Isnin, 7 September 2009

You ni lorrhhh WTF WTH OMG LOL!

Aku ni memang serabut. Pakaian serabut. Perasaan pun kadang-kadang serabut. Ada orang cakap aku tak ada gaya sebagai pendidik. Pakaian waktu senggang aku kadang-kadang macam adik-adik baru nak naik. Tapi aku peduli apa. Baru rasa dia punya feel muda-mudi. Ni kalau belum tua, engkau dah pakai macam ala pakcik-pakcik, please lah. Jangan ingat kau dah bertunang kau dah matang habis dan boleh lekehkan aku depan orang ramai.


Tapi bukan isu ini yang aku cuba bangkitkan. Walaupun aku serabut, tapi serabut aku bertempat. Apa yang pasti, aku tak suka tempat aku bergumpal serabut. Setakat tak kemas buku-buku dengan cadar pasal huru hara berkejar nak ke tempat kerja atau belajar biasa lah. Kadang-kadang tu terlupa sauk sisa-sisa makanan dalam sink tu pun pernah jugak. Tapi aku mesti bersih dan kemaskan semula.


Aku sedikit bengang dengan kawasan tempat tinggal aku ni. Rata-rata dah bergelar graduan. Mestilah tak ada yang otak udang, siput sedut atau sotong goreng tepung. Aku sangat yakin, otak mereka juga bukan otak-otak Gelang Patah sekeping 50 sen tu. Otak mereka bagus-bagus. Skema-skema belaka bila mana mereka beraksi di dalam kelas. Tapi perangai macam haram. Suka buang sampah sepah-sepah. Macam sial.

Engkau bayangkan lah. Buka pintu je kat penjuru sana ada selonggok plastik sampah. Turun bawah ada selonggok. Ada sekali tu aku tengok diorang letak plastik sampah depan rumah. Siap set lengkap berulat. Macam sial. Hidung biawak padang pasir pun boleh kena resdung kalau hidu bau sampah hari-hari kau tau?


Lagi satu perangai lepas makan jajan dan minum air, plastik dengan kotak sepah-sepah. Letak kat mana-mana dia suka. Kadang tu siap macam susun pulak. Letak sebelah-sebelah. Binatang! Apa kata engkau buang elok-elok dalam tong sampah?


Please lah, cilaka. Buang sampah kat tempat yang betul. Berjalan sikit apa salahnya. Turun bawah. Letak kat tempat yang disediakan. Ini macam mana kau nak ajar orang lain kalau benda asas macam ni pun kau tak tau nak buat. Tak payah la cakap pasal One Msia ke apa-apa yang berkaitan dengan patriotisme dan nasionalisme. Buang masa. Aspek kebersihan lagi penting untuk kehidupan yang sihat dan sejahtera. Bersih fizikal, bersihlah hati kau dengan orang dan persekitaran kau nanti. Percaya lah cakap aku.


Pada aku, biar rugged. Biar punk rock. Rambut huru hara. Biar tali pinggang besi. Biar jeans rabak dan baju tengkorak. Asal rumah bersih. Sedap nak tidur. Seronok nak berkaraoke. Lagipun kalau ada lawatan mengejut oleh bakal teman wanita, tak adalah segan sangat.


Kan, Yang?
Muah.

9 ulasan:

FAZ berkata...

Lu pasti lu duduk dengan pelajar bukan pekerja angkat sampah?!

FarhanaLicious berkata...

haha. gila geli la ending tu. haha

kecik berkata...

1- amboi tajuk. kena tambah lagi la. roflmao.

2- Kan, Yang?
ha'ah

err
errr

cimon berkata...

ak pham sikit je maksud tajuk tuh..

bleyy tlg xplain?

faqhrule berkata...

otak otak kempas lagi rules la juna

Dewajiwa berkata...

heheh. betul lah tu.
nanti jadi macam ketam mengajar anak berjalan. nak mengajar tapi sendiri punya perangai..aihh.

dah lama tak kunyah otak-otak.
RM0.50 dah ke sekarang? mahal no? Kempas mari ada pedas sikit. best.

Dewajiwa berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rajuna berkata...

xfazx-gua pasti gua duduk dengan orang yang berminda sampah.

farhana-ala you...

kecik-amende tu? aduh tak tau siot.

cimon-what the fuck what the hell oh my god lots of laugh paham?

faqhrule-eyah. monopoli donk!

dewajiwa-itu yang rare!

ainunL muaiyanah berkata...

haha.. ceh sepanjang-panjang dia membebel ni rupanya dia nak cakap risau kalau ada bakal teman wanita datang dan rumah koto?

ceh ingatkan betul2 prihatin.

:)