Ahad, 26 Julai 2009

Kita sama-sama pakai baju hardcore, tapi engkau buat aku sayu

Ke Pekan Frinjan atas hasutan Danielle. Ditemani Adi Tempe. Lantaran tekanan perasaan yang dihadapi di sempadan Kuala Lumpur sana.

Sungguh. Aku kesunyian di sana. Tiada rakan-rakan yang boleh aku sepak terajang dan ludah sesuka hati. Aku perlukan semua itu untuk inspirasi aku. Jadi aku lari laju-laju ke stesen keretapi. Menyelinap di dalam tren dan lelapkan mata agar perjalanan ke KL Sentral menjadi cepat.

Lega. Salur pernafasan aku bagaikan mengembang di sini.


Ditakdirkan pula bertemu dengan Rambo di sini. Lelaki paling romeo dari Parit Raja. Kalau jumpa Rambo, aku pasti akan bukak cerita-cerita sedih. Cerita-cerita sayu. Cerita hiruk pikuk kampung halaman. Cerita mak ayah. Cerita keluarga. Macam-macam cerita kami cerita di pertemuan singkat itu. Baru aku tau Rambo dan aku punya persamaan. Kami suka mengemas rumah. Berikan kami bunga, dan pasti kami akan gubahnya menjadi gubahan paling romantis untuk kamu. Aku amat percaya tentang itu.


Tak tau kenapa.


Hati aku jadi sayu. Walaupun di badan kami tersalut baju kugiran hardcore jerit. Keadaan menjadi lebih sayu bila Rambo mula berbahasa jawa dengan aku. Siak Rambo. Hati aku terus meronta-ronta nak balik kampung. Baru 2 minggu lepas aku balik kampung. Tapi rindunya dah menjerit-jerit.


"Awak ni anak mak eh?" - Awek Ponytail


Memang ah. Abis tu, aku anak sapa? Rimau? Bodoh punya soalan. Ini amaran. Sekali lagi aku jumpa orang tanya soalan macam ni lagi aku tak teragak-agak cubit peha dia. Buat aku panas. Anak mana yang tak sayang mak ayah.


Di usia 25 tahun aku rasa cool bila berjalan dengan famili. Aku rasa bangga tolong bawakkan ayam dari pasar dengan ayah. Aku rasa cool temankan mak beli tudung bawal 1 di kedai-kedai baju. Aku rasa cool bila aku bonceng nenek ke bank.


Aku peduli apa.


Kau tak nak jadi awek aku sebab aku jalan dengan mak bapak aku? Ok. Kau kata aku manja sebab berkepit dengan mak bapak aku? Ok. Kau kata aku mengada bila aku bergurau senda dengan mak bapak aku di khalayak ramai? Ok.



Kau apasal?
Nak gaduh? Sini lah ajak budak-budak kau datang Kota Malim Prima kalau berani. Kita set tempat. Kalah menang belakang cerita. Gasak tetap gasak.




Jumpa lagi minggu depan. Gua online tengah-tengah malam kat Bangsar South. Pakai selipar jepun seluar pendek t-shirt Tyrant. Tak mandi dari siang. Badan bau hangit. Memang thrash habis.


Aku dengar gadis-gadis urban suka lelaki badan berbau hangit.
Ini mitos atau fakta sebenarnya? I keliru lah.

13 ulasan:

dEs berkata...

mee bandung ngn pecel siap!!!!

faqhrule berkata...

bai gua thrash jugak tapi gua jaga hygine taw! hehe

kecik berkata...

Aku dengar gadis-gadis urban suka lelaki badan berbau hangit.

saya bukan gadis urban. jadi saya tak suka. haha

Yana Ismail berkata...

bang juna, yana suka je tgk org yg jalan2 dgn parents..tu maknanya caring..;)

dahla..biar je kalau org tu igt kita manja..yg pnting, kita sayg parents kita;)

err rasanya tu mitos je kot.kiki adake ghades2 urban yg suka lelaki hangit?err ;P

Rembo berkata...

woi2!

malu la i. lain kali jgn buat lagi tau?!!

Nuruddin Abu Bakar berkata...

gadis urban terpesona dengan bau-bauan hangit. menyangka itu adalah hasil peluh campur gorgio armani.

Unknown berkata...

biar badan bau hangit beb..janji rock..walaopon gua rock..gua suka makan begedil.. (",)

hegira berkata...

haha malim prima.. tak boleh belah!

oh sombong eh kat frinjan??? :P

uni dah tutup. jadik bleh balik kpg!

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

uik.. kemas rumah.betah!
faham perasaan tu..bukan rindu, tapi memang kegulaan kl tak seasyik kemeriahan urban selatan.
emm*ala ade org evry week blk kl-bp.Ilek je kui kui.

mynncinonet berkata...

rambo romeo??? sy tataw pon.huhuu
ekceli die mmg sgt kiut!!! hehehe

Oleh admin Bebas Malaysia berkata...

ami suka mengemas rumah. Berikan kami bunga, dan pasti kami akan gubahnya menjadi gubahan paling romantis untuk kamu. Aku amat percaya tentang itu.

- aku pun suka mengemas rumah. meditasi.. haha ;)

cimon berkata...

bdn hangit?

padan laa....

beruwap2 rumah malam tuh!

hahaha (^v^)

Rajuna berkata...

des-suapkan?

faqhrule-lu apa tau pasal rebel? rebel kena dari luar dan dalam. paham? ha ha

kecik-kamonlah kecik. urban is the best. tah hapabenda aku menyanyah.

yana-kadang2 rasa menyesal masa zaman budak2 dulu tengking2 org tua. ye la zaman2 crust punk kangkang asik nak marah2 je. tak cool la.

rambo-kah kah kah..lu tanak buat kelas andaman ke? kah kah woit!

facet-eh bau armani memang hangit ke? aku pakai follow me je. nak beli mahal2 memang tak ah.

kimie-jadahnya begedil rock? ha ha ha

alina-aku kat kampung ah ni. memang power ah lepak kampung ha ha ha..aku tak rasa aku sombong cuma susah nak bercakap je. aku pendiam. hahahah


pekik-di mana bumi di pijak di situ ada tandas doposen. busuk2 bp tetap di hati ewah!

cinonet-sumpah cemburu. rembo kiut? dem!~


izwan-aku ingat kita dah boleh buat suruhanjaya lelaki kemas rumah.

cimon-hahahaha....kalau berani tidur dalam bilik ada aircond la