Jumaat, 4 Julai 2008

Sekali lagi aura seri aku diragut...Oh, mak ditag lagi?! Merembes..

Aku di tag oleh si Azie iaitu ketua pakatan rewang dari Kancil Clan. Dalam keserabutan otak yang tak terkawal, aku cuba menjawab sebaik mungkin mengikut skema pemarkahan yang telah diberi. Jangan buka kertas soalan sehingga diberitahu dan dengarlah arahan baik-baik. Sekiranya ingin meminta kertas tambahan sila angkat tangan.


1. Do you believe in love at first sight?
Gila. Hahaha. Tapi, baru-baru ni aku suka sangat tengok sorang gadis ni dalam LRT. Dua kali kami bersua dan saling berhadap antara satu sama lain di dalam tren. Nah, dua minggu lepas dia sudah add saya di Myspace. Miracle!~ dag dig dug, di dalam dada.. jantung berdebar, hati bergetar, amboi indahnya, hamboiiii! – Dag Dig Dug (Haiza-Benut Dangdut)



2. Have you ever felt stupid? Why?
Never. I just feelin dat I am a clumsy person, yay!


3. Where is the place that you want to go the most?
Err.. it could be tempat joget-joget yang budak-budak bando sekarang suka pergi. Apa ke nama Rave ke apa nama dia. Apa ada dalam tu ha? Cam na joget dia ek? Asal diorang dress cam tu ha? Hahaha.. Saya tak pernah pergi kelab joget ala electro techno-techno dance mabuk-mabuk di malam hari ni. Melainkan tempat itu disewakan di hari petang untuk bergig. Ada pun, saya menghadiri di kelab jazz sahaja di malam hari. Suci kan saya ini?



4. If you can have 1 dream to come true, what would it be?
Kesihatan(fizikal dan rohani). Cukup? Ya, keseimbangan antara keduanya yang boleh menjana seribu satu kebahagian dalam kehidupan kita. Kesihatan rohani membolehkan kita memikirkan, menilai dan mentafsir sesuatu yang baik untuk diri kita dan orang lain. Percayalah, ianya juga mampu membuatkan kita lebih kuat menerima sebarang ketentuan-Nya. Kesihatan fizikal pula memperlihatkan kemampuan kita untuk meneruskan kelangsungan hidup. Skema siak!



5. Do you believe in seeing a rainbow after the rain?
Hape kebangang pembuat soalan ni Azie? Hahaha.. Oit, ini metafora ke? Buku Hamzah Fansuri aku tak habis baca lagi ni, macam mana nak jawab?



6. Hape kau nak makan sekarang, setan?
Hahaha.. Aku teringin nak makan makanan mahal-mahal yang dihidangkan dalam kuantiti yang sikit. Ntahapekejadahnya makanan mahal-mahal ni pun aku tak tau. Nak menunjukkan status quo ke ape ni oi?



7. If you win $1 million, what would you do?
Memula bikin kereta. Bikin gempak punya(tapi tak de kete cam ne ni oi?). Pastu sambung dapur rumah mak bapak aku ni. Senang keje kahwin nanti. Takde la kecah belalang makcik, mbah-mbah ni buat kerja. Diorang ni dah lah kemproh, syial. Eiii….


Pastu, aku ingat nak modify sikit atap surau tu. Macam tak stylo la berbanding kampong lain. Pastu ade kan sikit-sikit function macam kuiz ke nasyid ke hape ke, baru la meriah. Budak-budak ni suka acara suka-suka dan makan-makan. Kalau buat kat surau hiduplah surau tu nanti. Harapkan YB? Sampai kiamatlah nak dapat peruntukan.


Ada baki aku buat studio lah. Budak-budak Batu Pahat ni dah lama tak de gig. Asik ke KL je biar diorang main kat studio aku. Padan muka, gig kat kampong kali ni, hahaha. Moshing lebih-lebih tersagat duri sawit baru kau tau.


Kalau lapang-lapang, biar makcik-makcik, mbah-mbah ni aerobic kat studio aku ni. Aku tengok orang melayu ni malas bersenam. Makan minyak-minyak lemak-lemak. Lagi pendapatan besar lagi berminyak makanan diorang. Tak jauh aku buat belakang rumah je.


Ada baki lagi? Aku ingat nak buka kedai kek atau kopitiam rock la. Boley budak-budak ni relaks-relaks sambil dengar muzik, tengok MTV kat sini. Tak yah gi cc la oi, sini wi-fi ada. Kuih seringgit 4 biji. Apa lagi kau nak, setan? Tak standard? Nak aku samakan harga kopi Nakhoda Kampung Berong dengan Starbucks?


8. If you meet someone that you love, would you confess to him/her?
No. let it comes naturally. Kadang-kadang bagi hint pun tak paham, cakap berkias sikit pun susah nak paham. Apasal budak perempuan sekarang terlalu shengal? Dengar lagu cinta hari-hari tapi sikit kias pun engkau susah nak faham. Engkau ni dah kenapa? Semua nak straight forward bosan kau tau tak? Sekali aku lempang karang!



9. Who are the top five people in the world you would wish to meet?
1. Mr. Os
2. Jalil Hamid
3. Harun Salim Bachik
4. Mat Sentol
5. Astora Jabat

(Semua ini kaki lawak. Iya lah, betul la kan?)


10. What are the requirements that you wish from your other half?
You.. bila dah kahwin dengan I, tutup aurat bley? Toksah layan la jiran sebelah tu. Apa sangat la kerusi set baru diorang. Ni lagi satu, tolonglah faham dengan karier I. Jangan lah cemburu bila I bergambar tepi kolam renang sambil bercerita mengenai kekasih lama I, ok? Ini semua bukan kehendak I, faham tak? Percayalah, I dengan Fishi Sindhi Cuma kawan baik je, kay?



11. Which type of cars I love the most?
Kancil (Sesuai sangat di waktu sekarang ni. Tak berhujan, berpanas boleh gerak sudah cukup bagus. Kalau aku airbrush, bikin audio gempak, fibre glass tak hengat, pakai set L5, meleleh jugak air liur anak-anak gadis sekolah. Yang mengidam kereta mewah, engkau memang berlagak, ego, bangga diri. Boleh jalan la oi! Apa sangat dengan kereta mewah kau berbanding dengan iman kau tu? Hahaha..pawerrrzzeh!)



12. Which do you prefer from your other half? hug? or a kiss?
Siak, penetration tak de ke? Hahaha!



13. If you have faults, would you rather the people around you point out to you or would you rather they keep quiet?
Cakap elok-elok depan aku bley? Ni hempas-hempas beg tangan , muka ketat asal lak ni? Nak kena penampar?



14. What do you think is the most important thing in your life?
Faith!



15. Are you a shopaholic or not?
Yes I am. Itu pun kalau mak ada duit. Kalau takde duit merembes la nyah, bila mak tengok sale kat SOGO tuh!



16. What kind of electronic device/gadget you own that you like most?
Nokia 5300 serba hitam aku. Pengubat lara, penawar luka. Canggeh meh…lalio ale, mp tlee ale..munyik pun babut….Kasi angkat meehh…(Kau ingat budak-budak UM family kelas pertengah macam aku pernah ke pakai telefon-telefon 3G ni? Kau pergi tengok budak-budak UiTM. Bapak mewah diorang. Yuran ciput, baki pinjaman pun banyak. Ciss!)



17. What is your favourite fragrance ?
Lacoste yang rejected one kat Armcorp Mall PJ tu. Peh…!! Oi, sapa-sapa..bagi pinjam RM30? (citarasa aku memang teruk dan murahan. Jadi, apa persetubuhan?)



18. Are you in love?
Soalan-soalan sewel yang macam ni la yang aku malas nak jawab. Jadi jawapannya adalah neraka, tidak!



19. If given a chance, do you want to see your future?
Bengong. Tak mau la.



20. Do you love the person who tagged u with this?
AUWWWWWWWWWWWWWWWW……! *letakkan tangan di dahi*

Bagi I pengsan sekejap?

(Aku dengan ini mengetag mereka, padan muka dan sila jawab – Daniel, XfazX, Chempaka, Cik Ofa, Syore, Huzaii, Cik Domino, Khaii, Kamal, Yoshz dan sesiapa lah yang terasa rajin sila lah dengan segala hormatnya buat iyek?)

30 ulasan:

Danielle_Corleone berkata...

Ches! lu tag gua! lu mmg! kalo nak jumpa mat sentol jmpe bapak gua orang cakap masa muda2 bapak aku macam tu! haha. kalo nak jumpe OS pun ok, org kg aku tu. hehehe.

Rajuna berkata...

daniel-hahaha biar benar siak!

Rmywvs berkata...

dude, gua ada dua soalan untuk ditanye dkat lu. sila jawab!

1) lu lahir tahun 1984 ke?

2) lu kenal tak gadis-gadis, atau jejaka kat Kampung Berong tu?

soalan lain bakal menyusul.


p/s; apsal panjang sangat tag ni. dah la bahasa omputih, tak suka!

Rajuna berkata...

1) ya.
2)tak sangat. ada pun lupa2. gua budak rengit dulunya. sekarang je baru duk di area hitam berkenaan.
kau kenal budak2 yang selalu main skateboard/berskuter di rengit?


sila tanya azie. dia yang mulakan. haha

Rmywvs berkata...

gua dah menjawab balas tag lu. terima kasih ye.

oh, gua tanye ni kot-kot lah lu kenal kazen gua kat situ. sebaya dengan lu kot.

yoshz berkata...

Saya rasa kamu tertinggal badul utk soalan 9. tu legend tu...

t i u n g berkata...

hoho..

Yana Ismail berkata...

uhuhu, bro? ghades masa kini shengal?apakah?haha
sometimes, action speaks louder than words. but, we do need guys to say it out loud;) ehehe!

A t i Q a h berkata...

Woho. Shengal kah? Bagi hint saja tak cukup la bro. Kau bagi selori bunga pun, kalau tak ada ayat confession, girl itu still akan ragu-ragu. Tahukah? Eheh.

Rajuna berkata...

yoshz-halamak aku lupa

tiung-mau jadi senarai pelawak yang saya ingin jumpa kah?

liyana-kalau ditolak bagaimana? alahai..

atiqah-ces..tak ada nilai art lah gades sekarang kan?

Rajuna berkata...

cempaka-boleh teruskan soalan. aku sedia menjawab.

Rmywvs berkata...

ah, ko kenal fendy tak? rumah dia sebelah masjid ke surau kat kampung berong tu. agak-agak?

cimon berkata...

haha
best la ko nyer nukilan...
mak pora kat sebelah aku pon tergelak bile bace ko nyer blog td..
haha (lg)
tp bab soalan no. 18 tuh, aku cam tak yakin je jawapan ko tuh... cam nak cover line je...
haha (skali lg)
(^v^)

Yana Ismail berkata...

Itulah namanya belum cuba belum tahu. Mana tahu si ghades shengal itu menaruh hati kat jejaka tu,tp sebab jejaka tu shengal sgt tak nak confess, melepas je:p
Tak ke rugi bro?so amacam?nak confess ke taknak?uhuhu:)

azie berkata...

alololo...mallewW nak jawab soklan last ek?harharharharharhar

ka-ii berkata...

en fakhriz..sy telah pun di tag dgn survey ini. maka sy telah pon membuatnya..anda sure da lame xbace blog sy kan.

pergh apsal aku skema sgt ni.

d o m i n o berkata...

tolongg!!!tolongg!!sy kne tag!!huuu...

Rajuna berkata...

cempaka-aiseh. aku tak pernah masuk kg berong. aku rasa aku pernah dengar nama tu.

cimon-kau ingat aku heran sangat perempuan kl? pergi jalan. aku lelaki gagah. aku boleh hidup tanpa perempuan. ok?

liyana-still. tak mau confess. i ada maruah. kalau nak, suruh dia datang jumpa i. nak lagi bagus, pergi jumpa orang tua i. kita orang melayu.


azie-eiii gilerr arr dier neehhh!!

domino-hahah jeritlah! tadasapa denga kau hahahahah..ahahaha (mcm citer org jahat salu)

azie berkata...

cheh, ko tudoh aku giler plak. aku tudoh ko gay nanti, baru tau.harharhar

Sang Pencinta berkata...

ko bile nak balik kl ni?aku dgr ko nak jd setiausaha politik YB ko eh?power la lu..

Mak Su berkata...

hihihi, ingatkan tadi satu soklan tu, tanya "nak makan setan" ker? kah kah kah

FAZ berkata...

lepas ni xde nk tag2 dh.trs cakar je...awwwwww~

*19 july ni dtg la ke noisy studio

uranus berkata...

antara tag paling panjang yg pernah aku jumpa..perghhhh

A t i Q a h berkata...

Zaman sudah maju. Semuanya harus ada black & white. Ha ha.

Yana Ismail berkata...

Aik,terbalik plak?sapa yg patot jumpa siapa ni?bro la kna g jumpa parents wanita itu:p
ish2,apa mau jadila..huhu

Rmywvs berkata...

tu yang gua malas tanya tu, sebab gua yakin lu tak kenal. haha

Airinar anastasia berkata...

komen lu terlalu byk..gua dh rs sentap nak bg komen kat lu..okeyy..haha

Rajuna berkata...

azie-oi oi jatuh saham aku

tempe-tiada jawapan yang sesuai. keadaan politik negara benar2 tegang sekarang. lagu carburetor dung ada di pc di rumah. sila jilat!


maksu- maksu ni pawang setan kah? atau punk setan kah? seperti kata harian metro

xfazx-auww merembes
oi graf orlock minggu nie!

fahmi-enjoi reading bro. ganas!

atiqah- ya betul. sekarang zaman duit. cis. aku benci kapitalis.

liyana-mereka itu selalu merendah2kan martabat saya. sekarang kita kenakan mereka pula haha'

cempaka-bukan tak kenal, tapi dah lupa. serius la. aku jarang kat kg.

syore- meh aku sentap usus ko! haha

ka-ii berkata...

en fakriz, sy suda pon wat survey ini. ko mesti da lame xbace blog aku kan. stakat singgah letak coment kt shout box. heh

Rajuna berkata...

kai-terlalu banyak untuk difikirkan dalam kelapa. sudah terlupa barangkali.