Selasa, 4 Ogos 2009

Udara Bersih Minda Pun Segar. Tapi Kejap Lagi Mesti Kusut Semula.



(lagu selingan je. Ok lah, lirik yang baik-baik layan aje lah)


"Engkau hanya tahu apa yang engkau cari apabila usia engkau mencecah 30 tahun," - Seseorang Yang Baru Dikenali 1.

"Orang Gemini seperti kamu adakalanya mempunyai personaliti yang berbeza. Kamu boleh jadi seorang yang tak serius dan pada masa yang sama kamu juga seorang bertanggungjawab," - Seseorang Yang Baru Dikenali 2.


Haha. Aku sebenarnya malas nak ambil pusing cakap-cakap orang atas diri aku. Adakalanya ia melucukan, tidak masuk akal dan apa-apa sajalah. Tapi jauh di sudut hati, aku amat menghargai maklumbalas dari orang-orang disekeliling aku. Ia penting. Bagi aku, orang-orang disekeliling aku juga merupakan refleksi diri aku juga.


Tanpa maklumbalas dan komen yang jujur, aku rasa aku tidak akan berubah. Walaupun hanya sedikit perubahan yang mampu aku lakukan sejak aku akil baligh, namun ia amat bermakna kerana setiap perubahan menuntut pengorbanan.


Mungkin ada diantara mereka melihat aku antara orang yang malas nak menyusun dan merangka hala tuju kehidupan. Mungkin ada diantara mereka melihat aku sebagai seorang yang sentiasa dahagakan keseoronokan duniawi berbanding hal-hal berkaitan masa depan.


Serius, aku tak mahu telan berpapan-papan pil sakit kepala hanya kerana ingin menggapai sebuah kehidupan yang dialas dengan nilai material semata-mata.


Aku mendambakan ketenangan, kebahagian dan kesihatan. Yang datang dari perhubungan sempurna antara kita sesama manusia. Hati yang suci. Kejujuran. Kehormatan. Termasuklah penghargaan kita sendiri terhadap alam sekitar. Satu jalinan yang sangat indah antara manusia, hidupan dan persekitaran.


Tapi dalam usaha aku mencapai sebuah kehidupan yang sempurna dari pandangan mata aku, adakalanya aku sendiri melewati garis-garis yang telah aku tetapkan. Mengambil jalan bacul. Melarikan diri dari konflik. Atas satu nama. Kehormatan. Berdiam diri, mungkin yang terbaik.


Aku rasa ada diantara kamu yang berkongsi keinginan seperti mana aku.


Tapi akhirnya tersepit dengan keadaan. Persekitaran. Yang menekan-nekan dalam keadaan yang tidak sedar. Kita akhirnya akan hanyut bersama pemikiran entah apa-apa orang-orang sekeliling kita.



Jangan ego.
Kita semua masih bereksperimentasi dengan situasi.


Kan? :)

8 ulasan:

kecik berkata...

Jangan ego.
Kita semua masih bereksperimentasi dengan situasi.


ya. :)
oh entry ini best!

Dewajiwa berkata...

terbaiklah.
entry penuh inspirasi

faqhrule berkata...

yea..bahasa cantekk
gua mahu nikmati hidup gua sepuasnya

Unknown berkata...

ya betol..

cimon berkata...

boleyy gua kritik lu?

hehehe (^v^)

FAZ berkata...

Baca tulisan lu buat gua nak sepak celah kangkang orang.

Motivasi siak!!

dzul berkata...

pemikiran dan harapan orang lain terhadap kita selalunya sukar dipenuhi kerana dia mengharapkan kita menjadi seperti dirinya sedangkan diri kita bukanlah dirinya dan sepatutnya dia tahu tentang itu.

Rajuna berkata...

KECIK-ah ye la tu ha ha

dewajiwa-terima kasih

faqhrule-macam mana nak berfikiran positif?


kimie-yay!

cimon-anda punya kebebasan ekspresi di sini.

xfazx-diam kau!


dzul-kita tentukan diri kita.