Selasa, 30 Jun 2009

Dari Lubuk Hati Sang Penulis

Ada sesetengah orang yang mempertikaikan status aku sebagai pelajar dalam bidang perguruan kali ini. Ada yang cakap aku guna kabel, mandrem (jampi serapah) dan entah apa benda lagi. Aku faham, aku bukan seorang yang berkualiti dan berkelayakan untuk bidang yang aku pilih ini. Tapi aku redha dengan apa yang telah tertulis. Aku menadah tangan penuh kesyukuran kerana berkat kesabaran (sabar ke? Selalu carut-carut je aku ni) akhirnya aku boleh dikatakan menemui satu jalan yang agak selesa untuk proses peningkatan kematangan diri dan setidak-tidaknya melegakan ahli keluarga aku.


Aku sedar aku seorang yang 'ikut kepala sendiri', keras kepala dan suka memberontak dalam senyum. Tapi seingat aku, aku tak pernah meminta-minta untuk sesuatu kerja atau peluang melalui kabel-kabel politik.


Ibarat ayam bertelur riuh sekampung, kampung aku yang kecil ini akan riuh rendah apabila ada kedengaran orang kampung ini akan menghadiri temuduga. Maka akan ada dua tiga orang yang berhati 'mulia' konon sudi menghulurkan bantuan memudahkan proses temuduga. Seolah-olah menunjukkan bahawa dia mempunyai kuasa.


Sebagai seorang yang malas nak cari pasal, aku iyakan sahaja. Namun apabila keputusan yang diterima mendukacitakan maka orang yang berhati 'mulia' ini akan muncul kembali bertanyakan khabar.


"Keputusan mendukacitakan? Nah, ambil borang ahli PEKEMBAR ni. Memang susah kalau tak jadi ahli PEKEMBAR nak cari kerja."


Terima kasih.



****


Sejak minggu lepas aku nak letak jawatan. Pengetua tak bagi. Habiskan bulan ni. Katanya. Dia tak fikir aku kata apa. Aku kata dem yuh. Aku layankan aja. Aku mintak cuti dia tak layan pulak. Kesannya ada beberapa kelas yang aku tak masuk dan ada pula aksi berdarah bibir di situ. Zas!




Aku hantar surat letak jawatan pada kerani pagi-pagi buta. Serah duit-duit yang aku pegang. Berborak dengan Cikgu Amin yang sama baya dengan bapak aku untuk buat-buat lupa kelas Sivik dan Kenegaraan.




Aku tak beritahu budak-budak kelas yang aku ajar bahawa aku nak chow. Tapi ada dua kelas yang dapat tau. Ada cikgu yang pecah lubang. Paling seronok dalam kelas Tingkatan Dua Bijaksana. Anep tanya kepada aku, "Cikgu, esok bawak kertas lukisan tak?"



Jiwa yang membara untuk terus melakar setelah aku ajar dia cara nak lukis robot itu telah aku bunuh di situ.



"Esok aku tak mengajar lagi, ngok!" <- Ini bukan bahasa yang baik kepada pelajar. Jangan ikut.



Aku tinggalkan kelas itu dalam kebingungan dan mulut terlopong.



Salam empat lima orang rakan guru.


Hidupkan skuter.



Berlalu pergi.



Tiada ucapan terima kasih oleh pihak pentadbiran.



Terima kasih.



*********

Penulisan di blog ini bukan ramai yang baca pun. Aku ingat tak lebih tujuh lapan orang pembaca dalam satu entri. Ini bukan gaya penulisan yang boleh membuat orang ketagihan pun. Tiada unsur seni, jauh sekali nilai moral. Anggap sahaja ini penulisan sampah yang terlepas lalu di mata engkau.



Kepada kawan-kawan, penulisan di sini mungkin berehat seketika kerana si penulis akan berhadapan dengan persekitaran yang baru. Tidak lagi berlenggeng terkangkang di rumah dengan lagu-lagu bising sepanjang zaman.



Aku mungkin berhadapan dengan keadaan peraturan yang ketat, budak skema, budak amno, budak politik, biro tahtahnegarah, pakai baju masuk dalam, sepatu sukan, budak sukan, pengakap, kadet itu ini, berjiwang step nak kahwin, tak boleh balik lewat, tali leher, awek tudung, awek tudung dan awek tudung. Aku tidak banyak pengalaman dalam hal ini sewaktu di kampus UM dahulu. Terlalu bebas menyebabkan jiwa ini sering memberontak dengan peraturan yang remeh temeh. Apatah lagi peraturan yang dikeranakan kepentingan politik. Fak yuh.



Penulis kembali menjadi pelajar untuk satu tempoh yang tidak lama. Jadi, penulis akan riki line dulu tengok mana port baik untuk mencarut di tempat pengajian nanti.



Penulis tak bawak komputer riba ini walaupun dikhabarkan tempat kediaman penulis di kampus ada perkhidmatan jalur lebar. Ini kerana komputer riba penulis sangatlah ol-skool hardcore. Tebal, berat dan skrinnya kecil aja. Malu pulak nak bawak. Dah lah aku tak hensem (tapi comel), tak pandai berbahasa, komputer pun hodoh. Cukup-cukuplah hinaan yang telah penulis terima setakat ini. Janganlah komputer yang berjasa ini menerima tohmahan orang-orang melayu yang bermulut zass! Dia tak salah. Dia tak mintak dilahirkan kedunia dalam keadaan begini. Ini semua telah ditakdirkan Ilahi dia jadi komputer riba yang hodoh. Agak-agak siapalah yang sudi jadi teman hidup komputer riba yang hodoh ini? Hai...nasib, nasib. Okey, ada masa aku taip lagi. Walaupun tak ada yang baca.


*Terima kasih pada yang mendoakan kesejahteraan penulis dan memberikan suntikan semangat. Semoga kalian beroleh keberkatan. Ekstra kredit kepada rakan-rakan yang sentiasa ada di sisi saat jatuh/bangun terutama-Danielle, Tempe, Cimon dan Budak Rumah Sedap Banyak Murah, Bukit Kerinchi (Barang-barang aku, nanti aku clear kan).

17 ulasan:

Darkkadabra berkata...

weh, aku ketagih belog ko.

tapi takpe. ketagih, boleh berenti.

ucap kata dari aku.

"Belajo Molek:

dzul berkata...

gila betul..rupanya dah dekat setahun aku jadi pengikut tegar belog bayu senja di selatan.

Rajuna berkata...

dark-pergi cari pusat pemulihan!

dzul kurma jalis-saje ah tu nak amek hati. ha ha ha..

FAZ berkata...

Ingat...jangan terjebak jadi Mat Belia!!
Sok sok gua tengok blog lu macam macam, siap lu. Gua terus tukar link.

King berkata...

sape plak beta nak 'hantui' hidupnya???

cimon berkata...

barang2 lu da jd tukun tuu...

hehehe(^v^)

(p/s:selamat berlajar cikgu!)

Airinar anastasia berkata...

faq..u nak pi mana ni faq?? i riso la pasal u..srott..srott..(bunyik sedih smbil hembus2 hingus)

iAmeFie berkata...

u jgn pegi lama2 la abg juna..
i rindu blog u nnt~
*sobsobsob*
i pn nnt rindu u..
senyap lama gila apsal weih??

slamat belajar menjadi guru..
chill~

Danielle_Corleone berkata...

lu ada beli tali leher lebar?

Mak Su berkata...

dalam dilema sungguh ni

tasekM berkata...

sambung blajo....? bagus la juna...

:)

kecik berkata...

bang juna!
selamat menjadi pelajar balik! :)

Yana Ismail berkata...

Bang Juna,
saya peminat setia blog ini;)sekian terima kasih..hihi..

marilah sama2 kita bjuang bro;)

t i u n g berkata...

makin dasyat la ngko
keke..
tahniah

adin berkata...

juna..tlg aku..terpakse meminta bantuan ko lak..hahaha

l.i.f.e berkata...

lahhhh...kejap je jadik cikgu?
hhmmm

ke dah bertukar menjadi pelajar pulak? :-?

Rajuna berkata...

xfazx-kalau gua menjadi mat samseng jalanan amacam?

king-fazura boleh?

cimon-terima kasih. aku masih tak sempat belanja korang lagi. ha ha

syore-sial gila punya selekeh hingus hijau macam cendol! ha ha


efie-you kan dah ada gerard. buat apa cari i lagi? hu hu ayayaya!


danielle-gua beli sekenhend. mak gua paksa. selai tiga inggit!


maksu-dilema nusantara.


tasikmerah-gitu ler kak gamaknyer


kecik-yeah. dan cari awek balik!

liyana-ah! tak sanggup rasanya berjuang dengan yana. ha ha ha


tiung-eh ada lagi? ha ha apa kabar?

adin-engko ni dah kenapa?

life-ye.