Khamis, 11 Februari 2010

langgar semua aturan

Langgar lampu merah boleh kata anarki tak?


Ish.


Kalau nak langgar tu, tengok-tengoklah dulu kanan dan kiri. Kalau tak ada kenderaan barulah boleh langgar. Lagi satu. Kalau tak ada Pak Misai pun boleh bedal jugak. Kalau tak ada kamera ambil gambar kandid memang sesuai sangat kau bedal lampu merah tu (kat PJ ada banyak, jahanam!).


Kadang-kadang benda ini macam kehidupan kita jugak. Ada banyak aturan. Adakalanya aturan itu mengarut dan membuang masa. Tapi dek kerana nak menjaga hati sesetengah pihak, kita layankan sahaja. Ataupun kalau tak nak dihukum ikutkan sahaja.


Kalau difikir-fikirkan. Sepatutnya aturan diwujudkan untuk mewujudkan keadilan. Tapi apabila ia dikuasai sesetengah pihak, ia disalahgunakan untuk pihak tertentu. Jadi, apa yang tinggal? Ya. Penindasan kepada mereka yang tak punya kuasa.


Nak duduk diam?


Beraksilah.


Walaupun sekadar menyepak tong sampah sampai melambung dalam bilik guru.

7 ulasan:

faqhrule berkata...

gila kentang sepak tong sampah dalam bilik guru

FAZ berkata...

Apahal celaka sangat sampai 3 entri satu hari nih!!

Rajuna berkata...

rul-ko tak penah ke. buat2 tak sengaja. tak pun ko hempas stapler atas meja bila dapat plan buat garis padang.


faz-abang neraka lagi dasat. ngok. ha ha ha

Rembo berkata...

tiga enrti satu hari.

gua saspek kau tgh tekanan perasaan.

Rajuna berkata...

rem-tak juga. cuma terkilan sikit.

semek berkata...

brgrk sorg diri,xkn dpt mlwan arus ombak laut china selatan.undg2 adalh hierarki terats untuk mmbina tamadun,jadi mgpa hrus kita menderhaka?

melawan yg menindas itu perlu,,tp berapa orgkah yg sanggup sertai?

menyepak tong sampah,meleset tahi hidung di baju cikgu disiplin smsa berpelukan janji berubah pn ssh!

Rajuna berkata...

Semek-kau ni betul2 gila baboon. aku tabik kau spring Showa!