Selasa, 3 Jun 2008

Siri Cerita Dalam Cerita 3 (Nada Marah Citarasa Terkini)

1)Minyak


Minyak nak naik harga ke oi?! Okey je. Asal lak? Lek ar kan? Takde hal. Kan? Muaah... Shhhhaaayang....! *lompat bintang*

2)Bola Sipakz

Ni sekarang dah nak musim bola. Orang lelaki terutamanya dah sibuk-sibuk. Ni apahal ni? Ada sepupu kau main ke? Yang dok menggelupur ni kenapa? Eh, panas pulak gua.

Beb. You have got a wrong person to talk about this matter. Kau ingat aku peduli pasal bola sepak Euro, EPL dan entahapakeharamjadah ni? Kau ingat aku ambil tahu pasal mamat-mamat yang terkejar-kejar tengah padang tu? Yang kau ni pun satu sanggup bersengkang mata semata-mata nak tengok orang berlari. Yang lagi sakit hati kau terjerit-jerit tengah malam. Masalahnya, ada mat-mat saleh/mat-mat kejar tu peduli dengan sorakan kau? Aku penat. Tak cukup tidur. Ada insomnia lagi. Kau pekik-pekik. Nak pekik-pekik pergi gig la oi! Sekarang aku nak tanya kau. Apa yang kau dapat? Apa yang kau dapat, mangkok?!

Pada aku, ini permainan yang paling bajet macho. Sebiji bola kejar ramai-ramai. Apa barang? Macam jantan bergaduh berebut betina. Tak cool langsung. Kalau gua, gua let go je. Apa barang? Maruah kena jaga beb, maruah!! Kalau terjatuh pulak, atas padang. Berlumpur. Yucckks... Boleh jangan dekat dengan aku tak? Pakai jersey dengan jeans Levi's is tak stylo langsung, occay.

Main papan luncur lagi cool. Papan sekeping. Pemain sorang. Ada ke orang sibuk-sibuk nak kejar satu papan ni ramai-ramai? Mana ada! Main papan luncur boleh dengar lagu hardcore. Main bola sepak, mana boleh. Kena beri tumpuan. Poyo. Bosan. No life. No fun. Takde hot chicks. Cuba cari mana-mana match. Ada hot and sexay gurlz (bawah 21 tahun, memang taste aku) lepak-lepak situ tak? takde kan? Appa kellassss, nyah!

Dah la weh. Pergi tidur la. Bosan la life korang ni. Bagi aku senang je penyelesaian permainan yang serba bosan ni. Bagi setiap pemain sebiji bola. Nak sangat gol, pergi tiang gol lawan masing-masing. Kalau masuk, kira score. Tak masuk, boleh balik rumah terus. Penjaga gawang, kalau nak jaga, boleh jaga. Kalau tak nak moh kita ke warung burger cekik darah ke depan tu. Nak lagi bagus ada undian SMS. Yang tak dapat score boleh masuk semula. Pokoknya, tampan. Kaki bangku, kerusi, tiang telefon pun takpe. Peghh, merembes kan?


3)Hari Lahir

Apabila menjelang hari lahir aku(4/6), ramai kawan-kawan yang mengucapkan ucapan selamat ulang tahun kelahiran aku. Terima kasih banyak-banyak. Acara sambutan memang tak pernah ada. Maklumlah kawan tak ramai. Budak kampung. Siapa yang nak kawan dengan aku tengah-tengah bandar gini. Setakat ucapan pun dah kira ok. Budak-budak ni, tak berani ajak aku makan kek atau ke restoran multinasional. Sekali lagi, maklumlah. Budak kampung. Makan tak ada gaya. Kecah belalang. Sos penuh di pipi. Aising kek melekat di rambut. Sudu dan garfu bertebaran di awangan.

Aneh sebenarnya apabila ada orang ingat tarikh lahir aku. Dalam kepala hotak aku yang sarat dengan formula matematik dan statistik ini, haram satu tarikh lahir orang pun aku tak ingat. Mintak maaf banyak-banyak. Aku hanya rujuk pada Myspace atau Friendster sahaja. Kalau terperasan baru aku ucap selamat hari lahir. Kalau tak haram aku buat tak paham. Aku pun tak pernah bagi hadiah kat orang. Jadi aku tak hairan kalau tak dapat hadiah. Apa barang, dapat hadiah macam budak-budak Taska Pasti An-Nur? Dulu teman wanita aku pernah bagi aku topi di hari lahir aku. Disebabkan prinsip aku yang tidak bersetuju dengan acara sambutan ulang tahun yang mengarut bagai, aku buang topi tu hidup-hidup. Perhubungan kami pun tak lama. Aku tak menyesal.

Aku peduli apa. Tiada kompromi. prinsip adalah prinsip. Tidak akan ada persahabatan/perhubungan yang boleh melampaui prinsip yang aku buat untuk diri aku. Walau seikhlas atau selama mana perhubungan, sekiranya ada titik yang melanggar prinsip yang aku pegang aku tidak akan teragak-agak memutuskan perhubungan. Kau nak sedih-sedih itu kau punya pasal. Asyik jaga hati orang hati aku siapa nak jaga? Bodoh.

Orang pertama yang mengucapkan hari lahir aku pada kali ini amat unik sekali. Makhluk yang terselit antara dua identiti. Aku menghormati pilihan hidup dia. Terima kasih untuk dia. Berjela gitu mesej dia, ahaks! Tiga hari sebelum birthday dah wish, noks. Ini diikuti rakan-rakan dari minat yang sama dan perempuan-perempuan bawah 21 tahun (Baby, Onitsuka Tiger tau! winks*).

Dah, aku nak tidur. Selamat hari lahir untuk diri aku sendiri daripada aku sendiri. Semoga dilanjutkan usia, kekal sihat sejahtera, murah rezeki, hormat orang, binatang, alam sekitar dan jadi orang yang tahu bersyukur/berterima kasih. Amin.

Image Hosted by ImageShack.us


Rekaan khas dari Daniyal. kthanxbai.











17 ulasan:

ka-ii berkata...

wahwahwah..

selamat menyambut hari yang mana ko dilahirkan 23 tahun dulu. wlo ak stil xfhm nape kite kene celebrate hari kite da nak mati ni. xpe. smoga ko dpanjanngkan umo selalu dan selamat semuanya. tua da kan. bile nak kawen?


p/s: danial, so sweet..

areleaf berkata...

cerita 1=aku pon x kisah dieorg nk naek rm200 perliter skalipon..dosa masing2 tanggung..
cerita 2=aku xmo komen byk pasal ni,takut bergomol ngan ko..x rela aku..
cerita 3=hepi besday senior..one year oldr onye year near death..ikut aku la nk wish kn..mulut aku..

FAZ berkata...

niat di hati gua mahu ucapkannya tapi tak sanggup.lalu gua berkeras jua untuk mengucapkannya...

weh!!jangan kacau orang yang tengok bola boleh tak.fanatik nih.

tq.

*onitsuka tiger gua xori tp org kagum gile tgk.hahahaha....

Rajuna berkata...

kaii-terima kasih. Kawin? kaii...puhleaseeeeeeeee!!!!!!

areleaf-cerita1-itu la kan. lekkk arr, nggrrr!!! cerita2-bagos. cerita3-kurang asam.

xfaz-pehhhh...gua yakin lu memang meletop bila pakai onitsuka tiger tak ori tu. emo gothic times square siak! hahaha

tasekM berkata...

hepi befday bro... semoga yang baik2 berlaku utk kamu...

Airinar anastasia berkata...

oi..besday lu same ngn jaja kan..gua pasti igt beb..haha..entry besday ko tu..ade unsur2 emo sket di situ npknye..cam entry aku time besday aritu..haha..

p/s: igtla..kite skang maken dekat kepade nye..slamat besday 24

Rajuna berkata...

tasik merah-hendaknya begitu lah. mudah-mudahan.

syore-dari dulu lagi aku suka lagu emo(melampau marah/melampau jiwang). Kau nak? sure ketagih. Kirim salam aina.

Yana Ismail berkata...

Selamat Hari Lahir!:)
Memang terharu kan kalau org ingat bday kita. Tu la namanya caring..huhu..byk dpt hadiah?

en_me berkata...

hepi besday bro.. minyak petrol memang naik 78 sen bermula esokk..

iAmeFie berkata...

ohoo..
happy besday bro faqris..
ahax!
semoga dpanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...
nk kawen jgn lupe jemput..hee~

Danielle_Corleone berkata...

haha! itu je yg gua mampu bro! hahahaha! :P

Rajuna berkata...

liyana-haha. caring ke caress ha? lupa la. haha. hadiah? ada sepeket biskut tiger.

efie-mekasih mekasih mudah-mudahan.jgn lupa datang rumah amek kek coklat dengan bihun goreng lebih parti ari tu. ada dalam fridge amek sendiri.

daniyal-kata nak belanja gua burger king?

Rajuna berkata...

en_me- saya gembira. En_me tak gembira? tak rock la macam ni.

blackpurple @ jowopinter berkata...

RM Dua Ringgit 7 Puluh Sen. Kasihan marhaen macam aku.

Ucapan Selamat Hari Lahir yang terlewat bang!

Yana Ismail berkata...

eerrkk...sepeket biskut tiger je?cian2..huhu..minyak naikla pula:P

A t i Q a h berkata...

Selamat untuk semua!
Jarang nak jumpa orang laki tak suka bola. Heh.

Sang Pencinta berkata...

sorry bhai aku xtau bfday ko plak..heheh..aku kat johor time 2..sowi..ermm..