Jumaat, 4 Jun 2010

Hari Ulang Tahun

Hari ini hari lahir aku. Macam tahun-tahun yang dulu. Tiada apa yang berlaku dalam rumah aku. Mungkin kalau aku anak orang senang-senang, dah ada parti dalam rumah ni. Dah ada belon. Reben sana-sana sini. Kek barang sebuku dua. Beehun. Karipap. Air sirap. Eh, parti harijadi orang kaya mana ada beehun, karipap dengan air sirap kot? Sambung lagi. Er..ada topi kertas yang tiga segi tu. Lepas tu ada yang tiup-tiup bergulung-gulung tu. Ntah apa kejadah nama dia pun aku tak tau. Pergh. Mesti meriah beb. Kalau nak lagi havoc kat penjuru sana ada set kugiran atau turntable. Bagi kawan-kawan aku melalak tak tentu hala. Berjoget sampai siang.


Kalau mak bapak aku orang senang mesti dari malam semalam aku dah tak boleh tidur memikir binatang apakah hadiah aku untuk tahun ini. Kereta Swift ke? Persona H-Line ke? Suzuki Hayabusa kot? Apa? Perdana v6 tahun 2007? Bagi lah kalau nak aku merajuk bawak diri pergi Switzerland.


Tapi benda-benda macam ni tak berlaku.


Bapak aku terlantar patah tangan. Jatuh motosikal. Mak aku masih trauma dan ada bahagian badannya yang lebam kerana kemalangan. Kereta pun berderai. Tak apa. Aku terima semua ni sebagai suratan takdir. Biasalah. Hidup. Mana pernah sentiasa ceria. Kan macam roda? :)



Terima kasih atas segala ucap salam sejahtera.


Dah, aku nak keluar. Dengan Si Dia...

9 ulasan:

FAZ berkata...

Sabtu lepas hari ulang tahun gua. Pagi waktu subuh ibu gua dah peluk cium gua dengan kata kata semangat.

Gua masuk bilik air, nangis. Kental tak kental lah gua.

FarhanaLicious berkata...

mak gua lak patah tangan sebab jatuh. sepanjang cuti sem ni gua jadi nurse berlatih. huhu.

FarhanaLicious berkata...

mak gua lak patah tangan sebab jatuh. sepanjang cuti sem ni gua jadi nurse berlatih. huhu.

cimon berkata...

hepi besday & takziah buat yg berkenaan

(p/s:gua xtau samada nak hepi or sedeyy bile baca entry lu kali nie)

cimon berkata...

hepi besday & takziah buat yg berkenaan

(p/s:gua xtau samada nak hepi or sedeyy bile baca entry lu kali nie)

dzul berkata...

happy birthday dan banyakkan berdoa.

Sang Pencinta berkata...

gua bg lu puisi nti

faqhrule berkata...

bawak awek pergi jumpa mak ayah kau juna!
ada pergi dating pulak!

Rajuna berkata...

faz-mengadalah kau.

farhana-aku sampai hari ni satu program yg dirancang dalam hati langsung tak jalan :)


cimon-suke ati lu la. kek coklat ada lagi? nak..

dzul-terima kasih

tempe-aku bagi kau lempang

rul-dah.