Jumaat, 18 Jun 2010

semua nak jadi buaya


Aku tengok sekarang orang mula suka pakai kasut(?)/sandal(?) Crocs. Kalau dulu harganya puluh-puluh ringgit. Ye lah yang asli. Walaubagaimanapun sekarang banyak yang cetak rompak punya. RM 15 pun boleh dapat. Macam-macam warna dan rekabentuk.


Ramai orang dah pakai dan dah jadi trend.


Aku tak pakai pun Crocs ni. Tak tau la nanti kalau aku terbeli sebab naluri aku tak terduga. Dulu aku tak makan Mekdonel sekarang aku bedal. Tapi aku boring lah benda dah jadi trend. Dah macam boria.



Bosan je.



Aku rela pakai kasut terpakai dengan harga yang sama dengan sebiji Crocs tiruan. Belasah je. Aku memang minat barangan terpakai ni. Bukan apa. Jimat berganda-ganda walaupun dah buruk sikit.Kalau kena yang berjenama dan agak sukar ditemui itu lain lah pulak kepuasan dia. Budak-budak bandar besar selalu tertipu dengan aku. Apa dia ingat aku banyak duit sangat nak beli kemeja dengan design yang hodoh dengan harga cecah ratus-ratus? Kirim salam. Dapat RM 5 aku sebat je lah. Bila dah boring, aku nak beli barang yang lain tak adalah menyesal sangat walaupun barang tu masih styliskus untuk dipakai.



Masalah akan datang bila barang-barang ni dah berlonggok. Kuantiti kian bertambah dari masa ke masa dan tempat untuk menyimpan barang-barang aku dah semakin terhad.



Mulalah.





Mak gua membebel macam m-16!





Ini lagi bosan, duh..

3 ulasan:

Rembo berkata...

Untuk pengetahuan kau, aku ada 13 pasang kasut pelbagai jenis dan cap.

Bundle punya cerita. Pantang yang berkenan.

faqhrule berkata...

mak gua selalu bising sebab gua banyak baju hitam

cimon berkata...

mak gua slalu bising, komik bersepah2 kat rumah tuh... kalo dikumpul boleyy muat separuh lori kecik!

hahaha (^v^)