Aku di tag oleh si
Azie iaitu ketua pakatan rewang dari Kancil Clan. Dalam keserabutan otak yang tak terkawal, aku cuba menjawab sebaik mungkin mengikut skema pemarkahan yang telah diberi. Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu dan dengarlah arahan baik-baik. Sekiranya ingin meminta kertas tambahan sila angkat tangan.
1. Do you believe in love at first sight?Gila. Hahaha. Tapi, baru-baru ni aku suka sangat tengok sorang gadis ni dalam LRT. Dua kali kami bersua dan saling berhadap antara satu sama lain di dalam tren. Nah, dua minggu lepas dia sudah add saya di Myspace. Miracle!~ dag dig dug, di dalam dada.. jantung berdebar, hati bergetar, amboi indahnya, hamboiiii! – Dag Dig Dug (Haiza-Benut Dangdut)
2. Have you ever felt stupid? Why?Never. I just feelin dat I am a clumsy person, yay!
3. Where is the place that you want to go the most?Err.. it could be tempat joget-joget yang budak-budak bando sekarang suka pergi. Apa ke nama Rave ke apa nama dia. Apa ada dalam tu ha? Cam na joget dia ek? Asal diorang dress cam tu ha? Hahaha.. Saya tak pernah pergi kelab joget ala electro techno-techno dance mabuk-mabuk di malam hari ni. Melainkan tempat itu disewakan di hari petang untuk bergig. Ada pun, saya menghadiri di kelab jazz sahaja di malam hari. Suci kan saya ini?
4. If you can have 1 dream to come true, what would it be?Kesihatan(fizikal dan rohani). Cukup? Ya, keseimbangan antara keduanya yang boleh menjana seribu satu kebahagian dalam kehidupan kita. Kesihatan rohani membolehkan kita memikirkan, menilai dan mentafsir sesuatu yang baik untuk diri kita dan orang lain. Percayalah, ianya juga mampu membuatkan kita lebih kuat menerima sebarang ketentuan-Nya. Kesihatan fizikal pula memperlihatkan kemampuan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Skema siak!
5. Do you believe in seeing a rainbow after the rain?Hape kebangang pembuat soalan ni Azie? Hahaha.. Oit, ini metafora ke? Buku Hamzah Fansuri aku tak habis baca lagi ni, macam mana nak jawab?
6. Hape kau nak makan sekarang, setan?Hahaha.. Aku teringin nak makan makanan mahal-mahal yang dihidangkan dalam kuantiti yang sikit. Ntahapekejadahnya makanan mahal-mahal ni pun aku tak tau. Nak menunjukkan status quo ke ape ni oi?
7. If you win $1 million, what would you do?Memula bikin kereta. Bikin gempak punya(tapi tak de kete cam ne ni oi?). Pastu sambung dapur rumah mak bapak aku ni. Senang keje kahwin nanti. Takde la kecah belalang makcik, mbah-mbah ni buat kerja. Diorang ni dah lah kemproh, syial. Eiii….
Pastu, aku ingat nak modify sikit atap surau tu. Macam tak stylo la berbanding kampong lain. Pastu ade kan sikit-sikit function macam kuiz ke nasyid ke hape ke, baru la meriah. Budak-budak ni suka acara suka-suka dan makan-makan. Kalau buat kat surau hiduplah surau tu nanti. Harapkan YB? Sampai kiamatlah nak dapat peruntukan.
Ada baki aku buat studio lah. Budak-budak Batu Pahat ni dah lama tak de gig. Asik ke KL je biar diorang main kat studio aku. Padan muka, gig kat kampong kali ni, hahaha. Moshing lebih-lebih tersagat duri sawit baru kau tau.
Kalau lapang-lapang, biar makcik-makcik, mbah-mbah ni aerobic kat studio aku ni. Aku tengok orang melayu ni malas bersenam. Makan minyak-minyak lemak-lemak. Lagi pendapatan besar lagi berminyak makanan diorang. Tak jauh aku buat belakang rumah je.
Ada baki lagi? Aku ingat nak buka kedai kek atau kopitiam rock la. Boley budak-budak ni relaks-relaks sambil dengar muzik, tengok MTV kat sini. Tak yah gi cc la oi, sini wi-fi ada. Kuih seringgit 4 biji. Apa lagi kau nak, setan? Tak standard? Nak aku samakan harga kopi Nakhoda Kampung Berong dengan Starbucks?
8. If you meet someone that you love, would you confess to him/her?No. let it comes naturally. Kadang-kadang bagi hint pun tak paham, cakap berkias sikit pun susah nak paham. Apasal budak perempuan sekarang terlalu shengal? Dengar lagu cinta hari-hari tapi sikit kias pun engkau susah nak faham. Engkau ni dah kenapa? Semua nak straight forward bosan kau tau tak? Sekali aku lempang karang!
9. Who are the top five people in the world you would wish to meet?1. Mr. Os
2. Jalil Hamid
3. Harun Salim Bachik
4. Mat Sentol
5. Astora Jabat
(Semua ini kaki lawak. Iya lah, betul la kan?)
10. What are the requirements that you wish from your other half?You.. bila dah kahwin dengan I, tutup aurat bley? Toksah layan la jiran sebelah tu. Apa sangat la kerusi set baru diorang. Ni lagi satu, tolonglah faham dengan karier I. Jangan lah cemburu bila I bergambar tepi kolam renang sambil bercerita mengenai kekasih lama I, ok? Ini semua bukan kehendak I, faham tak? Percayalah, I dengan Fishi Sindhi Cuma kawan baik je, kay?
11. Which type of cars I love the most?Kancil (Sesuai sangat di waktu sekarang ni. Tak berhujan, berpanas boleh gerak sudah cukup bagus. Kalau aku airbrush, bikin audio gempak, fibre glass tak hengat, pakai set L5, meleleh jugak air liur anak-anak gadis sekolah. Yang mengidam kereta mewah, engkau memang berlagak, ego, bangga diri. Boleh jalan la oi! Apa sangat dengan kereta mewah kau berbanding dengan iman kau tu? Hahaha..pawerrrzzeh!)
12. Which do you prefer from your other half? hug? or a kiss?Siak, penetration tak de ke? Hahaha!
13. If you have faults, would you rather the people around you point out to you or would you rather they keep quiet?Cakap elok-elok depan aku bley? Ni hempas-hempas beg tangan , muka ketat asal lak ni? Nak kena penampar?
14. What do you think is the most important thing in your life?Faith!
15. Are you a shopaholic or not?Yes I am. Itu pun kalau mak ada duit. Kalau takde duit merembes la nyah, bila mak tengok sale kat SOGO tuh!
16. What kind of electronic device/gadget you own that you like most?Nokia 5300 serba hitam aku. Pengubat lara, penawar luka. Canggeh meh…lalio ale, mp tlee ale..munyik pun babut….Kasi angkat meehh…(Kau ingat budak-budak UM family kelas pertengah macam aku pernah ke pakai telefon-telefon 3G ni? Kau pergi tengok budak-budak UiTM. Bapak mewah diorang. Yuran ciput, baki pinjaman pun banyak. Ciss!)
17. What is your favourite fragrance ?Lacoste yang rejected one kat Armcorp Mall PJ tu. Peh…!! Oi, sapa-sapa..bagi pinjam RM30? (citarasa aku memang teruk dan murahan. Jadi, apa persetubuhan?)
18. Are you in love?Soalan-soalan sewel yang macam ni la yang aku malas nak jawab. Jadi jawapannya adalah neraka, tidak!
19. If given a chance, do you want to see your future?Bengong. Tak mau la.
20. Do you love the person who tagged u with this?AUWWWWWWWWWWWWWWWW……! *letakkan tangan di dahi*
Bagi I pengsan sekejap?
(Aku dengan ini mengetag mereka, padan muka dan sila jawab –
Daniel, XfazX, Chempaka, Cik Ofa, Syore, Huzaii, Cik Domino, Khaii, Kamal, Yoshz dan sesiapa lah yang terasa rajin sila lah dengan segala hormatnya buat iyek?)