Rabu, 18 Ogos 2010

Sembang Sahur Bersama Bang Juna 2

Tipu lah kalau engkau semua tak pernah ada percanggahan pendapat dengan orang tua. Orang-orang tua selalu cakap. Aku makan garam dulu berbanding kau. Memang lah. Tapi tengok jugak garam apa yang dia makan dulu. Ada makan garam bukit? Tak ada kan?


Sama lah macam kita. Pemikiran orang-orang tua dulu tak boleh nak diselarikan dengan peredaran zaman sekarang. Dulu orang boleh cakap, "kau masuklah unibesti. Nescaya kau akan beroleh kerja yang elok." Tapi hal ini semua bergantung pada luck atau mungkin potensi, bakat dan kebolehan seseorang graduan itu. Luck? Ya nasib-nasib lain. Handsome, penemuduga suka. Kelakar, Puan Asmah suka. Anak saudara ketua cawangan, pegawai-pegawai kasi kerja. Ini semua nasib.


Ada jugak berpendapat. Makan gaji adalah jaminan kehidupan. Ada pulak yang berpendapat menceburkan diri dalam perniagaan masa depan tak tentu. Tapi bila ada rezeki sikit, baru lah sedar, " Ish.. ish..ish Seman tu bela antu raya agaknya!"-Pulak! Benda ni nasib. Dalam kehidupan panduan itu penting. Tapi harus bagaimana kita yang punya akal, rasa dan citarasa ini menilai input-input yang kita dapat.


Orang yang paling dekat adalah orang tua kita. Aku bukan lah nak ajak kau semua memberontak lawan mak bapak. Cuma kadang-kadang terfikir, akan ada satu-satu tempat nasihat-nasihat tu macam tak sesuai. Jadi, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak-anak mengadjustkan perkara berkenaan melalui perbincangan yang baik. Api lawannya air. Sesetengah orang tua ada yang kadang-kadang ketegaq. Keras. Kalau dia kata suruh buat A. Maka A lah sampai kiamat. Tak boleh adjust. Kalau melawan kurang ajar. Bila kurang ajar derhaka. Bila derhaka, apalagas? Masuk meraka.. Ya, aku saja eja meraka. Ini yang pening. Tipu la kau tak pening. Kau fikir kau selamat dari pening walaupun kau duta panadol? Porah!


Terfikir jugak, mesti ada yang jumpa pawang untuk adjust benda-benda macam gini. Selalu aku tengok tv, orang senang-senang je pergi jumpa pawang. Pawang pulak mesti pakai kain kuning lilit kepala. Kat rumah ada tengkorak dan lilin walaupun kerajaan telah memberi kemudahan air dan elektrik. Pengarah drama di sini nampaknya kurang pengalaman dalam mevisualkan pengamal perubatan tradisonal. Kan?

6 ulasan:

cimon berkata...

nie musti tgh mamai lpas sahur time tulis artikel nie kan? bersepah2 input dlm 1 entry...

hehehe(^v^)

p/s:sahur lauk ape?

Rajuna berkata...

memang la. saja. biar. aku suka terbang2. bukak luas2 sampai terkangkang otak. aku sahur reheat lauk buka.

Brader Black berkata...

Sembang sahur ko kali ni banyak sangat simpangnya.

Ko bersahur isap dapur ke?
Kehkehkehkehkeh!!

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata...

wakaka wakaka wakkaka

apek terror berkata...

hai rajuna

Ibu Ammar berkata...

masuk unibesiti tak mesti leh dapat keja bagus. abih dah anak orang len pun suma masuk unibesiti. persaingan gila punya susah..

makan gaji kalU GAji ciput mana menjamin. hehe

semua ada pro kontra. tak pk nak kaya. just tanak idup susah cuma.