Isnin, 8 September 2008

Selembar Kasih untuk Kekasih

Percayalah Kasih.
Telah aku ciptakan satu sudut yang paling manis di hujung hati.
Khas untuk diri mu tidak yang lain. Untuk melengkapkan runtunan jiwa yang bergelodak. Ruang yang suci untuk sepasang hati dibelai dan disemai dengan rasa rindu. Benih rindu membibitkan rasa kasih. Lantaran budi jadi junjungan. Keterlanjuran perhatian jadi ukuran. Konsekuensi itu akhirnya menjadi erti seorang manusiawi.


Dan percayalah Kasih.
Aku terlalu gentar memulakan dan goyah pula akan menanti akhirnya.
Sebuah perhubungan.


Kasih.
Aku tak mampu lagi menanggung siksa. Beban rasa jiwa yang menyala. Membakar naluri dan merana. Lalu, ku titipkan kata. Kususunkan ayat. Biar indah bicara. Agar hati mu terbuka. Menerima ku seadanya.



Dan minggu lepas, Kasih.
Telah ku layangkan selembar tinta. Dialun melodi ceria. Lengkap dengan rona. Pasti bercambah ria. Biar hanya sekeping kad raya.


Kini sudah lapan hari, Kasih.
Aku menunggu dan menanti. Setiap hari di penjuru titi.
Mengharap balasan si kekasih hati. Sampai hari ni tak de lagi.
Memang kau nak kena maki.

Rabu, 3 September 2008

Sekadar Fiksyen Tak Mungkin Merosakkan Pahala Puasa Kamu: "Turun, Aku Cakap?!"

Di Kedai Razak. Hari Sabtu. Sebelum Ramadhan.


Aku banting wang syiling 50 sen di atas lantai. Lagi seringgit nak cukup RM1.50 bagi senaskhah sebuah akhbar inggeris. Tertera harga minyak diturunkan di akhbar. Mengikut kadar semasa. Mungkin situasi semasa. Aku Cuma mengagak.


“Kalau anak jantan turunkan harga beras, sayur, lada hijau, tomato dan ayam bersih !!!” Spontan. Suara itu menerjah dari kotak suara aku. Keras. Garau. Ton rendah. Berterabur akhbar di udara. Menjadi khabar-khabar angin. Guruh berdentum. Petir sabung menyabung. Mood musik death metal 90’an California.


Semua orang di warung Mat Botak di sebelah Kedai Razak terkasima. Air tumpah. Kuah roti canai bersepah. Di sana ada yang muntah. Ada pula yang jalan berpapah.


Skuter Suzuki vs 125 dihidupkan. Membelah sejuk 8.15 pagi. Membawa aku pergi. Hingga tercicir demokrasi.


Di Kedai Razak. Hari-hari.


Orang memang malas nak layan aku. Helah nak baca suratkhabar dan majalah free lah tu.Cari modal sembang sambil selak-selak surat khabar dan majalah.

Sabtu, 30 Ogos 2008

Perpaduan Hapebende?

“Juna, hari Khamis ikut lah aku. Kita konvoi. Dari kampung kita. Pergi Senggarang. Pastu. Patah balik. Jangan risau. Duit minyak, baju kitorang bagi. Dapat makan lagi. Esok aku bagi baju. Bagi aku catat nombor motor kau?” Jerkah Pak Tabong kepada aku dengan panjang lebar.


“Ha?” Aku kebingungan. Garu-garu dahi. Rupa aku seperti si rempit kah? Jahanam.


Esok. Pak Tabong datang ke rumah. Bawa t-shirt. Ada lambang parti politik apa entah. Aku tak pasti sangat. Tapi rupanya agak lucu je. Simbol tak sepadan dengan motto perjuangan. Aku ambil. Senyum.


Khamis. Aku tak pergi konvoi. Duduk rumah. Cuba-cuba korek hidung dengan jari tengah. Jumaat, Sabtu, Ahad dan sampai hari ini. Orang kampung pulaukan aku. Bila aku angkat tangan semua buat tak pandang. Dosa kah aku hanya kerna lap skuter aku dengan t-shirt parti politik berkenaan? Nak pakai pergi lepak kat studio jamming Wak Sarno satu jam RM10 pun segan tau.


Itu, cerita empat tahun lepas. Takkan luka sampai hari ni kot? Orang kampung..orang kampung. Bukan aku ngorat puteri-puteri merah jambu kau pun. Aku tak hairanlah gadis perempuan pakai vest di luar baju kurung. Sejuk sangat ke?

Ofa, ini untuk Kamu!

The rules of the game get posted at the begining. Each player answer the question bout themselves. At the end of the post, the player then tags people and their names, then goes their blog and leaves them a comment, letting them know they have been tagged. Let the person who tagged you know when you have posted your answer.



What were you doing 5 years ago?
Saya cuba biarkan kekasih hati saya. Mampus tak layan. Tak cakap putus. Tak cakap nak teruskan perhubungan. Siksa dia. Padan muka.



What were the 5 things on your to do list today?
1. Ada persembahan kugiran live di Batu Pahat. Kalau tak ujan boleh pergi.
2. Semak kerja kosong kat The Star
3. Mesej Lin. Ajak dia keluar. Naik kereta dia. Dan suruh dia bayarkan makanan aku.
4. Bongkar rak CD lama malam nanti.
5. Tengok kuis di tv Indonesia.


What are 5 snacks that you enjoy?
1. Tauhu bakar
2. Tempe goreng
3. Biskut sayur
4. Super Ring
5. Kuaci bunga made in Taiwan


What are 5 jobs you've had?
1. Pembantu kedai Tauke Gemok di Taman Wawasan
2. Pekerja kuli hina di Kmntrian Pbngunan Wanita, Kluarga dan Msyrkt
3. Pemuzik tanpa bayaran
4. Pelaras bunyi pentas/persembahan paksa.
5. Penemu jodoh / Penyelamat rumah tangga orang/ Kaunselor/ Pak Sri Siantan


Orang yang saya mahu tag? 5 orang?
Ah, sapa-sapa baca dan berminat nak buat tag sila buat lah. Aku malas nak paksa-paksa ni. Jadi tak ikhlas.

Selasa, 26 Ogos 2008

Lin: Segaris citra yang merah dan berair pengubat duka

Malam itu, Bang Juna pandu kereta sambil dengar Sinar fm. Dari Kuala Lumpur masuk ke Jasin terus ke Muar sampailah ke Batu Pahat. Dalam kereta penuh dengan famili Bang Juna. Bang Juna fikir, Bang Juna kena cari sesuatu untuk hilangkan penat ini. Sampai rumah dah tengah malam. Orang tua Bang Juna pun turun lalu masuk ke rumah. Bang Juna pura-pura mahu masukkan kereta dalam garaj. Bang Juna tengok jam. Sempat lagi ni, baru pukul 12.43 tengah malam. Bang Juna masuk gear R. kasi undur dan masuk gear 1 dulu sebelum boleh maju ke hadapan. Berdezup dibuatnya. Harap-harap Lin belum tidur.



“Lin, dah tidur ke?” Bang Juna mesej dulu betina ni. Mana tahu si malaun ni dah tidur.



“Belum, jahanam. Apasal mesej aku malam-malam? Aku sorang ni. Datangla umah, Comel!” balas Lin. Cun. Petanda baik. Dah lama sangat Bang Juna mengidam nak ke rumah Lin dalam keadaan tak terkawal. Bersepah dan penuh gerakan suka hati kepala pak menteri.



Selama ni, Bang Juna pergi rumah Lin dengan malu-malu. Sopan santan lemak berlada. Maklumlah, depan orang tua. Mana tau dipelawa jadi menantu. Kan bertuah? Lin pun dah ada kereta Persona. Kira gerek la tu bila dipadankan dengan Bang Juna yang awet muda ni bila di atas pelamin kelak.



“Kau ni macam tau-tau je la Lin. Aku memang nak pergi rumah kau. Tadi, aku tengok kereta bapak kau takde..hi hi hi,” Bang Juna balas sambil memandu. Jangan tiru stail Bang Juna kalau kau baru ada lesen P. Sebelum ni pun, Bang Juna pernah terodok ayam jiran gara-gara bersms semasa memandu. Sudahnya, Bang Juna “disekolahkan” oleh tuan punya ayam di depan Warong Mbah Nab.



“Yeke? Ok. Aku siap-siap. Kau tunggu je depan rumah aku tau, muah muah.” Yes! Yes! Yes! Bang Juna mula terbayang saat-saat nikmat bersama Lin nanti. Bang Juna meneguk air liur beberapa kali sewaktu mula membelok ke perkarangan rumahnya. Gelodak jiwa tak dapat ditahan lagi. Hormon testosteron Bang Juna bagai menendang-nendang.



Bang Juna padamkan lampu kereta dan parkir betul-betul di bawah pokok jambu merah rendang dan berbuah lebat milik Wak Ngol betul-betul terletak di antara rumah Lin. Bang Juna keluar dari kereta dan tutup pintu kereta perlahan-lahan. Takut didengar jiran . Tak lama kemudian, muncul sekujur tubuh wanita berpakaian tidur satin dan nipis. Ya, itu Lin. Bang Juna terus tarik tangan mulus Lin ke bawah pangkin yang terletak di bawah pohon jambu. Kami duduk berdua. Hish, tak sabar rasanya nak memulakan operasi.



“Lin, tak salah ke apa yang kita buat ni?” Bang Juna cuak-cuak juga sebenarnya. Biar se-KL mana pun Bang Juna, goyang di hati pasti ada.



“Ah. Kau relaks sudah. Wak Ngol tak kisah la. Kau yang malu-malu lepas kau rodok ayam dia dengan kereta hari tu kan?,” jawab Lin dengan selamba sambil mengibas rambut perangnya itu. Lagak gadis urban yang lali melakukan dosa-dosa berat seperti zina bersepah-sepah, minum arak murah dan merokok rokok seludup beli di kedai runcit dengan alasan mahu jaga potongan badan. Non-practice muslim, apa katanya.



“Yeke? Lin sendiri bagaimana? Tidakkah Lin berasa bersalah? Abang bukan suami Lin, bukan tunang Lin. Dan yang pasti abang bukan kekasih Lin kan?” Bang Juna masih tak pasti. Keliru. Ah, Bang Juna di dalam dilemma. Benarkah ikhlas di hatinya melakukan ini? Pengorbanan apakah ini? Bukti sumpah setia? Ghairah Bang Juna semakin menjadi-jadi. Meluap-luap. Arghh...biarkan dosa bergentayangan. Nanti Ramadhan mintak keampunan!



“Kau jangan banyak songeh boleh tak monyet? Geli siak, siap berabang-abang bagai.. Dah, pergi petik jambu air tu. Pemalas! Semua nak aku buatkan. Ni, aku dah temankan kau makan jambu air Wak Ngol dah cukup bagus. Siapkan buatkan kau sambal kicap lagi. Cepat!!” Herdik Lin pada Bang Juna bila dia melihat Bang Juna masih tak lepas dari memandang tangan lembutnya.



Menggiurkan. Melopong dibuatnya melihat gerak tari gemalai tangan si Lin ni membancuh sambal kicap di dalam mangkuk kecil transparen itu. Gula, cili, bawang putih dan kicap. Diadun sebaik mungkin bagi mendapat rasa yang benar-benar padu.



Malam itu juga, Bang Juna melantak jambu air cicah sambal kicap dengan tanpa segan silu. Siap porak peranda baju Bang Juna kena titisan dan percikan sambal kicap. Tubuh seksi Lin kini bukan tarikan lagi. Pukul 2.30 pagi baru Bang Juna balik rumah. Ini semua gara-gara makan jambu air sambil mengumpat perihal anak-anak jiran tetangga. Nyum..nyum sedapnya makan jambu air dengan sambal kicap. Ditambah lagi dengan mengumpat. Peh.. Selamat mencuba…

Bai.

Sabtu, 23 Ogos 2008

Apa? Lagu Punk? Nak kena lempang? Meh sini kita tengok sapa hero?!

Aku betul-betul dilanda kemalasan untuk menulis. Mungkin virus si Yosh dan Rahimin sudah menjangkiti otak sebelah kiri aku. Lagi pula, aku sibuk cari bahan mahu temuduga jadik cikgu. Wis mi lak oke? Ha Ha...Jadi, aku malas layan engkau semua dalam seminggu ni. Settle semua barulah aku layan engkau semua. Faham? Kalau tak faham jugak aku lempang. Nak?


Oleh yang demikian, aku harap engkau semua dapat menghiburkan diri dan menyanyi bersama video yang dirembat dari Youtube. Sebuah kugiran Punk lama dari Kota Tinggi yang amat nostalgik bagi aku dan mungkin anak-anak Punk/Hardcore di Johor amnya. Terimalah Depress dengan lagunya Sejahtera. Lagu yang catchy dan lirik yang elok di dengar oleh mak ayah anda sambil makan tengah hari lauk simple-simple sebab harga barang semua dah naik. Nanti dekat raya lagi la macam sial. Ko tengok je la..Layan..Bedebub bedebab zaaz zius!!








Sejahtera
Manusia di dunia ini
Semuanya sama saja
Hindari persengketaan
Eratkan hidup rukun dan damai

Janganlah sombong sesama
Apakah ada untungnya?
Ganding tangan terus berjuang
Hindari sikap yang merugikan

Terus beringat kita
Hidup sekejap saja
Menjadi hamba harta gila..

Isnin, 18 Ogos 2008

Erotika Senjakala Pembakar Semangat Usahawan Bumiputera Alaf Baru

Satu petang, di salah satu daerah kecil yang berada paling hujung dalam jajahan daerah Batu Pahat. Terdapat beberapa pemuda dari pelbagai variasi peringkat umur sedang menikmati minum senja. Kawan-kawan, jangan ikut perangai mereka tau. Suka balik lewat maghrib. Apa nak jadi tak tau lah. Aku pun ada sekali kat situ. Tak guna.


Duduk berbincang begini bukanlah perkara selalu bagi kami. Semua ada tugasan tersendiri. Termasuk aku [huhu..]. Kami jarang bersua. Perhubungan yang mesra antara kelompok senior dan junior Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Sardon menjadi punca adanya golongan yang melewat-lewat solat maghrib di hujung minggu seperti ini. Termasuk aku sekali. Hampas.


Kisah duka, luka, nestapa dan sengsara. Itu perkara biasa yang diketengahkan dalam forum yang bakal menerima leteran orang tua masing-masing bila balik rumah nanti, termasuk orang tua aku. Argh.


Seperti Supandi. Selalu mengadu domba. Bosan dengan kerjanya. Menyelia tapak binaan di Kuantan. Menurut beliau, kalau tapak semaian ok juga. Boleh selitkan bunga-bunga segar di celah telinga atau di tepi gelas minuman. Nampak elegan dan tampak seperti dalam drama atau lagak Upperline MLM. Tapi usahawan MLM lebih suka bergambar di rumah kosong atau dalam proses pembinaan yang entah siapa-siapa punya.


Senja itu, Supandi mengusulkan cadangan untuk mengubah gaya hidupnya seperti seruan para pemimpin tercinta engkau [bukan pemimpin aku, kerana aku tak mahu dipimpin],
“ kepala gua berpusing mau bikin bisnes bila lalu Jalan Muadzam Shah-Segamat lu tau tak?”



Aku selaku brader-brader yang berada di usia pertengahan antara kami, mencelah tanda tunjuk respon. “Apa lu mau bikin? Sekarang lu bilang gua, boleh?”


“Gua fikir gua mahu bawa jala dan sekaligus menjala tenggiling di sepanjang jalan semasa gua balik kampung. Lu tau, seekor tenggiling boleh jejak ratus-ratus woo?” Aku kaget. Merembes. Menggigil bila terdengar wang ratus-ratus. Sukenyer…Tapi, kalau juta-juta, itu sudah kira tipu bai. Ini dah kira MLM ni. Lu bikin gua panas. Nak kena debik ke apa?


“Ok gak, bai.” Aku setuju. Mana tau, boleh jadi downline. Yang lain cuma angguk-angguk kepala. Tak tau la pasal apa. Tapi ada 2,3 orang yang tunjuk tanda ‘good’.


“Dan gua akan mengiklankannya di laman sesawang yang akan gua bangunkan. Siap dengan info binatang sekali,” aku mula tercengang. Terpana dek bernasnya idea si Supandi ni. Tak sia-sia dia lahir di London. Aku selaku graduan menganggur pun hanya mampu berfikir untuk membuka kedai runcit di KLCC sahaja. Lihatlah betapa cemerlangnya pemikiran anak muda sekarang, selari dengan pesatnya perniagaan MLM dikalangan orang melayu di negara ini. Beliau sungguh multimedia super koridor kan?


Beliau kembali menghisap rokok yang masih di bibir. Disedut dalam-dalam. Sampai kecil matanya menahan pedih di paru-paru. Semua ahli jemaah tahu beliau akan menambah hujahnya lagi selepas beliau menghembuskan kepulan asap di udara.


“ Dan gua akan letakkan tajuk berkelip-kelip di situ HAIWAN EROTIK LENGKAP DENGAN INFO DAN VIDEO BERFORMAT 3GP.”


Serentak dengan itu, beberapa ahli jemaah mula mengalirkan air mata. Tunduk memandang simen restoran. Apakah mereka terharu dengan idea segar ini?!!!! Atau mereka insaf dengan dosa-dosa silam mereka?!!!! Entah lah. Aku cuma harap pihak yang berkenaan dapat memberikan sokongan yang padu kepada Supandi sebagai usahawan melayu baru yang tak menipu dan memijak golongan yang tersepit dengan ayat bekerja dari rumah dan pendapatan mencecah RM4 juta setahun. Beliau ikhlas.


Semoga dia dapat mencari kontek tauke restoran makanan erotik tersebut. Go Supandi, Go..!Aku doakan perniagaan haiwan erotik kau berjaya dan boleh join MAHA kelak. Semoga berjaya, sahabat. Aku sentiasa di sisi mu dan mendoakan yang terbaik hanya untuk mu.




“ Erotik Endas mu* Supandi!”







*Endas mu-Kepala kau