I.
Aku tegur dia. Dalam satu keadaan hiruk pikuk. Hujan lebat. Seorang gadis comel yang seolah pernah bermain di mata aku. Tapi aku tak pasti. Ya, berbual panjang. Seperti pernah berjumpa. Begitu mesra.
Rupanya, kami saling mengenali. Kini seakan baru mengenali. Sekali lagi. Tujuh atau lapan tahun dahulu dia masih berhingus. Ketika aku dan kakaknya sedang saling mabuk asmara berahi.
Malu. Rasa pening. Kepala berdenyut. Nak muntah pun ada. Ketika aku mengetahui siapa dia sebenarnya.
Biarpun dia memastikan bahawa kakaknya masih belum berpunya. Keseorangan tercampak di Borneo. Hati aku bagaikan masih terguris untuk membina hubungan itu lagi. Setelah bertahun-tahun aku tidak bertegur sapa dengan saudara perempuannya itu.
Maaf Zee. Abang belum bersedia. Biarpun nombor kontak dia masih cermat Abang simpan di dalam telefon tangan Abang.
II.
Baru menerima pesanan ringkas dari Emak. Katanya, ada seorang gadis. Anak kepada kawan ayah. Yang juga menuntut satu kampus dengan aku. Meminta alamat rumah aku.
Gila.
Nak datang rumah aku? Nak tidur dengan aku? Nak jadi isteri aku? Kemaskan tilam dan bantal aku? Aku tak bagi Emak serahkan alamat rumah aku. Naya.
Biarpun Emak cakap budak perempuan ini baik dan cantik. Namun, gerak hati ini mengatakan tidak. Lain kali mintak la nombor telefon. Boleh kita karaoke kat pekan. Ngok!
III.
Ada seorang kenalan perempuan aku. Juga berada di sekitar aku. Baru menyambung pengajiannya setelah setahun berehat. Sakit.
Sakit bercinta! Huarghh.
Aku bergegas dapatkan nombor telefonnya dari Wan. Mana tahu, aku boleh jadi penawarnya. Er, penawar rindu. Mungkin. Aku faham perasaan orang yang baru pulih dari kecewa.
Tapi.
Takkanlah sampai tak balas mesej gua? Lu pahal? Lek ah. Gua ada sini lu tak nak koling-koling syial?
12 ulasan:
hahahaha.
kredit abis lah. kasi antar lah Share-A-Topup kredit. sharing is caring kan?
jarang ada gadis mau jenguk rumah. klasik tu. klasik kan rare sekarang.
Lu mesej pehal. Koling-koling la. Baru gentle gentel.
ha, apa susah lu yang koling sudah! dia datang rumah, lu suruh masak dulu, kalau lulus masak boleh next stage dah!
aish.. perasannye :P memang perasan romeo.. memang diakui..
hihi
gua hanya leh cakap mmg lu perasan...adakah lu ni ensem sgt??wa pon konfuis...(apohal eh lu gua2 nie....gila...)
perghh...
siap nak dtg rumah!
ko nie da terjankit penyakit 'si buncit' ni....
hahaha (^v^)
boss,
kasi letak url baru blog saya ye!
:)
amacam TM?
best?
hahaha
III
Ah! Syial ek prangai. Macham syaiton.
dewajiwa-kau ingat awek ni macam edwin kepala kain ke? ha ha ha
dark-apa jadahnya yang aku nak gentel? aku lambat pikap skit.
faqhrule-haish. next stage yang paling aku debarkan.
ainul-itu okey daripada tak perasan langsung. he he he.
bibie-gua sedang-sedang elok je. jarang ada budak jawa yang ensem. banyak yang jembuuu...
cimon-ha ha ha dia bahagia di kulai apa kau tau?
mirul-haish. asik tukar URL. dah macam abang neraka lah kau. ha ha ha
iyan-ha ha ha baru mula nak best bila banyak skandal. apa kuessss? hehehehe
suparjo-ha ha ha. nauzubillah..
bro, huhuhu dasyt tu smpai nk dtg rumah..nk pinang kot..ahaks :)
jgnla marah2..nnti tk macho..hahaha
Macam cerita samarinda.
ps. eh apsal akaun wordpress tak boleh mengomentar di sini? rasis ke?
Catat Ulasan