Sabtu, 11 Julai 2009

Sepuloh Fakta Lebih Kurang Enam Puloh Menit Dari Kuala Lumpor

1)Keadaan kucar kacir semasa mendaftar. Seperti pasangan yang disergah ketika berzina di tangga pusat membeli belah. Ada sembilan kaunter pendaftaran. Aku kena pergi satu-satu untuk isi borang. Buang masa. Dari kaunter 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 9 dan patah balik ke kaunter 7. Aku berharap dalam keadaan kelam kabut ini aku tak keciciran dokumen penting.


2) Akhirnya salinan surat tawaran dan kad pengenalan tercicir. Hanya menyedari apabila nama aku diumumkan dikhalayak ramai pada sebelah malamnya. Aku jadi terkenal seperti Amy Mastura. Nasib baik aku baru beli kasut Nike. Jadi tak malu sangat jalan depan orang ramai. Ini adalah kali pertama aku pakai kasut Nike dalam hidup aku.


3) Aku dikehendaki berevakuasi setelah 3 hari. Barang aku hampir mencecah 1 tan. Aku pikul sendiri. Naik turun lif dan tangga. Tak ada siapa tolong. Aku cuba berbual dengan pengawal keselamatan kampus mengenai isu pindah randah ini. Malangnya dia mengherdik aku dikhalayak ramai," Engkau merungut lah!! Merungut!!! Lain nanti jadinya! Kau jangan main-main!!!" Aku tidak sangka, ditengah-tengah hutan sebegini manusia berketurunan melayu juga adakalanya hilang kawarasan. Mungkin dia sudah biasa bergaul dengan beruk dan tupai.


4) Aku ditempatkan di kawasan yang amat horror suasananya. Jauh dari pekan. Pokok kering. Rumput panjang. Kilang tinggal. Sunyi. Papan tanda sudah dinaiki tumbuh-tumbuhan menjalar. Bukit-bukit tarah yang ditinggal. Hanya ada dua kedai runcit cekik darah dan satu kedai makan cekik halkum-order hanya akan sampai setelah 3 slot drama televisyen swasta habis. Ini sangat 'binatang'. Jangankan perkhidmatan jalur lebar, cyber cafe adalah mimpi basah yang indah bagi aku ketika ini. Jadi aku tak ada masa nak baca blog engkau semua.


5) Rumah sewa yang disediakan kosong. Tiada langsung perabot. Ini bermakna, kalau tak ada duit dalam akaun aku akan tidur diatas mozek. Mujur ada sedikit duit simpanan dan aku tak buang iklan jual perabot secara pakej. Aku beli tilam, almari dan meja belajar secara pakej dengan harga agak menggerunkan kerandut. Tilam yang aku dapat adalah span basuh pinggan yang disalut kain. Gua panas. Gua maki. Gua panas. Gua maki. Rupanya bilik gua tak disediakan kipas siling. Patut lah panas. Gua naik kereta sapu Gen-2 Abang Rizal untuk ke Pekan membeli kipas hangin. Belakang rumah gua macam ada kuari/kilang simen. Gua tak pasti. Tapi mengeluarkan asap dan bunyi bising. Pencemaran, sial~!


6) Aku duduk dengan Man. Budak Kelantan. Anak dua. Bini kerja cikgu. Budak dah dewasa. Jauh tak jauh sangat beza umur dengan aku. Budak Kelantan memang suka kahwin awal walaupun mendepani saat-saat tragis tak ada kerja. Mereka 'gambel'. Kat bilik dia tak ada tilam, tak ada almari. Lek sudah. Aku duduk bilik lain. Sorang-sorang. Aku tak ada radio, tak ada tv, tak ada komputer riba. Ada telefon bimbit yang mampu bertukar menjadi pemain mp3 dan radio. Balik-balik dengar lagu-lagu Another Side dengan Groundrule. Duduk dalam keadaan begini memang kena betul dengan darkside hardcore ala KL ni. Kalau boring gua dengar Sinar fm. Ucapan Muah Muah membuat gua loya macam pembawakan budak.



7) Gua (dah panas, sebab tu tukar jadi gua pulak) pergi kelas naik bas. Macam haram. Kelas pukul lapan, bas sampai pukul 8.45. Kalau kat KL, gua perah je skuter gua. Tapi gua pikir dua kali nak bawak skuter yang serba boros dengan petrol itu ke sini kerana stesen petrol terletak pada jarak yang agak menyeramkan dengan tempat tinggal gua. Gua hanya harap Bonot Muar (junior di UM) dapat membawa bersama Yamaha Lagenda 11occ nya minggu depan. Gua dengar minyak motor ni jimat. Minyak takdahal. Gua payung. Janji gua ada kawan nak keluar malam karaoke satu lagu singgit dengan pergi bus stand sudah. Gua tak pikir awek di sini mempunyai nafsu berpeleseran dengan gua menaiki skuter gua yang serba warna warni itu. Awek di sini step 'akak-akak'. Boring siak.


8) Gua macam putus harapan lah pulak bila misi kedua gua seakan susah nak direalisasikan. Maksud gua harapan nak mencari awek brand new. Yang cun, yang nampak bijak, yang tinggi lampai, yang bermata galak, yang berbulu mata lentik, yang berkulit mulus. Adalah tunangan orang dan isteri orang. Abis, gua dapat yang sisa-sisa je lah? Ini tak adil. Gua kena atur strategi macam mana nak lepak Bangkok Jazz Jalan Raja Chulan atau Alexis Bistro Jalan Ampang di malam minggu. Pada hemah dan pengalaman gua yang lepas-lepas, awek di situ agak senang diajak berborak.


9) Aku (macam dah cool down sikit bila sampai part yang ni) bukan nak mempersoalkan apa-apa tentang kenegerian. Cuma kadang-kadang ingin tahu. Apakah ada polisi atau kouta tertentu dalam pengambilan pelajar sesetengah negeri ke IPT. Aku cakap begini kerana sepanjang pengalaman tiga kali bertukar-tukar institusi pengajian tinggi aku tengok jumlah pelajar dari negeri Kelantan jauh lebih ramai berbanding dengan negeri lain. Paling rare adalah budak KL, Negeri Sembilan dan Melaka. Apakah budak-budak Kelantan jauh lebih bijak? Apakah budak-budak Kelantan lebih berpesonaliti? Apakah budak Kelantan lebih bagus penguasaannya dalam Bahasa Inggeris dan Matematik? Atau Budak Kelantan memang sedap kalau masak tom yam putih? Itu aku tak pasti. Cuma nak bertanya dan berkongsi pendapat, itu saja. Kalau ada pandangan sila kemukakan.

Tak kan tu pun tak boleh bai? Gua tanya je. Lek ah. Bukan cari pasal bai. Lempang kang. Budak-budak Perak ejek gua jawa ponorogo makan tempe ulam pucuk pegaga kentut berapi senang hati pun gua lek je. Tak ada marah-marah. Gua memang jawa apa. So, lek ah.



10) Blog ini hanya akan ditulis di Batu Pahat sahaja setakat ini. Ini sangat mengharukan. Tiada capaian internet yang baik setakat ini. Malah talian telefon aku juga kurang menarik. Terputus-putus. Adakalanya sms tiba lewat. Maaf kalau aku sukar mendengar suara kamu dihujung talian. Bukan buat-buat tapi real-real punya tak dengar.


Jumpa lagi di lain waktu.

11 ulasan:

kecik berkata...

ingat kecik sorang je yang perasan.
pelajar2 dari kelantan sangat la ramai.
err mungkin betul kata bangjuna, mereka terror masak tomyam putih. hehe :)

rileks2 bang juna, lama-lama nanti mesti dapat biasakan diri.
kalau tak jumpa awek kat situ, kat tempat kecik belajar ramai.:)

faqhrule berkata...

abang juna lu belajar dekat mana sekarang?

hegira berkata...

bang juna oi.

i dah lebih campur tolak kat sini dalam 5 taun. jadi dah berupaya turun kl dala setengah jam.

dan i rasa budak kelantan ramai yang tak mampu masuk kolej swasta, uni swasta ataupun kolej uni swasta. itu pasal derang ramai.

takpun sebab derang pandai. hee~

eh btw, apa sak derang campak kat sana? haha. takpe, ilek2, bosan2 koling2 lah i. leh g minom.

25 julai turon pekan frinjan! ok!

FAZ berkata...

Gore gila rumah lu!!

areleaf berkata...

kelantan??
aku nak mencarut nnti org kate aku racist pulak..
tp ko tau2 je laa tahap kesuburan org mereka..

ps:sape x puas hati ngan statement aku,sila dtg kuantan..aku boley kompang sorg2..

Yana Ismail berkata...

Hmm..famous cm Amy MasturA??apakahh..hhuu comel je bang juna ni.. ;P

blackpurple @ jowopinter berkata...

Hidup Jawa..Hahaha! kau kat mana ni bro' ?

cimon berkata...

pijan tak nak g KPLI bro...

lu kira anak jantan laa...'gamble' blajar kat situ...moga dpt jd cikgu yg baik! (ayat poyo)

hehehe (^v^)

(p/s:sume penghuni tetap & sementara+sekejap2 rumah kite dpt keje yg best2 ek)

Nuruddin Abu Bakar berkata...

aku suka karya kamoo.
ini memang TRUE^^

ainunL muaiyanah berkata...

Haha.. kasihan. tak apa dugaan kan semua tu..

Unknown berkata...

Walaupon gua bukan jawa...tapi bini gua darah jawa...kira gua jawa gakla...jawa celop...kabare?haa?waras?bagus...heheheheehe!!~

p/s-- bagi gua..jawa ngan kelantan,better jawa lagi..ngeh3!!