. Takkan nak main macam tu. Kau gila." Kata aku separa menengking.

"Go get him. Salam dia. Ambik berkat."

"Hahaha. Macam tu ke petua dia?"

Macam biasa. Lepas habis show. Akan ada adegan salam-salam. Puji-puji. Aku? Terjelepak malas di atas sofa. Malu. Segan. Kurang berkeyakinan untuk bergaul dengan mereka yang baru aku jumpa. Walau pun pernah bersua. Barang sekali dua.

Di lain malam. Di warung mamak. Sekitar Petaling Jaya. Aku dengan si junior kampus. Menikmati makan malam yang ala kadar.


"Abang Juna. Kau keras hati sangat," kata si junior. "Sampai bila nak macam ni? Kau tak boleh macam ni bang. Jangan cuba nafikan perasaan. Kadang-kadang kita kena buang ego untuk dapatkan sesuatu yang kita mau. Teruk perasaan kau nanti."

Aku terus menikmati makanan. Sambil tersenyum.

"Apa sangatlah yang ada pada aku. Aku tau sapa aku. Aku tak rasa aku ego. Cuma ini adalah prinsip hidup. Aku tak mau hilang kehormatan. Biarlah berpijak pada bumi yang nyata."

Dia meletakkan sudu nasi lemaknya. "Kalau suka, cakap ajelah. Kalau nak, katakan. Berusaha. Hehehe.. Boleh tahan ke macam ni? Sampai bila?"

Aku senyum sambil menghancurkan butiran nasi menggunakan gigi geraham kanan.

Dan

Hati kecil berbisik,"di kampung sana, ada dua orang tua yang perlu di bela nasibnya."

Ke-tidak-yakin-an?

Suku dari perasaan itu. Entah.

Kecil sangat rasanya kalau nak dibandingkan dengan kamu. Umpama sebutir pasir di kaki. Mungkin. Apa sandarannya?

Aku

Perlu

Inspirasi

Tetapi

Bukan dari kamu. Yang bermegah diri.





II. Inspirasi (2)

Anak remaja zaman sekarang bukan macam dulu. Zaman aku. Cukup sukar menggali muzik dan latar patah perkataan di balik irama yang terhidang. Aku cukup terinspirasi apabila ada bait-bait kata dalam lirik lagu yang mampu memberikan satu suntikan dalam diri. Membuatkan aku lebih bermotivasi. Rasa ingin tahu, rasa ingin belajar sentiasa membuak-buak.

Jarang sekali aku dapat menghadirkan diri dalam acara-acara bunyi-bunyian. Maklumlah. Bersekolah. Belajar. Kewangan tidak menentu. Ada tak ada, duduk di rumah dan menulis untuk mendapatkan koleksi kegemaran. Sama ada dalam bentuk bunyian atau bahan bacaan. Setem pun aku kitar semula. Bubuh gam kat atas. Myspace jauh sekali. Paling maju pun, ada email. Bersua muka dengan koresponden, apatah lagi.

Anak-anak remaja sekarang beruntung. Internet dah meluas. Senang. Dengan sekali pelayaran, segala-galanya boleh berubah. Tak hairanlah kalau di acara gig kebelakangan ini dipenuhi anak-anak sekolah atau lepasan sekolah.

Aku tidak pernah memandang sinis kepada mereka. Budak-budak biasalah. Macam-macam la perangai dia. Over pun ye jugak, haha. Dulu kita pun macam tu kan? Aku seronok tengok budak-budak ni. Tak kira la di majlis marhaban atau apa. Tanpa budak-budak majlis itu akan hilang serinya. Bayangkan kalau di satu majlis, hanya ada orang yang sebaya atau dewasa. Pasti membosankan kan?


Bermula dari titik itu lah, aku tidak pernah kisah bergaul dengan anak-anak sekolah, lepasan sekolah atau yang lebih muda dari aku. Ada yang mengatakan aku tak sedar diri. Bercampur gaul dengan budak-budak. Jadi kau mahu aku jadi dewasa? Buang masa terhegeh-hegeh cari isteri? Terhempap-hempap memikirkan hutang? Fikir tentang duit, duit, duit, duit? Masa hilang, badan letih, duit ke mana?

Tanpa mereka yang muda, jadi tiadalah penerus tradisi. Mereka penyeri. Penuh semangat dan sangat bererti. Kalau betul cara dan didikannya, anak-anak ini akan jadi jauh lebih kreatif dari kita. Keupayaan mereka usah kita pertikaikan. Senioriti bukan segala-galanya bagi aku.

Aku bosan. Sekiranya asyik bercampur dengan mereka yang sebaya. Pemikiran jadi tepu. Tak bergerak. Kalau di usia aku. Tak ada benda lain yang nak di cerita. Kerja, gaji, pangkat, eksekutif sana, eksekutif sini, awek, kawin dan kereta. Bosan. Bosan tau? Otak tak berkembang. Kepala jadi pening. Rambut jadi gugur. Dahi berkedut. Jadi tak seronok.

Kehadiran budak-budak menceriakan hidup aku. Mewarna-warnikan hidup aku. Kisah-kisah yang mereka ceritakan kepada aku, kerapkali mampu mengukir senyuman di bibir aku. Gelak tawa bersama umpama penawar kekosongan yang menyapa.

Macam kat blog ni. Ada yang tanya masa "Hari Bertemu Pelanggan" di warung char kue teow Kerinchi tempoh hari(beberapa minggu lepas). "Apsal budak-budak ramai komen kat blog kau?" Tanya salah seorang pelanggan. "Biarlah diorang. Diorang cool." Aku jawab.

Budak-budak semua, biar apa diorang cakap. Korang lepak sini sudah. Dengan aku takde hal punya. Kita boleh sembang punya. Lepak, minum-minum pun takde hal. Jangan ajak aku hisap rokok dan minum tuak sudahlah.

Lagipun, korang macam camouflage bagi aku.

Sebab,

aku akan nampak lebih muda.

Budak-budak sekalian. Aku suka korang. Inspirasi aku.

Kalau ada masa. Ajak aku lepak dengan korang. Boleh? Baru gerek macam ni.





Haha.

Selasa, 3 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita 3 (Nada Marah Citarasa Terkini)

1)Minyak


Minyak nak naik harga ke oi?! Okey je. Asal lak? Lek ar kan? Takde hal. Kan? Muaah... Shhhhaaayang....! *lompat bintang*

2)Bola Sipakz

Ni sekarang dah nak musim bola. Orang lelaki terutamanya dah sibuk-sibuk. Ni apahal ni? Ada sepupu kau main ke? Yang dok menggelupur ni kenapa? Eh, panas pulak gua.

Beb. You have got a wrong person to talk about this matter. Kau ingat aku peduli pasal bola sepak Euro, EPL dan entahapakeharamjadah ni? Kau ingat aku ambil tahu pasal mamat-mamat yang terkejar-kejar tengah padang tu? Yang kau ni pun satu sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok orang berlari. Yang lagi sakit hati kau terjerit-jerit tengah malam. Masalahnya, ada mat-mat saleh/mat-mat kejar tu peduli dengan sorakan kau? Aku penat. Tak cukup tidur. Ada insomnia lagi. Kau pekik-pekik. Nak pekik-pekik pergi gig la oi! Sekarang aku nak tanya kau. Apa yang kau dapat? Apa yang kau dapat, mangkok?!

Pada aku, ini permainan yang paling bajet macho. Sebiji bola kejar ramai-ramai. Apa barang? Macam jantan bergaduh berebut betina. Tak cool langsung. Kalau gua, gua let go je. Apa barang? Maruah kena jaga beb, maruah!! Kalau terjatuh pulak, atas padang. Berlumpur. Yucckks... Boleh jangan dekat dengan aku tak? Pakai jersey dengan jeans Levi's is tak stylo langsung, occay.

Main papan luncur lagi cool. Papan sekeping. Pemain sorang. Ada ke orang sibuk-sibuk nak kejar satu papan ni ramai-ramai? Mana ada! Main papan luncur boleh dengar lagu hardcore. Main bola sepak, mana boleh. Kena beri tumpuan. Poyo. Bosan. No life. No fun. Takde hot chicks. Cuba cari mana-mana match. Ada hot and sexay gurlz (bawah 21 tahun, memang taste aku) lepak-lepak situ tak? takde kan? Appa kellassss, nyah!

Dah la weh. Pergi tidur la. Bosan la life korang ni. Bagi aku senang je penyelesaian permainan yang serba bosan ni. Bagi setiap pemain sebiji bola. Nak sangat gol, pergi tiang gol lawan masing-masing. Kalau masuk, kira score. Tak masuk, boleh balik rumah terus. Penjaga gawang, kalau nak jaga, boleh jaga. Kalau tak nak moh kita ke warung burger cekik darah ke depan tu. Nak lagi bagus ada undian SMS. Yang tak dapat score boleh masuk semula. Pokoknya, tampan. Kaki bangku, kerusi, tiang telefon pun takpe. Peghh, merembes kan?


3)Hari Lahir

Apabila menjelang hari lahir aku(4/6), ramai kawan-kawan yang mengucapkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran aku. Terima kasih banyak-banyak. Acara sambutan memang tak pernah ada. Maklumlah kawan tak ramai. Budak kampung. Siapa yang nak kawan dengan aku tengah-tengah bandar gini. Setakat ucapan pun dah kira ok. Budak-budak ni, tak berani ajak aku makan kek atau ke restoran multinasional. Sekali lagi, maklumlah. Budak kampung. Makan tak ada gaya. Kecah belalang. Sos penuh di pipi. Aising kek melekat di rambut. Sudu dan garfu bertebaran di awangan.

Aneh sebenarnya apabila ada orang ingat tarikh lahir aku. Dalam kepala hotak aku yang sarat dengan formula matematik dan statistik ini, haram satu tarikh lahir orang pun aku tak ingat. Mintak maaf banyak-banyak. Aku hanya rujuk pada Myspace atau Friendster sahaja. Kalau terperasan baru aku ucap selamat hari lahir. Kalau tak haram aku buat tak paham. Aku pun tak pernah bagi hadiah kat orang. Jadi aku tak hairan kalau tak dapat hadiah. Apa barang, dapat hadiah macam budak-budak Taska Pasti An-Nur? Dulu teman wanita aku pernah bagi aku topi di hari lahir aku. Disebabkan prinsip aku yang tidak bersetuju dengan acara sambutan ulang tahun yang mengarut bagai, aku buang topi tu hidup-hidup. Perhubungan kami pun tak lama. Aku tak menyesal.

Aku peduli apa. Tiada kompromi. prinsip adalah prinsip. Tidak akan ada persahabatan/perhubungan yang boleh melampaui prinsip yang aku buat untuk diri aku. Walau seikhlas atau selama mana perhubungan, sekiranya ada titik yang melanggar prinsip yang aku pegang aku tidak akan teragak-agak memutuskan perhubungan. Kau nak sedih-sedih itu kau punya pasal. Asyik jaga hati orang hati aku siapa nak jaga? Bodoh.

Orang pertama yang mengucapkan hari lahir aku pada kali ini amat unik sekali. Makhluk yang terselit antara dua identiti. Aku menghormati pilihan hidup dia. Terima kasih untuk dia. Berjela gitu mesej dia, ahaks! Tiga hari sebelum birthday dah wish, noks. Ini diikuti rakan-rakan dari minat yang sama dan perempuan-perempuan bawah 21 tahun (Baby, Onitsuka Tiger tau! winks*).

Dah, aku nak tidur. Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri daripada aku sendiri. Semoga dilanjutkan usia, kekal sihat sejahtera, murah rezeki, hormat orang, binatang, alam sekitar dan jadi orang yang tahu bersyukur/berterima kasih. Amin.

Image Hosted by ImageShack.us


Rekaan khas dari Daniyal. kthanxbai.











Isnin, 2 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita 2

1) Mana Nak Letak Muka Sekarang Ini(1)?

Hari Jumaat adalah hari penting untuk orang lelaki. Sebelum ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat, makan dulu. Kalau tak, solat tak khusyuk. Sebelum solat, kita ke tandas dulu. Kalau tak, solat tak khusyuk.

Makan sudah. Qadha hajat pun sudah. Ini bermakna line sudah clear. Ok, aku kena gerak ke masjid cepat-cepat. Kalau tak, bersujud di tar lah nampaknya.

Dari pejabat ke masjid satu lagi hal. Bila melintas perlulah berhati-hati. Kalau di kampung kita kena toleh kanan, toleh kiri dan toleh kanan. Bila sudah selamat, mari melintas. Lain di Kuala Lumpur. Banyak jalan sehala. Adakala kita perlu toleh kanan sahaja atau toleh kiri sahaja. Ini berpunca tiadanya kenderaan dari arah bertentangan dalam satu laluan jalan.

Untuk sampai ke stesen LRT yang menghubungkan ke Masjid Jamek, aku perlu menyeberangi jalan berlampu isyarat di hadapan pejabat. Lampu isyarat sudah menunjukkan warna merah. Cantik. Kenderaan mula berhenti. Kerja aku bertambah mudah. Aku tak perlu toleh sangat. Cuma perlu memastikan agar tiada motosikal gila mencelah-celah antara kereta, lori dan bas semasa aku melintas.

Aneh. Aku kehairanan. Perasaan diamuk resah yang mendalam. Peha dan kelengkang aku terasa berangin kita melangkah di atas jalan raya ketika mencelah-celah antara kenderaan untuk melintas ke seberang sana. Mengapa ya?

Yep. Aku lupa nak tarik zip.

Dem. Dem so much.

2) Mana Nak Letak Muka Sekarang Ini(2)?

Hari Jumaat kebelakangan ini, aku tak lagi ditemani Mustapa Kamal si hero Malaya pergi sembahyang Jumaat di Masjid Jamek. Jadi, kebelakangan ini juga aku seperti serba tak kena. Maklumlah sorang-sorang. Tak selesa. Kakak-kakak dan adik-adik yang nak ke Sogo waktu rehat sembahyang Jumaat suka tenung-tenung aku. Sekarang cakap dengan aku, lelaki mana yang selesa bila asyik direnung dengan tajam oleh perempuan apabila keseorangan(Lain la kalau kau lelaki bangsat)? Tak kossserrr mak!

Minggu lepas aku akan makan awal di kedai mamak Vanilla Dangdut. Selambah redah aku blah awal dari pejabat. Siap makan terus gerak ke Masjid Jamek.

Aku sengih bila dapat sampai awal di Masjid Jamek. Orang belum begitu ramai. Aku tak perlu bersesak-sesak senggol-senggol pinggang orang nak dapat tempat. Meluru terus ke saf ke tiga di hadapan mimbar. Sebelum khutbah ada ceramah. Aku gelak kuat. Hebat. Ustaz ni boleh cakap bahasa Indonesia. Aku gelak kuat-kuat lagi. Pakcik depan aku pelawa duduk di hadapan dia. Aku lagi suka. Dekat dengan penyaman udara. Tempat pun lapang sikit.

Saat ditunggu-tunggu telah tiba. Setelah berhempas pulas berjuang di medan mengantuk. Waktu untuk solat. "Aqimussolah....." Seru sang bilal. Maka, semua orang berdiri. Aku tak ketinggalan. Berdiri segak. Poket kanan bergetar.

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Ah, sudah. Nada bunyi mula meraung-raung. Lagu hardcore jerit dari kugiran tempatan. Bingit. Jemaah mula kecoh. Tercari-cari dari mana datangnya bunyi hingar itu. Aku cuba buat relaks. Kepala mula berdenyut. Tangan aku meraba-raba peha kanan. Menggelabah picit-picit butang melalui luar poket. Berharap agar dapat mengena butang untuk 'unlock'. Siapa pulak yang bodoh sangat hantar mesej waktu sembahyang ni? Apa lama jemu bernafas ke apa? Aku marah!

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Tak berkesan! Tak ada jalan lain. Memang aku silap. Okey. Memang aku silap! Aku keluarkan telefon. Nah, sekarang sudah terdedah angkara siapa buat bising dalam masjid. Masalah masih belum selesai. Telefon aku bersarung dalam kantung merah. Mahu tak mahu, aku perlu keluarkan telefon ini.

"TRRRRRRR.....TATATATATATA"
"WAAARGHHH WARGHHHH"
"ZIUNG-ZIUNG...WARGHHH!!!"

Bunyi semakin kuat. Jemaah kanan dan kiri memandang tajam ke arah aku.

"Unlock keypad? OK."

Aku tak baca pun mesej. Masuk semula dalam poket.

Selesai.

Sembahyang tak khusyuk. Aku dendam dengan operator mesej Maxis.

Rabu, 28 Mei 2008

Siri Cerita Dalam Cerita 1

1) Kuasa Nama

Tengah hari beberapa minggu lepas memang mengundang kelemasan. Suhu panas menyebabkan aku rimas. Tekak mula cepat kering. Ini tak boleh jadi. Kalau tunggu lama-lama boleh menyebabkan aku menghempok monitor lusuh di pejabat.

Turun mencari kedai mamak. Keadaan sesak di kedai mamak menambahkan lagi perit di hati. Tapi mata aku terpana pada satu pemandangan indah. Sebiji cawan berisi cecair putih diserikan dengan lingkaran cecair coklat di dalamnya. Berais! Aku jadi tak keruan.


"Oi, mamak. Apa benda ni?"


"Mana? Ini ka? Kopi ais vanilla dangdut!!!!"


"Mak aiiii!!!"


Ini baru sepadan. Nama dan rupa seiring menawan. Sesiapa pun gagal dengan teruk sekali untuk menolak godaan kopi ini. Sayang. Aku tak minum kopi. Ini kalau muka cantik nama elok perangai hodoh hati busuk macam bangkai biawak Sungai Rengit, kau ingat aku peduli?


2) Bukan Tak Sudi


Image Hosted by ImageShack.us

Undangan bermain di satu persembahan di Pulau Pinang terpaksa aku tolak mentah-mentah. Terasa juga kasihan kepada mereka yang berhempas pulas dalam kugiran ini. Biarpun tugas aku sekadar pemain jemputan, aku sangat tidak bersedia untuk mengadakan persembahan dengan mereka. Baru dua tiga kali sesi latihan. Mana kan aku nak bersedia? Peluang yang baik sememangnya tak harus dilepaskan. Apatah lagi dikhabarkan persembahan kali ini bakal mendapat ole-ole.


Bagi aku bukanlah nilai ole-ole yang aku tekankan. Ia bergantung kepada kepuasan aku semata-mata. Sebenarnya aku belum boleh menyesuaikan diri pada kugiran yang baru aku sertai ini. Susunan muzik yang ringkas tapi sukar untuk aku tangkap. Aku sekurang-kurangnya memerlukan masa sebulan untuk satu bentuk permainan yang benar-benar memuaskan hati aku. Masih terdapat tempang dan kosong dalam beberapa ketukan aku.

Pada sesi yang lepas aku dibantu Am UTM. Latarbelakang asas rock yang kuat melegakan aku untuk penstrukturan lagu kali ini. Aku harap dalam sesi akan datang akan ada improvasi dalam permainan kami. Untuk satu pasukan muzikal yang 'layan' persefahaman amatlah penting. Semua harus yakin di hadapan khalayak nanti. Kegoyahan di beberapa bahagian yang dihadapi individu dalam skuad kugiran sememangnya mencemaskan. Apatah lagi memainkan lagu yang biasa didengari khalayak.

Ini sememangnya amat potong stim bagi aku. Aku sendiri biasanya tak dapat menyorokkan wajah ekspresi cuak ini bila membuat persembahan gara-gara malas buat homework. Muka akan jadi seperti mahu berhadapan pegawai agama semasa temuduga nak kahwin.

Kadang-kadang persediaan yang rapi pun belum tentu menjamin persembahan yang menarik. Dari pengalaman aku, kilauan cahaya kamera dan jeritan nama adalah perkara yang melemahkan semangat aku. Adakalanya aku kasihan dengan sang penyanyi ketika kami membuat persembahan. Terjerit-jerit sampai pecah kerongkong. Tapi kenapa lensa kamera asyik dihalakan kepada sang pengetuk gendang ini? Apa maknanya semua ini? Sila jawab dengan tepat atau aku merajuk lagi.


3) Salah ke?

Dalam sebuah bilik temuduga terdapat dua orang panel wanita yang memandang tepat ke arah aku. Seperti biasa, hati mana yang tak bergetar apabila dipandang sebegitu. Terasa diri seperti ditelanjangkan oleh mata mereka. Aww.

Soalan temuduga adakalanya tak sesusah mana. Tapi tak boleh dijangka. Tapi bagi seorang yang mempunyai suara yang lembut disamping susunan tatabahasa yang teratur dan indah, itu semua tak jadi masalah(poyo). Cuma riak wajah cuak yang aku tak boleh sembunyikan. Bila teringat peribahasa mat saleh yang mengatakan "semakin tinggi harapan kamu, semakin sakit kamu jatuh" aku jadi lebih relaks. Peluh kurang bercucuran.

Soalan lancar sekali aku jawab. Ada yang aku kelentong. Itu biasa. Aku dibenarkan keluar dari bilik temuduga beberapa minit selepas itu. Aku terus melangkah keluar.

"Er... nanti sekejap," tiba-tiba ahli panel menghalang aku keluar.

"Ya, Puan."

"Lain kali jangan bawak beg perempuan datang ke temuduga ya?"

Haram. Apa, tak cukup stylo ke beg aku ni?

Image Hosted by ImageShack.us