Sabtu, 28 Jun 2008

Warkah Ringkas dari Desa

Hari ini sudah 4 hari aku di selatan. Aku sudah hilang motivasi. Aku mahu menghabiskan wang simpanan aku. Bosan. Sesuatu yang telah melanda. Mujur, ada beberapa keping cd yang mengandugi ribuan fail mp3 telah berjaya aku bawa pulang dengan selamatnya. Mujur juga ada tiga biji buku yang tak habis di baca.

Baca sambil dengar lagu. Lentok di atas bantal. Tidur. Esok cari bahan bacaan baru. Atau, aku selongkar gerobok buku itu.

Apa lagi yang aku nak harapkan? Tiada.

Baki pulsa dalam ponsel masih berbaki RM 5. Tak habis. Lebih baik aku letakkan ponsel ini jauh-jauh dari pandangan. Agak-agak baki kredit ini boleh ditukar kepada tunai boleh ke? Kalau boleh, kan bagus. Boleh dibuat tambang bas ke bandar. Skuter aku. Isi RM 10 tak penuh tangki. Hehehe.. Lawak seh. Aku ketawa terbahak sakan dengan atendan pam minyak. Langsung aku mintak nombor ponselnya. Boleh ajak jalan-jalan pasar lambak hari Jumaat.

Cun. Negara ini memang cun. Langkah dan dasar yang diambil memang bagus sangat. Aku gembira dengan perkembangan terbaru. Wow. Indahnya Malaysia. Yay! Kalau lah aku menyahut seruan-seruan di koran atau di televisi. Aku yakin sangat. Tahun depan aku boleh menunaikan haji. Koran perdana itu satu hari 17 kali aku tatapi. Aku mengukir senyum.


Jimat! Efisien! Bravo! Bravo!

Aku angkat tangan, senyum muka pada pakcik-pakcik, mbah-mbah, wak-wak dan lek-lek yang selalu lepak di bilik gerakan dan orang-orang kuat pertubuhan gedegung-gedegang.

Semua buat tak kenal. Tengok pelik.

"Wak, lu jangan ingat gua pakai baju tengorak, dalam tengkorak gua tak de otak..bley? Lu ingat dengan menunggang skuter bercorak kartun ni gua tak sematang anak lu orang yang kawin awal dan gaji hanya pat lima ratus tu? Lu ingat rambut gua panjang gua rempit ke wak? Binawe lu. Sekali gua jadi pemuda umno karang baru lu tau!"

Aku marah.

Apa, hina sangat ke gua balik kampung ni? Apa gua ni membawa kepada masalah sosial di kampung ini ke apabila gua bawak members gua dari pekan sambil membawa gitar terjerit-jerit tengah malam? Lu orang bley plak dengar Inul? Cici Faramida? Trio Macan? Atau lagu-lagu seperti Jablai? Bang Toyib?

"Lai lai lai lai.. panggil aku si Jablai. Abang jarang pulang, aku jarang di belai..." Boley?

Atau

"Bang Toyib, Bang Toyib..kenapa tak pulang-pulang, anak mu, anak mu rindu ingin bertemu, iiihhhhhhh," Ha? Macam mana?

Aku senyum simpul wak-wak, mbah-mbah dan lek-lek di kampung. Lantas aku bersimpuh. Lagak gadis desa yang masih belum tercemar kedaraannya (Tapi ada yang lagak suci, sebenarnya lagi hampas dari perempuan bandar~Hi Syerry!).

"Wak, lu nampak jari tengah gua ni?"

10 ulasan:

t i u n g berkata...

waa lu balik kampung aa..
syiok..
toyibbb..
haha

Danielle_Corleone berkata...

gua igt satu teka teki bila baca entri lu ni! hahaha:P

King berkata...

skali lagi lu mengigatkan beta pada si Tejo yang sedang mengacungkan jari tengahnya kepada si Surti sambil berkata F*#k U!

ps:kapan kue arek lungo umahe nyong?

A t i Q a h berkata...

Owh. Ada kat kampung? Jom hang out di JB. He he.

Yana Ismail berkata...

wah di JB kah?huhu mari lepak dengan kancil clan..huhu

azie berkata...

ni invitation ketiga dari kancil klan

mari turun jb lepak sama kancil klan

kesian lek-lek ngan wak-wak tu. janganlah tunjuk middle finger tuh..

FAZ berkata...

wak kata
"nampak!!comel jari tengah tu"

wak sudah tua.tidak membawa apa maksud kepadanya.

hahahahaha

tasekM berkata...

lagu mende hah lirik gitu gaya bro?.. he he

Rajuna berkata...

tiung-banyak lu punya syok. wa hilang pekerjaan. pekerja sektor awam mahu dikurangkan dan dibekukan.ape citer?

daniel-banyak2 abang, abang apa yang tak balik selama 2 raya dan 2 puasa.

king-sekali lagi. gua tak berkenan dengan watak seks rambang itu.

atiqah-auuw segan

liyana-hahaha...kapan mau ketemu ya?

azie-wak sekrang dah ada strymix. diorang lagi canggih dari aku yang asik ke cc je.

xfazx-wak buat2 tak tau, tapi hati berbulu lu tau?

tasik-ini lagu dangdut. lagu dangdut sebenarnya lagi bermakna dari lirik lagu pop yang asik nak berjiwang je. jiwa takde

Sang Pencinta berkata...

smpai ati ko abiskan duit ko kat kg?ko blanje la kawan2 kat kl ni karaoke kan bgu ade gak pahala ko dpt..