Jumaat, 10 Jun 2011

fak yuh

Ada satu hari tu gua berkejar. Mau hantar order-order customer gua yang dah lama gua janji nak hantar tapi tak hantar.

Gua siap sampul barang-barang, pelepap-pelepap gua lincah pergi pejabat pos. Datang-datang gua tengok ramai orang steady layan aircond pejabat pos. Gua masuk, macam biasa diorang akan pandang macam gua seorang penyanyi realiti yang telah melahirkan 9 album studio.

Gua steady duduk dulu tanpa ambil nombor giliran. Ini semua birokrasi. Leceh. Poyo. Fakap. Tiba-tiba ada akak bawak bungkusan masuk. Berdezuup teruss pergi kaunter kat belakang pakcik yang baru selesai bayar bil air dengan telefon..


Sial.


Tak amek nombor tu. Mana boleh jadi? Gua curi angin belakang akak ni. Cucuk baik punya (Guna istilah mat rempit). Gua rileks tunggu akak tu settle. Gua lega pasal gua tak payah layan karenah birokrasi. Inilah namanya resistansi!!!



Akak tu pun pelepap-pelepap-pelepap. Tiba turn gua. Kerani tu cakap.




"Awak pegi amek nombor."


FAK OP!!!!

Khamis, 9 Jun 2011

Berdepan Dengan Keturunan Bangsat

Kadang-kadang semangat resistansi aku ini diperbodohkan dengan orang. Katanya, ikut je lah. Patuh saja lah. Angguk sajalah. Tak guna berperangai seperti 10 tahun dahulu.

Aku jawab.


Bapak kau angguk dulu la sial.

Khamis, 2 Jun 2011

Harqirqarth (sebenarnya aku nak tulis 'Hakikat' tapi saja bagi nampak macam nama band metal)

Manusia akan biasanya akan bertindak balas atas sesuatu perubahan dalam hidupnya. Begitu juga aku, engkau dan sesiapa sahaja.


Sebulan dua ni dada aku berdebar. Lagi-lagi bila mula menyelak atau mengetik papan kekunci untuk membaca berita-berita sama ada di atas kertas atau paparan komputer. Baik kanan, kiri atau berita yang sekadar laporan.. Semua menyebabkan dada sesak pada istilahnya.


Kenaikan kos sara hidup yang semakin menyesak. Aku rasa ramai yang mula memicit kepala tatkala membaca berita-berita begini. Aku cuma mampu cakap, "habislah kalau macam ni.." Tipulah kalau aku tak carut-carut sikit. Tapi malas lah aku nak tulis kat sini.


Aku terfikir apa lah agaknya yang dirasa pada bapa berkelulusan SPM kepada 5 orang anak yang masih bersekolah, tak punya pendapatan atau pendapatan kecil, lagi pula tetap tinggal di tengah bandar. Anak-anak perlu disekolahkan, lauk pauk mesti dibeli, lampu harus dipasang hingga lewat malam kerana ada anak yang mahu mengulangkaji pelajaran-menghadapi peperiksaan penting. Setiap malam harus memikirkan apa yang bakal dibelanja esok. Jangan dilupa untuk menjengah kocek, ada tak lagi agaknya belanja untuk ke tempat kerja esok? Ditengah-tengah bulan biasanya, mereka akan menjengah akaun, ada lagi tak baki? Boleh tak agak-agaknya dibawak ke bulan depan? Ada tak duit untuk sakit pening anak-anak? Kos perubatan pun kadang-kadang boleh bawak kepada gadai tanah sekarang ni.


Sekarang kita pergi kepada graduan yang baru bekerja. Ada pulak buah hati. Berkawan dah bertahun. Ulang alik ke tempat kerja saja sudah hampir 1/3 gaji belanjanya dan aku percaya akan terus meningkat dari masa ke masa. Setiap bulan harus menyelenggara kenderaan yang kosnya bukan main-main. Itu belum sewa rumah atau bilik. Kalau di bandar-bandar besar kadar sewa ni boleh bawak kepada pertelagahan etnik haha. Tiap bulan takkan tak hulur sekeping dua not 100 kepada si ibu (masa belajar dulu si ibu lah yang menghulurkan not 100 tu!). Nah, kalau dah graduan tu, berapa kerat sangat lah yang dapat biasiswa. Rata-rata meminjam PTPTPTPTPTPTPTPTPPTTPTPTN untuk meneruskan pengajian yang mana kos pengajian di sini pun bukan main-main harganya. Nak bayar suka-suka pun tak boleh. Kena panggil masuk court lah pulak. Nak tak nak terpaksa lah ikut rate. Dah tu, takkan hujung minggu nak duduk di rumah je? Jangan dilupa kos sara hidup pun tak boleh ditolak ke tepi. Segala macam bil yang sedang mendaki harga sekarang ni pun harus diselesaikan. Tolak-tolak tinggal berapa sen? Agak-agak kalau macam gini, umur berapa lah agaknya si graduan ni boleh mendirikan rumah tangga? Belajar tinggi dah, tapi hidup sama je macam orang lain yang ada sijil lepasan sekolah. Tak ada perubahan sebab kena bayar hutang belajar.


Aku suka menjengah reaksi atas situasi yang berlaku.


Ada yang merungut. Ada yang marah. Tak kurang jugak yang sedih. Aku sendiri ada di dalam satu daripada ketiga-tiga reaksi ini. Ini lumrah. Yang di 'pucuk' sana tak abis-abis cakap suruh berjimat. Lagi sempit, lagi suruh jimat. Kalau dah habis jimat, gua nak buat apa lagi? Idea bukan-bukan jugak la si 'pucuk' ni bagi nanti. Ada suruh tanam ubi waktu harga beras naik, ada pulak yang suruh tanam sayur bawah kabel elektrik!! Pejadah haram apa tu?!!! Nak bagi lega sikit, si 'pucuk' ni tadi akan cakap harga makan pakai sini lagi murah banding tanah sebarang sana, seberang sini. Tapi tak pikir plak gaji kat sana berapa?!! Nokharooommmmm..macam pelaq ang ni..!!

Tapi ada jugak yang steady. Terima hakikat. Bersabar. Khusyuk dan tawaduk dalam mengharungi kehidupan sehari-hari. Malah berkata inilah yang dikatakan kemajuan... Malah orang inilah yang akan berdiri panjang beratur dan menjadikan 'pucuk-pucuk' tadi terus mekar mewangi di atas sana hasil berkat doa restu rakyat mereka terus gembira dan meneruskan kehidupan super-selesa penuh kegemilangan mereka..


Sekian terima kasih wabilahitaufikwalhidayahassalamualaikumwarrohmatullahiwabarokatuh....

Sabtu, 14 Mei 2011

Nasib kau la kah kah kah







Untuk menyambut hari profesyen gua. Gua kena tukar-tukar hadiah untuk menjayakan aktiviti sambutan pekerjaan gua. Nilai hadiah berkenaan mestilah RM 10 ke atas. Setiap orang perlu mengundi untuk mengetahui individu manakah yang bakal menerima hadiah dari kita. Gila tak cool. Tak suprise. Jadi gua layankan je amek kertas undi. Gua tengok nama.



Kejap. Tetiba gua jadi excited.


Gua kenal orang ni. Orang ni pernah sound gua waktu gua baru seminggu masuk kerja. Dia sound gua macam budak-budak depan orang ramai dan gua menanggung malu.


Gua tak buang masa. Gua lincah pergi kedai barang RM 2. Cari barang yang gua inginkan. Dah siap beli gua cepat-cepat balik rumah suruh mak gua sampulkan. Mak gua boikot gua. Dia cakap hadiah gua tak senonoh. Dia tak nak sampulkan. Adui. Gua mula pening. Gua try2 sampul tak cantik siak macam haram. Dah lah isi dia macam haram jadah. Tak pe. Steady. Gua terus tido.


Esok pagi gua tengok hadiah gua dah siap berbalut. Hati gua pun sangat lah senang. Hadiah untuk beliau adalah seperti berikut;




selamat Hari Guru. Amek kau.

Sabtu, 30 April 2011

Revolusi Sumpah Jali

Jali ingin berubah. Dia tak mahu lagi menjadi pembelit dengan urusan jual beli tanah dan jual beli kereta terpakai.


Jali bukan malas nak kerja. Tapi dia cuba mencari transformasi dalam hidupnya dengan melakukan pelbagai usaha bagi mewujudkan transisi tanpa mewujudkan transaksi yang melibatkan birokrasi.


Untuk itu.. Ya, Jali sudah dapat idea.


Menceburkan diri dalam scene pemilihan tampok pemerintahan di peringkat bawahan. Untuk itu dia perlu mengukuhkan skill pengucapannya bagi menambat hati sang pemimpin dan makhlok suruhan bawahan.


"Aku nampak sendiri YB Seman gigit leher Samsiah Lenggang di kedai Tauke Gan Der Wang pada 14 Mei tahun 2011 pukul 8.53 pagi dikala mendung berarak berlalu pergi! Inikah contoh dan tauladan yang harus kita contohi?!!" bukan main lagi Jali. Sampai tegang urat merihnya melaungkan revolusi penuh provokasi. Senget songkok tinggi lapan incinya pun dah tak dipedulikan lagi.


Tidak!!

Tidak!!

Jerit penduduk Kampung Nyamok Gemok beramai-ramai di dalam sebuah balai tani yang hampir rebah itu.


"Betul ke apa yang nampak ni Jali?" tanya Wisnu Hatim Sandung dengan penuh keraguan.


"Sumpah!"


"Sumpah!"


"Sumpah! Bukan main berselera lagi YB Seman gigit leher Samsiah Lenggang.. Macam meratah bubur ayam yang dicurah dengan serbuk lada hitam ala Mekdi!"


"Kau jangan main-main Jali!"- Degup hati Ucu Man selalu bekas pemeriksa kira-kira kampung itu mula 50-50.


"Sumpah!!"



"Sumpah aku tipu," kata Jali sambil tersenyum simpul. Selang beberapa minit dunianya jadi gelap.


*****


Malam itu, Jali menerima 15 jahitan di sekeliling tempurung kepalanya. Dia hanya mampu makan bubur dengan menggunakan straw.

Khamis, 14 April 2011

Summum buqmum umyun fahum layuqminun

Ah. Sudah.

Dia dah dekat. Hati Jali terdetik. Berdebar-debar. Dadanya tak senang.


Jali cepat-cepat membaca doa. Yang biasa digunakan untuk menghalau binatang buas.


Summum Buqmum Umyun Fahum Layuqminun.


Semakin hampir.

Hampir.

Hampir.

Makin dekat.

Sampai kepada Jali.


Jali menegur hidupan itu dengan nada penuh ketakutan. Bukan penghormatan.


"Puan....."


Teguran Jali tak disahut. Dia berlalu pergi. Dan tidak memaki Jali.





Itu kisah bos Jali.....

Sabtu, 9 April 2011

Sucinya Darah Sebuah Dendam

Pemikiran Hamid sudah tidak konsisten.

Di matanya terbayang parang di sana. Tajam dan kilat. Berkilau persis mutiara dari lautan yang paling dalam. Mata parang itu terlalu keji sekiranya dibiarkan begitu sahaja.

Hatinya berkata.

Apa kata aku tambahkan keindahan mata parang ini dengan lumuran darah dendam yang lahir dari hati yang penuh kebencian?

Dia sarungkan sepatu hitam kainnya dan memulas pendikit motosikal menuju ke tempat itu. Sebuah bilik berhawa dingin dan bertingkap gelap bagi menghalang sinaran ultraungu dari menembusi bilik sial itu.

Assalamualaikum.

Salam diberi. Senyuman dihulur. Parang dihayun. Darah memancut. Dendam pun gugur!