Isnin, 16 Ogos 2010

Sembang Sahur Bersama Bang Juna

Masa zaman berangan nak jadi penulis zine yang hebat dulu, aku dengan Amy memang rajin menulis surat. Kononnya. Lepas SPM dengan menggunakan duit simpanan sekolah yang tidak diusik berminggu-minggu nak pergi berkelana. Jadi back packers la konon pergi gig-gig di Semenanjung Malaysia. Jadi, dengan adanya sahabat pena. Aku tak payah sewa hotel atau tidur bersepah-sepah tepi jalan macam sesetengah kawan aku.


Tapi.


Semuanya tinggal harapan. Aku takde mood pun nak merayau-rayau. Kang mak aku bising pulak. Kalau tak balik dalam jangka masa 14 jam pun dah bising lagi lah kalau aku merayau sampai 14 hari. Apa nak jadi? Jadi, aku pendamkan je niat tu tunggu aku besar sikit.


Sampai hari ni pun. Aku masih suka cari kawan baru. Untuk bersembang-sembang. Berkongsi masalah. Kadang-kadang kawan-kawan yang menjadi tempat aku mengadu tu tak pernah aku jumpa pun. Hanya kenal di blog atau laman sosial lain. Tapi aku masih bersyukur kerana masih ada individu yang sudi nak dengar luahan pasrah hati aku ini dan aku juga masih lagi sedia mendengar serta berkongsi masalah bersama mereka.


Seperti di siri-siri gig pun. Adakalanya band yang main bukanlah menjadi keutamaan. Sebaliknya lebih kepada bertemu rakan-rakan yang ada setengah daripadanya menjadi tempat aku mengadu domba masalah (macam Dzul selalu cakap). Layan.


Walaubagaimanapun. Aku ni boleh jadi pendiam. Susah nak cakap. Dan kalau kena geng, mulut aku paling riuh dan kuat mencarut. Nada ini boleh berubah bila bertemu mat-mat skima. Pakcik-pakcik sejawat. Atau anak-anak didik aku.


Risau juga aku asik adjust-adjust personaliti ni. Kang tersalah adjust, masak. Siapa tak bimbang kalau terlepas mulut ketika bersembang dengan orang pangkat-pangkat besar? "Jadah ko!" - Ha, tak ke haru macam tu.


Kalau difikir-fikirkan balik. Hipokrit tu penting jugak sebenarnya. Untuk jaga periuk nasi. Kalau makan megi hari-hari mana boleh tahan. Pedih perut. Tak sedap tu lain cerita. Kita ni lagi banyak makan tak sedap berbanding yang sedap-sedap sebab susah nak makan sedap hari-hari. Lainlah kalau pendapatan pun sedap. Tapi besar periuk, besarlah crusty-nya!


Sebut pasal masalah periuk kita yang semakin sempit, aku sebenarnya cukup risau. Sanak saudara, anak-anak kawan, anak-anak saudara members, anak saudara teman wanita, anak-anak didik aku-yang mana rata-rata masih di bangku sekolah. Dalam gelak tawa dan khayal dengan konsol permainan mereka. Adakah mereka sedar zaman senang sekarang ni tak senang untuk hidup? Makin hari makin tersepit? Hati jadi pedih melihat mereka yang mempersia-siakan peluang dalam bidang akademik ni. Mereka yang ada kelulusan tinggi pun belum tentu dapat memperjudikan nasibnya dengan baik. Apatah lagi mereka yang tidak punya apa untuk digadaikan dalam hidup mereka? Ya ilmu kini dalam bentuk komoditi. Ditukar ganti dengan duit. Untuk meneruskan kehidupan.


Ilmu pelita hidup dan ilmu digunakan untuk panduan hidup?


Ah!

7 ulasan:

Brader Black berkata...

Bab split personality,
gua pun macam tu gak.

Pendiam kalau x kena kepala.

Sembang sahur lu ni gua suka. Buat lagi.

cimon berkata...

Perghh...

Sahur td ko masak ke faq?

Aku ngan si tempe masak tiap2 pagi mcm dulu2 jugak...cambiase! (^v^)

Cume yg bersahur da xramai mcm dulu...(T_T)

p/s: rindu laa ko masak sayur...

Rajuna berkata...

suparjo-aku kalau tak boleh tidur otak aku memang macam2 sikit.

cimon-aku respek korang semua sebab masih teruskan tradisi rumah kita since 2008! salute! walaupun dah makin sunyi korang kena idupkan jugak! masak tetap masak. memasak amalan squad 819!

Razman berkata...

sahur wktu zohor kang kte smbung sembang lg...

btol, skrg ni mmg susah btol..nk mkn sdap sket buka pn kne pk byk kli ble tgk ekonomi diri x brp nk bgus.

cimon berkata...

Rindu...da lame tak tengok korang squad kat beranda rumah...skrg surau da bina kat belakang...so... lubuk suda berpindah lokasi ke belakang kedai mamak Hijaz...

heheh (^v^)

(p/s:aku & pijan pernah nampak time kitorang otw nak g makan)

dzul berkata...

hehe. memang risau untuk memulakan hidup dari zero. rasa x mampu capai apa2 pun..tapi, tuhan itu maha pemurah bukan..? suatu masa yg x sama dengan orang lain, Dia tetap akan beri juga..

Rajuna berkata...

razman-kau telan je la apa yang ada.

cimon-haha. teruskan. masa kat tanjong malim. tiap2 malam aku masak.

dzul-betul tepat. antara kita dan dia je la semua ni kan?