Rabu, 10 Jun 2009

Satu Lagu Singgit eh! Jangan nak ngengada..cubit peruk awak. Comelnyerrrr..


Di daerah Batu Pahat jarang sekali ada gig. Pusat hiburan yang memainkan alunan jazz apatah lagi. Ini semua menyebabkan kitaran hidup hujung minggu aku sudah berubah sepenuhnya. Tidak seperti empat tahun lepas. Hujung minggu pasti diisi dengan kegiatan riadah berbentuk muzikal. Tidak henti-henti.


Tiada pilihan lain. Aku menguatkan tekad dan keazaman untuk menjadi penagih karaoke jamban tegar. Tak perlu sofa empuk. Tak perlu hidangan minuman atau makanan. Tak perlukan satu sistem bunyi yang terlalu boombastik. Tak perlu satu skrin besar. Yang pastinya, tak perlu beberapa orang gadis untuk menemani aku langsung menuangkan minuman di dalam gelas. Cukup sekadar bilik kecil yang boleh memuatkan tiga orang dewasa bersaiz sederhana. Satu lagu singgit. Yeh!


Namun begitu, aktiviti karaoke jamban ini nampaknya sudah menjadi kegilaan anak-anak remaja sekolah menengah. Ini adalah masalah besar bagi aku. Biasanya aku akan membuat tinjauan awal agar kegiatan serakah aku ini tidak dapat dihidu anak-anak didik aku. Setelah semua dapat dipastikan keselamatannya maka aktiviti ini akan bermula dengan kadar berhati-hati.


Namun begitu, karaoke jamban dilihat menerima persaingan apabila warung-warung di kampung mula memasang tivi besar dengan sistem bunyi rabak untuk aktiviti karaoke. Walaupun telah diberi amaran oleh penduduk sekeliling, karaoke adalah karaoke. Tak peduli semua itu. Yang penting, satu lagu singgit.


Berikut adalah set list kegemaran/dijangka akan dimainkan di dalam "jamban" tersebut.

1) Sekeping Kertas Bermaruah- Wings
2) Heavy Chain(Loudness)- Ali ex-XPDC
3) Kasih Laila - Jinbara (rabak gila nyanyi lagu nih. Tekak boleh jadi perit)
4) Pelayaran - May (baru sekali try test tengok power)
5) Axl's - Andai dapat ku undur masa
6) Axl's - Akulah kekasihmu
7) Gemuruh-Wings/search
8) Guns N' Roses - Sweet Child O' Mine
9) Blink 182 - All The Small Things ( babi, jangan rampas mic boleh tak?)
10) Enter Sandman - Metallica (bapak bosan video klip dia. Takda langsung perempuan jalan-jalan kat taman ke apa. Gelap je. Cuma ada lirik. Layan je ah)


Kebanyakan pilihan lagu adalah lagu-lagu rabak yang boleh membuatkan tekak jadi perit. Tapi tak apa. Puas hati dapat menjerit-jerit dan bergaya macam Awie dalam "jamban". Lu dulik apa?


Hah, kalau sampai kat engkau punya turn lagu apa yang kau nak tekan? Sila laporkan di petak komen. Tak nak lapor sudah. Mampus tak layan.


Sekian.
Oleh : Juna (yang baru balik karaoke kat BP Mall petang tadi)

Selasa, 9 Jun 2009

Lantak kau lah nyet!

Aku tengok budak sekarang macam dah 'berlemak'. Walaupun kurus keding masih ada lemak di situ. 'Berlemak' perangai maksud aku.



Mak aku dulu menceceh. Dari pagi sampai keesokan pagi. Gara-gara aku beli sepasang kasut papan luncur berjenama Converse pada harga RM129.90 pada usia aku 13 tahun. Mak marah aku, tapau sekali marah ayah. Ini kerana ayah macam manjakan aku sangat. Bagi pakai baju sukan mahal-mahal. Jeans yang berharga tidak sepatutnya untuk aku yang berusia 13 tahun pada ketika itu. Padahal, bukan mahal sangat pun.


Sejak dari hari tu aku jadi panas. Aku tak mahu pakai kasut lagi. Pernah ayah paksa aku beli kasut untuk hari raya. Aku capai Pallas Jazz. RM20 tak silap aku. Selepas itu, aku hanya memakai sandal. Ayah belikan t-shirt Nike sekalipun, hanya sekali je aku pakai. Aku hanya memembeli kasut Converse semula pada usia 17 tahun ketika aku membeli belah dengan orang yang tersayang. Mungkin pada masa tu aku dah mula berlembut hati dengan semua orang. Tiada imej radikal lagi barangkali. Yelah, bila bercinta hati jadi macam bunga-bunga lah. Ada taman dalam hati orang kata.


Ah, kalau menulis mesti nak cerita pasal kenangan-kenangan lama. Siak betul. Aku bukan nak cerita hal bekas kekasih aku. Aku nak cerita lain. Tak guna!


Derek(direct) je lah.


Aku tengok budak sekarang pergi sekolah pakai kasut Converse. Bukan murah. Tak mati RM 70 jugak tu. Tak kisah lah kau nak melaram pergi sekolah. Masalahnya bapak kamu-kamu tu dah belikan kasut mahal, beg mahal tapi kenapa tak tau menghargai duit orang tua? Nak masuk sekolah, bayar duit buku lagi. Pergi sekolah bapak bagi duit lagi. Belikan motor. Power-power pulak tu. Lepas tu kamu-kamu ni malas belajar. Buat lekkkkk je. Jadahnya pergi sekolah macam tu? Aku suruh berhenti sekolah cari kerja, tak nak pulak.


Apa kau nak lagi ni setan?


Lantak kau lah. Janji kau tak kacau kerja aku sudah. Tak nak belajar duduk diam-diam sudah. Hidup kau pilihan kau. Lantak.

Isnin, 8 Jun 2009

Petang Sabtu yang permai di Bandar Penggaram bersam pakcik berseragam biru dan atok berseragam hijau dengan topi kuning.


"Ni pakcik nak ingatkan kau, sebelum joget kena isi perut dulu. Jangan kasi perut tu kosong. Nanti masuk angin ye, nak? Kalau tak nak masuk angin, masuk lokap nak tak?"



Hadirin menyatakan keinsafan, "Tobat bang, tobat. Sumpah tak nak terbang-terbang lagi. Kitorang baru tau lampu kristal kat atas tu bernilai ribuan ringgit. Semua kerja sekolah kitorang siapkan sebelum Isnin depan!"


"Lodeh hai Mak Lodeh, Lodeh anak Pak Saleh..Cucu Osman Janggut tapi hingusnya meleleh, ewah!"


"Nak jajan Po Po! Nak jajan Po Po(maruku ikan dalam paket putih berilustrasi bayi meniarap berwarna merah)! Kalau kamu tak beli Boboy tumbuk kamu macam ni..ergh erghh erghhh!!"

"Ha? Po Po? Kita nak! Kita nak! Kita nak la awakk!!!!" Sambil pusing-pusingkan tangan 360 darjah.

Ahad, 7 Jun 2009

9 pagi 4 Juni Setiap Tahun

Pernahkah dia terfikir untuk membiarkan kita berlari di padang sana? Bebas menikmati semilir angin petang yang bertiup lembut hingga mampu menerbangkan rambut kamu yang indah itu.

Apa kiranya dia berikan aku peluang untuk memimpin tangan kamu bersama-sama meredah ombak-ombak kecil di gigi pantai tatkala matahari mula menyembunyikan dirinya? Hanya sebentar agar kedukaan di hati ini melayang dihembus bayu senja.

Atau kamu sendiri.

Jangan pernah mendustai bisik hati sendiri. Andai benar engkau kasih akan diri aku, lalu nyatakanlah seadanya kepada dia. Bahawa aku bisa membahagiakan mu lebih dari dirinya.


Atau kamu sendiri.

Berikanlah aku peluang untuk menghulurkan secebis kenangan untuk dihantar tepat ke pintu rumah kamu tepat pada pukul 9 pagi. Setiap tahun. 4 Juni. Kerana pada saat itulah aku mula menghirup nafas dunia.

Sabtu, 6 Jun 2009

Aku sekadar ingin mendakap engkau dari terbenam matahari Jumaat hingga terbit fajar Isnin.

Penat mengajar kita berehat.
Ya, berehat.

Bila dah penat. Lupa hal-hal yang remeh.
Letakkan kepala di atas bantal. Pejam mata. Nikmati dingin malam di desa.

Macam, terlupa hadiri majlis-majlis perkahwinan kawan-kawan kau misalnya.
Oh, itu sangat keren.


Biar mereka juga tahu bahawa kita terlalu penat melayan hari bahagia kita setiap hari dan tidak perlu kebahagian ekstra dengan menghadiri majlis perkahwinan gilang gemilang extravaganza mereka.

Rabu, 3 Jun 2009

Napsu!

Kalau ikutkan hati gua yang barai ni dah lama gua bela rambut panjang paras lutut. Perut kasi buncit lagi. Telinga kasi subang kanan kiri. Tambah kat hidung lagi. Arghh!


Kalau ikut amarah gua yang berpanjangan ini dah lama gua bikin tatoo. Lengan kanan. Lengan kiri. Satu masing-masing di siku kanan dan kiri. Ini baru gore! Ini baru mat-mat Singapore. Jadah! Selama ni gua maki diorang kerana gua jeles akan kebrutalan mereka! Dem. Muzik ganas imej liar. Gua suka. Kalau begini baru lah dibenci awek seksi yang memakai barangan tiruan!-Gua akan bikin tatoo ular di bawah pusat, amacam?


Kalau diikutkan kebencian gua yang sentiasa mengalir di jiwa. Gua malas nak fikir-fikir pasal kerja tetap. Gua malas kerja. Gua punya suka. Gua mahu buat apa. Tapi yang nak suap nasi ni sapa? Tak gua jugak? Dem. Gua nak main muzik. Orang nak dengar, dengar. Tak nak sudah. Gua jual cd seposen dua posen dapat jugak gua beli jajan! Gua suka makan jajan yang ada gambar budak meniarap tuh! Keropok ikan ke apa tu? Arghhhhh..gua tak peduli gua nak jajan!!!


Kalau diikut jiwa yang kosong, mahu saja semua benda gua telan. Botol arak gua nak kunyah. Tembakau gua nak nyonyot. Segala macam jenis dadah gua lebur buat cekodok! Gua nak gigit perempuan cantik-cantik sampai terselit di celah gigi. Arghhh.. Ini sangat gore-grindcore bunyinya!



Arghhh.. Ini semua napsu brutal gua!!!


Tapi itu semua khayalan gua. Gua saja cari nahas pikir bukan-bukan. Ini semua mengelakkan dari gua tak boleh tidor. Esok kena bangun awal. Gua kena jaga budak bola keranjang 5 hari berturut-turut. Ini bermakna gua tak boleh pergi gig di MCPA Hall minggu depan.


Binatang!






Terbaik dari abang-abang Singapore. Jahat gilarghhhh!!! Bakal awek I mesti cubit peha I bila tengok video nighhhh!

Selasa, 2 Jun 2009

Seterika+Pisau+Jarum=Sayang Banget deh Mas Gendut!!!

Mbak, kalau dari dulu kita pacaran kan ga bisa kaya gini. Ya, kalau gitu ga apa-apa kok. Mending saya juga ga punya uang biaya lo di rumah sakit. Ntar, dimarahi suster lagi.


Nampaknya, ga bisa deh. Biarin aja gue kaya gini. Gue juga senang kok jadi anak-anak gaul. Lagian kita kan ga secocok. Lo tu cantik tau ga? Mana bisa deh jadian dengan gue? Anak kampung, gembel lagi.


Ah...cinta itu ga hanya perlu dibayar dengan kasih sayang. Lo juga mau makan yang enak-enak kan? Pakaian cantik-cantik? Kaos kaya temen-temen lo mana bisa gue dapetin. Gue ga bisa Sayang..gue ga bisa.


Ya udah. Usah nangis lagi ya. Gue udah telat ke perusahaan bokap. Jangan lupa nelpon gue. Hp mahal kok sms aja? Gue tau nelpon itu ga gratis. Tapi lo kan punya uang untuk pulsa? Gue bukan ga mau nelpon lo. Sms aja ga dibales. Apa mungkin panggilan gua mau dijawab.


Ya iya lah...Lo itu cantik. Mulus. Seksi lagi. Kaya Mulan Jameela! Kaya Yeyen Lidya!


Dan gua kaya siapa?
Rano Karno? Didi Kempot? Apa? Bung Mokhtar?


Kurang ajar loh!


Gue. Mahu. Ke. Salon. Sekarang!