Selasa, 16 Disember 2008

Aku dah tak geng dengan Kirk Hammet Metalika lagi.

Aku jarang sangat berada di depan monitor komputer. Maklumlah, terlalu banyak urusan keluarga yang perlu diselesaikan. Ulang-alik dari Malaysia ke New Jersey bukanlah sesuatu yang asing bagi aku. Sebab itu aku tak ada jambang. Susah nak masuk Amerika. Nanti orang sana syak aku teroris. Tak pasal-pasal kena baling dengan kasut. Lagipun bukan hensem pun ada jambang ni. Serabai. Nampak tua. Kalau seorang perokok yang berjambang, dalam usia 23 tahun pun orang boleh menganggapnya 45 tahun.

Urusan hartanah keluarga aku di negara pakcik Sam nampaknya hampir selesai. Ini semua titik peluh sendiri. Apa, ingat pak menteri je boleh ada tanah kat luar negara? Kalau dikira-kira luas tanah yang keluarga aku miliki aku ingat penggal depan aku dah boleh dilantik menjadi menteri luar bandar dan wilayah. Lembu, kambing mahupun kibash semua diternak sendiri oleh keluarga di Texas. Ingat aku main-main ke? *buat muka serius macam Shahrudin Thambi sambil menggosok permata di cincin*


Sewaktu aku sibuk mencari ikan bilis untuk dibuat sambal tumis atas arahan mak di sebuah kedai runcit di pekan New Jersey minggu lalu, aku terperasan seorang personil metal. Tak lain tak bukan Kirt Hammet gitaris Metallica. Apahal dia kat sini? Bukan kampung dia kat California ke? Oh, baru aku tau sekarang California tengah dilanda salji tebal. Patut lah dia lepak sini. Orangnya tenang. Seperti sekarang. Dia sedang relaks-relaks sambil hirup kopi. Di tangannya ada senaskhah akhbar Harakah.


"La... Pak Met. Awat datang sini tak habaq? Tak tour sama Pak Pit (vokalis garang) dengan kawan-kawan ka?" Aku debik bahu dia. Kirk Hammet tersedak! Terkeluar serdak kuih keria dari bibir merahnya itu.

"La hang Juna. Macam aram hang ni?!! Terkejut aku. Meh duduk kat Pak Met."

"Takpa la Pak Met. Aku nak pi cari ikan bilis nih. Awat gitaris lepak kat kedai buruk kot? Kurang-kurang lepak la kat Vegas. Marka ramai, makan mahai. Mana gitaq?"

"Gitaq pok hang! Mana ada orang Kodiang sebut gitaq! Kapla jingga hang nih!"

"Dah tu air jadi ayaq? Awat gitar tak bulih jadi gitaq kot?"

BRRRR...Kirt Hammet sembur kopi ke atas lantai. Lantas memanggil mamak Britain mengira bil sarapan paginya itu. Sejak hari itu sms aku kepadanya tak pernah berbalas lagi. Aku tak kisah lah. Bak kata lagu kugiran Portia, "sms my S!"

23 ulasan:

Darkkadabra berkata...

Bila Kirk Hammet berdialek Penang, Kopi menyebur di Muka Sendiri.

Tanpa Nama berkata...

kuih keria feveret aku tuh...

cimon berkata...

serius....???

nie citer btul ke...main2...???

(^v^) ??

Danielle_Corleone berkata...

ni semua sms lu ngan mat kodiang mizi la ni. lagi satu gua nak sound lu ni! lu mengutuk gua berjambang ni! ni gua panas ni! hahahaahahaha!

pemikir lapuk berkata...

krdit dia habis lah tu

Rahimin Idris berkata...

kawan aku budak penang nama chot. dia tak sebut gitaq. dia sebut giter!

Hajime berkata...

sitar?
sitaq xle ek?

ceri masam berkata...

kah kah kah!

KARKADEWA berkata...

pak met mmg mcm 2...
dlu die ngan gua bagai pinang dibelah dua...
sume gare2 kes kuih keria die yg gua rembat la...
smpi skang gua call asyik makwe yg ckp "no yg anda dail berada di luar kwsan"...

yoshz berkata...

gitau la. gitau! baru ada bau masjid tanah sikit.

FAZ berkata...

beselah dah jangkau 50an..

blk kmpg buat budi sama tanah dan kenal jalan ke surau.

Yana Ismail berkata...

Baeknya bang juna cr ikan bilis.hahaha

A t i Q a h berkata...

Cari ikan bilis yg dah kopek siap. Tak yah susah-susah. Eheh.

Sang Pencinta berkata...

hahah..btol daniel berjmbang..mcm terorist!ko xpatut ckp die g2..ape brg metalica kalo nak meh la hip hop dance..baru urban!!..ko ade jmpe bruce lee ke?kalo ade ckp kat die pale pak hang!!

Lily Abdullah berkata...

Kalau hang jumpa Angelina Jolie, ambik otograf untuk kak lily noo..

ijan berkata...

ah... petang ni gak aku potong jambang fadilah kamsah aku...

david santos berkata...

Excellent work!!!!!!!!!

Ki Kiey berkata...

haha=)

l.i.f.e berkata...

hah...ni berangan jenis apa pulak ni

ofaghag berkata...

juna mak rindu nyah dgn kau

kecik berkata...

*terbayang kot btol kirk hammet ckp loghat rupe tuh*

Mak Su berkata...

amboi hang, suka-suka jer taruh gitar jadi gitaq (tapiii, sebenarnya dorang panggil apa ek?)

Huzai Mansor berkata...

serius kelakar! (serius+kelakar?)


Butuh Pak ang la kirk hammet!


ahaha!!!