Macam biasa, setiap bulan mesti aku datang ke Rumah Magis. Ini bukan sebarang rumah. Malah bukan juga rumah urut perempuan Myanmar. Ini adalah salon gunting rambut di Pekan Rengit. Lelaki Cina Lembut (LCL) yang selalu potong rambut aku. Jadi, dia dah biasa dengan rambut aku yang bermasalah ni.
Fesyen rambut aku banyak berevolusi. Dari semasa ke semasa. Ikut selera. Ikut aku punya tune sambil dinasihatkan oleh LCL. Dalam beberapa ketika rambut dibiarkan berekor dan dibahagian depan dibiarkan panjang menutup sebelah mata. Manakala kiri dan kanan rambut akan aku tarah sampai separuh botak. Bahagian atas tercangak-cangak. Memang serabai. Tapi ia bagus untuk tidak memperlihatkan aku sebagai graduan menganggur ketika itu. Nampak macam ahli politik yang kuat melobi. Kan?
Dalam beberapa bulan tanpa temuduga, ekor dan jambul rambut aku semakin panjang. LCL adalah manusia paling gembira dengan perkembangan fesyen rambut aku. Namun beberapa hari lepas aku terpaksa menjadi mat skema. Aku mengambil keputusan untuk mengenakan cutting budak sekolah.
“Belakang? Nak potong?” LCL Tanya dengan muka berkerut.
“Potong je la..”
“Alaaaaaaaaaaaaa….” Krezchhh….siap.
“Depan?”
“Potong sekali. Pendek-pendek. Tau?”
“Alaaaaaaaaaaaaaaa…..” LCL hentak-hentak kaki. Nak aku sepak je dia ni. Mengada-ngada. “Sudah mau kerja ke?” dia berhenti memotong rambut. Merenung aku melalui cermin besar itu.
“Ye la.”
“Kerja apa?”
“Ajar budak.”
“Ha? Yeke? HAHAHAHAHAHAH…Yeke? Betul? HAHAHAHAHA.Tak percayeee!”
Binatang.com.my!
27 ulasan:
ah, cikgu.
selamat pagi cikgu
Gua dlu2 de gak cita2 nk jd cikgu.
Ngaja subjek P.J. kat sekolah semua perempuan.
Perghhhh!!!
baii...sekolah mne lu ajar baii..???
dark25-eh bukan. tukang kata la.
xfazx-giler sex nih. jauhi faz.
adin-sekolahanat. ha ha
hahahahahahahaha!
kau ajar budak mana?..subjek apa?..
yaa cikgu!
nati masuk kelas bawa rotan tau!
ini cikgu garang.
GRRRRR..!!!
hai cekgu!
tekel sket bleh?
:D
hahaha...
selamat maju jaye juna...
sebelum daftar kat sekolah tu baik ko pi daftarkan diri ko utk pengecualian dr sebarang tindakan undang2 ibubapa yg mungkin tdk berpuas hati dgn hukuman luar tabi'e yg ko akan lakukan terhadap anak2 diorg nnt..kui kui kui
*gaya shock....
hah cikgu!!!!!!!!!
*lari2 tarik rambut....dh ade spec emo bingkai itam x?
pergkh. cikgu.
pekate cikgu tampo je tukang gunting rambut tu.
jadi cikgu jangan bhenti memblog.
gud lark ;)
selamat pagi cikgu!
arinie belajar ape..?
ngeeee~
haahaha...apek lembut@ah qua pun tak caye ko jadik pengajar.haha gud luck bro!aku memang surender awal awal kalau bab jadi cikgu ni.hehe
cikgu faqris??
hehe
all the best!!
cekgu cekgu..
hari2 potong rambut ke? hahaha
LCL? peh! ngeri je dengar.. hahahaha
jadi cikgu la best. bole lepak kantin yg kat area dalam punye...
hari2 cikgu suka main bola! hik3x!
pesanan utk juna: jgn buat cam cikgu gua dulu, bila murid buat salah dia panggil ke depan. dia cubit perut sambil pulas dan angkat. fuh ... pedih bro ...
baguih la dah jadi cekgu... :)
susah2, gua kan ada. selain memanahbom, gua juga terer potong rambut orang.
Cikgu. bola kocek dua! hahahahahaha!
"cikgu sudah tidur. Mari kita main"
Ha ha ha.
gile ko..mlm td..aku ngn khai br bincang2..kot ko jd cekgu..cekgu ape yg seswai utk ko..aku ckp..cekgu kajian tempatan..khai ckp..cekgu pendidikan seni..dan..tiba2 kami sependapat rasa ko amat seswai jd cekgu pendidikan muzik..wahh...supportive kan kami..tp malangnye..ko jd cekgu skolah menengah..tak dpt la nak support lagik..haha
jadi cikgu kena ler hensem hensem ek, tudung maksu pun berevolusi kaedahnyer :)
alamak...
gua dah nmpk mase depan budak2 tu sume...
gelap!
sekolah mana? aku risau anak aku nanti belajar dgn kau.
farhana-apa nk kena tampar? haha
dzul-aku ajar budak henry gurney. subjek atom dan letupan.
huzai-bukan. ini cikgu lembut.auww
cikenit-jangan la malu taw!
umie-cadangan yang bernas.akan dibawa ketengah.
apek-dari dulu lagi dah pakai spek ni. sebab yang frame yang paling murah.
budakhijau-ini hulk ke badang?
sukabebel-ah qua memang macam tu. dia kirim salam!
mashliner dah ada paqwe-harap yang best2 aje lah.
alif-kalau ari2 dah kira cikgu skinhead namanya.
sultan-cit. tak best. kena campur budak2 baru rules!cikgu sporting!
rahimin-aku tak suka main bola. skateboard please.
denanz-gua cuma suruh dorang korek hidung dikhalayak ramai je.
tasikmerah-cikgu punk.
rambo-alah lu kalau balek kampung asik lepak angkruk depan Sharp je kejenye.
huzai-mainjangan sebarang main. hihi
syorre-ye. support. pakai sms. undilah ramai2 ye?
maksu-euwwww...hehehehe
karkadewa-pasal apa gelap? pasal gua tak kisah budak2 tu pakai spek di waktu pembelajaran.
yosh-henry gurney. daftarlah..
Catat Ulasan