Sabtu, 24 Oktober 2009

Tertumpah setempayan rindu di hujung tangga.

Senang cerita. Dah seminggu aku tak menatap wajah suci, lembut dan penuh kewanitaan Maria Ozawa. Masa benar-benar tak mengizinkan. Hingga tidur pun tak cukup. Mata membengkak. Perut sedikit buncit. Kulit muka dan tangan pun sudah tidak sehalus bayi. Kening pun sudah tidak terurus.


"Oh, peperiksaan," memetik kata Rosyam Noor dalam satu adegan dalam Gila-Gila Remaja. Mungkin itu juga yang terpacul dari mulut aku. Selama seminggu lepas. Setiap hari.


Tapi serius. Aku terlalu penat untuk menelaah pelajaran. Cepat letih. Lenguh-lenguh. Mata mengantuk. Ini mungkin petanda aku sudah tua. Biarpun wajah tak dimakan usia.


Jadi, lepas ni. Aku harap aku ada masa untuk terus meluahkan segala kecintaan kepada negara, bangsa dan pemimpin di sini.


Kau ingat aku main-main?


Asyik nak tulis jiwang-jiwang. Emo. Cinta tak kesampaian. Fantasi kasih dari seorang jelitawan. Limpahan kemewahan oleh seorang gadis anak hartawan. Sampai bila? Macam mana revolusi nak tercetus? Perubahan bai. Perubahan.... !!! Aku lelaki kental. Aku bukan lelaki leleh. Aku tak suka kumpulan Scoin. Aku tak suka kumpulan Ukays. Kadang-kadang dengar jugak Jelmol, Kapilla (demo lo ni tak supo mulo) atau Halim Yazid (anok tupa). Itu je. Salah ke? Aku ni teruk sangat ke? Aku ni skema sangat ke? Aku ni mat belia ke? Aku ni rempit ke? Kalau tak suka, cubit lah aku. Aku rela. Demi korang. I rela, Bee.


Jadi blog ini akan jadi blog paling politikal dan kritikal selepas ini. Jaga, tau.


Muah!

Sweet Juna,
I lev yiu.

11 ulasan:

Darkkadabra berkata...

Rasa nak terajang je bila ayat last tu.

Hahaha.

faqhrule berkata...

juna jelmol lu layan lagu apa? dengar skarang jelmol dah main tech-grind ada downtune sludge..

ofaghag berkata...

jijik

cimon berkata...

xlayan dikir barat ke bang? anak topai je...

hehehe (^v^)

(p/s: spek mata punye la besar...mata masih kuyu ke? or stim? )

hahaha (^v^)

iyan berkata...

macam setan!

hegira berkata...

selamat periksa.

hehehe.

Dewajiwa berkata...

wei leks laaa..
bosan dor politik. cerita pasal awek senyap tu best tu. heheh

dzul berkata...

lepas ni byk jumpa perkataan gerombolan la plak.

blackpurple @ jowopinter berkata...

Scoin & Ukays kau tak suka. Tapi Spoon kau suka kan...?

Huzai Mansor berkata...

pergh. Hilang la inspirasi gua siak.

FAZ berkata...

citer gore darah darah seksa orang darah pon tak kan ada lagi?!