Sabtu, 8 Ogos 2009

Tanda Kasih Saya Kepada Penjenayah Kecil Sederhana Di Malaysia

Gua paling malas kat Puduraya. Ramai sangat orang tanya gua nak balik mana. Tak jawab, dia marah. Kalau jawab pun diorang bukan tolong gua carikan tiket.

Panas gua. Ada pulak di suruh gua naik bas JB. Apahal? Gua balik BP. BP ada pride. Hardcore pride macam kata abang Restraint. Ada bus stand. Jadahnya gua naik bas JB? Apa, BP kurang bas ke? Sorry ah ulat. BP bas satu jam sekali mangkuk.

Puduraya sangat panas. Bukan panas hati. Tapi suhunya panas. Ramai samseng. Ramai peminta sedekah yang dalam keadaan gore. Kenapa mat-mat samseng tak lepak Mont Kiara? Kenapa mat-mat pow tak pow orang kat One Utama? Kenapa peminta sedekah gore itu tidak meminta sedekah di Mid Valley atau Times Square? Sana lagi ramai orang senang. Kat Pudu apa ada? Orang-orang yang lebih kurang lu jugak.


Tak banyak duit. Anak ramai. Banyak tanggungan. Sakit pening. Makan pakai. Kerja kena pijak. Ikut cakap bos. Gaji kecik. Harga barang naik pun tak boleh cakap. Benda lain lagi lah, kirim salam la nak bercakap pun tak boleh. Silap sikit, ha sana.. Guantanamo.


Kenapa lu orang suka tambah masalah orang-orang yang dah sedia ada banyak masalah? Ini gua panas. Gua malas la nak pukul orang. Kalau gua dapat lu memang gua 'sekolahkan' je sampai lu menangis.


Lu ragut makcik-makcik, kakak-kakak dan adik-adik naik motor. Dorang jatuh tergolek. Apasal lu orang tak pow kakak-kakak bisnes MLM, datin-datin atau perempuan-perempuan simpanan yang naik kereta BMW, Mini Cooper atau Mercedes? Dia lagi banyak duit, pakai barang mahal-mahal. Lu boleh tolak kat bundle apa?



Lu memang bangsat ah.


Cakap banyak bukan lu kesah pun. Lu memang keras kepala. Lu relaks sudah. Kerja la apa-apa. Ni lu nak senang cepat. Lu sabar sikit ah. Ingat lu sorang je nak kawin. Ni gua ni, lu pikir apa? Walaupun gua rock keras di sinar fm, tapi gua pun ada naluri ingin menjadi manusia biasa. Takkan gua nak pergi gig sorang-sorang lagi kot kan? Boring la pulak balik-balik naik kereta Farhan dengan Amirull je. Sesekali nak gak naik kereta awek. Gua tak mampu beli kereta lagi. Kalau dah kerja pun berapa sen sangat lah gaji gua. Orang lain seret awek, gua pun nak jugak. Lu pahal? Hentak kang.


Cuba lu kenang-kenang balik. Kalau adik lu gua pow. Gua tambah lempang dengan tumbuk perut sampai senak. Gua rembat henset dia. Gua rembat duit dia. Satu sen haram tak ada. Macam mana dia nak balik? Kalau rumah dia jauh dari lokasi pengepowan macam mana? Orang sekarnag bukan senang nak tolong orang. Orang dah tak percaya orang. Semua ingat orang nak ambil kesempatan atas orang lain.


Itu la gua cakap lu otak najis penuh babi dalam otak lu ni. Sebabkan orang-orang macam lu la masyarakat jadi kucar-kacir. Lu tak payah cari kedai halal la. Lu pergi makan babi perangai lu pun dah macam haram. Orang yang biasa makan babi pun tak babi macam lu. Muka tak macam babi perangai lagi buruk dari babi. Babi tak pow orang apa. Cuma dia suka buat kecoh, apa ada hal? Babi lu.



Bukan gua tak tau. Lu datang ke KL jauh-jauh tujuh lapan jam dalam bas nak cari kerja. Cakap kat mak bapak. Nak tolong mak bapak la. Nak buktikan kejayaan la. Nak mikat si Milah la. Nak pakai Satria Neo la. Tapi sampai sini lu buat taik. Lu main paipon. Lu lepak Chow Kitt. Campur budak tak senonoh. Kepala dah sumbat lu mula ah cari pasal. Eh, panas pulak gua tengok.


Eh, dah la.

14 ulasan:

FAZ berkata...

Gua dulu kene pow time hujan. Orang tak perasan kat pipi tu air hujan ke air mata. Harammmmmm jadah!!!

Fareenz berkata...

pelik kan.
betul jugak ckp bang juna.
kenapa dia tak pow kakak MLM, datin2, yg naik mini cooper segala.

pengpow pow org susah?tula. bodoh telor bak kata kwn saya.

sekarang keadaan terdesak bang.nak mkn pon kene bunuh orang.

gila.

Huzai Mansor berkata...

grrr. Gua rasa mau hentak je sekor-sekor. Tapi kalau gua tengah sorang-sorang tak dapatlah. Gua bukan hXc tough guy. Anak haram sungguh!!

Amir Razain berkata...

Cuba2 bawa btenang. Panas tu. Cuba ambil wudhu. Insyallag boleh sejuk. Then, sabar la skit... setiap manusia ada kerenahnya sendiri, tapi hati2 dlm mengelakkan berlakunya jenayah.. ok...

Salam ziarah. Blog dan posting yang berinfo & menarik.
_______________________
View Profile: Rantong™

kecik berkata...

pernah tengok kat central market orang kena pow. yang lain semua macam buat bodoh aje.

waktu tu saye form 3. ingat lagi. lelaki tu merayu jangan ambik duit sebab dia nak balik kampung, ayah dia sakit. yang lain pandang, geleng-geleng.

pastu saya tanya pakcik2 yang ada kat situ, kenapa tak tolong? yang mengepow tu 2 orang je. dorang kata,
"alah, benda biasa jadi kat sini. normal la tu."


apa hal?????

cimon berkata...

aku lg hangin ngan ulat bas... bukan hangin psal diorg jual mahal...tp hangin psal diorg pilih bulu time nak jual...then yg paling hangin nye bile ulat nie berasal dr kaunter bas sendiri... "ambik tiket bas dr ulat, tp duit byr kat kaunter"
APE KES ??!!!

Rahimin Idris berkata...

gua dulu kat pudu ada juga mamat nak pau seringgit. masa tu syiling emas. gua nak tampar, dia lagi besar. last2 gua pura2 bisu (yang ni gua tipu). gua lari je.

Unknown berkata...

bini gua penah kena ragut henset..ngan mamat INDIA!!faK!!bini gua apa ada?betol la cakap lu..datin lagi banyak duit..dem betol..

Rmywvs berkata...

pekak kan telinga sudah!

Mak Su berkata...

mmg hangin satu badan dibuatnyer... hhmmm, geram , kan.

maksu singgah nak cakap mekasih... dan ada rejeki, ketemu lagi di arena blog :)

faqhrule berkata...

fak untuk orang-rang sebegini, yang nak duit ikut jalan senang dengan tindas orang lain. laknat lah

Rajuna berkata...

xfazx-sila laporkan tempat kejadian, over

fareenz-orang yang membuat keadaan orang lain tersepit dengan chopstick kan?

huzai-meh sini aku ajarkan 2 steps. hahaha..


rantong-baik bos!


kecik-tak ada kesedaran dan kasih sayang. bodoh. sangat mereka itu. lakukan sesuatu!

cimon-kes berebut pelanggan la

rahimin-min lu dah macam abang2 cm pun kena pow jugak ke?

cempaka-mana kau ilang, Beroooong?


kimie-sabau je la boh!!!


maksu-maksu nak gi mana je kot? lek ah.

faqrule-bapak ah cikgu mencarot hahah

Rmywvs berkata...

tak sempat nak lagi pulang ke berong. tunggu raya la kot.

p/s; aku jd pemerhati lalu lintas jer

iyan berkata...

membebel mcm makcik2...