Selasa, 26 Ogos 2008

Lin: Segaris citra yang merah dan berair pengubat duka

Malam itu, Bang Juna pandu kereta sambil dengar Sinar fm. Dari Kuala Lumpur masuk ke Jasin terus ke Muar sampailah ke Batu Pahat. Dalam kereta penuh dengan famili Bang Juna. Bang Juna fikir, Bang Juna kena cari sesuatu untuk hilangkan penat ini. Sampai rumah dah tengah malam. Orang tua Bang Juna pun turun lalu masuk ke rumah. Bang Juna pura-pura mahu masukkan kereta dalam garaj. Bang Juna tengok jam. Sempat lagi ni, baru pukul 12.43 tengah malam. Bang Juna masuk gear R. kasi undur dan masuk gear 1 dulu sebelum boleh maju ke hadapan. Berdezup dibuatnya. Harap-harap Lin belum tidur.



“Lin, dah tidur ke?” Bang Juna mesej dulu betina ni. Mana tahu si malaun ni dah tidur.



“Belum, jahanam. Apasal mesej aku malam-malam? Aku sorang ni. Datangla umah, Comel!” balas Lin. Cun. Petanda baik. Dah lama sangat Bang Juna mengidam nak ke rumah Lin dalam keadaan tak terkawal. Bersepah dan penuh gerakan suka hati kepala pak menteri.



Selama ni, Bang Juna pergi rumah Lin dengan malu-malu. Sopan santan lemak berlada. Maklumlah, depan orang tua. Mana tau dipelawa jadi menantu. Kan bertuah? Lin pun dah ada kereta Persona. Kira gerek la tu bila dipadankan dengan Bang Juna yang awet muda ni bila di atas pelamin kelak.



“Kau ni macam tau-tau je la Lin. Aku memang nak pergi rumah kau. Tadi, aku tengok kereta bapak kau takde..hi hi hi,” Bang Juna balas sambil memandu. Jangan tiru stail Bang Juna kalau kau baru ada lesen P. Sebelum ni pun, Bang Juna pernah terodok ayam jiran gara-gara bersms semasa memandu. Sudahnya, Bang Juna “disekolahkan” oleh tuan punya ayam di depan Warong Mbah Nab.



“Yeke? Ok. Aku siap-siap. Kau tunggu je depan rumah aku tau, muah muah.” Yes! Yes! Yes! Bang Juna mula terbayang saat-saat nikmat bersama Lin nanti. Bang Juna meneguk air liur beberapa kali sewaktu mula membelok ke perkarangan rumahnya. Gelodak jiwa tak dapat ditahan lagi. Hormon testosteron Bang Juna bagai menendang-nendang.



Bang Juna padamkan lampu kereta dan parkir betul-betul di bawah pokok jambu merah rendang dan berbuah lebat milik Wak Ngol betul-betul terletak di antara rumah Lin. Bang Juna keluar dari kereta dan tutup pintu kereta perlahan-lahan. Takut didengar jiran . Tak lama kemudian, muncul sekujur tubuh wanita berpakaian tidur satin dan nipis. Ya, itu Lin. Bang Juna terus tarik tangan mulus Lin ke bawah pangkin yang terletak di bawah pohon jambu. Kami duduk berdua. Hish, tak sabar rasanya nak memulakan operasi.



“Lin, tak salah ke apa yang kita buat ni?” Bang Juna cuak-cuak juga sebenarnya. Biar se-KL mana pun Bang Juna, goyang di hati pasti ada.



“Ah. Kau relaks sudah. Wak Ngol tak kisah la. Kau yang malu-malu lepas kau rodok ayam dia dengan kereta hari tu kan?,” jawab Lin dengan selamba sambil mengibas rambut perangnya itu. Lagak gadis urban yang lali melakukan dosa-dosa berat seperti zina bersepah-sepah, minum arak murah dan merokok rokok seludup beli di kedai runcit dengan alasan mahu jaga potongan badan. Non-practice muslim, apa katanya.



“Yeke? Lin sendiri bagaimana? Tidakkah Lin berasa bersalah? Abang bukan suami Lin, bukan tunang Lin. Dan yang pasti abang bukan kekasih Lin kan?” Bang Juna masih tak pasti. Keliru. Ah, Bang Juna di dalam dilemma. Benarkah ikhlas di hatinya melakukan ini? Pengorbanan apakah ini? Bukti sumpah setia? Ghairah Bang Juna semakin menjadi-jadi. Meluap-luap. Arghh...biarkan dosa bergentayangan. Nanti Ramadhan mintak keampunan!



“Kau jangan banyak songeh boleh tak monyet? Geli siak, siap berabang-abang bagai.. Dah, pergi petik jambu air tu. Pemalas! Semua nak aku buatkan. Ni, aku dah temankan kau makan jambu air Wak Ngol dah cukup bagus. Siapkan buatkan kau sambal kicap lagi. Cepat!!” Herdik Lin pada Bang Juna bila dia melihat Bang Juna masih tak lepas dari memandang tangan lembutnya.



Menggiurkan. Melopong dibuatnya melihat gerak tari gemalai tangan si Lin ni membancuh sambal kicap di dalam mangkuk kecil transparen itu. Gula, cili, bawang putih dan kicap. Diadun sebaik mungkin bagi mendapat rasa yang benar-benar padu.



Malam itu juga, Bang Juna melantak jambu air cicah sambal kicap dengan tanpa segan silu. Siap porak peranda baju Bang Juna kena titisan dan percikan sambal kicap. Tubuh seksi Lin kini bukan tarikan lagi. Pukul 2.30 pagi baru Bang Juna balik rumah. Ini semua gara-gara makan jambu air sambil mengumpat perihal anak-anak jiran tetangga. Nyum..nyum sedapnya makan jambu air dengan sambal kicap. Ditambah lagi dengan mengumpat. Peh.. Selamat mencuba…

Bai.

33 ulasan:

Sang Pencinta berkata...

ape?jambu?..ape barang!!makan tempe la kalo bran

Kikuri-hime berkata...

Cheh!!! Wat pe makan jambu malam2. Kembong perutlaaa.... Ingatkan nak wat mende.. hmph!!!

H berkata...

hehe.
terror la lin tu...
nak makan jambu cicah kicap pun pakai baju tido seksi2.
tak sejuk kot?

yoshz berkata...

Weh...nanti aku ajak mimi makan jambu sekali boleh tak?
mcm sedap jer sambal kicap tu..

poyotito berkata...

peh..betul terbaik lin tu.
ini macam kalu gua nak ikut lu balik kampung la wei.



cilakak!

S.YanaZ berkata...

Che gu Juna,

hekk elleh...cakappp je laa dh tak dpt Lin...tetiba lak terliur ngan jambu air.

Cet!

Yana Ismail berkata...

sedapnyer jambu cicah sambal kicap..nyummy!:)

AL-BIMA SAKTI berkata...

kalau makan tu jngn gelojoh sangat, bang juna... rileks...

Lily Abdullah berkata...

Nyesal aku baca entry ni sampai habis.

Cheh!

Wardrobe kita berkata...

water lily, erm aku pn nyesal..wat penat otak aku membayangkan aksi2 rakus bang juna nih..

Rahimin Idris berkata...

woi, nak kena buasir ke makan jambu air pagi-pagi buta!

hahaha

apek terror berkata...

lin tu gua kenal la...mbah nab tu niaga lg ker?

ladylikeme berkata...

wah...makan jambu air ngan sambalkicapp x ajak ekkkk.....

Bila Diary Bercerita berkata...

Makan Jambu Air malam-malam?
Ha...ha..ha.. kelakar betul entry kali ni. Buat suspen je ek?

blackpurple @ jowopinter berkata...

Cheh!

Makan jambu pun nak cerita.

Ha ha ha!

t i u n g berkata...

uiii memalam time2 macam gitu mkn jambu ngan sambal kicap..kalo aku kembang dalam perut.. 3 menet skali ulang alik p tandas..

salam merdeka & selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

kamar hati berkata...

uikssss...macam2...bleh plak dok melantak jambu tgh2 malam buta...ish ish ish... (sambil cekak pinggang & geleng pala... )

Danielle_Corleone berkata...

bagus2. makan jambu tu. apa2 pun gud lak nanti.

A t i Q a h berkata...

Baru mintak tolong buatkan pencicah, dah keruan tak tentu pasal ye bang. Belum yang lain-lain lagi. Wahahahaha!

dzul berkata...

rajuna,.wei jambu air banyak yg berulat.. kau jangan main belasah..kopak dlu tengok isi dia ok tak..tambah pulak memlm mcm tu..

Coolit babi berkata...

syabas...tulisan yang memenuhi syarat seorang blogger.. suri rumah.. sexless..hyper sex imagination..hmm

mmmm tak dapat ration tulis pasal pompuan lain berzina pun jadilah. ...ye..

azie berkata...

siot je,ahaha

jambu...sedapnya.

Brader Black berkata...

wei wei!
X cukop jawe lg tu.

Pekene tempe goreng + sambal kichap, baru betol berair.

Mak Su berkata...

tak masuk angin ker?

tasekM berkata...

kencing malam la ko makan jambu memalam hari... :p

Rajuna berkata...

tempe-apa barang? tiada nilai komersil?

kikuri-i dah lama buncit tapi tak kembung


cikenit-lin wanita kampung perasan urban

yosh-jangan. nanti dia buka kisah make out aku dulu2..

poyotitos-kuatkan iman dulu baru ikut aku balik. kampung aku banyak gadis berbetis mulus


s.Yanaz-cekgu bukan ape, cekgu sedar tanggungjawab cekgu membina negara bangsa mengikut pelan induk pembangunan pendidikan


liyana-biasa ke resepi jawa ni?

albima-bab makan ni, susah sikit nak kontrol bang bima. bab lain takpe!


waterlily-har har har..betul2 howliow!!!


qasehdarwish-ceh, aku kah lelaki rakus?! owh....:(


rahimin-ye ke boleh buasir weh?


apek-lu tau ke embah Nab dah bukak cyber cafe kat Mara Parit Raja?


lady-nak ajak ke? nanti orang kata apa pulak, hu hu hu


aishah-takkan nak makan hati berulam jantung, limpa dan hempedal kot?

bp/jp-euuuuunak kang!

tiung-kalau kembang kita makan sotong kembang. boleh kuncup balik. selamat menyambut ramadhan!

kamarhati-leng leng leng tergeleng-geleng....tau ke lagu ni?


daniel-gua pun tak tau apa yang tak bagus pada lu..

atiqah-psstt....jangan tulis kat sini pasal yang tu. ha ha ha


dzul-betul lah..ko pun ada skill macam aku lah...betul2!!!


coolit babi-mak aii nick name..penghuni narakka peringkat 696 ni!


azie-orang jambu macam i sedap ke?


suparjo-oi oi...itu sudah lari topik..sudah berkolesterol tu!

maksu-takde la mak su. masuk asap keluar angin je hi hi hi


tasikmalam-aku kencing tengah hari je

Suka Bebel berkata...

bagus nie, dalam melepaskan hajat mkn jambu air ditgh2 mlm celik, sempat kenakan golongan2 yang lupa agama nie.aauuummmmmm...makan jambu!

azie berkata...

orang jambu macam bang juna?

sedaplahhhhhh.......kut,ahaha

Rajuna berkata...

sukebebel-haha oi oi..mana ade?!! ha ha

azie-ha ha oi oi..statement gatal!!!!!tak senoonooohh!!

Danielle_Corleone berkata...

sini pun kulit babi sibuk jugak ek bro? hehe.

cimon berkata...

ceh !!! ingatkan ape la td.... makan jambu air tgh2 mlm??? tak ke toilet ke pastu? hehe (^v^)

indah-chan berkata...

cte ni sungguh suspen sampai aku curiga ini blog ape! hhaha

cets!

ka-ii berkata...

owh ni la post yg syo katakan itu.