Jumaat, 28 Ogos 2009

Nyanyian Untuk Diri

Mungkin ada hari-hari yang agak kurang bernasib dan kita akan menuding jari pada orang lain akan perkara yang berlaku. Jangan. Jangan begitu.

Pada aku ia, mungkin pembalasan dari dosa-dosa yang pernah aku lakukan sebelum ini. Tapi hari ini aku rasa aku lagi okey berbanding tahun-tahun lepas. Sedikit kredit kepada diri sendiri kerana mampu manahan sedikit kemarahan dalam jiwa. Biarpun dikencing oleh sesetengah manusia, maka ikhlaskan sahaja apa yang telah mereka beri kepada kita dan begitulah sebaliknya.


Tak susah juga menahan marah. Pertama sekali, sebelum betul-betul sabar, kita perlu pura-pura sabar. Menegur orang sekeliling dengan senyuman dalam hati yang luka. Paling tidak pun, kemarahan itu hanya dipendam dalam hati. Tidak perlu diluahkan secara oral. Hanya akan menjengkelkan manusia-manusia berhati nasionalis disekeliling engkau.


Seperti tahun-tahun dulu. Mungkin lebih agresif. Maki. Hempas barang. Sepak. Terajang. Mencederakan binatang. Itu blissfulness. Dahulu lah kan?


Tapi, bila bilik air kau tak ada air di waktu puncak. Bila hari tiba-tiba hujan lebat. Bila tiba-tiba kau ditinggalkan bas. Bila hari berkenaan jatuh pada hari kuliah oleh seorang pensyarah angkuh.

Apa yang aku perlu lakukan adalah mengemas beg baju dan bergerak menuju Selatan.

Mungkin di sana ada lebih banyak kebahagiaan.


Barangkali.

7 ulasan:

Dewajiwa berkata...

fuh.
nak-nak bulan puasa yang banyak dugaan nie kan?

aih? leks dulu.
jangan kemas baju dulu. hadap je. hati mau kuat beb

Si Pekik A.K.A Si Pekak berkata...

heh..syurga memang berada di selatan!!

Sleepy Peach berkata...

blog anda menarik...tahniah...=)

Buah Pulasan berkata...

i tak suka sgt nasionalisme ni
i dari dulu mmg x berapa 'masuk' dgn benda ni

kalau makan,kebab2,i mmg on

;)

FAZ berkata...

Apa yang lu perlu lakukan adalah mengemas beg baju dan menuju ke sekolah tahfiz.

kecik berkata...

haish.
itu memang perlu bang juna lakukan.

ponteng itu adalah yang terbaik



ulasan dari pelajar kuat ponteng

Rajuna berkata...

dewajiwa-aku balik cari awek.

pekik-terbaik. tempat bersepak terajang inikan pula tempat menggatal!

sleepy-yeke?

memelayot-aku suka kebab yang daging dia dibakar bukan digoreng atas kuali burger. itu sucks banget deh!

xfazx-lu tak pernah mengecewakan!

kecik-itu penyakit berjangkit.