Selasa, 8 Julai 2008

"Rajuna..Rajuna.. Sungguh Hardcore Hati Kau..Sanggup Bersusah Payah Untuk Orang Lain"-Mak Piah

Seperti biasa setiap petang, Rajuna memang tak ada kerja lain. Jogging, jogging, jongging. Entah apa tujuan sebenar dia berjogging pun tidaklah diketahui umum. Ramai yang tahu Rajuna mempunyai sesusuk tubuh yang tegap. Persis seorang model. Tinggi. Berkulit cerah. Berambut separas bahu. Sekali pandang, pasti ramai yang menyangka Rajuna hero drama Taiwan. Kebetulan, Rajuna memang suka jagung Taiwan kukus dalam cawan. Apakah dia tidak berasa cukup lagi dengan semua itu? Harus bagaimana lagi? Mungkin itulah persoalan yang bermain di benak jiran-jirannya yang gemar mengintai di balik langsir ketika dia berjogging.


Sehelai singlet hitam, seluar pendek merah berjalur hitam serta sepasang sepatu sukan New Balance berbelang hitam dan jingga sudah mampu menerangkan segala-galanya mengenai aktiviti Rajuna pada sebelah petang. Bukan. Dia bukan mahu menghadiri acara muzik kecil-kecilan yang berkonsep straight edge hardcore yang menuntut sebahagian besar peminatnya berpakaian sukan untuk menyerlahkan gaya hidup positif. Dia bukan mahu menari 2 step atau menari beruk. Dia sememangnya mahu berjogging. Tidak ketinggalan, terselit di kedua belah telinganya pemain muzik digital.


Hingga pada satu senja, ketika Rajuna berlari-lari anak di gigi air di pantai dalam berpakaian sukan dan berkeringat, dia dihampiri sebuah kereta Toyota Camry hitam. Gelap benar cerminnya. Hingga sukar Rajuna melihat sang pemandu. Lalu, cermin tingkap diturunkan oleh si pemandu. Tasha.


“Siak,” bisik hati Rajuna. Di saat-saat dia tidak mempunyai pekerjaan begini, dia lebih suka menyendiri. Mencari ilham tentang rilisan tulisan akan datang atau melakar lirik bagi kugiran muzikal jahatnya.


“Hai. Sorang je ke Juna? Yok ikut I jalan-jalan? I boring lah kat rumah. Pleaseee?” Rayu Tasha. Ya. Tasha teman lamanya di kampus dan di kampung. Biarpun rumah mereka tak jauh antara satu sama lain di kampung, jarang benar mereka kelihatan bersama. Paling tidak pun, pertemuan mereka dirancang di satu tempat yang tersorok dari pandangan umum. Pertemuan biasanya dalam jangka masa yang singkat. Rajuna datang dengan motosikal dan Tasha dengan kereta mewahnya. Mereka lebih intim sewaktu di Kuala Lumpur. Bebas. Mereka boleh bersama hingga ke dinihari. Berborak. Bersembang. Bertepuk tampar. Jauh dari mulut-mulut celupar orang kampung. Lagi pula Tasha anak orang penting di negeri ini. Sedangkan Rajuna anak orang kampung biasa. Perangai dan rupa pun tak seberapa elok. Harta? OUT! Mestilah menjadi buah mulut orang kampung kan? Bukan calang-calang orang boleh mendekati Tasha, tau.


“I belum sembahyang Asar.” Rajuna memberi alasan.


“Ala, sekejap je.”


“Tapi maghrib dah dekat la Tasha. Lain kali ya?” kata Rajuna sambil terus berlari setempat, “hup..hup..hup...1,2,3,4..1,2,3,4…..tarik..lepas…tarik… lepas..” Sesekali meneguk tin minuman Kacip Fatimahnya dengan lagak macho. Uppps..patutlah Rajuna jalan mengepit!


“Sekejap je..Please Juna. Lama kan, kita tak jumpa?” Tasha terus mendesak. Rajuna semakin resah. Dia seboleh-bolehnya tak mahu sekali lagi menjadi perhatian masyarakat. Cukuplah lagaknya yang persis selebriti. Tak sanggup dia menjalani kehidupan serba glamour lagi. Tapi, akhirnya Rajuna mengalah. Dia memerhati kiri dan kanan. Setelah dipastikan keadaan selamat, dia terus masuk ke dalam kereta Toyota Camry Tasha.


“Janji, sekejap saja tau?” Rajuna mengharap Tasha faham akan situasinya. Tapi, Tasha hanya tersenyum. Cermin mata hitam di kepala Tasha di turunkan ke mata. Keretanya terus meluncur laju. Tasha membelok ke arah Pontian Kechil. Pantai di pinggir bandar Pontian adalah destinasi. Itu sangat Rajuna pasti. Pantai itulah yang menyimpan seribu satu kenangan ketika mereka cuba menjalinkan cinta. Namun, segala-galanya musnah angkara orang ketiga. Tak mengapa. Rajuna tahu. Dia perlu kuat. Kuat-kuat, Papa! Hik hik hik.


Sepanjang perjalanan mereka asyik benar berborak. Ketawa terbahak-bahak. Rajuna. Siapa tak kenal. Mulut murai ala wartawan hiburan. Mungkin dia boleh menggantikan tempat Siti Jarum atau Papa Gosip selepas ini. Ada saja yang nak diceritakannya. Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku antara mereka sebelum ini.


Tepat jam 7.40 malam mereka tiba di pinggir pantai di Bandar Pontian. Berhampiran pasar raya Giant. Mereka terus bercerita, bercanda, cubit menyubit. Tampar menampar. Kadang-kadang Rajuna menolak kepala Tasha hingga terhantuk pada dashboard. Tasha pun tak kurang asamnya. Kaki Tasha sempat singgah beberapa kali di perut Rajuna. Tomey, kan? Muah!


“Juna. Kenapa You jauhkan diri dari I? Sedangkan I tak pernah buang diri You dalam hidup I.” Ini yang Rajuna benci. Perbualan jadi sentimental.


“Neraka, tidak. You yang jauhkan diri dari I. Cuma sejak You kawan dengan Syed, I rasa I bukan orang yang sepatutnya untuk berkawan dengan You. I orang biasa. Sedangkan You? Syed? Damn, Tasha. I bukanlah golongan pak arab idaman You. Sekarang You tengok I. Bertindik di hidung, kening. Subang di telinga kiri dan kanan. Rambut I. Panjang. Boleh papa You terima I dalam keadaan macam gini?!” Jerkah Rajuna sambil menggoncang-goncang tubuh Tasha.


“Juna, Juna, Juna. Syhhh….” Tasha meletakkan jari telunjuk mulusnya pada bibir basah Rajuna. Lantas badannya bergerak dari tempat pemandu ke arah Rajuna. Kedua lengannya di dada Rajuna. Matanya kini memandang ke anak mata Rajuna. Rajuna cuba mengalihkan pandangan ke arah hempasan dan desiran ombak yang membalun tembok. Rapuh. Seperti air mata Rajuna yang akhirnya gagal dikawal. Deras. Membasahi pipi gebunya.


“I tak pernah membezakan You dengan Syed. Apatah lagi dengan diri I sendiri. I, You, Syed. Semua ada kekurangan, Baby..” Pujuk Tasha dengan suara bisikan. Namun, hati Rajuna telah lama luka. Kini, luka lama berdarah kembali. 23 jahitan di hatinya kini terbarai dan terkangkang. Mengeluarkan nanah-nanah pekat hijau. Hamis.


“Dah la Tasha. I tak sanggup nak dengar drama You lagi. You are drama queen! Dah. Dah. Cukup Tasha… I tak mahu dengar lagi penjelasan You.. I malu. Cukup. Cukup. Cukuuup….” Rintih Rajuna sambil memejamkan mata. Air mata bercucuran. Tasha pantas merangkul Rajuna. Erat. Ketika ini, dia merasakan Rajuna adalah segalanya. Penyesalan tiada tara.


Sinaran cahaya terang tiba- tiba menerangi kegelapan malam syahdu mereka dari pelbagai arah. Aneh. Ada suara. Dari mana suara garau itu datang? Dari mana cahaya ini menerangi? Ah, Rajuna semakin keliru. Apakah erti semua ini?


“Cukup. Cukup. Apa yang cukup ni? Ni dah kahwin ke belum ni? Mana IC? Hamboi. Siap menangis segala. Toksah nak berlakon sedih. Keluar! Keluar! Buat apa malam-malam ni? Budak-budak sekarang memang dah melampau.bertenggek bagai. Hishhh!!”


6 orang lelaki. Berpakai sopan. Berdiri di sekeliling kereta Tasha. Lengkap dengan fail dan lampu suluh.


“Haram.” Rajuna menyumpah dalam hati. Menggelupur~

“Tasha. Kalau la aku tau jadi macam ni, aku sanggup---keluar dengan berroque(berok)!”Kata Rajuna sambil menjeling Tasha.


*p/s: Rajuna pelat sebut konsonan R sebab banyak sangat cakap omputeh.

31 ulasan:

ladylikeme berkata...

wah...betul ker rekaan nie....

yoshz berkata...

"Uppps..patutlah Rajuna jalan mengepit!"

tak tahan makkk.......

Rmywvs berkata...

minum kacip patimah tu yang gua tak paham, lu persis wanita ke?

t i u n g berkata...

biar bonarrr..
hehe..cemana rasa kacip patimah har?
paitt ke?

Danielle_Corleone berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Danielle_Corleone berkata...

hahaha! gua harap tasha tu bukan "wanita" yang mengucapkan selamat berpuasa rejab pada lu! hahahahaaha! :P

Diana Jamal berkata...

wah! ada bakat utk wat novel bersiri! ahahaa..

psst.. kacip fatimah kan utk wanita sejati! bior betoi ko ni!

ahhaha

AL-BIMA SAKTI berkata...

ahak...ahak... sori, aku tak nak masuk camporrrr...sumpah...

King berkata...

so, brp sebenarnya Tasha tu dapat diskaun drpd Si Pengendali Telekomunikasi?
10% wow!,
20% wow!!,
30% wow!!!..
ps: 'berrouk' ngan org utan sama ker?

Huzai Mansor berkata...

Yeah, sambungan untuk cerpen ni akan memperlihatkan rajuna terpaksa mengecat rumahnya dengan warna biru pula.. nantikan episod seterusnya. Cehh..

Sang Pencinta berkata...

alamak tasha plak?ko punye cite ni mcm ezora la ade je watak2 baru tp ok gak malam2 gua xle tdo ni skg dah kul 2.35 a.m.bce blog ni dapat tdo..hahah..pasni jmpe sape plak?mcik maimun ke?

Mak Su berkata...

amboi, minum kacip fatimah, tak nak kalah tu...hahaha

d o m i n o berkata...

ape kate post ini ditelenovelakan
msti gempak!!
hehe.

LADesign berkata...

go straight...don't belok2.......he2.... weh jln kepit eh..pmpuan pon rmi yg jln x kepit...he3

Yana Ismail berkata...

err..btol ke apa yg terjadi bro?hmm...
mulut murai ala wartawan hiburan?huhu menarik descriptionnye:p

FAZ berkata...

“Tasha. Kalau la aku tau jadi macam ni, aku sanggup---keluar dengan berroque(berok)!”Kata Rajuna sambil menjeling Tasha.

Jelingan tidak sampai beberapa detik itu mengejutkan nebula oblongata Rajuna. Peluh jantan merecik recik keluar membasahi dahinya yang sudah kering. Rupanya rupanya Tasha adalah beruk yang terlatih untuk memandu kereta dan pandai bercinta. Rajuna tertipu.

Empat orang yang berpakaian kemas itu rupanya adalah Pegawai Perhilitan Johor. Mereka dalam misi untuk membawa Tasha kembali ke kumpulan sarkis beruknya.

Sekian.

azie berkata...

alamak! melepaslah we ol nak dapat jejaka persis jejaka taiwan nih..

A t i Q a h berkata...

Walaweh. Kacip Fatimah?

Rajuna berkata...

lady-u rasa2? u..jgn tanye i cam ni leh tak? hihi

yoshz-nyah, kau merembes ke?

cempaka-kulit gua je yang persis wanita

tiung-rasa macam air kelapa laut je.betul ke? ke tin i ni dah expired?


daniel-oww..bukan2.selisih malaikat 44

diana-hati i je macam perempuan. fizikal i lelaki sejati yang dengar lagu metal

al-bima-u suka air batu campor tak?

tasha-dia cuma dapat makan dengan afdlin shauki je.eh rasanya lain la.

huzai-haha.apa barang? mesti la warna pink. taste u teruk la huzai

tempe-bukan la. rajuna tunjuk kuat dengan amoi sebelah rumah bila dapat suratkhabar.

maksu-well, maksu we ols de femfuan kene la jaga kecantikan

domino-u tau mane i nak cari femfuan yg berbuah dada besar macam pelakon amerika latin tu?

lieza-kalau u pandai, perempuan yang jalan mengengkang apa maksudnya?

liyana- u pun mulut wartawan ke? hihi

xfazx-gua tak teragak2 untuk melantik lu sebagai sidang penulis skrip untuk drama-merentap rembesan bayu senja di selatan


azie-kuota ada lagi 3. sila buat janji temu untuk ditemuduga. ada kabel?


atiqah-i tak suka wong lo kat. chef ismail gemuk.

d o m i n o berkata...

haha.u cari kt lorong kunyit ktn.
klo kt kl cri kt coket road!!

ka-ii berkata...

sjak bile plah giant dekat dgn bandr pontian ni brader. fakta tu logik la sket. lu xblaja geografi ke.. haha. sjak bile plak ak cmni ni.

SATIRA + KACAU berkata...

cantik juga kisah ini.

Rajuna berkata...

domino-itu semua sudah hilang keasliannya

kaii-sila buat double check. ada giant kecik/setingkat kat sebelah hotel pontian. ni dah pergi bandar pontian belum ni?

satira-lebih cantik kalau ada silikon.

dyanadaisy berkata...

gila bagai crita ko nih! waduhhhh powerr!!!

Yana Ismail berkata...

A'ah. i pun mulut wartawan. Ada percaya?:)uhuhu

King berkata...

knp ko x bls komen beta?

Unknown berkata...

bdk yg jg kdai 4th ckp
(ak x ingat name dia)
laki minom kacip fatimah cirit.

Rajuna berkata...

king-sorry, tak perasan. patek rabun.
berrouk dengan orang utan adalah ciptaan tuhan. kan sama?

liyana-cantek. bila kita nak bergosip pasal maya karin?

aza-mengarut! I selalu minum. kenapa kulit I makin halus?

cimon berkata...

7.40 ?..hmm... n musti tak solat maghrib nh...kan? ish ish ish

wei,rase nye citer nie cam betul kan? tp...dah d edit sehingga nampak cam tak betul... kan? kan?

(^v^)

Rajuna berkata...

afdlin shaukem-oi oi..jangan nak berspekulasi!

l.i.f.e berkata...

owhh...saya hafal semua kedai yang ada di pontian
btw, tq singgah