Khamis, 10 Mac 2011

Jeritan Sepi




Berada dalam situasi begini sememangnya merehatkan fikiran dan perasaan yang berkecamuk. Melihat sebahagian dari kita melepaskan perasaan sekaligus menghanyutkan duka rakan-rakan disekeliling.

Tak banyak. Sikit. Pasti ada persamaan.


Ada unsur kesengsaraan dalam meneruskan kehidupan. Seharian bergelumang dengan rintangan dan ujian.


Jeritan. Kebisingan. Adalah bentuk luahan. Bagi aku senang saja. Seni itu hasil dari ekspresi diri. Seni itu terlalu subjektif sebenarnya. Aku sangat benci pada manusia yang menetapkan garis halangan pada sesuatu hasil seni. Seni itu reaksi diri dari persekitaran sekeliling kita. Jadi, biarkan ekspresi itu bertebaran. Terbang. Tidak kira dalam bentuk cinta, kasih, sayang, benci, dendam atau pemberontakan.


Biarkan.


Punya akal dan fikiran. Punya naluri dan selera. Kita bukan robot-robot yang diprogramkan untuk mencapai matlamat sesetengah pihak. Hidup kita. Kita yang tentukan. Hormatilah sesama. Bukan susah sangat pun.

Kan?

3 ulasan:

Wan Dmax berkata...

Gua mengerti jiwa lo,rock bangat lo ya...

cimon berkata...

komik lucah mencemarkan kesenian industri komik - huhh!!

AL-BIMA SAKTI berkata...

jgn sengsarakan diri, semata-mata ingin memahami erti sengsara... hehe...

Salam berkhabar buat Rajuna...