Jumaat, 22 Mei 2009

Babi tu sedap ke Ah Lian?

I.

Aku: Woi taukeh. KPLI lu macam mana?

Ah Lian: Ai yah. Suwey loh. Tak dapat.

Aku: Relax lah taukeh. Gua pun tak dapat.

Ah Lian: Kuatkan semangat. Banyakkan sembahyang.

Ini adalah petikan sms dari dua orang budak yang tak ada kerja tetap dan mencari sesuap nasi dengan merapu depan budak-budak. Ah Lian ada jurutera yang dibuang kerja. Bapa dia selalu bilang dia seorang yang degil kerana suka berhenti kerja. Bapak Ah Lian tak faham masalah sebenar. Ah Lian ni seorang yang boleh diragui kebijakannya. Macam lah dia tahu aku kurang sembahyang. Cit!


Semasa di Tingkatan 4 dan 5, aku selalu tanya dia bila aku tak ada modal nak bersembang.

"Babi tu sedap sangat ke Ah Lian?"




II.

Sekarang Alan dah berhenti kerja. Hampir 4 tahun dia potong rambut aku. Akhirnya dia chow tanpa bagitahu aku. Aku bengang betul bila aku dapat tahu hal ni dari Sing E. Biarpun Alan kerja dengan mak Sing E, Sing E tak tau mana Alan pergi.

Last-last Sing E yang potong rambut aku. Jadi, tune rambut aku sedikit lari berbanding 3 atau 4 tahun dahulu.

Namun, bila Sing E potong rambut aku, aku rasa macam nak jatuh cinta. Lembut betul jari jemari dia bila sentuh cuping telinga aku.

"Euwww...sezuk ah Sing E.... hak hak hak."



"You tiam-tiam loh...."




III.

Ah Hong tak ada mesej aku lagi. Jadi aku nak kepastian. Bila dia nak kahwin dengan awek tudung labuh dari JB tu? Lama aku tunggu ni.

Dia bilang aku pengetua kolej yang pinangkan awek tu.

Ada siapa-siapa tahu cerita pasal mualaf sekor ni?

9 ulasan:

FAZ berkata...

Gua pernah tanya soalan macam tu gak membe cina gua. Last last dia ajak gua pergi makan kedai faveret dia. Cilakak!!!

hzrh berkata...

tk tahu la..
tkde masuk pun Buletin Utama psl dia..
hehe~

Yana Ismail berkata...

Huhu ah hong pueyer taste bleh tahan ek?huhu tdg lbh 2

S.YanaZ berkata...

Kuat pengaruh Yasmin Ahmad dlm diri lu.

kecik berkata...

sezuk?
.
tiam-tiam.

oke sumpah comel. gila pelat sing e tu. ahaha

azie berkata...

wellward tu katne eh?

bp mall kan senang?ahahah

Rajuna berkata...

xfazx-ha ha ha. kau tanya tak mana cop jakim?

hazirah-ye ke? thanks.

yana-ah hong sudah islam

syanaz-tak da ah. family gua pengaruh gua utk tak jadi rasis.

kecik-haip!

azie-parit raja lah

haha

Rembo berkata...

pehal petik-petik parit raja ni?!

nak kena pukul?!!

areleaf berkata...

lu nak dengar citer pasal ah hong?
btol la master yg pinangkan..
citer2 selanjutnya gua akan bgtau nnti..gua bz ni..hahahhaa..