Khamis, 25 Disember 2008

Aksi Kebinatangan 2007 (babak 1)



(klik dan tunggu sebentar-sekadar muzik pengiring)



1)

Kekecewaan dalam beberapa perkara menyebabkan aku sekali lagi menafikan setiap kejayaan bermula dari sebuah impian. Hakikatnya, sebuah impian hanyalah sebuah kesakitan. Usaha dan tawakal belum tentu menjanjikan apa yang diinginkan.

Impian hanyalah babi dalam kehidupan apabila masa depan kita di tangan orang lain.


2)
Menjadi manusia yang tak punya keturunan berpengaruh dan berkepentingan amat menyeksakan. Segala-galanya bergantung kepada nasib. Menjadi yang terbaik dalam satu-satu aspek, belum tentu menjadi individu yang terpilih. Menjadi melayu di sini juga bukanlah tiket kepada mana-mana keistimewaan. Malang sekali, hingga hari ini aku masih tercari-cari apa keistimewaan yang dilaung-laungkan. Apakah keistimewaan itu untuk sesetengah pihak? Mungkin binatang-binatang di night safari ada jawapannya.

Perjuangan yang dilalakkan adakalanya tak ubah seperti komik-komik Hong Kong. Penuh kuasa memukau lantas menguja akan keberadaan kuasa yang mampu menangkis musuh yang nakal. Meletup. Bercakar. Berderai. Terbakar. Apa sahaja dilakukan untuk mempertahankan hak yang sebenarnya retorik belaka.

Aku sekadar menjadikan kaca televisyen sebagai satu wadah gelak ketawa melihat manusia bersongkok hitam berkot dan bertali leher bertegang urat menyembur-nyembur liur menyanyikan lagu-lagu perjuangan ompong kepada rakyat yang masih pekak dan tuli.


3)
Adakalanya aku suka melihat orang-orang yang dikatakan berkepentingan mengambil kesempatan kepada aku. Aku melihat. Aku mengiyakan. Biarpun hati ini terus menghambur kata-kata kesat. Janji tinggal janji. Itu kebiasaanya. Apa sebenar motifnya?

Tidak. Aku tidak akan pernah melutut kepada engkau walau terdesak bagaimana sekalipun.



4)
Semalam sebelum aku ke studio meneruskan latihan ketukan gendang, aku sempat melempar keluar beg yang berisi ijazah dan sijil ke halaman rumah. Perbuatan aku dilihat mak. Lantas dia yang mengutipnya.


Secara simboliknya, mempunyai segulung ijazah bukan penentu kehidupan yang selesa. Tak payah cakap banyak.


5)
Aku bukan sombong. Malah aku amat terbuka berkawan dengan sesiapa dan apa pun prinsip yang engkau pegang. Mak bapak aku tak pernah ajar aku membeza-bezakan orang dengan warna kulit dan agama.

Tetapi untuk beberapa tahun kebelakangan ini aku perlu menyaring beberapa individu yang aku lihat sukar menerima pendapat orang lain. Suka mengambil kesempatan. Sukar menghormati pegangan orang lain. Mempersenda pegangan orang lain. Memandang sinis pada yang tiada pangkat, harta dan keturunan. Bangga tak kena tempat. Jadi, aku kena bertegas dengan diri aku sendiri.

Mungkin tiada kali kedua untuk mereka yang berbuat silap. Mungkin tersasul pun akan makan penampar. Waspada.


(Beberapa isu semasa yang memualkan akan diperkatakan dalam entri seterusnya.)

26 ulasan:

d.o.n.u.t.m.a.n.i.s berkata...

"mempunyai segulung ijazah bukan penentu kehidupan yang selesa"

tepat sekali!

yoshz berkata...

aku biasanya pilih kawan tengok luaran ajer.org kata tak baik. tapi entah....

Sang Pencinta berkata...

sbr juna ni semua dugaan..ko dtg kl kita libur2 pas2 cari keje.

FAZ berkata...

~awwwwwwwww garangnye!!

Aku berkata...

120% setuju. Kadang-kadang kekecewaan itu menimbulkan dendam dan amarah dalam hati. Macam aku dulu, masa kat uni., member2 tiru assignment aku dan mereka mendapat A sedangkan aku mendapat B+. Mau tak sakit hati bila semua isi adalah dari kita tapi mereka yang dapat nama hanya kerana mereka pandai membodek lecturer, sedangkan aku, awal2 lagi aku telah sematkan azam taknak kiss ass orang, kat depan sket punya puji melangit tapi kat belakang mengutuk. Tapi sekarang aku belajar dr pengalaman, kadang2 memang terpaksa jilat bontot orang utk mencapai impian. Dan sekarang impian aku adalah kalau aku berjaya, aku akan pastikan aku tak layan mana2 org yang menenggek cuma untuk menumpang senang. Ya, aku mmg vindictive...hahahaha

Danielle_Corleone berkata...

hoi bro. dtg kl ari ni la. jom!

cimon berkata...

yo!

ape nie mara'2..nanti cepat tue tau..mnampakkan usia sbnar ko!

hehehe (^v^)

impian...sume org ade impian kan? either jd kenyataan...atau tak... depends on our rezki larr... kan?

then..kalo x usahe...rezki xkan sampai gak kan? (usahe ade mcm2 care,pikir2 la ek)

by d way, dtg la KL...temankan si tempe, danielle & cikgu kat umah tu...boleyy la ko msakkan utk diorg nanti k!

bye.

hehe (^v^)

KARKADEWA berkata...

ah...
akhir taun 2008 ari yg beremosi kah..??

tasekM berkata...

dugaan kadang2 boleh bikin mati jiwa.




.

kecik berkata...

Secara simboliknya, mempunyai segulung ijazah bukan penentu kehidupan yang selesa.


stuju

zairi berkata...

Rock..rock..jugak...malam Awal Muharram ni jom pegi surau berdekatan memohon ketenangan dan kesejahteraan serta pengampunan moga tahun 2009 ni menjadi kan kita lebih baik dan tenang dari sebelum nya. InsyaAllah...

selamat menyambut Awal Muharram.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Jangan pening-pening kepala bro'. Gunakan segenap peluang yang ada sekarang untuk membuang masa.

Sebab,

semasa belum ada kerja, kau akan teringin-inginkan sangat kerja. Nanti, esok2 bila kau dah ada kerja, kau akan rasa macam nak berhenti kerja, nak muntah buat kerja. Percaya-lah cakap aku.

Huzai Mansor berkata...

xble member arr bro..


Kau terlalu metalcore. Gua ni grindcore je. Manakan dapat terbang bersama.


Hahaha!!

artsoul berkata...

zaman skrg kebanyakan kawan mcm tu...even your love one..aku dah kena dah!
nk cari kawan sejati susah...jadi,kita tk bole biar org pijak kepala kite...kita kena protect diri kita sendiri,anggap je tkde sape yg bole tlg kita...only ourself

ka-ii berkata...

Secara simboliknya, mempunyai segulung ijazah bukan penentu kehidupan yang selesa.

aku stuju!

ka-ii berkata...

eh bru pasan ramai plak org komen same cm aku. coicidence.

Tanpa Nama berkata...

sabar ya...

ceri masam berkata...

ambil peluang...

walau susah macam mana sekalipun, tetap akan ada silver lining di awan biru tu!

percayalah!

been there...

Rajuna berkata...

donutmanis- :)

yoshz-aku tengok dahi je.

tempe-merana.

hanim-mana hati kau yang hitam dan berbau busuk tu? gunakan untuk balas dendam, ha ha

daniel= :)

cimon-kau tengok aku tak berusaha? binatang.jadi, kalau tak ada rezeki boleh kira aku bodoh?

karkadewa-mungkin.

kecik-terima kasih.

tasikmerah-benar. terbukti.

zairi-hai ustazah!

bp/jp-bukan pening. cuma usaha kadang2 tak terbayar. aku muak.

huzai-cis. boleh je. walaupun budak2 metalcore biasanya lebih hensem dari budak grindcore. muahahaha.

artsoul-benar.


kaii-terima kasih.

akim-dah habis sabar. mana boleh reload?

onelove-terima kasih.

MOHD ADHA MOHD ZAIN (ADHA ZAIN) berkata...

salam... visit & add my blog link :
www.myadha.com

dzul berkata...

tersentuh gak aku bab baling beg isi ijazah n sijil2 tu. itu lah kekecewaan sebenar kau. kalau kau tulis itu aje aku pun dah faham perasaan kau. sabar la wei..

fuh,.. impian umpama rumah api yang menyuluh malam gelap.

cimon berkata...

SeLaMaT TaHuN BaRu 1430H

(^v^)

*peace, no war*

Rajuna berkata...

cikgu adha-blog anda sangat membantu. terima kasih.

dzul- :)

cimon- :)

Mak Su berkata...

tiada yang indah2 kehidupan ini :(

salam tahun baru 2009:)

Denanz ... berkata...

selamat tahun baru dengan azam baru.

Rembo berkata...

emel aku no phone. ada projek besar.