Rabu, 11 Februari 2009

Sekuntum mawar, ku curahkan coklat. Mulut kau, berasa strawberi.

Biasalah. Awal-awal bulan Februari ni. Semua pasangan-pasangan bercinta mesti sibuk. Sibuk cari hadiah. Itu ini. Bukan lu orang tak tau. Bila hari Valentine, harga bunga mawar melambung. Harga sebuku cokelat sama dengan harga sebiji tayar motor. Ini semua kerja gila bagi siapa-siapa yang mengerjakannya. Tapi yang bernafsu buas, masa ni lah kau ambil peluang kacip teman wanita kau ye? Lepas tu kau blah macam tu je? Kurang asam kau ni. Kalau kau buat macam tu pada bekas teman wanita aku, dah lama aku tapak kau tepat kat dahi jendol kau tu.

Seumur hidup, aku tak pernah ambil kisah pun pasal hari Valentine. Mungkin sebab itulah aku tak pernah kekal bila berpacaran. Padahal, pasangan aku yang bodoh macam keldai Arab Saudi. Apahal nak kata gua lembab bila berpacaran? Lu tu yang sengal ubi. Ikut-ikut orang. Tak ada stail sendiri. Buat apa-apa tak pernah nak kaji mana asal mana datang. Jadi sekarang siapa yang lemau. Aku atau bekas-bekas awek aku? Bagi awek yang tak mau jadi awek aku, dia punya lemau lain kelas. Kita boleh kelaskan mereka di kelas Pemulihan atau Kelas Lembam. Amacam? Ok kan? Cantik tapi bodoh. Yes! Macam Paris Hilton, beb.

Dalam membicarakan hal berpacaran, aku teringat satu kisah yang bertajuk Tikam Belakang yang dikarang oleh aku sendiri ketika ini (hapabenda punya ayat entah).

Minggu lepas aku berborak dengan Arif merangkap bekas gitaris (yang tak mendatangkan hasil) aku sekitar tahun 2001 hingga 2003 di salah sebuah restoran Mamak di Senggarang. Bila bersembang dengan dia, mesti nak cerita hal-hal emo. Aku fikir dia ni emo pada lagu-lagu je. Rupanya dengan dia-dia sekali tapau emo kental.

Dia dengan beraninya membuka cerita mengenai bekas teman wanita aku. Eh, kau yang membaca ni, macam tak percaya aku ada teman wanita? Nak kena lempang prata? Ini cerita dulu. Tahun 2002 macam tu. Dulu, nampak awek letops sikit terus sauk. Bukan macam sekarang. Banyak nak kena fikir. Ada kau nampak orang dating bayar asing-asing? Dah lah aku tak ada kerja tetap. Cari nahas kalau ada awek waktu macam ni. Lagipun siapalah suka orang macam aku ni. Jambu. Engkau (baca: perempuan) kan nak yang dark, tall dan handsome kan? Lelaki berwajah Taiwan seperti aku ni hanya digilai ah moi sahaja. Awek tudung bawal dah siap-siap reject aku.

Dipendekkan cerita, kisah bermula ketika aku merajuk dengan awek aku. Bila awek aku call, aku pass kat mak aku. Biar dia berborak dengan mak aku dan aku blah ke padang buat lompat bintang dari pukul 2.00 petang hingga pukul 3.00 petang.

Bila aku merajuk dengan awek aku, ini bermakna aku tak tegur awek dalam jangka masa yang aku tetapkan sendiri. Iaitu kira-kira sebulan. Akhirnya, belum sampai tempoh ‘edah’ aku sudah nampak awek aku diusung oleh kawan aku sendiri. Perbuatan keji ini menyebabkan darah aku berderau deras seperti Sungai Rajang di Sarawak.

Tapi aku tak ada nak settle-settle atau cuba-cuba layangkan kaki ke pipi jantan bedebah tu.. Aku pun tak cakap nak putus atau merayu sayang, kembalilah kepada diri aku. Just move on. Lantak pi. Baik aku bersembang dengan bohsia-bohsia town. Alah, sembang-sembang je, bukan apa pun. Kalau dia orang cuba-cuba nak cium bibir, aku tepis je.

Sebenarnya, aku tak pernah doakan dia bahagia dengan teman lelaki barunya itu. Apa yang pasti teman lelakinya itu kuat tidur dalam kelas dan malas salin nota geografi. Salin lirik lagu jiwang laju pulak. Tak ada modal lah tu. Kalau berani buat puisi sendirilah bagi kat awek. Tak ada telur ke woi?

Khabar terbaru yang aku terima, seperti yang Arif ceritakan- mereka telah berpisah. Ini semua gara-gara bekas teman wanita aku dan dia itu terpesona dengan cikgu yang memakai kereta Iswara berbanding dirinya yang ketika itu tak bekerja. Tengok, kereta Iswara juga yang jadi taruhan. Setakat naik EX5 siapa peduli beb? Lain lah kau budak Multilevel Marketing atau direct selling. Boleh kau belikan awek kau bengkong atau penapis air untuk Hari Valentine. Kah kah kah munkeee (macam Isham).

Apa yang menyebabkan aku ketar, adalah keadaan jantan bedebah ini ketika berhadapan dengan situasi emo ini. Dia dikatakan jatuh demam sampai berdarah hidung. Mak aih

Begitulah saudara. Tingginya nilai cinta hingga sanggup dibayar dengan darah. Ini darah original, ok? Kau ingat sirap ros bubuh kat hidung macam dalam sinetron tu ke? Nilai cinta yang ikhlas tidak galang gantinya sama ada dengan kereta Iswara atau borang skim MLM terbaru. Kesimpulan semua pihak haruslah bekerjasama menggembeleng tenaga untuk menangani gejala sosial ini. akhir sekali, izinkan saya sertakan serangkap pantun berirama penuh ikhlas, tulus dan suci gunakan tanpa was-was.

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih bapak dia Encik Gajus
Janganlah tuan bercouple dengan bekas awek saya
Kerana mereka telahlah hancus.

Bai.

(p/s: carilah awek di pasar lambak Kampung Simpang Enam. Awek di sana mudah tergoda dengan anda sekiranya anda cekap wheelie sampai rabak mud guard belakang)

27 ulasan:

leng berkata...

nanti bawak aku pergi pasar lambak simpang enam tuh..

Yana Ismail berkata...

alaahai..bang juna, penah mgurat awek di psr malam kah?ehehe

adin berkata...

"Bila aku merajuk dengan awek aku".....cehhh...merajok konon..

H berkata...

ko merajuk ngan awek ke?
kagum jap.
:)

Huzai Mansor berkata...

Syial la lu rajuna! Gua ketawa tak henti mendengarkan kisah cints lukamu yang sarat dengan emosi. Ehem.


Jadi cikgu BM ek???

Huzai Mansor berkata...

damn aku salah taip. Tak apa. A dgn S tu sebelah2 je kat keyboard.

Danielle_Corleone berkata...

kulum mulut ye bang? hehehe.

hegira berkata...

mak ai. tajuk macam tajuk lagu.

areleaf berkata...

aku x pandai nk wheelie2 ni..damn!!
camne bang juna,ade peluang lg x utk jantan gagah mcm aku ni??

kecik berkata...

bang juna. xpyh awek2 la. terus kawen. oke ke?

hzrh berkata...

pehh..hadiah penapis air tu mmg menawan siakkk~!!
ngahaha~

Rahimin Idris berkata...

hahaha tajuk. macam lagu m.nasir yang palat tu!

cimon berkata...

tajuk entry mcm strawberi coklat...
ingatkan ko citer psal siti nurhaliza ke...datuk K ke...

adehh...kecewa!

hehehe (^v^)

gilerr ahh...x-x ko minat iswara? patut laa si buncit kat rumah tu ramai skandal...

hahaha (^v^)

(p/s:murid2 ko tau ke ko tulis blog? )

ijan berkata...

ah... awek yg bernilai sebuah kete iswara standard. baik jgn dikenang...

Mak Su berkata...

skrg lelaki muka macam hero taiwan lebih laku... dorang kata muka macam winter sonata, romantis jer.

BudAk hijAu berkata...

bp awek dh lu dpt kt c2...? :p

Wardrobe kita berkata...

apala nasib awek2 ko tu bang juna??kesian..naif..

KARKADEWA berkata...

gua akan praktis wheeli smpi jahanam mud guard belakang!

ofaghag berkata...

kau setan bab mengumpat mmg nak minta penampar

Suka Bebel berkata...

valentine tu menatang apa?hehe

yoshz berkata...

balik2 citer pasal remaja. bosan tul.

ha ha.

aTiQue berkata...

beb, ko nie kekeliruan identiti kdg2 aku tgk..hehehe... link la kat blog aku..ngata aku bkn main ekkk huh!

FAZ berkata...

Adakah kerana gua tak layan label label fesyen masa kini dan takde kereta cinta gua ditolak?!

Apa ingat orang pakai bundle jahat tak berduit ke!!

Rembo berkata...

dude! gua rasa lu. keh keh keh.

apek terror berkata...

peh lu tewas di tangan lelaki jendol...status jge beb...haha...

apek terror berkata...

peh lu tewas di tangan lelaki jendol...status jge beb...haha...

Rajuna berkata...

leng-tak ade hal. belanja aku tongkeng goreng.

liyana-baru nak cuba.

adin-tak merajuk dengan awek kira tak emorock la beb. nak tangkap feel pergi cari cd color my iris.

cikenit-mestilah. aku manja dan gebu.

huzai-cis. cerita emo ko ketawakan? ini ko mesti ketawa bila tengok showbreed eh?
aku cikgu BI. Bidang terjun. damn so much.

danielle-mak ai statement merembes mak!

hegira-aku seorang emosional dan berseni+ego ha ha ha ha

areleaf-utk kes ko tak payah wheelie la. ko uli tepung pun dah kira ok

kecik-mungkin cam tu gak. baru daftar kat agensi mencari jodoh.

hazirah- u ketawakan i? nak kena siku ke ubun-ubun you?

rahimin-oi oi..apa palat2 ni? nak palat tengok KAMI la. ha ha

cimon-murid aku cuma tau aku seorang mat hardcore kental.

sultan-gua tak kena sebaliknya gua cuba bermuhasabah.

maksu-orang2 kampung taste mereka agak lambat. mereka suka yang ala zimbabwe.

budak hijau- ha? mana? oh. 16.

qaseh-awek aku itu kemungkinan diserang taun semasa berusia 4 bulan.


karkadewa-aku sudi jadi jurulatih.

ofa-call aku binatang. aku rindu ko.

sukabebel-entah. macam nama seluar dalam kan?

yoshz-siak lu. ha ha

atique-apa keliru2? apa jantan chanteks macam i tak layak bercinta ke?

xfazx-faz biarlah mereka katakan apa2 kepada adik. kalau nak cari jodoh, moh la kita menyertai persatuan ibu2 tunggal.

rambo-peh. lu true emo lah kalau lu berasa apa yang kasut gua rasa.

apek-ini dulu. sekarang gua kental. macam sup bubuh tepung jagung.